Welcome here
STORY MAIN BLOG FLAVORS

Forever Yours [PART 6]


Jieun POV

    Pintu rumah kukuak perlahan. Aku membuka kasutku lalu menuju ke ruang tamu. Ya tuhan! aku mengurut dadaku. Betapa terkejutnya aku.

   Aku menghampirinya yang sedang terbaring di atas sofa. Aku cuba melambaikan tangan aku dihadapan wajahnya namun tiada respons. Tsk. 

   "Dia dah tidur ke?" bisikku sendirian. Takkanlah dia dah tidur? macam mana dia boleh tertidur dekat sofa ni pula? bukan dia tak suka ke? pfft dahlah cerewet.

   Aku menyambung langkahku menuju ke bilikku. Setelah menukar baju, aku keluar dari bilik lalu naik ke bilik tetamu. Aku mengeluarkan selimut yang dikhaskan untuk tetamu yang hadir. Langkahku kembali diatur ke ruang tamu.

   Dengan perlahan, aku menyelimutkan badan Yongguk. Cuaca malam sejuk, ditambah lagi dengan penyaman udara yang sejuk. Badannya sedikit menggigil. Pfft, harap je badan tough. Bibirnya sedikit pucat. Hmm mungkin impak daripada persekitaran yang sejuk. Kadang-kala, aku kasihan juga dengannya. Tsk. Menyedihkan.

   Lampu ruang tamu kututup. Hanya dua lampu kecil sahaja dibiarkan terbuka. Aku berjalan menuju ke arah bilikku.

   "Kejap!" langkahku termati. Suara siapa tu?

   "Jangan tinggalkan saya! saya kesepian! eh awak!" aku terkejut. Apa benda tu? aku menggaru kepalaku yang tidak gatal.

   Aku hanya membiarkan suara itu. Huh, mungkin anak orang sebelah bergaduh? tapi tak mungkin!

   Aku berpaling.

   "Yongguk?" aku mengangkat keningku. 

   "Awak! jangan tinggalkan saya!" luah Yongguk sambil berdiri didepanku. Tapi............ kenapa mata dia tertutup?

   "Hoi!" jeritku. Aku mula pelik. Kenapa dengan dia?

   Yongguk terduduk lalu menyandarkan badannya pada belakang sofa.

   Sudah, dia sleepwalking ke? aku tertawa kecil. Ya tuhan! aku tak tahu pula yang dia ngigau.

   Haa lantak kau lah, malas aku nak tolong. Aku meneruskan langkahku lalu masuk ke dalam bilik. Serius aku tak boleh tahan gelak. Hahaha

+++++

   Aku menyiram pokok-pokok bunga Puan Bang di taman mininya. Baunya harum sekali. Ditambah lagi dengan udara pagi yang segar. Hmmm sungguh nyaman. Puan Bang memang segar orangnya. Sebab itulah muka dia kelihatan awet muda. Eh, apa kena mengena? pfft.

   "Wanginyaaaa," aku memetik sekuntum bunga ros lalu menghidunya. Baunya harum semerbak. Patutlah omma suka sangat bila aku membelikannya sejambak bunga ros sempena hari ibu dulu.

   "Jieun!" jerit Yongguk. Aku terkejut. Batang paip yang aku pegang hampir sahaja terkena pada baju. Kurang ajar punya budak!

   Aku menyahut dengan hati yang membara. "Apa! aku dekat taman mini ni!"

   Yongguk menghampiriku. Huh. Aku pula menyambung sahaja kerjaku.

   "Nak apa?" tanyaku langsung tak menatap mukanya. Yongguk berdiri disebelahku.

   "Semalam kau pergi mana sampai balik lambat?" nada suara Yongguk sedikit marah. Aku mendengus perlahan.

   "Kau sibuk kenapa? Tuan besar tak kecoh pun,"

   "Lantaklah. Aku boss kau, kau kena dengar cakap aku,"

   "No, kau bukan,"

   "Beritahulah aku kau pergi mana,"

   "Aku dating ah," aku berpura-pura. Sengaja mencari kemarahannya. 

   "Dating? ada ke lelaki yang nak dengan kau?" Yongguk tersenyum sinis.

   "Adalah! kau sibuk kenapa?"

   "Aku tak benarkan kau bercinta. Baik kau putuskan sekarang!"

   "Kenapa?!" aku menatap matanya sedalam-dalamnya.

   "Sebab kau bakal isteri aku," ucapnya. Aku tersentap. Bak.. bak.. bakal isteri?

Yongguk POV

   "Sebab kau bakal isteri aku," ucapku. Aku tak tahu kenapa perasaan cemburu mula terbit dalam diriku. Ah, apa dah jadi dengan aku ni?

   "Tak boleh ke kita batalkan je?" tanya Jieun. Pertanyaan tu bagaikan batu yang menghempap diriku. Mana boleh batalkan sesuka hati! aku dah cakap dengan kawan-kawan aku yang lain yang aku akan sahut cabaran tu!

   "No, tiada bantahan," aku sedikit bertegas. Dia tu bukan nak dengar kalau orang cakap lembut-lembut. Tsk.

   "Tapi aku tak rela!" Jieun membuat mimik muka annoying dia lagi. Ah, ngada.

   "Kau ingat aku rela? ikut sahajalah apa aku cakap! by the way, jangan jumpa mana-mana lelaki lagi selepas ni. Kalau tak........................" tak sempat aku meneruskan ayatku, Jieun menyambung

   "Kalau tak apa?!"

   "Aku buat macam yang aku dah buat tempoh hari!" luahku sedikit meninggikan suara. Jieun tercengang.

   "Buat apa?" dasar lembab!

   "Lembab. Yang tut tut lah," aku memuncungkan bibirku.

   "Yahhhhh!" jerit Jieun lalu menghalakan batang paip yang dipegangnya kearahku. Habis basah baju mahal aku!

   "Jieun-yaaaaaaaaaaaaah!" aku merampas batang paip yang dipegangnya lalu cuba untuk membalas dendam.

   "Amik ni!"

   "Woi! dah lah!" marah Jieun. Baru dia tahu. Huh! rambutnya basah akibat terkena air yang telah aku pancutkan. 

   "Yongguk! apa dekat perut kau tu!" tanya Jieun. Haa dia nampak abs aku? aku segera memandang perutku.

   "Tadaaa!" Jieun merampas kembali batang paip tadi lalu memancutkan air daripada batang paip itu ke arahku. Aku ditipu. Ya, Jieun-ah!!

   Aku menggelepar kerana sejuk. Aku cuba mencuri kembali batang paip yang ada pada tangan Jieun. Aku menghampirinya. Kami berkejaran. Tapi, aku tak sedar yang dihadapanku terdapat satu batu.

   Gedebuuuuuuk!

   "Aduuuuh," aku mengaduh kesakitan. Kakiku kuurut perlahan. Jieun segera berlari anak kearahku.

   "Kau okay?" Jieun memandangku. Mata kami bertentang! Jieun terdiam sejenak.

   "Satu.... dua.... tiga.... tada..!!" aku mencuri kembali batang paip yang berada ditangan Jieun sambil tersenyum sinis.

   "Tak adil!" jerit Jieun lalu cuba mengejarku. Aku pula tidak habis-habis memancutkan air kearahnya. Habis basah dua-dua. Tsk.

   Sekali lagi aku terlanggar batu. Ianya batu yang sama! aku terjatuh menelentang. Jieun yang berlari dibelakangku tadi turut terjatuh di............... badanku. Sedapnya dia landing! mata kami bertaut. Mataku terbeliak. Aku rasakan seperti satu aura yang sedang mengalir melalui mata kami. Jieun juga.

   "Ah!" jerit Jieun lalu cuba untuk bangun. Dia menolak dadaku.

   "Oi! kau pegang apa tu!" aku cuba bangun dari alam fantasi. Ah, apa benda ni.

   "Mianhae, terpegang! hehehe," Jieun tersenyum nakal. Ish, budak ni. Nak cari pasal sahaja.

   "Dahlah weh, aku dah penat," luahku separuh nafas. Aku nak bernafas pun susah gara-gara Jieun tu! ish.

   "Okay, aku menang kan?" tanya Jieun.

   "Amiklah! nak sangat kan," aku menuju ke bangku yang berdekatan dengan taman mini omma. Nafasku turun naik. Ah, penatnya.

   "Rilex ah," 

   "Harini kau kena ikut aku," kataku kepadanya. Aku menarik tangannya lalu menyuruhnya duduk di sebelahku memandangkan ada ruang untuk diduduk.

   "Buat apa?" tanya Jieun lagi sambil mengeringkan rambutnya yang basah.

   "Pilih baju, and then pilih dewan and then pilih kad perkahwinan. Eh yang tu tak payah, aku dah sediakan dari awal so jangan risau. Tinggal nak ambil je," jelasku panjang lebar. Tsk.

   "Perlu ke?" Jieun mengangkat keningnya dengan mimik muka annoyingnya itu. Ah.

   "Sangat penting. Kau jangan lupa perjanjian kita," 

   "Perjanjian apa?"

   "Kau kena dengar je cakap aku! jangan banyak bantah,"

   "Bila masa kita buat?"

   "Jangan banyak cakap. Shut up!" aku meletakkan jari telunjukku dibibirnya.

   "Ish," Jieun menolak jariku.

   "Aku tahu lagi setengah jam kau dah tunggu depan pintu," arahku lalu bangun dan berlalu dari situ. Siap dia kalau tak dengar cakap aku. Memang degil!

Jieun POV

   Aku mengeluh perlahan. Sedap dia je nak buat keputusan! habis, keputusan aku macam mana? perasaan aku pula macam mana? tsk. 

   Batang paip tadi aku letakkan di tempat asalnya. Pokok bunga yang telah aku siram tadi juga aku tukar kedudukannya agar lebih cantik dipandang. Setelah selesai semuanya, aku masuk ke dalam bilik untuk menukar bajuku yang sudah basah gara-gara Yongguk annoying itu!

   Sampai sahaja di dalam bilik, aku memeriksa telefonku. Takut sahaja Woohyun menelefon atau menghantar mesej kepadaku. Ternyata, tekaanku benar!

   1 MESSAGE FROM WOOHYUN

   Aku membuka mesej yang diberikan itu.

   'Jieun-ah, saya dah mula rindukan awak! jom jumpa hari ini? awak pula yang tetapkan tempat!
    nak tak? saya tunggu awak balas!'

   Dia nak jumpa lagi? serius, aku kekok gila sekarang. Aku tak boleh nak berhadapan dengan dia. Aku tak boleh jujur dengan dia yang aku akan menjadi isteri orang. No! aku tak boleh.

   Aku membiarkan mesej tersebut lalu menyambung niat asalku iaitu untuk bersiap seperti yang dikehendaki oleh Yongguk. Bukan apa, aku cuma tak tahan dengan leteran dan bebelan dia sahaja. 

---

   Seperti yang dia mahukan, aku tunggu dia di depan rumah. Sudah lima minit aku tunggu namun bayangnya tidak langsung kelihatan! dia tertidur ke? penat dah aku tunggu ni.

   "Okay jom," Yongguk menarik lenganku lalu membawa aku masuk ke dalam keretanya. Ish, suka hati dia sahaja!

   "Suka hati kau je pegang aku," luahku sedikit menyampah. Yongguk menghidupkan enjinnya.

   "Suka hati akulah," kereta meluncur keluar daripada perkarangan rumah.

   "Hari ni jangan bawak laju lagi," aku mengingatkannya. Sudahlah, aku dah serik dengan kejadian tempoh hari. Memang pemandu tak berhemah langsung.

   Yongguk mengangguk berulang-ulang kali. Apa guna mengangguk kalau langsung tak faham apa yang aku kata.

   Talk that talk that talk that
   Talk that talk that talk that

   Aku mengangkat telefonku yang berbunyi.

   "Nae?"
   "Jieun-ah,"
   "Woohyunnie!" aku menguatkan suaraku. Memang sengaja membuat dia marah.
   "Awak dah baca mesej saya?"
   "Dah, saya dah baca,"
   "So, macam mana?"
   "Nanti saya mesej awak eh, hehehe," aku cuba melembutkan suaraku. Sesekali aku mencuri-curi melihat mimik wajah Yongguk. Aku tahu dia cemburu. Pfft.
   "Baiklah, jangan lupa tau!"

   Aku mematikan panggilan lalu memasukkan telefon tadi ke dalam begku. Namun, tak sempat aku memasukkannya ke dalam beg, telefonku dirampas.

   "Yah! apa kau buat!" teriakku. Yah, sesuka hati dia je!

   "Kejap, aku tengok dengan siapa kau bercakap tadi," Yongguk memeriksa data panggilan aku.

   Aku memukul-mukul badannya namun telefonku masih ditangannya. "Bagilaaah,"

   "Nam Woohyun? siapa budak tu?" tanya Yongguk sambil memegang telefonku. Aku cuba merampas telefonku. Ya, aku berjaya!

   "Kau nak tahu buat apa?"

   "Beritahu sahajalah! siapa dia!" Yongguk kelihatan marah sekali. Aku yang duduk disebelahnya hampir menakuti riak wajahnya. Lain gila! tak seperti biasa.

   Aku duduk memeluk tubuh sambil melihat keluar. Tanpa mempedulikan pertanyaannya, aku memasukkan telefonku yang dirampasnya tadi ke dalam beg tangan.

   "Kau tak ada hak nak tanya siapa dia," luahku dalam nada suara yang perlahan. Yongguk mengeluh. Aku dengar.

Shopping Mall

   Aku hanya membuntuti langkah Yongguk. Sejak kejadian tadi, dia hanya diam membisu. Jangan cakap dia merajuk dengan aku sudahlah! geli sahaja.

   'Sungrin Bridal'

   Aku membaca signboard kedai itu. Sungrin Bridal? kedai apa pula ni?

   Kami berdua segera masuk ke dalam kedai itu. Aku hanya mengikuti langkahnya. Mahu bersuara jauh sekali disudut hati. Perkara yang lebih baik, diam sahajalah.

   "Selamat datang," sapa seorang gadis comel lingkungan umurku bertocang satu. 

   "Terima kasih," aku membalas sapaannya.

   "Yow bro," sapa Daehyun, eh itu ke namanya? hmm mungkin. Dia duduk di hadapan satu almari lutsinar yang dipenuhi dengan gaun pengantin. Mataku membutang. Cantiknya!

   Gadis tadi berdiri di sebelah Daehyun. Yongguk yang melihat aku tercegat di belakangnya menyuruh aku untuk berganjak ke hadapan sedikit.

   "Yongguk, Jieun, ni kawan aku. Sungrin nama dia," perkenal Daehyun. Oh, kawan dia. Tsk. Aku ingatkan bini dia ke apa.

   "Oh, inilah Sungrin?" tanya Yongguk. Sungrin tersenyum sehingga menampakkan barisan gigi hadapannya.

   "Hmm Sungrin, kau tengoklah dua sejoli ni. Bila pula time kita eh?" gurau Daehyun. Sungrin yang berada di sebelahnya mencuit lengannya.

   "Ish kau ni," bisik Sungrin kepada Daehyun. Wah, comelnya mereka berdua!

   "Dah dah. Sungrin, kau boleh pilihkan baju untuk Jieun tak?" soal Yongguk kepada Sungrin. Sungrin mengangguk lalu menyuruhku untuk mengikutnya. Yongguk duduk di sofa yang disediakan bersama Daehyun.

Yongguk POV

   "Nah, makanlah," Daehyun menghulurkan mangkuk yang berisi snek. Pfft. Dia ingat aku makan ke?

   "Aku tak makan benda ni lah. Walaweh,"

   "Tak? oh okay," luah Daehyun lalu memasukkan satu butir snek ke dalam mulutnya.

   "Sungrin kawan kau? atau awek kau?" aku cuba menanya. Tak adalah, diorang nampak sesuai!

   "Kawan je. Tak lebih dari tu. Actually, aku suka pada dia dari dulu tau," Daehyun menjelaskan segalanya kepadaku. Aku cuba untuk mendengarnya sebagai seorang sahabat.

   "So, kau nak lepaskan dia macamtu? tak takut kena baham buaya?" gurauku tersenyum sinis.

   "Inilah yang aku nak kau tolong aku," Daehyun berubah menjadi serius.

   "What?" aku mengangkat keningku.

   "Nanti aku ajak kau dan Jieun makan malam sama-sama and then nanti.............................." jelas Daehyun panjang lebar. Tak sangka kawan aku ni otak trick.

   Sementara menunggu Jieun siap memilih gaun, aku bermain aplikasi di telefon pintarku sebentar. Memandangkan Daehyun yang khusyuk makan bersama PSP ditangan, malas aku mahu mengganggunya.

   "Okay, dah siap," Sungrin keluar dari celah langsir yang menutup Jieun.

   "Haa Yongguk Yongguk," panggil Daehyun. Aktivitiku tergendala. 

   "Apa apa?"

   Langsir ditarik perlahan oleh Sungrin. Aku berpaling kehadapan. Apa yang aku nampak membuatkan aku menggosok mataku. Betul ke apa yang aku nampak? kenapa Jieun yang bermuka annoying, berubah menjadi seorang bidadari yang cantik memakai gaun pengantin bersulam permata dan tiara di kepala? mulutku terlopong.

   "Haa Yongguk, cantik bakal isteri kau," puji Daehyun. Jieun tersenyum nakal lalu keluar dari langsir itu.

   "Kau selesa tak pakai baju tu?" aku berjalan mendekati Jieun lalu berdiri dihadapannya. Sungrin duduk di sebelah Daehyun yang sedang melihat kami berdua.

   Jieun mengangguk.

   "Kau cantik," pujiku lalu membetulkan tiaranya yang hampir terjatuh.

   "Terima kasih," balas Jieun tersipu malu. Entah kenapa perasaanku padanya lain. Perasaan marah, benci, menyampah semuanya hilang dan yang tinggal hanya satu perasaan iaitu terpesona.

   "Lepasni aku nak tengok kau pula yang jadi Jieun dan aku jadi Yongguk. Boleh kan?" bisik Daehyun kepada Sungrin. Pfft. Daehyun memang tak tahu sabar!

---

   Setelah memilih baju yang hendak dipakai untuk majlis perkahwinan tadi, kami duduk sebentar berbual sementara menunggu waktu makan malam.

   "Eh Yongguk, kau dah beritahu appa kau ke yang kau nak buat majlis tu dua minggu lagi?" tanya Daehyun.

   Aku menggeleng. "Belum," Hah, baru aku teringat yang aku belum beritahu appa segalanya. Aku sudah pun menempah kad perkahwinan. Aku harap, dua minggu cukup bagi proses penghantaran kad perkahwinan. Zaman dah maju, aku boleh sahaja menggunakan pos laju atau budak penghantar.

   Talk that talk that talk that
   Talk that talk that talk that

   Telefon Jieun berbunyi. Dengan pantas dia mengangkat panggilan telefon itu.

   "Hello?"
   "Sorry, saya busy sikit,"
   "Hah okay, saya dah ada kat sini lagipun,"
   "Hmm, okay!"
   "Bye,"

   Jieun mematikan talian. Dia bercakap dengan siapa? dari tadi telefon.

   "Korang, saya minta maaf. Saya terpaksa pergi dulu. Yongguk, aku boleh balik sendiri kau jangan risau," kata Jieun lalu berlari keluar dari kedai Sungrin. Dia nak pergi mana?

   "Daehyun aku minta maaf. Mungkin bukan hari ini," aku mengikut langkah Jieun ke luar. Daehyun dan Sungrin kelihatan bingung.

   Aku menarik lengan Jieun.

   "Kau nak pergi mana?" tanyaku. Langkah Jieun terbantut.

   "Jangan sibuk! aku nak jumpa kawan akulah!" Jieun menyentap tangannya lalu meneruskan langkahnya untuk berjumpa dengan 'kawan' yang dimaksudkan. Aku mengeluh. Dia tak faham ke maksud 'cantik' yang aku puji tadi? pfft.

Hanglim Cofee And Tea

   Aku mengikutnya masuk ke dalam sebuah kedai kopi. Apa yang dia nak buat dekat situ? dia bakal isteri aku jadi aku wajib tahu apa yang dia buat dan dengan siapa dia berkawan!

   Jieun duduk di hadapan seorang lelaki. Siapakah lelaki itu? ah, tengok badannya tak adalah tough macam aku. Aku punya badan lagi hebat kot. Aku duduk di satu kerusi lalu menutup mukaku menggunakan menu yang diletakkan di atas meja.

   Dari jauh sahaja sudah nampak mereka ketawa berdekah-dekah. Amboi, sedapnya dia curi bakal isteri aku. Ini tak boleh jadi! lelaki harus berdepan denga lelaki!

   Aku menghampiri Jieun.

   "Jieun, jom balik!" aku menarik pergelangan tangan Jieun.

TO BE CONTINUE....

aku rasa cerita ni makin lama macam makin tak best pula.
takpelah, nanti aku cuba bestkan dia dkat part tengah-tengah nanti.
hahahaha cantk gila tatabahasa xD
   



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. EHE /THROWNAMSHEART/

3 comments:

eLya Chan ♥ said...

ARGHH ~~ [NNTI KAU JADI JIEUN AKU JADI YONGGUK] ! ALAHAI SWEETNYAAAAA !!!!!! AKU MCM MKIN BENCI KAT JIEUN PULAKK SBB BUAT BYG MCM TUU XD
BTW ,SAMBUNG CEPAT !!! PART 7 !!!!

Atika Shahira said...

@eLya hahahaha sweet en? tah laki siapa tah xp makin benci dekat jieun? salah byg juga sebab buat dia cmtu xp hahaha

eLya Chan ♥ said...

@Atika ececeh :3 agaga rosmah jee Daehyun tu .dia blik nnty siap lha xD