-cover ni sementara je. next part, cover baru xD-
Yongguk POV
Aku bersiap untuk berjumpa dengan sahabatku yang lain. Cuti macamni, tak main ah duduk rumah. Memang jambulah namanya. Takpun, anak mak. Hahaha.
Sementara menunggu Jieun lembab tu gosokkan baju aku, aku memakai singlet berwarna putih sebagai persediaan. Nanti dia bagi, tinggal pakai baju tu je.
Tok tok tok
Pintu bilikku dikuak perlahan. Aku terkejut. Jieun mengeluarkan kepalanya.
"Tuan Yongguk, baju dah siap gosok," kata Jieun sambil menghulurkan bajuku yang dihanger.
"Oi, kan aku dah cakap dengan kau. Kalau nak masuk, tunggu aku beri kebenaran baru masuk. Jangan sesuka hati je masuk," kataku sambil menutup badanku yang hanya ditutup dengan singlet putih tadi. Ah, dasar pembantu rumah tak guna!
"Maafkan saya, Tuan Yongguk!"
Jieun POV
Aku menunduk tanda minta maaf. Eh lelaki ni, mengada pula. Banyak sangat songel dia. Nasib baik kau 'boss' aku wahai Yongguk.
"Nah baju tuan," hulurku sekali lagi. Yongguk terus menyambar baju yang telah kuhanger itu.
"Kau keluar!" tempelak Yongguk lalu menutup pintu biliknya. Pakkk! bunyi hentakkan pintunya itu membingitkan telinga. Aku cuba sabar. Jieun sabar Jieun. Aku mengurut dadaku agar kemarahanku mereda. Memang menguji kesabaran aku betul!
Tiba-tiba, ayat yang diberikan Encik Bang kepadaku tadi berlegar-legar dikepalaku. Amanah kecil yang diberikan olehnya.
"Nanti Jieun cakap dengan Yongguk, jangan balik lewat sangat. Dia tu bukannya boleh dapat cuti sikit. Dia perlu jaga reputasi keluarga,"
Aku mengetuk kepalaku berulang kali. Ah, macam mana aku boleh lupa tentang benda yang kecil ni! tapi bila difikirkan balik, aku memang tabik gila dengan Encik Bang. Walaupun anak dia keras kepala macamtu, dia tetap berikan teguran baik kepada anaknya tentang reputasi keluarga.Yalah, appanya bukan calang-calang orang. Hospital besar Korea itu milik appanya. Ommanya pun baru sahaja membuka syarikat landskap sendiri. Yongguk..... tsk. Budak tu memang tak kenang budi langsung!
Tok tok tok
Sekali lagi aku mengetuk pintu biliknya setelah berfikir jauh tadi.
Tiada respons. Ish budak ni, dah mati ke?
Tok tok tok
Aku mengetuk lagi. Walaupun gagal, tetapku gagahkan jua. Hahaha ayat poyos gila.
"Pergi!" teriak Yongguk. Hah lantak kau lah. Malas aku nak layan orang macam kau. Memang annoying gila nak mampus!
+++++
Aku menyediakan sarapan pagi untuk 'Tuan Yongguk Kesayanganku' itu. Eee geli je bunyi. Tak sangka hati aku terdetik nak cakap benda tu. Geli geli.
Pagi macamni, aku hanya menyediakan roti dan Hot Chocolate sahaja untuknya. Itu pun kalau dia nak jamah. Pfft. Memang suka buang masa aku agaknya.
Bunyi derapan kaki meniti anak tangga jelas kedengaran dari gegendang telingaku. "Tu mesti Yongguk annoying," sempat aku meneka sebelum berlari anak menuju kepadanya. Lagipun hanya ada aku dengan dia sahaja di rumah ini sekarang. Lol.
"Tuan nak makan?" tanyaku ringkas. Yongguk nampak manly dengan kemeja berwarna putihnya itu. Badan dia dahlah tough. Ah, gila kalau tak melting!
"Aku dah tak sempat," balas Yongguk dan berlalu begitu sahaja. Gedik gila! betul kan apa yang aku kata, dia memang tak nak jamah sikit pun. Tsk. Penat je aku bazirkan air tangan aku.
"Buang tenaga aku je buatkan sarapan. Puih. Kalau nak jamah sikit je pun tak apa juga. Sejuklah sikit hati aku," ngomel aku sendirian.
"Aku dengar. I'm not a deaf!" jerit Yongguk yang sedang menuju ke rak kasut. Eh, kuat sangat ke aku cakap? baguslah, biar dia terasa.
Aku menghampiri Yongguk yang sedang memakai kasut.
"Tuan besar kata, jangan balik lewat. Tuan harus menjaga reputasi keluarga," pesanku dengan lembut. Yongguk mengeluh perlahan.
"Ada aku kesah? suka hati akulah nak balik bila-bila!" Yongguk berlalu pergi. Peh, buruk gila perangai! -oo-
"Hoi, pesanan appa sendiri tak baik dibantah. Kira untung kau ada ayah!" tiba-tiba sahaja ayat itu tersembul keluar dari bibirku. Mendengar ayatku, langkah Yongguk termati.
Dia berpaling.
"Kau tak ada hak nak ceramah aku blablabla bingit," seloroh Yongguk dengan pandangan matanya yang tajam. Setelah itu, dia segera masuk ke dalam perut kereta mewah miliknya itu. Memang tak beradab sungguh. Pfft.
"Lantak kau lah," jeritku lalu masuk ke dalam banglo mewah kepunyaan keluarga Bang ini.
Aku terdiam sejenak. Aku rasa aku perlu bagi pengajaran kepada Yongguk annoying tu! huh, kali ni aku guna cara senang. Lantaklah walaupun aku hanya pembantu rumah, aku ada hak nak perbetulkan dia sebagai sahabat semanusia.
Langkah besar kuaturkan. Memang semangat gila nak buat benda ni. Segera aku naik ke atas sebelum seseorang nampak perbuatan bermoral aku ni. Susah nanti!
"Hehehehehe," aku tersenyum sinis dihadapan biliknya. Aku memulas tombol pintu biliknya dengan semangat yang membara. Eh wait!
DON'T ENTER!
Ayat itu tersusun rapi di atas cadboard yang digantungkan di tombol pintunya. Kelihatan satu stiker bunny dilekatkan disitu. Eeee dasar jambu! apa aku kesah.
Projek harus diteruskan!
Aku masuk ke dalam biliknya secara senyap.
"Jieun, buat apa tu!" langkahku termati.
TO BE CONTINUE....
Hehe. Sorry kalau part ni sikit ;~; aku tak tahan tengok gambar yongguk tu.So, aku buat pendek je. Actually, aku taktahu kenapa aku jadikan Jieun tukasar even dia sebenarnya lembut. Ah, lantaklah ;~~~~;