Jieun POV
Aku menolak badan Yongguk. Nafasku turun naik. Jantung berdegup kencang.
"Hoi! kau buat apa!" jeritku. Aku mengetap bibirku.
"Kan aku dah cakap dengan kau," balas Yongguk.
"Kau...... ni!" aku menepuk bahunya.
"Kau suka kan? baik kau cakap sekarang!" Yongguk tersenyum sinis. Ah, nakalnya dia!
"Ish mana ada! aku tak suka! jatuh maruah aku tahu tak!" tengkingku lalu berlalu pergi dari situ.
Tanganku direntap.
"Kejap! kau lupa something," Yongguk mengangkat keningnya.
"Bo?!"
"Keputusan? atau kau nak lagi?" Yongguk cuba menarik tanganku. Yah! aku segera melepaskan tanganku daripada pegangannya.
"Baiklah! aku terima!" aku membuat kata putus. Yongguk mengeluarkan ibu jarinya tanda 'bagus'.
"Okay, boleh keluar," izin Yongguk.
Aku keluar dari biliknya. Yah! macam dalam neraka dah aku jadinya!
"Bye Jieun! lain kali pakai pelembab bibir! bibir kau pahit!" gurau Yongguk separuh terjerit. Ah, budak ni memang selalu pelik!
Yongguk POV
Aku menutup daun pintu. Rasakan! aku dah bagi cara senang dia tak mahu, cara yang sukar juga dia nak. Ah kejap, macam mana aku boleh.............. ah! macam manalah aku boleh tut tut si Jieun tu! aku dah gila ke? ah, aku dah gila!
Aku mengetuk kepalaku berulang kali. Memang julung kalinya aku buat benda ni! tak pernah pun aku tut tut budak perempuan selama ni. Habislah aku.
Lagipun memang salah dia. Siapa suruh dia jadi seksi sangat sampai rambut berterbangan. Memanglah melting aku jadinya. Pfft.
Jieun POV
Aku berlari anak masuk ke bilik. Aku memegang bibirku. Ah! macam mana dia boleh buat macamtu. Seriously, dia dah berubah. Nakalnya! tak sangka yang dia tu begitu orangnya. Aku pula yang jadi mangsa kejadian tsk.
Aku baring di atas katil. Mindaku tak tenteram. Bayangan mengenai kejadian tadi masih tak boleh padam dari ingatanku. Melampaunya dia! aku masih tak dapat terima kenyataan. Kalau aku report dekat balai polis, memang mati dia kalau didapati bersalah! pfft.
Mataku dipejam. Cuba untuk tidur. Namun aku tak boleh! aku langsung tak boleh terlelap sedikit pun. Peristiwa tadi masih berlegar-legar diingatanku. Ah Bang Yongguk! kau memang melampau!
+++++
Aku menyiapkan diri untuk ke universiti. Aku harap harini aku tak terlambat lagi macam semalam. Dahlah dia tak mahu minta maaf. Pfft.
Aku keluar dari bilik lalu menuju ke rak kasut.
"Hai, nak pergi mana tu?" sapa Yongguk. Aku berpaling.
"Nak pergi jamban wahai Tuan Yongguk, nak ikut?" gurauku sedikit.
"Ish kau ni. Aku nak berlembut sikit pun tak mahu," Yongguk berjalan menuju ke rak kasut.
"Aku nak pergi universitilah. Aku ada kelas," maklumku. Aku melangkah keluar dari banglo itu.
"Hoi kejap!" panggil Yongguk. Langkahku termati.
"Apa dia?"
"Naik dengan aku,"
"Tak mahu. Nanti kau tinggalkan aku,"
"Appa aku suruhlah. Kau tu bakal isteri aku puih," Yongguk berpura-pura muntah. Eee budak ni. Memang hero berlakon!
"Janji eh kau tak tinggal aku," aku membuat mimik muka annoying.
"Janjilah!"
Kereta,
"Aku nak minta maaf," tiba-tiba sahaja Yongguk bersuara. Dia minta maaf? hahahaha first time kot!
"Sebab apa?"
"Sebab semalam, aku tinggalkan kau. Kau tu yang mengada!" Yongguk menjelir lidahnya. Pfft.
"Eh mana ada. Aku tak ada mood ah. Tak apa, kali ini aku maafkan sebab aku orangnya prihatin," pujiku sendiri. Aku tergelak kecil.
"Eeeee ngada!" Yongguk menarik rambutku. Aku mengaduh kesakitan. Segala benda harus dibalas! segera aku memukul bahunya.
"Sakitlah! ish," Yongguk merintih. Haaa tahu pun!
Universiti
Aku masuk ke dalam dewan kuliah sendirian. Nasib baik dia tunaikan janji dia! kalau tak, memang tak boleh dimaafkan gila. Benci aku dengan orang yang macam dia. Tapi bila difikirkan balik, kenapa perangai dia makin lama makin berubah? hmmm.
Kelas dijalankan seperti biasa. Tempat Yongguk tidak jauh sahaja dari tempatku. Jadi, adelah ruang untuk aku stalk dia buat apa. Aku memandangnya. Bila dia cuba mengalihkan pandangannya, aku cuba untuk cover. Aku memandangnya lagi. Sengaja mahu bermain tarik tali. Tapi kali ini, pandangan kami bertemu! Yongguk mengenyit sebelah matanya. Ah! apa nak jadi dengan budak ni. Pandanganku segera kualihkan kedepan. Jantungku terasa bagai mahu terkeluar. Tsk.
---
Langkahku diatur menuju ke bus stand. Aku malas untuk meminta Yongguk menumpangkan aku kerumah. Nanti dia tinggalkan aku lagi seperti perkara yang berlaku tempoh hari. Pfft. Seriously, aku dah serik.
Pon pon pon!
Bunyi hon kereta memecah ruang angkasa. Ah! telingaku bingit.
Cermin kereta diturunkan.
"Naiklah, nanti kau kena culik aku yang susah," ajak Yongguk.
"Tak mahu!" aku menggeleng. Aku meneruskan langkahku walaupun Yongguk menyuruhku untuk masuk ke dalam keretanya.
"Kau nak aku tarik tangan kau?"
"Don't want!"
"Cepat masuk,"
Aku menggeleng.
"Song Jieun! naik cepat!"
"Tak mahu!"
Yongguk keluar dari keretanya.
"Apa?!" aku mengangkat daguku sedikit memandangkan tingginya yang melebihi diriku. Tsk.
"Kau yang paksa aku buat macamni," kata Yongguk lalu mengangkatku. Yongguk membawaku masuk ke dalam keretanya.
"Yah! Yongguk! eh Tuan muda! ah bukan, Yongguk! turunkan aku!" jeritku. Aku menggoyang-goyangkan kakiku agar dia terasa keberatan diriku. Namun, dia tak mahu turunkan juga. Akhirnya, aku masuk ke dalam kereta dengan pertolongan dia. Tsk. Aku bukan budak-budak lagi.
"Kau berat. Apa kau makan?" kutuk Yongguk sambil masuk ke dalam kereta. Dia menghidupkan enjin lalu mula memandu kereta.
"Sedap mulut kau je!" aku duduk memeluk tubuh. Ah, protes!
"Tak payah mengada dekat sini," luah Yongguk. Ah, geramnya! terasa bagaikan mahu pijak-pijak je muka dia! pengsan terus.
Yongguk membawa kereta dengan laju. Hampir nak terlanggar kereta orang pun ada. Gopohnya budak ni! langsung tak jaga hati aku yang dekat sebelah ni. Dari tadi asyik terkejut sahaja.
"Bawaklah perlahan. Tak ada benda yang nak dikejar. Pandu hemah, jiwa selamat," ceramahku.
"Kau diamlah," marah Yongguk. Orang cakap sikit pun nak marah. Pfft.
Baru aku sedari laluan yang dilalui oleh Yongguk bukanlah laluan untuk balik ke rumah. Dia nak bawa aku ke mana pula ni? aku mula pelik. Ah, sudah.
"Kau nak bawa aku kemana?" tanyaku sambil melihat sekeliling. Pelik gila.
"Ikut je dan diam. Kalau kau tak mahu diam, aku tinggalkan kau dekat tepi jalan. Kau nak?"
"Taknak!" jeritku.
"So, duduk je diam-diam dekat situ," perintah Yongguk. Terpaksalah aku terima sahaja. Macam tak kenal pula budak ni. Pfft.
Keretanya semakin menghampiri satu shopping mall. Dia nak ajak aku pergi tengok wayang ke? peh, sweet gila budak ni. Tak sangka! kepalaku mula membayangkan perkara-perkara romantik. Woah.
Shopping Mall
Kami berdua melangkah masuk ke dalam pusat beli-belah itu. Aku masih tak tahu apa niat Yongguk sebenarnya. Aku hanya membuntuti langkahnya. Takut kalau aku membebel, dia pula yang marah kelak.
"Jom masuk," ajak Yongguk. Dia memasuki satu kafe. Huh, aku ingat nak bawak aku tengok wayang! ternyata, tekaanku meleset.
Aku membuntuti sahaja langkahnya.
"Yow bro! bawak awek eh," gurau seorang lelaki. Ah? kenapa rambut dia kerinting? lawak je hahaha. Aku tergelak kecil.
"Kau ni Zelo, malulah dia," kata Yongguk lalu duduk disebelah lelaki itu. Oh, nama dia Zelo.
Aku duduk di sebelah Yongguk.
"Jieun, ni namanya Zelo. Yang tengah makan tu pula Daehyun, dia memang suka makan. Yang depan aku ni Himchan. Yang muka comel sikit tu Youngjae dan yang ni Jongup," Yongguk memperkenalkan semua kawannya. Aku mengangguk faham.
"Anyeonghasayo, Song Jieun imnida," aku memperkenalkan diriku dengan lembut.
"Oh, inilah Jieun?" tanya Jongup, lelaki yang telah diperkenalkan oleh Yongguk tadi.
Yongguk POV
"Yup, dialah," balas Yongguk.
"Cantiknya dia," bisik Zelo ketelingaku. Aku menepuk bahunya. Zelo mengaduh.
"Aku nak beritahu korang ni," tokokku lagi. Memang sudah masanya untuk aku menyahut cabaran diorang.
"Apa dia?" seloroh mereka berlima serentak.
"Aku akan kahwin dengan Jieun nanti. Hmm tak lama lagi," aku mengenyitkan mataku tanda isyarat yang aku menyahut cabaran mereka semua. Mereka mengangguk tanda faham. Hah, bagus.
"Baguslahtu, benda baik jangan dilambatkan," sampuk Himchan.
"Tahu takpe. Nanti kahwin jangan lupa sediakan makanan banyak-banyak eh," ucap Daehyun. Ah, aku faham sangat dengan personalitinya itu.
"Tapi, aku nak korang tolong sikit dengan persediaan perkahwinan,"
"Kita boleh buat sendiri kan. Kau tak terasa menyusahkan diorang ke?" Jieun berbisik ke telingaku.
"Lantaklah, diorang dah biasa," balasku ke telinga Jieun.
"Hmmm Yongguk! biar aku sponsor perunding perkahwinan!" Daehyun mengangkat keningnya. Perunding perkahwinan? hmmm apa tu?
"Apa benda tu?" tanyaku hairan.
"Eh Yongguk, kau tak ingat ke? kawan sekolah dia kan ada yang kerja perunding perkahwinan. Bolehlah dapat diskaun," tempelak Youngjae. Aku hanya mengangguk.
"Okay, Daehyun pass. Lagi lagi?" mintaku. Pfft tak malu.
"Aku sponsor.... hmmmm... sponsor... aku jadi penyanyi je lah!" sambung Youngjae lagi. Pfft tahulah suara sedap bak buluh perindu.
"Haa bolehlah,"
"Biar aku sponsor honeymoon korang nanti!" pelawa Himchan. Appanya memang mempunyai syarikat perlancongan sendiri. Aku tersentap sebentar. Honeymoon? perlu ke? Jieun hanya diam sahaja membatu daripada tadi.
"Honeymoon? okay,"
"Aku tak tahu nak sponsor apalah," Jongup menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Aku pun," -Zelo
"Tak apalah, aku tak paksa pun. Korang jadi penghabis makanan je pun dah okay," gurauku.
"Eh, tu kerja aku lah!" jerit Daehyun. Mereka semua tertawa kecil.
---
Malam itu, aku masuk ke dalam studio kecil rakamanku. Terasa macam lama sangat je tak masuk. Tsk. Kali terakhir aku masuk pun sewaktu Jieun menyelongkar bilik itu tempoh hari. Pfft. Suka-suka dia je.
Aku cuba untuk membuat lagu baru. Entah kenapa ideaku melimpah ruah. Tak seperti biasa. Selalunya aku akan mengambil kira-kira tiga hari untuk menyiapkan lirik lagu. Hmm mungkin ini rezekiku. Pfft.
Only one shot one shot
Only one shot one shot
Telefonku berdering. Segera aku mencapai telefonku yang diletakkan di atas meja. Siapalah yang kacau ni, huh.
"Hello?"
"Yongguk-yah!"
"Kau nak apa Daehyun?"
"Esok kau free?"
"Free. Aku tak ada kelas,"
"Boleh datang jumpa aku? bawak bakal isteri kau sekali,"
"Untuk apa?"
"Aku nak kau pilih baju,"
"Tengoklah nanti. Lagipun aku ingat nak buat majlis bulan depan,"
"Hah, sepatutnya kau dah kena mula dari sekarang!"
"Okay, esok aku datang,"
"Kbye,"
"Bye,"
Panggilan dimatikan. Ish Daehyun ni, tak sangka dia pula yang bersemangat.
Daehyun POV
Panggilan dimatikan. Aku mengambil snekku yang ditinggalkan di sebelahku tadi.
Kejap, perlu ke aku telefon dia? hmm kalau aku tak telefon, mungkin dia tak tahu? okay, aku perlu telefon dia juga!
Tit tit tit
"Yeobosayo?" kedengaran suara Sungrin di talian.
"Sungrin!"
"Nae?"
"Kau tak busy kan esok?"
"Wae?"
"Kawan aku nak kahwin so aku nak kau jadi perunding perkahwinan dia. Boleh?"
"Boleh je. Esok? okay nanti aku buat temujanji,"
Aku mematikan panggilan. Sungrin? dia sahabat aku dari kecil. Dulu aku pernah memendamkan perasaan terhadapnya. Tapi sekarang? hmm entahlah. Aku rasa ya hehe. Aku tak tahu kenapa aku menyibuk dekat sini. Bye.
Jieun POV
Aku melabuhkan badanku ke katil. Yongguk beruntung. Ada kawan yang baik dan keluarga yang baik. Hmm kalaulah aku boleh jadi dia. Tapi aku tak suka perangai dia! entah dia mewarisi perangai siapa sedangkan omma dan appanya berpesonaliti yang baik.
Aku mencapai telefonku. Mataku membutang.
15 MISSED CALL 2 MESSAGE
Aku membuka panggilan telefon yang tidak aku angkat. Eh, bila masa aku silent telefon? oh! mungkin sebab tadi bersama sahabat-sahabat Yongguk.
Aku membuka mesej. Nombor yang tak dikenali?
"Jieun! saya dah balik Korea! saya harap awak masih ingat saya. Jieun-ah, kenapa tak angkat telefon saya? hmm mungkin awak sibuk kan? Jieun, saya harap awak tahu yang saya masih memendamkan perasaan ini. Tolong balas bila awak baca mesej ni tau!"
Haaa? siapa pula ni? perasaan ini? apa benda pula ni?
TO BE CONTINUE....
Sorry part ni tak best sangat. Aku nak cepat. Memang ngantuk gila.Sorry sebab tak tulis dgn hati yang ikhlas hahahha seriously :p kyaaa ><