Welcome here
STORY MAIN BLOG FLAVORS

Forever Yours [PART 3]

-cover baru yay! xD sorry sebab simple + creepy xD-

Jieun POV

   Seperti biasa, aku bangkit dari tidur untuk membuat sarapan pagi. Bangun sahaja, aku terus teringat akan kejadian semalam. Ah, dia dah gila?! tapi kenapa aku! aku tak sedia nak kahwin lagi. Lagilah dengan dia.

   Aku mandi seperti biasa. Setelah mandi, aku keluar menyiapkan sarapan. Makcik Son datang lambat, jadi aku yang siapkan segalanya. Bila difikirkan balik, kerja aku dalam rumah ni tak adalah banyak sangat. Segalanya diserahkan kepada Makcik Son. Senang cerita, anggap sahajalah aku pembantu Makcik Son. Tsk.

   "Selamat pagi Puan, selamat pagi Tuan," aku menyapa Encik dan Puan Bang. Sungguh berseri-seri dua sejoli ini.

   Cawan dan piringnya kukeluarkan daripada gerobok lalu aku menuangkan air teh madu kedalamnya. Aku menghulurkan teh yang telah kutuang tadi kepada Encik dan Puan Bang.

   "Jieun ada kelas kan harini?" tanya Puan Bang. Aku mengangguk. Tanpa segan silu, aku duduk bersarapan bersama mereka sekali memandangkan aku ada kelas harini. Mereka pun sudah biasa.

   "Selamat pagi," sapa Yongguk lalu duduk di sebelah ommanya. Kami duduk bertentangan. Dia mengambil sekeping roti lalu disuapkan ke dalam mulutnya. Nafasku turun naik.

   "Jieun naik Yongguk eh? Yongguk hantar," aku yang sedang minum hampir tersembur dengan ayat Puan Bang. Mana taknya, biasanya aku hanya menaiki bas untuk ke universiti. Memang selalu Encik Bang suruh naik drivernya, cuma aku yang tak mahu. Aku tak nak susahkan mereka lagi. Kira untung mereka 'belanja' aku duit universiti.

   Kelihatan muka Yongguk yang kurang senang. Aku jadi bersalah. Tapi apa salahnya! sesekali merasa naik kereta Yongguk. Fuh, dahlah kereta mahal.

   "A'ah, tak payah Jieun susah-susah bayar duit tambang bas kan?" sampuk Encik Bang. Aku hanya memberikan senyuman tawar.

Kereta,

   Suasana di dalam kereta sunyi sahaja. Yang peliknya, Yongguk langsung tak marah aku macam selalu. Dia leka memandu. Takkan dia tak perasan aku? taknak tanya aku pasal semalam? err lebih baik aku mendiamkan diri. Lebih baik jadi patung.

   "Kau dah fikir mengenai hal semalam?" tiba-tiba Yongguk bersuara. Aku tidak langsung memandangnya. Sebaliknya aku melihat sahaja ke luar tingkap.

   Aku menggeleng.

   "Kan aku suruh kau fikir," nada suara Yongguk sedikit ditinggikan.

   "Tak mahu!" selorohku. Sengaja mencari simpati hahaha.

   "Baiklah, kita pergi mahkamah sekarang,"

   "Untuk apa?"

   "Daftar perkahwinanlah! takkan cuci jamban,"

   "Aku tak fikir lagilah! janganlah desak aku," tegasku. Melebih pula budak ni. Huh.

   "Okay fine. Aku nak malamni,"

   "Kau cakap kau nak esok kan?"

   "Tak, aku tarik balik,"

   Aku diam. Malas nak layan. Makin dilayan, makin sakit hati. Serius aku cakap, aku ada jugalah perasaan suka terhadapnya sedikit. Sedikit sahaja! tapi dia? belum tentu dia cintakan aku. Suka pun tidak! no.

   "Balaslah apa yang aku cakap!"

   "Okay,"

   "Tu je? cakaplah apa-apa. Aku taknak kekok!"

   "Ye lah,"

   "Kau tak faham aku ke?"

   "Entah,"

   "Kau ni dah kenapa! kepala batu!"

   Kereta dihentikan. "Kau keluar sekarang!" kali ini, Yongguk betul-betul marah. Aku pun naik sakit hati dengan dia! aku terus keluar dari perut keretanya. Malas aku nak layan. Keretanya meluncur laju meninggalkan aku. Sampainya hati dia. Puih.

+++++

Yongguk POV

   Aku memandu meninggalkan dirinya. Aku tak suka duduk bersebelahan dengan orang annoying seperti dia. Memang aku tak suka gila. Lantak dialah nak report dekat appa nanti. Apa aku kesah.

   Keretaku meluncur masuk ke dalam universiti. Setelah meletakkan keretaku di parking park, aku terus masuk ke dalam kuliah. Malas nak buang masa dekat luar. Aku mengerling jam di tangan, hmm lagi 10 minit kelas akan dimulakan. Mana dia ni? kalau dia lambat, mampuslah dia.

   Aku mengetuk kepalaku. Yah pabo, buat apa aku risaukan dia! jatuh maruah kelelakian aku. Kalau dia kena marah pun, mungkin itu balasan untuk dia kerana ceroboh balik aku. Padan muka. Yeah!

   "Oi Yongguk. Apehal kau nampak rungsing je?" tanya Himchan lalu datang menghampiriku.  Aku menggeleng kepalaku. "Nothing,"

   "Kau serious ke?" Himchan melabuhkan punggungnya di sebelahku.

   "Yup!" aku bangun lalu mengatur langkah ke luar dewan kuliah. Huh, budak tu buat aku bersalah je!

    Kepalaku bagai nak pecah sebab fikirkan dia. Ah, mana dia ni? kenapa tak sampai lagi? takkanlah tak sampai. Kejap! macam mana kalau dia.................. ah! aku tak boleh fikir yang bukan-bukan. Naya je.

   "Bang Yongguk?" kedengaran suara samar-samar dibelakangku. Aku berpaling.

   "Nae? eh Prof Jo!" hatiku terjerit kecil. Prof Jo dah sampai? ah! Jieun-ah, mianhae.

   Aku masuk ke dalam dewan bersama dengan Prof Jo. Kalau aku duduk luar, cakap apa pula dia nanti.

---

   Dah 10 minit sejak kelas dimulakan. Kami mengambil course yang sama iaitu perubatan. Itu pun aku terpaksa mengikut kata appa. Tsk. Memang appa sengaja menyuruh aku untuk mengambil course itu agar aku dapat bekerja dengannya nanti. Pfft. Hatiku mula gusar. Entahlah. Otakku juga tak boleh menerima segala pelajaran yang diajar. Bang Yongguk-yah! pabo! kau tak boleh risaukan dia! kau kahwini dia sebab terpaksa! aku cuba menyedarkan diri aku ni. Tsk.

   Tiba-tiba kelibat seseorang yang dikenali kelihatan. Jieun-ah! dia berlari masuk ke dalam kuliah. Badannya turun naik sahaja kerana semput. Mukanya dipenuhi peluh. Blaus yang dipakainya juga hampir basah.

   "Kenapa awak lambat?" tanya Prof Jo. Memang jelas sekali ditelingaku. Kelas tergendala sebentar.

   Jieun meminta maaf berkali-kali namun kemaafannya tidak dapat diterima. Prof Jo orangnya tegas. Tak bertimbang rasa langsung! Jieun disuruh keluar kerana lambat hadir ke kelas. Aku nampak, tubir matanya bertakung. Aku jadi bersalah ya amat.

Habis kelas,

   Aku berlari mengelilingi universiti untuk mencari Jieun namun batang hidungnya langsung aku tak nampak. Aku mula risau. Aku nak kata apa dekat appa nanti kalau dia langsung tak balik? dia yang buat perangai, aku yang kena. Jangan dia buat kerja bodoh sudah. Nanti aku yang susah.

   Telefon bimbit dikocek aku keluarkan. Segera aku mendail telefonnya.

   "Tit tit tit.... harap maaf nombor yang anda dail..."

   Ah! aku terus menekan button merah. Kali ini, aku cuba menelefon telefon rumah pula. Mana tahu dia ada di rumah.
   
   "Hello?" kedengaran suara Makcik Son di hujung talian. Selalunya kerja mengangkat telefon ialah kerja Jieun, dia tak balik lagi?

   "Jieun ada dekat rumah tak?"

   "Jieun tak adalah Tuan Yongguk,"

   "Okay,"

   Panggilan kumatikan. Telefon kembali ke tempat asal. Kalau budak tu tak ada dekat rumah, dia ada dekat mana?

Jieun POV

Tanah Perkuburan,

   Aku mengatur langkah menuju ke tempat perkuburan omma dan appa dengan penuh sebak. Terasa seperti beban dibahu menghempap diri. Huh, besarnya dugaanmu tuhan.

   Aku mengeluarkan sebotol soju dari beg lalu aku meletakkannya di hadapan kubur omma dan appa. Setelah itu, aku membuat upacara penghormatan. 

   "Omma, appa, Jieun datang,"

   "Jieun minta maaf kerana Jieun tak dapat nak menyediakan makanan dan minum kegemaran omma dan appa pada hari peringatan omma dan appa ini,"

   "Hanya sebotol soju yang Jieun mampu. Jieun minta maaf. Omma, appa, minumlah~" aku menuangkan soju tadi ke dalam cawan kecil. Aku cuba menahan airmata yang kian banjir di tubir mata. Namun aku tak boleh. Hakikatnya, aku tak kuat.

   "Jieun minta maaf sebab Jieun tak pernah menjadi seperti yang omma dan appa impikan. Jieun bukanlah anak yang baik. Omma minta Jieun menjadi seorang yang tabah, appa pula minta Jieun menjadi orang yang berjaya dalam hidup tapi Jieun tak mampu. Jieun lemah. Jieun nak ikut omma dan appa,"

   "Jieun tak kuat nak hadapi semua dugaan sendirian. Jieun tak kuat. Jieun perlukan sokongan daripada omma dan appa namun Jieun kekurangan benda itu. Omma, appa, Jieun dah cuba untuk jadi kuat. Tapi kenapa Jieun tak boleh?" tangisanku makin kuat. Aku menangis bagaikan bayi kecil yang dahagakan kasih sayang. Aku melentokkan kepalaku ke atas kubur omma dan appa.

   "Jieun minta maaf,"

   Aku mengangkat kepalaku. Airmata yang membasahi pipi kusekakan. Aku cuba untuk senyum. Aku mengeluarkan telefon bimbitku dari beg lalu menunjukkan gambar Yongguk kepada mereka berdua.

   "Omma, appa, ini boss Jieun. Sesuai ke Jieun dengan dia? omma dan appa restukan tak kami berdua? Jieun akan bahagia disamping dia?" tanyaku.

   "Apa?! Jieun akan bahagia dengan dia? ya, Jieun percaya cakap omma dan appa. Terima kasih merestui kami berdua,"

+++++

Rumah,

   Aku terus menuju ke bilikku dengan keadaan lemah. Aku harus mendapatkan balik tenagaku. Memandangkan Makcik Son ada dirumah, aku boleh berehat sebentar. Hmm.

  'DATANG BILIK AKU! SEKARANG!'

   Terdapat satu memo yang dilekatkan dipintuku. Aku tahu memo itu daripada Yongguk. Tengok tulisannya sahaja sudah tahu. Pfft, memang buruk. Lantaklah, aku tak ada mood sekarang. Aku segera masuk ke dalam bilik lalu baring. Aku melelapkan mata. Cuba melupakan segalanya yang terjadi.

---

   Tok tok tok

   Tiada respons.

   Tok tok tok

   Tiada respons.

   "Hoi, bukak cepat!" pintu diketuk sepenuh hati. Aku terbangun. Aku mengerling jam di dinding. Ah, sudah pukul 8!

   Aku membuka pintu.

   "Nak apa?"

   "Aku nak keputusan kau,"

   "Jangan kacau aku sekarang. Please. Aku perlukan rehat," luahku lembut. Entahlah, badanku terasa berat sekali. Mataku pun separuh terbuka sahaja.

Yongguk POV

   "Jangan kacau aku sekarang. Please. Aku perlukan rehat," katanya. Matanya asyik terkelip-kelip sahaja. Mukanya juga agak pucat. Apa masalah dia?

   "Okay, tapi aku nak pukul 12 nanti. Datang bilik aku," aku cuba bersikap bertimbang rasa. Walaupun aku begini, tak adalah sampai tak berkeperikemanusiaan. Agak-agak ah.

   Pintu ditutup.

   Aku kembali ke meja makan.

   "Jieun dah bangun?" tanya appa. Aku duduk di sebelah omma lalu mencapai chopstick untuk makan.

   "Tadi Yongguk dah kejut. Tapi muka dia nampak pucat. So, Yongguk terus suruh dia berehat sebab dia nampak tak sihat," balasku. Aku cuba berpura-pura mengambil berat.

   "Teruk ke? kalau teruk, kita mesti bawa dia ke hospital," omma menyampuk. Sayang betul dia dekat budak Jieun tu.

   "Yongguk dah ajak. Dia tak mahu. Lantak dia lah," jadi tak selera aku nak makan. Puih.

   "Hmm appa, Yongguk nak buat permintaan ni," ya, ini masanya untuk aku meminta izin daripada appa! aku tak boleh bertangguh.

   "Apa dia?" appa nampak leka memakan sup rumpai laut itu. Pfft, jangan sampai dia tak dengar apa yang aku nak katakan sudahlah.

  "Yongguk nak kahwin dengan Jieun!" luahku. Appa dan omma kelihatan terkejut.

   "Tapi kenapa tiba-tiba?" tanya omma.

   "Yongguk cintakan dia dan Yongguk tak mahu bertangguh. Yongguk semakin tualah," aku cuba menipu. Pfft, aku cintakan dia? hell no.

   "Appa tak kisah sebenarnya. Tapi, Jieun nak ke dengan Yongguk? pagi petang siang malam asyik bergaduh," balas appa. Omma yang mendengar ayat appa itu tergelak. Ah, jahatnya!

   "Kami gaduh sayang!" aku tersenyum tawar. Sayang? pfft.

   "Mana boleh kahwin dengan anak orang macam tu je," omma menyampuk sekali lagi.

   "Alah, bolehlah. Yongguk nak hidup dengan dia," aku terdesak. Hentam sahajalah ayat apa-apa. Janji appa dan omma setuju sudah.

   Appa terdiam sejenak. Mungkin dia sedang berfikir. Aku memberi ruang kepada appa untuk memikirkannya.

   "Boleh, tapi ada satu syarat," appa mengangkat keningnya. Waduh.

   "Apa?" laju sahaja aku menjawab. Pfft.

   "Yongguk kena jadi doktor. Senang sahaja," appa kata senang? ah! aku tak suka jadi doktor.

   "Taknak. Yongguk nak jadi composer," desisku. Aku tak mahu berputus asa pada cita-cita yang telah aku pendamkan berdekad-dekad ni.

   "Okay, kalau tu yang Yongguk mahukan. Tak payah kahwin dengan Jieun," appa tersenyum sinis. Omma diam sahaja dari tadi. Bukannya nak sokong!

   "Hah, yelah Yongguk ikut cakap appa," aku mengeluh kecil. Entah kenapa aku perlu meninggalkan cita-cita yang terbuku dihati aku ini hanya untuk budak tu. Puih.

   "Bagus. Nanti Yongguk beritahu appa mengenai persediaan. Appa nak 80% Yongguk yang uruskan. Selebihnya, appa akan tolong. Pasal kos jangan risau," kata appa. What?! semuanya aku yang kena uruskan? alahai.

   Aku cuba tersenyum keriangan. Hakikatnya jauh sekali di sudut hati. Huh.

Jieun POV

   Aku cuba untuk terlelap. Tapi aku tak boleh. Huh, budak tu! memang suka sangat pengaruh akal aku. Langsung tak boleh fikir apa-apa.

   "Yongguk nak kahwin dengan Jieun!" tiba-tiba ayat itu menerjah masuk ke dalam gegendang telingaku. Aku terkejut. Apa tu? aku mendekatkan telingaku ke pintu bilik.

   Hah? dia gila ke apa? dan Encik Bang pun boleh terima macamtu je? dia tak takut ke dengan reputasi hospital dia? aku ni budak biasa je! memang jauh gila kalau nak dibandingkan dengan Yongguk tu.

   Aku berdiri di hadapan cermin. Aku cuba memeriksa mukaku. Okay? hmmm tak okay! eyebag aku besar gila. Tak sangka aku nangis dengan teruk tadi. Hmm. Macam mana aku nak keluar? apa reaksi Encik dan Puan Bang nanti? huh, lantak!

   "Hai Tuan, Puan, maafkan saya sebab tak sediakan makanan hari ini," aku menunduk meminta maaf. Aku langsung tak nampak Makcik Son. Mungkin dia dah balik. 

   "Tak apa. Jieun tak sihat kan? kenapa tak rehat je?" tanya Puan Bang yang sudah menghabiskan makanannya.

   "Taklah, saya dah sihat dah pun," aku mencapai pinggan kotor lalu meletakkannya ke dalam sinki.

   "Jieun nak kahwin dengan Yongguk ke?" tanya Encik Bang tiba-tiba. Aku tersentap. Pinggan ditanganku hampir terjatuh.

   Yongguk mengelipkan matanya. Mungkin dia ingin memberikan isyarat kepadaku. Aku terdiam sebentar. Yongguk yang duduk disebelah ommanya beria-ria memberi isyarat.

   "Ya, saya nak kahwin dengan dia. Tuan dan Puan tak keberatan kan?" kataku. Ah, apa yang aku cuba katakan ni!

   "Baguslah begitu. Yongguk, buat persiapan sendiri!" Encik dan Puan Bang berlalu dari ruang makan. Aku menghela nafas lega.

   "Apa yang kau cakap dekat Tuan besar haa!" aku mengeluarkan penumbukku.

   "Eh aku pun terdesak tau nak cakap benda tu. Jangan perasan yang aku suka kau," balas Yongguk. Masih tak mahu kalah.

   "Ingat, malam nanti pukul 12. Kau tak datang bilik aku, siap kau!" Yongguk memberi peringatan. Dia menunjukkan jari telunjuknya tanda amaran lalu naik ke atas. Ish, budak tu!

---

   Aku masih di dalam bilikku. Kehulur kehilir aku dibuatnya. Lagi dua minit jam pendek akan menunjukkan pukul 12 malam. Kalau aku tak beri dia keputusan yang dia nak, aku takut nanti dia buat sesuatu yang melampaui batas seperti yang dia katakan. Aku taknak! aku masih suci.

   Nak tak nak, aku terpaksa juga naik ke atas. Langkahku terbantut apabila berdiri di hadapan pintu biliknya. Apa aku nak buat ni? ah! perlu ke aku terima sahaja? nafasku turun naik. Jantung berdegup laju. Memang tak ubah seperti pertandingan larian!

   Pintu dikuak perlahan. Aku terkejut. Macam mana dia tahu aku dekat luar?

   "Masuklah," suruh Yongguk. Aku masuk ke dalam biliknya. Dia menutup kembali pintu biliknya setelah menyuruh aku untuk masuk ke dalam biliknya.

   Aku berdiri di balkoni biliknya. Dia juga berdiri berhadapan denganku.

   "Kau dah fikir? perlu ke aku amik je ayat kau dekat ruang makan tadi sebagai jawapan?" Yongguk tersenyum sinis.

   "No, tu sebab aku terpaksa," balasku. Rambutku berterbangan akibat angin malam yang kuat.

   "So, jawapan kau?" Yongguk mengangkat keningnya.

   "No, aku tak ................" tak sempat aku menghabiskan ayatku, aku tersentap. Mataku terbeliak. Bibirku terasa basah. Badanku kaku. Yongguk-yah! aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

TO BE CONTINUE....

Terasa macam makin merepek pulak benda ni. takpelah, asalkan
aku puas hati. hahahaha sorry untuk part last tu kbye xD hahaha


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. EHE /THROWNAMSHEART/