Jieun POV
Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Siapakah yang menghantar mesej ini? lelaki misterikah? aku tak mengingati langsung apa-apa. Takkanlah secret admirer aku? pfft macam dalam drama melayu tu.
Untuk meleraikan segala persoalan yang ada di dalam minda, aku terus menelefon lelaki misteri yang menghantar mesej tadi. Tsk. Buat habis kredit sahaja.
"Hello?" aku membuka bicara setelah panggilan diangkat.
"Hello. Jieun-ah! awak telefon pun,"
"Maafkan saya, awak siapa?"
"Awak dah tak kenal saya ke?" aku cuba mengingati. Ah! kepalaku hampir pecah!
"Maafkan saya, boleh tak awak beritahu sahaja siapa awak?" aku sedikit berkeras.
"Nam Woohyun, hahahaha sampai hati awak tak ingat," lelaki itu tergelak kecil. Nam Woohyun? haaa? Nam Woohyun mana ni?
"Nam Woohyun?"
"Ya, nampak sangat awak tak tunggu saya kan?"
"Haaaaaaaaaaa!"
FLASHBACK
10 Years ago
"Jieun, saya akan berpindah," jelas Woohyun dengan nada lemah. Aku tersentap. Pindah?
"Awak nak berpindah ke mana?" aku duduk di sebelah Woohyun.
"Saya akan berpindah ke Jepun. Saya terpaksa mengikut ibu bapa saya kesana. Saya tak boleh ingkar," Woohyun menjelaskan segalanya. Airmataku hampir membasahi pipi. Macam mana aku boleh hidup tanpa dia? dia orang yang sangat aku sayangi.
"Dan awak tak akan balik sini lagi?" tanyaku dengan keadaan sebak.
"Ya. Tapi, tak mustahil saya akan kembali lagi suatu hari nanti," balas Woohyun. Akhirnya, butir-butir air jernih jatuh jua membasahi pipi. Mataku merah.
Woohyun mengeluarkan sapu tangan dari koceknya. Airmataku disekakan olehnya. Woohyun...... aku menatap matanya.
"Awak jangan nangis ye, saya janji. Suatu hari nanti saya akan datang jumpa awak. Walaupun 100 tahun lagi, saya akan tunggu awak dan awak akan tunggu saya," Woohyun mengukirkan senyuman tawar. Aku tahu, senyuman itu hanya untuk menyedapkan aku.
"Hmmm janji?" aku menunjukkan jari kelingkingku kepadanya.
"Janji!" jari kelingking Woohyun dan jari kelingkingku bertaut. Aku cuba untuk senyum.
"Haaa macamnilah sayang saya!" seloroh Woohyun. Aku tertawa kecil.
Woohyun menarik kepalaku dengan perlahan lalu meletakkan kepalaku ke atas bahunya. Woohyun...... saya harap memori saya tak akan hilang selepas ini.
FLASHBACK END
Aku termenung sebentar. Woohyun............. cinta pertamaku..........?
"Woohyun......" panggilku. Airmataku mengalir. Suaraku tersedu.
"Nae?"
"Saya minta maaf,"
"Sebab apa? awak tak pernah buat salah pun,"
"Kerana saya lupakan awak,"
"Itu perkara kecil, Jieun. Sudah 10 tahun saya tinggalkan awak. 10 tahun bukan jangka masa yang sikit. Saya faham,"
"Woohyun, terima kasih sebab tunggu saya,"
"Jieun-ah, itu janji saya pada awak,"
"Haa! should we meet? ehe," sambung Woohyun lagi.
"Bila? sekarang? saya ada masa sekarang,"
"Okay! nanti saya mesej tempatnya tau!"
Panggilan ditamatkan. Aku merintih sendirian. Kepalaku diketuk berulang-ulang kali. Macam mana aku boleh lupakan dia! ah, serius aku dah gila. Suara dia nampak matang. Hmmm, masa kami berumur 14 tahun dulu, suaranya masih budak-budak. Hahaha. Mungkin sebab tu aku tak kenal suara dia pfft.
---
Aku keluar dari bilikku dengan berpakaian kemas. Rambutku ditocang kuda. Aku cuba berjalan dengan perlahan agar tidak menyedarkan Yongguk. Dia tu! dasar penyibuk!
"Haaa nak pergi mana tu?" Yongguk turun ke bawah.
"Jumpa kawan," balasku lalu memakai kasut untuk keluar.
"Lelaki atau perempuan?" tiba-tiba pertanyaan itu kedengaran di gegendang telingaku. Dia memang penyibuk!
Aku berpaling.
"Wahai tuan muda, jangan sibuk. Kalau tuan besar tanya tentang aku, cakap aku keluar sekejap okay?" aku memberi peringatan kepada Yongguk. Namun, dia berpura-pura tidak dengar.
"Bye!" aku melambai lalu keluar dari rumah.
"Hoi! kau nak pergi mana!" teriak Yongguk. Memang penyibuk nombor satu dunia betul.
Rose Cafe
Aku masuk ke dalam kafe itu. Mataku mengeliar ke sekeliling. Eh, mana dia?
'Rose Cafe pukul 8:30 malam. Meja nombor 12 tau, saya tunggu awak! ;)'
Mesej itu kubaca berulang kali. Meja nombor 12? mana satu meja nombor 12 yang disebutkan? dia ingat aku tahu ke? Tsk.
"Hmm dekat mana meja nombor 12?" aku menahan pekerja disitu lalu bertanya.
"Ikut saya ye," pelanggan itu membawa aku ke suatu tempat. Mungkin meja nombor 12? tekaku. Aku hanya membuntuti langkahnya.
Pintu ala-ala slide jappanese itu ditolak.
"Silakan masuk," ajak pekerja itu. Aku sempat mengukirkan senyuman untuknya lalu masuk ke dalam.
"Anyeonghasayo," sapaku. Ah, Woohyun semakin handsome! memang gila kalau tidak tergugat. Aku duduk di hadapannya.
"Anyeonghasayo, Jieun," Woohyun membalas sapaanku. Aku tersenyum menampakkan baris gigi hadapanku.
"So, awak macam mana sekarang?" tanya Woohyun.
"Saya? hmm saya biasa-biasa je. Awak pula? saya tengok macam dah berjaya sahaja ehe," aku cuba untuk tidak kekok, tapi entahlah. Aku rasa kekok sangat!
"Eh mana ada. Saya pun biasa-biasa saja,"
"Awak balik sini ada hal ke?"
"Saya ada hal? yup, saya ada hal,"
"Awak nak buat apa dekat sini?"
"Saya nak awak," butir-butir bicaranya membuatkan aku rasa terbantut. Saya nak awak.... satu perkataan yang ringkas tapi cukup mendalam bagi aku. Aku mula rasa tak selesa.
"Saya gurau sahajalah. Hehe. Saya ada kerja dekat sini. Saya dihantar ke sini untuk mengambil alih hospital appa saya yang hampir siap," jelas Woohyun. Lesum pipitnya jelas kelihatan. Ah, comelnya!
"Hospital? oh!" baru aku teringat yang dia memang anak orang kaya. Ayahnya memang seorang doktor yang berjaya, sama seperti Encik Bang. Tapi entah macam mana dia boleh menyukai aku dulu sebab ayahku hanyalah seorang detektif.
"Awak dah berkahwin?" sambungku lagi. Entah kenapa soalan itu cukup menarik bagiku. Pfft.
"Belum. Kan saya dah kata, saya tunggu awak," Woohyun tersenyum sehingga menampakkan lesum pipitnya. Serius, aku tergugat.
"Awak ni!" aku tertawa kecil. Entahlah, macam lawak je jawapannya lol.
"Yelah, saya serius. Awak pula? dah kahwin?"
"Belum," balasku ringkas.
"Kira saya belum terlambatlah?" Woohyun tersenyum nakal.
"Apa awak ni? awak buat saya malulah!" aku mengusap pipiku. Ianya panas! ah, malunya!
Tiba-tiba aku teringat akan Yongguk. Aku akan menjadi isterinya tak lama lagi. Perlukah aku beritahu sahaja hal sebenar kepadanya? aku rasa tak perlu kot. Hmm, tapi apa perasaan dia nanti? aku mula pening.
"Jieun-ah, awak masih mencintai saya?" ayat itu menyinggah masuk ke dalam telingaku. Aku terdiam sejenak.
"Saya..................."
Tiba-tiba telefonku berbunyi. Aku memandang Woohyun. Dia mengangguk.
"Hello?"
"Kau dekat mana?!" Yongguk meninggikan suaranya. Eh, apa masalah budak ni?
"Buat apa kau nak tahu?" balasku. Aku cuba untuk merendahkan suaraku selagi yang boleh.
"Lantak aku lah, aku boss kau. Baik kau balik sekarang!"
"Tak mahu,"
"Kau nak aku ambil kau?"
"Tak mahu, aku boleh balik sendiri,"
"Bahaya naik bas lewat malam," Yongguk cuba untuk bertimbang rasa. Pfft. Propaganda semua tu!
"Takpelah,"
"Aku amik kau eh?"
Panggilan telefon kumatikan. Memang tak ada function cakap dengan orang yang macam dia tu!
"Siapa tu?" tanya Woohyun.
"Hah? hmmm boss," balasku cuba berterus-terang. Aku meletakkan kembali telefon bimbitku ke dalam beg tangan. Aku harap, dia lupa soalannya tadi. Aku tak mahu jawab!
"Oh, ibu bapa awak macam mana sekarang? sihat?" tanya Woohyun lagi. Nasib baik dia lupa! tsk. Ibu bapa? oh! mungkin dia belum tahu lagi. Bila ingat kembali, dulu dia selalu menziarahi kami sekeluarga. Sekarang? hmm mungkin hanya tinggal kenangan.
"Mereka dah tak ada. Mereka dah jumpa tempat yang jauh lebih baik," aku cuba tersenyum. Bab macam ini memang menyentuh perasaan aku. Aku takut airmata aku terjatuh lagi. Woohyun kelihatan terkejut.
"Bila? saya tak tahu pun?"
"Empat bulan setelah awak berpindah,"
"Maafkan saya, habis awak duduk dekat mana sekarang? kerja apa?" Woohyun cuba mengambil berat tentangku. Aku faham.
"Saya duduk dekat hmm dekat hmm rumah majikan saya,"
"Awak kerja apa?"
"Let me speak honestly, I'm a maid," aku cuba mengurangkan perasaan risaunya. Aku tak mahu menipu padanya dan aku tak mahu ditipu.
"Seriously?!" suara Woohyun sedikit ditinggikan.
"Ya," aku mengangguk perlahan.
"Awak tak rasa susah ke?"
"Tak. Lagipun kerja saya tak banyak dalam rumah tu. Memandangkan saya masih belajar, majikan saya cuba bertimbang rasa. Mereka semua banyak memberi pertolongan kepada saya," jelasku panjang lebar. Woohyun menarik nafas panjang.
"Biar saya jaga awak!" luah Woohyun. Aku tersentap. Bebola mataku tak boleh bergerak.
"Maafkan saya tapi saya rasa bukan masanya," aku cuba meluahkan kata-kata yang baik agar tidak mengguriskan hatinya. Huh.
"Saya faham," Woohyun mengangguk perlahan. Dia mengukir senyumannya. Ah, melting lagi!
---
Kami keluar dari kafe. Kenyangnya perut. Rasa mengantuk pula. Aku mengerling jam di tangan. Ah, sudah pukul 11 malam! bibirku terlopong.
"Awak kenapa?" tanya Woohyun disebelahku. Dia tertawa kecil.
"Takdelah, dah pukul 11 malam. Bahaya bagi wanita seperti saya," balasku. Aku tersenyum nakal.
"Jom saya hantar awak?" Woohyun mengenyitkan sebelah matanya. Ah, nakalnya! hihihi.
"Tak menyusahkan awak kan?" aku membalas kenyitan matanya tadi. Tada! aku mengenyitkan mata kiriku.
"Haha comellah awak ni. Tak adalah, jom," balas Woohyun. Dia mencapai tanganku lalu memegangnya erat. Ah, nafasku jadi turun naik. Jantungku berdegup kencang. Dia membawaku ke tempat letak kereta.
Sampai sahaja di tempat letak kereta, Woohyun membuka pintu keretanya untukku. Aku tersenyum lalu masuk ke dalam perut keretanya.
Setelah itu, dia masuk ke dalam keretanya lalu kereta itu dipandunya.
"Jieun," panggil Woohyun. Aku mengalihkan pandanganku kearahnya. "Nae?"
"Saya nak awak tahu something," mimik muka Woohyun bertukar serius.
Aku mengangkat keningku.
"Saya.... saya.... saya masih sayangkan awak, cintakan awak," luah Woohyun tapi matanya masih ditumpukan ke hadapan. Aku tak tahu nak balas apa. Tapi, ayatnya menyentuh hatiku.
"Saya tak suruh awak balas perasaan saya. Saya cuma nak awak tahu, saya nak awak sematkan dalam akal awak yang awak masih ada secret admirer. Hehehe," Woohyun tersenyum sinis.
"Apelah awak ni," aku menepuk lembut bahu Woohyun.
"Sakitlah awak!" Woohyun mengadu sambil tertawa kecil. Ya tuhan, macam mana aku nak kahwin dengan Yongguk sedangkan Woohyun masih berharap padaku?
Rumah,
Kereta diberhentikan.
"Okay. Ini ke?" tanya Woohyun lalu menekan brek.
"Yalah, inilah," balasku lalu keluar dari kereta Woohyun.
"Besarnya rumah. Majikan awak kerja apa?" tanya Woohyun lagi. Dia keluar dari keretanya lalu berdiri di sebelahku.
"Dia doktor. Majikan saya ni ada hospital. Sama macam appa awak. Eh kebetulan pula," aku tertawa kecil.
"Oh. Masuklah cepat. Nanti awak sejuk pula," arah Woohyun mengambil berat.
"Woohyun, terima kasih," ucapku lalu melangkah masuk ke dalam rumah.
Tanganku dipegang. Aku berpaling. "Nae?"
"Saya cintakan awak, saya rindukan awak ehe," luah Woohyun. Lesum pipit dia! ah.
Aku mengangguk lalu meneruskan langkahku. Aku masuk ke dalam halaman rumah lalu menutup pagar.
"Bye Woohyun," aku melambaikan tanganku ke arah Woohyun sebelum bergerak masuk ke dalam rumah.
---
Aku membuka pintu rumah. Tapi, kenapa lampu terbuka? takkanlah Encik atau Puan Bang masih berjaga? mustahil!
Pintu rumah kukuak perlahan. Aku membuka kasutku lalu menuju ke ruang tamu. Ya tuhan! aku mengurut dadaku. Betapa terkejutnya aku.
TO BE CONTINUE....
Part ni sikit sebab kekurangan idea ;~; ohyeah, akhirnyawatak baru sampai! yeh, itu dia hero kita! hahaha takdelah xp
1 comment:
KYAAAAAAAAAAAAA !!!!! BESTTTTTT GILAAAAA !!!! DAEBAAAKKK !! ITU DIA HERO KITA ABE NAMU !!! PART 6 CEPATTTTTT !!!!!
Post a Comment