-cover baru nanti eh xD-
Jieun POV
Aku masuk ke dalam biliknya secara senyap.
"Jieun, buat apa tu!" langkahku termati.
Aku berpaling dengan muka menyedihkan.
"Eh makcik! saya nak kemas bilik Tuan Yongguk ni," kataku berpura-pura. Makcik Son juga pembantu rumah di banglo ini. Memang dia datang lambat sebab dia balik rumah dia melainkan aku yang tinggal di sini.
"Oh, teruskan," Makcik Son turun ke bawah. Aku menghela nafas lega. Aku harus menyambung projekku! ya!
Biliknya kugeledah. Hmm aku nak buat apa? tak ada benda yang aku boleh buat dalam bilik dia. Hanya ada laptop, almari, katil, ruang kecil untuknya berehat, televisyen, tandas, balkoni bilik dan..... eh kejap, bilik apa tu?
Aku menghampiri bilik itu. Tombolnya kupulas. Wah. Mataku membutang apabila terlihat akan bilik itu. Ruangnya pun besarlah juga, lebih kurang bilik aku. Di dalam bilik itu, memang tak ubah seperti studio! tapi kenapa aku tak pernah tahu.
Langkahku diatur. Aku masuk ke dalam bilik itu. Semuanya lengkap dengan barang-barang keperluan untuk sebuah studio record cuma ianya tak adalah besar mana.
Aku duduk dikerusi. Dihadapannya terdapat sebuah alat untuk merakam. Ah, aku tak tahu apa nama dia. Di bawah alat itu terdapat satu kotak berwarna hitam. Aku mula meragui benda itu.
Kotak hitam itu kutarik keluar. Aku membuka kotak itu dengan penuh tertib. Kalau koyak, memang mati aku dibuatnya. Macam tak kenal Yongguk annoying tu macam mana.
Alangkah terkejutnya aku bila buka kotak itu. Sepenuhnya kotak itu diisi dengan satu kertas yang mempunyai lirik lagu dan contengan pensil di atasnya. "Apa benda ni?" bisikku sendiri. Aku mengeluarkan satu buku nota yang begitu menarik perhatianku. Aku mula membaca sedikit isi daripada buku itu.
Wahai bakal isteriku, hanya dirimu sahaja yang aku cintai. Hanya dirimu sahaja yang sentiasa menyinari hidupku bagaikan bintang yang menyinari malam hari. Kecantikanmu tidak lekang dari mukamu. Pagi siang malam, kecantikanmu semakin bertambah. Wahai bakal isteriku, sayangilah aku sepenuh hatimu sebagaimana aku mencintaimu bagaikan lautan yang luas.
Aku tertawa kecil membaca ayat dia. Apa function dia buat benda ni?
Helaian demi helaian aku selak.
Tiba di satu helaian,
Aku tak pernah bercinta dan aku tak akan pernah bercinta. Tapi aku tahu, suatu hari nanti jodoh itu pasti akan datang. Segala yang aku tulis di sini akan menjadi persediaan awal aku untuk menjadi seorang 'suami' yang hebat. Segala lirik lagu yang aku tulis sekarang, hanyalah untuk bakal isteriku yang aku tak tahu sama ada 'bakal isteri' itu akan muncul dalam hidup aku.
Sentiasa menunggumu wahai si bakal isteri,
Bang Yong Guk
Kali ini, ketawaku memang tak ingat dunia. Entah kenapa ayat dia mengusik hatiku. Lawak gila! tak sangka Yongguk tu macamni. Jambu rupanya! Peh, kalau aku bongkarkan rahsia ini, mahunya dia melutut depan aku. Hahaha.
Buku tadi aku letakkan kembali ke dalam kotak lalu kotak itu kembali kepada tempat asal. Aku mengambil satu kertas lalu menuliskan satu nota diatasnya. Hahaha Yongguk, padan muka kau.
Yongguk POV
Rumah Himchan,
Aku mengeluh kecil. Air oren dihadapanku masih belum dijamah.
"Kau kenapa Yongguk? ada masalah ke?" tanya Youngjae yang sibuk main permainan video bersama Jongup.
"Aku rasalah," balasku ringkas.
"Ceritalah dekat kiteorang bro," Himchan menepuk bahuku. Aku mengaduh kesakitan. Ish.
"Pasal pembantu rumah aku tu, masalah lah," kataku lalu mencapai air oren dihadapanku. Gulp. Aku meneguknya.
"Haaa? budak Jieun tu ke?" sampuk Zelo. Entah dari mana datangnya.
"Sampai pun. Awal gila kau sampai Zelo," perli Himchan. Zelo tersenyum sinis.
"Yup, budak tu,"
"Kenapa dengan dia weh?" tanya Himchan.
Youngjae dan Jongup berhenti main permainan video. Semua mata memandangku. Peh, berminat gila diorang nak dengar. Eh kejap, Daehyun mana?
"Daehyun mana? kalau boleh, aku nak semua dengar,"
"Dia makan dekat bawah, biarlah dia," jelas Himchan. Ish budak tu, makan je kerja dia.
"Okay macamni. Aku tak tahu kenapa dia tu annoying gila!" luahku. Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal.
"Kau kata budak comel tu annoying? gila kau," desis Zelo yang sedang menongkat dagunya.
"Mungkin ada hikmah disebalik semua tu. Kau pun satu, kau tak boleh dingin sangat dengan dia," seloroh Youngjae. Huh. Aku mengeluh kecil.
"Hai korang! hai hai!" sapa Daehyun lalu masuk ke bilik Himchan dengan plastik snek ditangannya. Semua mata memandangnya.
"Eh kenapa ni? kenapa tengok aku macamtu?" tokok Daehyun lagi lalu duduk di sebelah Youngjae. Pfft, tahulah kawan baik.
"Youngjae, aku tahu apa yang kau cakap tu betul. Tapi kau fahamlah aku macam mana," mataku memandang mata Youngjae.
"Apa kata kau pecat je dia?" cadang Jongup. Wah, pandai budak seorang ni.
"Bagus juga! tapi aku rasa aku tak boleh. Appa aku mestilah tak bagi. Dia sayang gila dekat budak tu," aku mencebikkan bibirku. Terasa hiba dihati.
"Yongguk, kiteorang cabar kau!" bicara Himchan tiba-tiba. Tadi diam, sekarang baru nak bersuara. Semua terkejut.
"Hah?!" -Yongguk
"Apa bendanya, Himchan?" -Jongup
"Kiteorang? eh ape ni," -Youngjae
"Yow, apa kau cakap ni?" -Zelo
"Hah, aku setuju asalkan aku dapat makan!" -Daehyun
Semua mata memandang Daehyun.
"Okaylah okaylah. Himchan, cabar apa ni?" muka Daehyun kelihatan blur. Tangannya tidak lekang memasukkan snek itu kedalam mulutnya. Alahai kawan aku seorang ini.
"Wahai Yongguk, macamni. Kiteorang cabar kau kahwin dengan dia memandangkan umur kau yang sepatutnya sudah berkahwin?" cadang Himchan. Aku tersentap. Kahwin?! dengan budak tu?! HELL NO.
"Oh benda tu. Aku setuju!"
"Aku pun!"
"Setuju!"
"Tak bantah! asalkan aku dapat makan!"
Aku mengeluh kecil.
"Dengan budak tu? hell yeah, no aku bantah. Aku tak akan tak akan dan tak akan," kataku sedikit berkeras.
"Tapi kau boleh cuba kan?" kening Zelo diangkat.
"Kau pengecut kalau kau tak sahut cabaran ni. Kiteorang kenal kau. Kau pantang dicabar," kata-kata Youngjae merendahkan aku. Tsk.
"Yonggukkie, kau cuba je lah. Kau tak pernah tengok drama ke? benci lama-lama jadi sayang. Ah, indahnya," seloroh Daehyun. Dia berimaginasi sebentar. Tetapi, sneknya masih tak jatuh dari tangannya. Pfft.
"Baiklah, aku akan cuba," aku membuat kata putus. Aku terpaksa. Lagipun, aku boleh dera dia bila dia jadi isteri aku nanti. Ohyeah. Rakan-rakanku menepuk tangan tanda gembira.
"Tipislah peluang aku nak dapat Jieun hahahaha," gurau Zelo. Pfft.
Rumah,
Aku membuka kasutku. Kelihatan Jieun berlari anak datang ke arahku.
"Selamat pulang Tuan Yongguk. kau nak apa-apa? awal pulang hari ini," perli Jieun. Aku tahu, itu satu perlian. Mataku sempat terlihat dia tergelak kecil. Huh.
"Nanti bawakan makan petang aku. Kalau aku tertidur, kau letak je dekat meja rehat aku," pintaku lalu naik ke atas. Budak annoying ni nak jadi wife aku? errr nasib baik aku terpaksa.
Aku mandi untuk menyegarkan badanku. Setelah mandi, aku memakai tuala sehingga menampakkan separuh badan sahaja. Wah, abs aku makin hebat.
Tok tok tok
Pintu diketuk. Aku menuju ke pintu untuk membukanya. Pintu kukuak perlahan.
"Apa dia?" tanyaku.
"AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!" satu jeritan menghinggap di telingaku. Jieun segera memalingkan mukanya kebelakang.
"Kau dah kenapa?" tanyaku hairan. Pelik betul budak ni.
"Baju baju baju," tempelaknya laju.
Aku melihat badanku dan........
"AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!" jeritku. Aku segera sembunyi di belakang pintu. Hanya kepala yang terkeluar.
Jieun tertawa kecil.
"Kau masuk letak dekat meja. Jangan pandang belakang," kataku lalu bersembunyi di belakang pintu. Aku membuka pintu seluasnya agar Jieun tak dapat melihat abs aku yang hebat ni.
"Okay dah. Lain kali dalam rumah pakai baju. Nampak kuno je tak pakai baju," kata Jieun separuh berbisik. Dia tertawa kecil.
Pintu bilik kuhentak.
+++++
Aku masuk ke bilik rakamanku. Memang dalam jadualku, waktu begini masa untukku membuat lagu. Aku cuba meliarkan pandangan kesekeliling bilik. Hmm okay cantik.
Kotak hitam aku keluarkan. Eh kejap, kenapa nampak lain je ni? satu kertas berwarna biru tertampal di atasnya.
Hai Tuan Yongguk.
Hahaha tak sangka kau romantik orangnya. Bakal isteri? hahaha lawak lah kau ni. Ada ke orang yang nak kahwin dengan kau? oh lupa, jodoh tu mesti datang. Aku memang tabik gila dengan ayat kau! aku dah baca buku nota tu, sorrylah aku terbaca. Yang lain aku tak baca lagi. Kira nasib baik tau! and lagi satu, jangan risau tau sebab aku tak akan bagitahu sesiapa yang kau tu jambu. Hahaha terima kasih Tuan Yongguk sayangku kerana bagi peluang aku tengok studio kau ni. By the way, pandai kau hias. okaybye!
Pembantu rumah yang comel,
Jieun ^^ *wink*
Marahku menggeledak. Tunggu masa lava meletup sahaja. Song Jieun-ah! siap kau! mati kau malamni!
Aku berlari turun ke bawah. Kelihatan appa dan amma yang sedang makan diruang makan bertemankan Makcik Son dan............. budak tu! aku membuat muka.
"Yongguk? meh makan sini," ajak omma. Kau terlepas kali ni! tapi lain kali, jangan harap!
"Haa sini duduk. Rajin pula Yongguk ada dekat rumah malam-malam macamni," perli appa. Aku hanya diam lalu duduk di sebelah omma. Jieun tertawa kecil. Kurang ajar!
"Jieun, marilah makan sekali," appa mengajak budak tu makan bersama. Apa?! no. Aku tak suka.
"Jieun, buatkan aku hot chocolate," pintaku. Memang sengaja. Aku cuma mahu dia keluar dari pandanganku.
"Minum sahajalah air yang ada tu," omma menghulurkan segelas air kepadaku. Terpaksalah aku menurut. Appa, Omma dan budak tu sama sahaja!
"Tak apalah Tuan dan Puan besar, saya boleh buatkan," luah Jieun dan berlalu ke dapur. Pandai pun kau. Huh.
Bilik Yongguk
"Makcik Son, tolong panggilkan Jieun," pintaku kepada Makcik Son yang baru sahaja ke bilik omma dan appa. Makcik Son hanya mengangguk lalu turun ke bawah untuk memanggil Jieun, budak tak guna!
Aku menunggunya di dalam bilik. Aku mencekak pinggang. Aish, manalah budak ni. Aku membuka sahaja pintu itu daripada membiarkan ianya tertutup.
"Ya? Tuan Yongguk nak apa?" Jieun masuk dengan mukanya tidak bersalah.
"Kau tutup pintu tu!" gesaku. Jieun nampak hairan. Keningnya diangkat.
"Tak ada makna!" tambahku lagi. Dia ingat aku nak sangat padanya! huh. Akhirnya, dia menurut.
"Kau, duduk sini!" aku menyuruhnya untuk duduk di kerusi.
"Nak apa?" tanyanya.
Jieun POV
"Nak apa?" tanyaku. Hahaha mesti dia nak marah dekat aku tentang bilik studio dia tu!
"Jom kahwin dengan aku!" luah Yongguk. Aku tersentap. Kahwin? dengan dia?
"Apa maksud Tuan Yongguk? kau nak aku kahwin dengan kau?" aku mengangkat kening mendapat kepastian.
"Ye, aku nak kau kahwin dengan aku. Bukan sebab aku cintakan kau!" seloroh Yongguk lagi. Bukan sebab dia cintakan aku? dia ingat cinta aku alat permainan ke?
"Tiba-tiba je?"
"Aku kena sahut cabaran kawan aku. Jangan nak perasan sangat," Yongguk memeluk tubuh.
"Kalau aku taknak?"
"Aku akan mendakwa kau sebab masuk dalam bilik aku tanpa kebenaran. Kira okay aku nak maafkan kau," Yongguk tersenyum nakal. Pfft, nak ambil hati akulah tu.
"Biar aku fikirkan dulu sebab ini bukan bab main-main," luahku profesional.
"Aku bagi kau masa dua hari je! lusa kau kena bagitahu aku keputusan kau," aku tersentap. Dua hari? dia ni memang dah gila.
"Kau dah gila ke Tuan Yongguk!" aku sedikit berkeras. Lantak ah.
"Kau ikut sahaja arahan aku. Jangan bantah. Aku boss kau,"
"Urmmmm," aku memuncungkan bibirku. Rambutku kuputar-putarkan. Ah, tak ada kerja.
"Atau kau nak aku melebihi batasan baru kau nak terima? ehe," sekali lagi, Yongguk melirikkan senyuman nakal. Yah!
"Aku akan fikirkan benda tu. Aku keluar dulu bye," aku bangkit lalu pergi dari situ.
"Aku nak lusa!" jeritnya. Yah, kenapa dia berubah dengan begitu drastik sekali.
TO BE CONTINUE....
TO BE CONTINUE....
Part 1 dan part 2 siap dalam hari yang samaa. Tak sangka aku makin semangat nakbuat FF ni. entahlah. segala kesilapan harap diampun ! *wink cara jieun*