Welcome here
STORY MAIN BLOG FLAVORS

Entrust [ONESHOT]




Title : Entrust
Main Character : Do Kyungsoo, Lee Hana [OC]
Language : Malay


_________________________________________________________________________________


   Gedebuuuuuuuuk !

   Buku yang dipegang Hana jatuh ke lantai.

   "Maafkan saya. Saya tak sengaja. Maaf maaf maaf," 

   Mulut Kyungsoo terkubil-kubil meminta maaf. Dengan pantas Kyungsoo mengutip kembali buku kepunyaan Hana yang telah terjatuh ke lantai.

   "It's okay," 

   Hana segera mengutip bukunya di atas lantai itu. Tanpa mereka sedari, tiba-tiba sahaja tangan mereka bersentuhan.

   Hana menyentap tangannya lalu berdiri.

   "Sekali lagi, maafkan saya," 

   Buku yang terjatuh tadi bertukar tangan. Sempat Kyungsoo ukirkan senyuman manis untuk gadis bernama Hana itu.

   Kyungsoo menundukkan badanya. Dalam masa yang sama, Hana juga melakukan perkara itu. 

   Pammmmmmm !

   Kepala mereka terhantuk sesama sendiri. Kyungsoo menggosok kepalanya.

   "Maafkan saya,"

   Ucap Hana lembut lalu pergi dari situ. Pipinya kemerahan.

   "Yahh yahh awak !" panggil Kyungsoo dengan nada suara bergetar.

   Hana berpaling. "Nae?"

  "Maafkan saya,"

   Ucap Kyungsoo. Hana tersenyum lalu menyambung langkahnya. Jelas kelihatan di mata Kyungsoo satu lingkaran merah di dahi licin Hana.

   "Ahhh kepala aku," Kyungsoo mengaduh.


   Kyungsoo mengeluarkan plaster dari begnya lalu melekatkan plaster itu ke dahinya. Keluhan kecil diluahkan dari bibir. Nafasnya turun naik sahaja dari tadi.

   "Bro, apa kes?"

   Kai menghampiri Kyungsoo.

   "Nothing," selamba sahaja Kyungsoo.

   Kai menggelengkan kepalanya.

   "Hmmm aku nak tanya kau something ni,"

   Suasana menjadi tegang. Kyungsoo menatap mata Kai sedalam-dalamnya.

   "Apa dia? aku tengok macam serious sangat je,"

   Kai melabuhkan punggungnya di sebelah Kyungsoo. Beg galasnya dimasukkan ke dalam meja.

   "Kejap,"

   Kyungsoo menarik nafasnya. Kai tercengang.

   "Kau kenal budak ni?"

   Tanya Kyungsoo lalu mengeluarkan satu tanda nama dari begnya.

   '이하나 [Lee Hana]'

   "Lee Hana? bukan budak ni kelas 2 ke?"

   Tag nama itu dibelek Kai. Belum sempat Kai memegangnya 1 minit, Kyungsoo segera merampasnya.

   "Kenapa benda tu ada dekat kau pula?"

   Tokok Kai.

   "Yang itu kau tak perlu tahu okay? sekarang bagitahu aku apa yang kau tahu pasal dia," Kyungsoo berkeras.

   "Ek eleh, nak bersecret pula. Yang aku tahu, budak perempuan ni memang pandai gila. Boleh dikatakan yang paling terpandai. Tak silap aku, dia budak baru. Ya ! tahun lepas dia masuk. Takkan kau tak pernah dengar cerita pasal dia?"

   Kai menceritakan segalanya. Kyungsoo tersentap.

   "Kenapa aku tak pernah dengar cerita pasal dia haa? lagi apa yang kau tahu?"

   "Aku memang selalu nampak dia bersendirian. Kalau tak dekat perpustakaan, dia makan seorang diri dekat taman herba tu. Aku cakap ni pun berdasarkan apa yang aku nampak. Entah sejauh mana kesahihan cerita aku ni. Yang kau tiba-tiba tanya kenapa?"

   Kening Kai sengaja diangkatnya.

   Kyungsoo tercengang.

   "So, dia memang tak berkawanlah?"

   "Aku taktahu. Tah-tah kau dah jatuh cintun sama dia kan?"

   Tanpa disedari, ayat itu menerjah masuk ke telinga Kyungsoo.

   "Hahahhaha kau bergurau ke? kau pernah tengok aku bercinta ke weh?"

   Kyungsoo tergelak lalu menepuk bahu Kai. Tetapi dihatinya tertanya-tanya. Ada betul ke apa yang dikatakan Kai itu? Kyungsoo mula meragui perasaannya sendiri.

   "Sudah masanya untuk kau bercinta wahai Encik Kyungsoo,"

   Gurau Kai. Kyungsoo tergelak kecil mendengar gurauan rakannya itu.

   Perbualan mereka terbantut apabila guru kelas mereka masuk ke dalam kelas. Suasana yang riuh tadi bertukar menjadi suasana yang senyap gelita.


   Kyungsoo mengatur langkah ke perpustakaan. 

   "Kyungsoo-yah!"

   Panggil Kai. Langkah Kyungsoo terbantut.

   Kyungsoo menoleh. "Apa? aku nak pergi perpustakaan,"

   "Perpustakaan?!!" suara Kai sedikit ditinggikan.

   Kepala Kyungsoo dianggukkan.

   Kai menepuk bahu Kyungsoo.

   "Tak pernah langsung aku nampak kau pergi perpustakaan. Demam ke?" sindir Kai.

   "Ah ! jangan buang masa aku. Kau pergilah makan. Nanti sakit pulak. Aku pergi dulu. Bye!"

   Kyungsoo menyambung langkahnya. "chhhhhh" Kai menggeleng kepalanya.


Perpustakaan.

   Pandangan tajam diberikan. Mata mengeliar di sekeliling pelusuk perpustakaan.

   "Haa Kyungsoo. Awak nak apa? jarang betul tengok awak dekat perpustakaan,"

   Tegur Cikgu Song, pengerusi perpustakaan.

   "Tak adalah cikgu. Saya nak cari..... hmm cari... haaa cari buku ni!"

   Lantas sahaja tangannya mencapai buku di atas rak di sebelahnya.

   "Buat apa awak nak baca buku pasal make-up tu? awak nak jadi makeover artis ke?"

   Sindir Cikgu Song sambil tersenyum sinis. Kyungsoo bengang.

   "Haa aah! ya betul tu cikgu. Nanti bolehlah saya tolong make-up cikgu kan?"

   "Ada-ada sahaja awak ni. Saya pergi dulu,"

   Cikgu Song berlalu pergi setelah memeriksa fail di atas meja peminjaman buku. Kyungsoo menghela nafas lega. "Nasib baik dia tak tahu," desis hati Kyungsoo.

   Setelah kelibat Cikgu Song hilang dari pandangan, Kyungsoo segera meneruskan projeknya. Kyungsoo berjalan masuk ke bahagian perundangan di dalam perpustakaan sekolahnya itu.

   Kyungsoo melalui laluan di antara rak buku dan rak buku itu. Tangannya dimasukkan ke dalam poket. "Hmmm macam best je," bisik hati Kyungsoo.

   Tangannya asyik membelek buku di rak buku bahagian perundangan itu.

   Tanpa disedari, satu kelibat gadis kelihatan dari celah-celah buku itu.

   Gadis itu memalingkan kepalanya. Kyungsoo terpaku.

   "Hoi Kyungsoo !"

   Kai menepuk bahu Kyungsoo. Secara automatik, badan Kyungsoo terpaling ke arah Kai.

   "Yaaaaaaaaaaaaaah!"

   Kyungsoo mengurut dadanya. Nafasnya turun naik kerana terlalu terkejut.

   "Kau tengok apa? apa yang ada dekat situ?"

   Kai melihat di celah-celah buku itu. Tiada orang.

   "Kacau line ah kau ni!"

   Tangan Kyungsoo lantas menolak badan Kai lalu berlalu pergi.

   Kai yang ditinggalkan itu, segera berlari mendapatkan Kyungsoo.

  "Weh, kau buat apa tadi? cakaplah dengan aku,"

  Tiada respons.

  Kyungsoo hanya diam membisu.

  "Masuk kelas," gesa Kyungsoo dengan riak wajahnya yang suram.

  

   Tag nama itu dibeleknya. Persoalan yang berlegar-legar di kepalanya masih belum terjawab. Persoalan tersebut yang terlintas di sekolah tadi, terbawa-bawa ke rumah. Degupan jantungnya juga, tak pernah berhenti berdegup kencang. Bagaikan ada persembahan pancaragam sahaja di jantungnya itu.

   Kyungsoo membuka komputer riba kepunyaannya.

   'Tanda-tanda jatuh cinta'

   Dengan laju dia menaip perkataan itu di data carian. 

   "Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup dengan pantas?" Kyungsoo sengaja membaca ayat itu dengan suaranya yang kuat.

   Membaca ayat itu, jantung Kyungsoo semakin berdegup kencang. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akann................. ahh ! Kyungsoo terus menekan button [x] setelah membaca ayat itu.

   "Tak mungkin aku jatuh cinta pada dia. Baru kenal dia hari ini kot!"

   Kyungsoo bermonolog sendirian. Tag nama Hana itu tidak lekang dari tangannya.

   Ou~ Oh~ Yeah~
   My Baby, Baby, Baby, Baby
   Yeah~ Yeah

   Telefonnya berbunyi. Lantas sahaja tangan Kyungsoo mencapai telefonnya.

   "Hello? nak kopi atau nak milo?"

   Jawab Kyungsoo secara sengaja setelah melihat nama 'Kai' di skrin telefonnya.

   "Teman aku keluar malam ni jom?"

   "Pergi mana?"

   "Aku nak beli something,"

   "Kau amik aku boleh?" Kyungsoo melembutkan suaranya.

   "Oh okay. Bye,"

   Panggilan ditamatkan. Kyungsoo mengeluh perlahan. "Kredit pun kedekut," ngomel Kyungsoo sendiri.

   "Ahhhhhh~~~" Kyungsoo menguap. Matanya terkelip-kelip sahaja dari tadi. Matanya menjeling jam di dindingnya sekilas lalu. "Ah, baru pukul 5 petang," bisik hati Kyungsoo lalu merebahkan badanya ke katil. Mata ditutup perlahan. Terlelap.


   Lonceng rumah Kyungsoo memecah ruang angkasa. Bunyi bising yang berpanjangan itu membuatkan Kyungsoo terbangun.

   Kyungsoo mengeliat perlahan. Lonceng rumahnya masih berbunyi. Matanya dikelip-kelipkan. Lantas dia bangun dari tempat tidurnya.

   "Haaaaaaaa ye?"

   Kyungsoo melihat dari CCTV rumahnya.

   "Kau buat apa? tidur ke? cakap nak teman aku. Troll ah kau!"

   Marah Kai.

   Kyungsoo yang masih mamai menggosok matanya.

   "Haaa apa?"

   "Bukak pintu ni !"

   Butang open ditekan.

   "Kyungsoo-yahh!" panggil Kai.

   "Apa?"

   "Kau cakap nak teman aku tapi kau yang tidur ! mana aci !"

   Kai mendermakan sebiji penumbuk di lengan kiri Kyungsoo.

   Kyungsoo mengaduh kesakitan.

   "Yelah, kau duduk dulu. Aku siap,"

   Kai mengeluh perlahan.


Shopping Mall.

   "Kau nak beli apa dekat sini?"

   Kyungsoo membuntuti langkah Kai. 

   "Baca tu,"

   Jari telunjuk Kai mengaju ke arah 'signboard' kedai itu lalu masuk ke dalamnya.

   "Kedai buku? kau nak buat apa ni weh?" tanya Kyungsoo lagi.

   "Aku nak cuci jamban," 

   Perli Kai. Kyungsoo mengeluh perlahan. Lebih baik dia diam sahaja dan ikut sahaja apa yang dilakukan oleh Kai.

   Kyungsoo bertawaf di sekeliling kedai buku itu meninggalkan Kai yang sibuk mencari buku bacaan.

   "Ye? awak nak apa?"

   Satu suara samar-samar didengar. Kyungsoo berpaling kebelakang.

   Alangkah terkejutnya Kyungsoo apabila berpaling kebelakang. Melihat kelibat gadis berambut tocang kuda dan lengkap berpakaian seragam kedai buku itu, jantung Kyungsoo berdegup kencang.

   "Eh awak? Hai,"

   Sapa Hana. Dia menunduk 90 darjah.

   "Haa.... haa.... Hana !"

   Suara Kyungsoo tersekat-sekat. Pipinya bertukar kemerahan, apa lagi jantungnya.

   "Ye, awak nak apa? boleh saya tolong?"

   Senyuman manis terukir di wajah Hana. Dia pandai melayan pelanggannya dengan baik.

   "Tak, saya teman kawan saya sahaja,"

   Balas Kyungsoo ringkas.

   "Kyungsoo, aku dah siap kau......"

   Tak sempat Kai menyambung ayatnya, Hana menyapa. "Hai,"

  "Hai,"

   Balas Kai lalu menunduk juga. 

   "Baiklah Hana. Kami pergi dulu bye,"

   Kyungsoo menarik lengan Kai lalu menuju ke kaunter pembayaran.

   Buku di tangan Kai itu dirampasnya lalu diletakkan ke atas kaunter.

   "Kau kenapa?"

   Bisik Kai ke telinga Kyungsoo.

   "Diam dulu shhhh"

   Balas Kyungsoo. Dia meletakkan jari telunjuknya di bibir.


   
     Selesai sahaja Kai membayar buku yang telah dibelinya, Kyungsoo terus menarik lengan Kai ke luar kedai. 5 minit kemudian, baru pegangan itu dileraikan. Kyungsoo menghela nafas panjang.

   "Apa masalah kau weh?" tanya Kai.

   "Kita minum dulu,"

   Ajak Kyungsoo lalu masuk ke satu kedai kopi.

   Setelah memesan kopi yang diingini, perbualan antara Kai dan Kyungsoo diteruskan.

   "Sebenarnya macamni. Tadi aku nampak Hana,"

   "And then?" 

   "Aku tak tahu kenapa. Jantung aku tak berhenti berdegup kencang. Aku tak tahu !"

   Jelas Kyungsoo. Sengaja dia melantangkan suaranya. Biar Kai dengar dengan jelas.

   "Jangan-jangan kau dah.............."

   "Ah tak mungkin!"

   Kyungsoo segera menyangkalnya.

   "Tak mustahil," Kai tersenyum sinis.

   "Okay senang cerita, kau tengok aku ada macam orang bercinta tak?" tanya Kyungsoo.

   "Memang sama gila! aku tak tipu. Tengok tu, telinga kau merah,"

   Kai memberi pendapat.

   "Tapi, kau pernah ke tengok aku jatuh cinta. Tak pernah kan?!"

   "Itu namanya CPP!"

   "CPP?"

   "Cinta Pandang Pertama!"

   Kyungsoo mengeluh perlahan.

   "Kau rasa, macamtu ke? actually, aku pun rasa yang aku dah jatuh cinta,"

   Luah Kyungsoo.

   "So, kau perlu luahkannya !" cadang Kai.

   "Perlu ke?"

   "Tu pun kalau kau tak nak kehilangan dia,"

   "Huh," 


Seminggu Kemudian.

   Kyungsoo bangkit dari tidurnya. Matanya mengerling jam meja disebelahnya.

   "AAAAAAAAAAAAAAAAAA!" Kyungsoo menjerit dengan sekuat hati. Dia segera mencapai tuala mandinya lalu masuk ke dalam bilik air.

Sekolah.

   Langkahnya dilajukan. Kyungsoo berlari masuk ke dalam sekolah sebelum pagar ditutup oleh cikgu. Mujur sahaja cikgu belum menutupnya, kalau tidak, memang menangis dia di luar sekolah.

   Kyungsoo segera masuk ke kelasnya. Bunyi riuh kelas menandakan green light iaitu tiada guru di kelas. Memang naya sahaja kalau guru sudah masuk, mati dia dibuatnya.

   Kerusi ditarik perlahan lalu dia merebahkan punggungnya ke atas kerusi itu.

   "Kai !" panggil Kyungsoo.

   Kai yang disebelahnya menyahut, "Apa?"

   "Sini lah kejap," panggil Kyungsoo.

   Kai menarik kerusinya mendekati Kyungsoo.

   "Aku rasa aku nak luahkan dekat dia, hari ini,"

   Kata Kyungsoo kepada Kai separuh berbisik.

   "Haaa? dia datang ke? bukan dia masuk hospital?"

   Kyungsoo tersentap mendengar ayat Kai itu.

   "Masuk hospital?!!" mata Kyungsoo terbeliak.

   "Dia sakit ke? tapi kenapa selama ni dia nampak okay?!!" tanya Kyungsoo lagi.

   "Ye. Oh lupa, kau datang lambat. Tadi aku terdengar budak kelas sebelah kecoh pasal Hana masuk hospital. Entah, aku tak tahu," terang Kai.

   Nafas Kyungsoo turun naik. Kyungsoo menyambar begnya di atas meja lalu berlari ke luar kelas. Semua mata-mata kelas melihatnya.

   "Kyungsoo kau nak pergi mana weh!"


   Kyungsoo diselubungi mimpi ngeri. Entah kenapa hatinya terasa seperti tidak tenteram. Dia asyik keluar masuk sahaja dari hospital. Namun, semua hospital yang dikunjunginya tiada pesakit bernama 'Lee Hana'. Kakinya juga hampir melecet kerana asyik berlari sahaja.

   Langkahnya semakin laju. Dia menuju ke Hallym Medical Center. Hanya itu sahaja harapannya. Hanya itu sahaja hospital di Incheon yang belum dikunjunginya.

   "Ada pesakit Lee Hana yang baru masuk semalam?" tanya Kyungsoo kepada jururawat di kaunter.

   "Ada, bilik nombor 12, tingkat 3,"

   Kyungsoo berlalu pergi setelah meninggalkan ucapan terima kasih kepada jururawat itu. Ikutan lif yang lambat, Kyungsoo berlari ke tangga kecemasan. Dia segera naik ke tingkat tiga.

   Sampai sahaja di tingkat tiga, Kyungsoo terus mencari bilik bernombor 12 yang telah dimaklumkan kepadanya.

   "Haaa!" Kyungsoo segera masuk ke bilik bernombor 12 itu.

   "Hana!" panggilnya.

   Kyungsoo tersentap. Hana........ mulutnya tak bisa berkata apa-apa. Tubuh Hana terlantar di katil dengan bantuan pernafasan. 

   "Hanaaaaaaa," Kyungsoo memanggilnya. Satu demi persatu langkahnya diatur. Kyungsoo mendekati Hana lalu duduk disebelahnya.

   Perlahan-lahan, Kyungsoo mencapai tangan Hana. Dia mengusap-usap tangan cinta pertamanya itu. Tanpa disedari, titisan-titisan jernih menyusup keluar dari tubir matanya dengan perlahan. Setitis daripada air jernih itu menyinggah ke tangan Hana. Kyungsoo menarik nafas sedalam-dalamnya.

   "Hana, saya nak beritahu awak ni. Saya sukakan awak. Saya perlukan awak. Saya tak sanggup kehilangan awak. Saya mahukan awak dan saya mencintai awak sepenuh jiwa saya," 

   "Saya .... saya tak mahu melihat awak begini. Ya, saya mengaku saya ini pengecut kerana saya tak pernah nak luahkan perasaan saya sebelum ini dan saya tak tahu yang awak menderita sebegini,"

   "Hana, kuatkan diri awak. Saya tahu awak boleh. Saya akan sentiasa berada di sisi awak sehingga nafas terakhir saya. Hana, lawan segalanya. Awak kuat, awak boleh!" Kyungsoo meluahkan segalanya dengan suaranya yang tersedu.

   Tanpa disedari, airmata Hana mengalir walaupun matanya tertutup rapat.

   "Saya tahu awak dengar," bisik Kyungsoo ke telinga Hana lalu mengucup lembut dahi Hana.

   Pintu bilik dikuak perlahan. Kyungsoo terkejut.

   Seorang doktor masuk ke dalam bilik.

   "Awak ni siapa?" tanya doktor yang tertera 'PARK CHANYEOL' di tag namanya.

   "Hai nama saya Do Kyungsoo. Kawan kepada Hana,"

   Kyungsoo memperkenalkan dirinya lalu menunduk perlahan.

   "Kawan Hana?"

  "Ya, boleh saya tahu dia sakit apa?"

  Doktor Chanyeol memeriksa keadaan Hana.

   "Dia menghidap barah otak. Hana dah melalui hidup yang sukar. Susah, derita, sakit semuanya tersemat di dalam hidupnya. Saya tak tahu kenapa dia ditakdirkan untuk hidup begini," luah Doktor Chanyeol.

   "Maksud doktor?"

   "Dia dilahirkan sebagai anak yatim piatu. Ibunya meninggal sewaktu melahirkannya. Ayahnya pula meninggal dunia dalam kemalangan sewaktu dia di dalam kandungan ibunya,"

   Kyungsoo tersentap. Dia tak menyangka kehidupan Hana sebegitu. Patutlah dia bekerja di kedai buku tempoh hari.

   "Saya harap awak tak berhenti menjenguk dia. Saya berharap pada awak. Dia sudah tiada keluarga atau sahabat untuk menemaninya," pinta Doktor Chanyeol.

   "Baiklah. Tapi, apa kaitan doktor dengan dia?" tanya Kyungsoo.

   "Sebenarnya, dia memang pesakit saya dari dulu lagi. Sayalah tempat dia mengadu sakit. Saya dah anggap dia seperti adik saya sendiri,"

   Doktor Chanyeol mencatat sesuatu di dalam fail. Kyungsoo hanya memandangnya dari jauh.

   "Saya terpaksa pergi. Terima kasih sebab temankan dia,"

   Pinta Doktor Chanyeol. Kyungsoo bangun lalu mengucapkan selamat tinggal.

D-1

   Langsir bilik dibuka bagi membenarkan cahaya pagi terpantul ke dalam bilik. Kyungsoo mencapai mangkuk yang berisi air di atas meja lalu duduk di sebelah Hana. Dia mengelap badan Hana. Setelah mengelap, dia menyapu losyen di kedua belah tangan Hana.

   "Cinta hati saya dah wangi,"

   Kata Kyungsoo berpuas hati. Dia memperbetulkan bantuan pernafasan yang diletakkan di hidung Hana.

   Ketika itu, dia mengeluarkan bunga dari bungkusannya lalu  bunga itu dimasukkan ke dalam pasu kecil yang berisi air. Pasu kecil itu diletakkan di atas meja kecil di sebelah Hana.

   Kyungsoo kembali duduk di sebelah Hana.

   "Awak kena bangun. Awak tak boleh tidur lama tau," pinta Kyungsoo lalu mengucup tangan Hana.

   Begitulah rutin harian Kyungsoo semenjak Hana dimasukkan ke hospital. Tanggungjawabnya terhadap Hana dijalankan dengan baik. Walaupun begitu, tidak sedikit pun rasa cintanya pada Hana berkurang. Segala harinya berlalu sebegitu sahaja. Sehingga satu hari,

D-10

   Kyungsoo merebahkan badannya ke atas sofa. Dia menyelubungkan badannya dengan selimut. Dia cuba melelapkan matanya namun hatinya tidak tenteram. Kedinginan malam itu bagaikan tertusuk tulang-tulang rusuknya.

   "Kyung............soo,"

   Panggilan itu membuatkan Kyungsoo terbangun. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Hana. 

   "Hana!"

   Kyungsoo segera mendapatkan Hana. 

   "Hana! awak dah sedar!"

   Hana menganggukkan kepalanya dalam keadaan yang lemah.

   "Biar saya panggil doktor!"

   Kyungsoo cuba untuk memanggil doktor namun Hana menahan tangannya. Hana menggelengkan kepalanya.

   "Kyungsoo-sshi, gomawo,"

   Ucap Hana. Kyungsoo hanya mengangguk. Dia duduk di sebelah Hana.

   "Biar saya panggil doktor. Saya harus memaklumkan kepada doktor,"

   Kyungsoo segera memanggil doktor.

   Doktor Chanyeol dan Kyungsoo menuju ke bilik Hana.

   Setelah sampai, Doktor Chanyeol terus memeriksa keadaan Hana.

   "Dia okey, cuma dia masih lemah. Biarkan dia berehat,"

   Jelas Doktor Chanyeol. Kyungsoo tersenyum gembira.

   "Awak lapar? awak nak makan apa-apa?"

   Hana menggeleng.

   "Baiklah, awak berehat ye," 

   Selimut yang menyelimuti separuh badan Hana ditarik ke atas sehingga bahagian ketiak Hana.

   Dengan perlahan, Hana melelapkan matanya.

   Melihat Hana tertidur dengan lena, Kyungsoo juga tertidur di samping Hana.

D-11

   Kereta roda itu ditolak perlahan. Kyungsoo membawa Hana mengelilingi hospital. Tiba di taman bunga hospital, Kyungsoo memberhentikan kereta roda tersebut atas permintaan Hana.

   "Awak suka bunga?" tanya Kyungsoo.

   Hana mengangguk.

   Kyungsoo tersenyum. Dia memetik satu bunga ros di taman itu lalu menyelitkan bunga itu di rambut Hana. 

   "Awak cantik,"

   Puji Kyungsoo. Hana hanya tersenyum.

   "Hana....."

   "Ye?"

   "Saya nak luahkan perasaan saya. Sebenarnya, saya cintakan awak," luah Kyungsoo.

   "Saya tahu. Doktor Chanyeol dah cerita segalanya,"

   "Macam mana dia tahu?"

   "Dia terdengar awak cakap masatu. Dia nak periksa saya, tiba-tiba dia terdengar satu suara. Tak jadilah dia nak masuk," jelas Hana lalu tertawa.

   "Malulah saya!" balas Kyungsoo.

   Suara ketawa mereka menggembirakan suasana. Kyungsoo tersenyum dapat melihat Hana tersenyum semula.


   Malam itu, Kyungsoo keluar sebentar untuk mandi. Setelah mandi, dia kembali ke bilik Hana.

  Tombol pintu bilik itu dipulas perlahan. Kyungsoo masuk ke dalam bilik dengan perlahan kerana dia yakin Hana sedang tidur. Dia meletakkan baju kotornya ke dalam plastik lalu meletakkan baju tersebut ke atas meja.

   Tiba-tiba sahaja dia rasakan sesuatu yang lain daripada yang lain. Dia mendekati Hana untuk memeriksanya. Dia memeriksa kadar nadi Hana. Dia meletakkan jarinya di hidung Hana namun tiada respon yang dirasakannya. Dia mencapai tangan Hana lalu memeriksa nadi Hana. Hampa. Tiada degupan langsung. Kyungsoo terduduk. Dia tersentap. Matanya berkaca.

   "Saya tahu awak mahu berehat. Berehatlah," ucap Kyungsoo dengan suaranya tersekat-sekat. Kyungsoo menarik selimut Hana lalu menyelubungnya.



   Kyungsoo menatap kubur Hana dengan perasaan yang sebak. Nama 'Lee Hana' yang tertera di tanda kubur itu amat menyakitinya. Kai juga datang bagi memberi penghormatan. 

   "Sabarlah weh. Kau harus lepaskan dia juga," bisik Kai. Kyungsoo cuba untuk sabar.

   "Kyungsoo...."

   Doktor Chanyeol memanggil Kyungsoo. Dia memegang satu sampul surat.

   "Ye?"

   "Nah,"

   Sampul surat itu bertukar tangan. Kyungsoo mengucapkan terima kasih lalu menunduk.

   "Kyungsoo, aku balik dulu," pinta Kai. Kyungsoo mengangguk.

   Kini, tinggal Kyungsoo sahaja di kubur Hana. Kyungsoo duduk di bangku berdekatan dengan kubur Hana. Dia membuka sampul surat yang diberikan oleh Doktor Chanyeol tadi. Surat berwarna biru itu ditatap dengan penuh perasaan.

To : Do Kyungsoo
From : Lee Hana

Kyungsoo... terima kasih kerana pengorbanan awak menjaga saya. Ya, saya tahu bukan senang untuk awak menjaga orang seperti saya. Terima kasih, terima kasih, terima kasih. Kerana awak, saya terasa seperti dihargai. Saya minta maaf kerana menyusahkan awak. Terima kasih  tidak tidur malam kerana saya, terima kasih kerana awak bersihkan saya walaupun saya tak mampu, terima kasih layan saya dengan baik biarpun saya tak sedar, terima kasih menemani saya di saat saya memerlukan seseorang dan terima kasih kerana mencintai saya. Maafkan saya kerana tinggalkan awak. Saya tahu masa saya akan sampai nanti. Maafkan saya kerana tinggalkan awak di saat awak perlukan saya. Saya dah penat dengan hidup, saya cuma mahu berehat, saya perlukan ketenangan. 

Orang seperti awak sentiasa saya ingat walaupun jasad saya bukan di dunia lagi. Do Kyungsoo, insan yang mencintai saya sepenuh hatinya akan sentiasa tersemat dan terukir di hati saya. Haaa baru saya ingat, awak tak pulangkan lagi kan tag nama saya? tak apa. Awak simpanlah tag nama itu untuk selama-lamanya sebab saya akan berada di sisi awak selama-lamanya walaupun jasad saya bukan bersama awak. Hati awak, hati saya akan kekal selama-lamanya walaupun jasad kita tak bertentang mata. Ingatlah saya dalam mimpi awak. Saya lupa nak bagitahu awak yang saya cintakan awak juga, Do Kyungsoo. Saya akn sentiasa bersama awak. Terima kasih :') 

   Kyungsoo tersentap. Dia mengeluarkan tag nama Hana yang masih disimpannya. Dia memegang erat tag nama itu lalu dikucupnya perlahan.

   "Hana, saya tak akan lupakan awak. Tak akan,"

-TAMAT-


     
     ALHAMDULILLAH SIAP JUGA AKHIRNYA HOHOHOHO. IGNORE SEGALA 
     TYPO ATAU KESALAHAN TATABAHASA. JANJI SIAP SUDAH HAHAAH -.-
     TERIMA KASIH BUANG MASA BACA XD KEKE SAYA SAYANG KAMU 
  

   



   

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. EHE /THROWNAMSHEART/