Title : True Love
Main Character : Choi Seunghyun [FT ISLAND], Shin Hye Jeong [AOA]
Author : Atika Shahira
Genre : Tragic love
Language : Malay
Character + Forewords ; Trailer ;
Seunghyun POV
Pintu bilik kukuak perlahan. Langkah perlahan kuatur. Aku merebahkan badanku ke atas katil. Kepalaku kalut memikirkan hal diriku ini. Entah kenapa perasaan aku lain semacam sahaja. Aku tak pasti sama ada aku sudah jatuh cinta padanya.... Ah tak mungkin ! Dia sudah berpunya, bahagia lagi sekarang. Tambah-tambah lagi dia kian menjadi buah mulut pelajar di sekolah kerana menjalinkan hubungan dengan budak popular di sekolah.
Aku bangkit dari pembaringanku lalu menuju ke meja belajar. Laci meja kutarik perlahan lalu aku mengambil satu buku di dalamnya. Buku itu kuletakkan di atas meja. Aku membuka helaian baru buku itu lalu menulis sesuatu.
5 April
Cinta tak boleh dipaksa. Tanpa kusedari, cahaya cinta menyinari diriku. Entah boleh aku terima atau tidak tapi aku tahu cahaya cinta itu akan memberikan aku penamat yang indah. Aku yakin ^_^
Buku itu kututup perlahan. Aku keluar ke anjung bilik. Renungan jauh kuberikan. Memang tidak disangka aku menyintainya. Aku tidak rasa aku hanya menyukainya, tapi lebih mencintainya sehinggakan perasaan ingin memiliki terbit di lubuk hati. Aku tahu ini sudah lumrah manusia iaitu menyukai dan disukai, fikirku.
Sekolah.
Aku segera masuk ke dalam kelas memandangkan lonceng sekolah sudah berbunyi. Kelas masih riuh, mungkin guru belum masuk lagi. Dengan langkah laju aku segera pergi ke tempatku di bahagian sebelah tingkap. Dihadapanku ialah sahabat baikku, Jaejin yang selalu mendengar masalah aku.
"Jaejin-yahh!" panggilku dengan suara antara dengar dan tidak.
Jaejin menoleh ke belakang.
"Apa?" Jaejin memberi reaksi lalu mengubah posisi kerusinya.
"Aku rasa sesuatu," aku mengerutkan dahiku.
"Rasa apa?" Jaejin menggaru kepalanya yang tidak gatal. Rungsing mungkin.
"Macammana aku nak bagitahu. Haa! apa kau akan buat kalau kau sukakan seseorang tapi orang tu dah berpunya malah bahagia dengan pasangannya dan pasangan dia tu bukan calang-calang orang sebab dia tak macam budak biasa macam kita ni." tanya Seunghyun.
"Aku tak faham apa yang kau cuba tanya ni. Kau menanya ke kau bagi ayat biasa?" sememangnya aku tahu Jaejin ni orangnya cepat menangkap tapi entah mengapa otaknya kurang berfungsi hari ini. Aku mengeluh kecil.
"Okay aku pendekkan. Aku suka seseorang," beritahu Seunghyun.
"Kau suka seseorang?!!" Minhwan mencelah lalu menghentakkan tangannya di atas meja. Mata-mata di kelas itu secara tidak langsung tertumpu padanya.
"Eh sorry sorry. Maaf atas kesan teknikal. Sambung sambung," muka Minhwan merah menahan malu.
Minhwan menarik kerusinya di sebelahku lalu menyertai kami.
"Kau suka siapa weh?" tanya Minhwan dalam keadaan separuh berbisik.
Jaejin mengangguk-anggukkan kepalanya tanda menyokong.
"Aku masih tak boleh nak beritahu sebab aku tak pasti lagi dengan perasaan aku ni. Kalau korang berdua tengok dari segi luaran, apa korang rasa?" tanyaku.
Minhwan yang mendengar kenyataan aku itu memandang aku dengan tajam. Entah apa yang dia fikirkan.
"Budak dalam kelas ni ke?" Jaejin bersuara.
"Kejap ! menurut kajian Professor Minhwan, aku rasa kau mencintai budak tu tapi kau masih ragu-ragu dengan perasaan kau sebab budak tu mesti dah berpunya. Betul tak analisa aku ni?" Minhwan menyilang tangannya dengan kening yang sengaja diangkat.
"Aku rasa apa yang kau kata tu betul, Minhwan. Jaejin, hmmmm ya budak tu dalam kelas ni," aku memberi klu kepada mereka. Tiba-tiba Hyejeong masuk ke kelas. Mungkin dia baru hadir, fikirku.
Secara tidak langsung aku terfokus pada wajahnya, bagaikan ada satu cahaya yang menyinari. Adakah ini perasaan orang yang bercinta?
Minhwan melayang-layangkan tangannya di hadapan mukaku.
"Eh !" aku tersedari dari lamunanku.
Jaejin melihatku dengan mata yang menggerunkan.
"Jujur, adakah orang itu Hyejeong?" pertanyaan Jaejin membuatkan aku tersentap. Aku mengendahkan pertanyaannya itu lalu meletakkan kepalaku ke atas meja.
"Kelas! dengar ni. Hari ini cikgu kita ada mesyuarat kecemasan sampai rehat jadi aku harap korang boleh bagi kerjasama. Tolong jangan bising," ketua kelas kami, Sandeul membuat pengumuman. Huh, kenapalah masa begini cikgu tidak masuk kekelas. Aku kembali meletakkan kepalaku ke atas meja.
"Seunghyun! betul ke dia?" Minhwan ternganga.
"Yah yah jangan kacau aku, duduk tempat korang," kataku.
"Okay fine," balas mereka berdua serentak lalu kembali ke tempat duduk mereka. Secara tidak kuduga, perasaan bersalah mula timbul dalam diri ini. Bukan niat aku taknak bagitahu, aku cuma belum bersedia. Tolong fahami aku, bisikku.
Aku mengalihkan kepalaku kearah Hyejeong. Aku merenung dia dari jauh. Gelak tawanya menghiburkan hati aku. Tapi aku taktahu kenapa dia perlu dimiliki orang lain? Ahh, aku tak boleh ada rasa sifat tamak. Aku perlu menerima kenyataan yang aku tak boleh memiliki dia.
Tiba-tiba aku terpandang pada wajah Minhwan yang muram memandangkan mejanya hanya jarak beberapa meter dariku. Mungkin dia kecewa denganku.
Rehat.
Kami bertiga mengatur langkah ke kantin. Setelah selesai membeli makanan, kami duduk di meja yang disediakan. Jaejin dan Minhwan hanya diam sahaja dari tadi. Proteslah tu.
"Ye, aku suka dia," keluhan kecil kulepaskan.
Mata mereka berdua terbeliak.
"Tapi dia kan............." Jaejin berasa bersalah untuk meneruskan ayatnya, aku tahu.
"Ye, dia sudah berpunya. Yonghwa lebih layak," luahku.
"Kau sabar ye, aku tahu kalau kau sabar, takdir mesti berpihak pada kau," tanpa kuduga, Jaejin menepuk bahuku.
"Ye, kau sabar je. Kalau kau betul-betul cintakan dia, aku tahu tuhan akan menyatukan korang berdua. Apa-apapun, kau makanlah nasi tu dulu nanti lapar naya je," Minhwan pun tidak kurang juga memberi semangat. Aku bersyukur kerana ada mereka.
Senyuman tipis tapi sangat bermakna aku lemparkan. Terima kasih, getus hatiku.
....................
Seperti biasa, pulang sahaja dari sekolah aku akan menulis sesuatu di bukuku. Aku meletakkan buku tersebut ke atas meja lalu mula menulis.
6 April
Sahabat adalah segalanya. Hari ini dua insan yang bernama sahabat dalam hidup aku telah memberikan aku semangat untuk menghadapi titi hidup ini. Aku bersyukur kerana mempunyai kawan seperti mereka. Gelak tawa Hyejeong sangat mempersona. Aku taktahu kalau aku dapat memilikinya tapi aku sangat berharap kerana gadis itu ialah cinta pertamaku.
Selesai sahaja menulis, aku menukar baju lalu turun ke bawah untuk makan.
"Omma," aku memeluk omma yang sedang mencuci pinggan di dapur.
"Kenapa ni haa?" tanya omma.
"Tak ada apa-apa," aku menggeleng-gelengkan kepalaku.
"Duduk, omma siapkan makanan," kata omma lalu menutup paip sinki. Aku terus duduk di meja makan setelah mendengar ayat omma itu.
"Omma, dulu masa omma dengan appa bercinta, siapa yang meluahkan perasaan dulu?" secara tidak kuduga, idea untuk menanya mengenai perkara itu datang dengan tiba-tiba.
"Mestilah appa kamu," balas omma lalu meletakkan satu persatu mangkuk berisi makanan ke atas meja.
"Ceritalah dekat Seunghyun," kataku dengan tidak sabar.
"Nah, makan," omma menghulurkan mangkuk yang berisi nasi.
"Dulu semasa kami berada di sekolah tinggi macam kamu, omma bercinta dengan seseorang. Tanpa omma sedari, appa kamu juga suka pada omma tapi dia tak bagitahu omma pun. Sampai satu masa, appa kamu meluahkan perasaannya sewaktu omma baru sahaja putus cinta. Dia membuat pengakuan di padang semasa kami sedang bersukan," cerita omma sambil tersengih-sengih. Mendengar cerita omma itu, aku teringat akan diriku. Adakah perkara sebegitu akan berlaku kepadaku juga? hmm aku harap.
"Kenapa kamu tanya?" sambung omma lagi.
"Tak ada apa-apa, Seunghyun saja menanya," balasku lalu sambung makan.
"Seunghyun tak ada sukakan seseorang?" tanya omma.
Aku menggeleng. Aku tak mahu memberitahu omma.
"Kalau Seunghyun sudah mula menyukai seseorang nanti, Seunghyun luahkan sahaja perasaan Seunghyun itu. Kalau dia terima atau tidak itu belakang cerita asalkan Seunghyun jujur pada diri sendiri. Jangan menipu perasaan. Menyukai dan disukai itu sudah menjadi lumrah. Kalau Seunghyun pandai jaga perasaan tu, Seunghyun pasti dapat memiliki dia," omma meluahkan pendapatnya. Ayat omma membuatkanku tersentap. Luaran aku gembira, tapi di dalam hatiku menangis teresak-esak.
"Wah omma dah macam doktor cinta!" pujiku.
"Biasalah, part time," balas omma. Kami berdua ketawa terbahak-bahak.
Sekolah.
"Weh!" panggil Minhwan. Dia berlari keanak-anakkan ke arahku. Perbualan aku dengan Jaejin mengenai perlawanan besbol malam tadi terbantut.
"Apa dia?" aku menjadi kalut melihat muka Minhwan yang menyeramkan itu.
"Tengok tu!" Minhwan menundingkan jarinya ke arah luar tingkap.
Aku dan Jaejin segera melihat ke luar tingkap.
Keluhan kecil aku lepaskan.
"Sabar ye weh, aku minta maaf sebab beritahu kau perkara ni," ucap Minhwan.
"Naneun gwanchaena," balasku mudah.
Selang beberapa minit, aku bangun lalu menuju ke tandas.
Ditandas aku membasuh mukaku, cuba sedar dari kesedihan di hati ini. Yonghwa sungguh romantik sehinggakan memberi Hyejeong bunga dihadapan kalangan pelajar sebegitu. Hyejeong patut bersyukur kerana Yonghwa menjadi teman lelakinya.
Aku melihat cermin.
"Yah! pabo!" aku menepuk mukaku. Tanpa aku sedari, air mata kelelakian yang tak pernah aku curahkan sebelum ini akhirnya jatuh membasahi pipi juga. Dengan segera aku mengelap air mata itu. Aku tak mahu dibutakan dengan kesedihan aku tak mahu. Tak apa, aku boleh.
"Choi Seunghyun, awak boleh! awak boleh hadapi semua ini!" aku memberikan semangat untuk diriku sendiri.
....................
Aku masuk kekelas.
"Kau pergi mana?" tanya Jaejin.
"Tandas," balasku ringkas.
"Weh, aku tahu kau sedih. Jangan macamni. Kalau dia jodoh kau, aku tahu dia milik kau," ucap Minhwan.
Aku tersenyum mendengar kata-katanya itu.
....................
Seperti biasa aku akan menulis sesuatu di bukuku setelah pulang dari sekolah. Tak pernah kulupa, kerana itulah satu-satunya hobiku.
12 April
Tadi saya nampak awak bersama dia, kamu berdua sangat romantik sehinggakan perasaan cemburu mula terbit dihati saya. Hmm mungkin saya tak layak memiliki awak.
Luka hati aku masih terasa seperti dilapah, belum lagi sembuh. Aku tak tahu mengapa perkara yang Yonghwa lakukan mengguris hati aku sehingga membuatkan aku hilang semangat untuk mencintai Hyejeong. Ya, benar kata kawan-kawanku, aku harus kuat. Cahaya cinta itu pasti akan membuahkan hasil kelak.
....................
'Baby naramyeon johgesseo geureomyeon johgesseo,
lonely lonely oh naui sarang,
ne sarangdo......'
Bunyi telefonku membuatkan aku terbangun.
"Yeobesayo?" ucapku masih dalam keadaan mamai.
"Jaejin..." balasnya.
"Haa nak apa?" aku menguap.
"Aku nak bagitahu kau ni, tak tahu kalau berita ni menggembirakan kau atau tidak," kata Jaejin. Mendengar ayat tu aku semakin bersemangat mahu mendengar.
"Apa dia?"
"Hyejeong dah putus," jelas Jaejin sangkut-sangkut.
"Haaa??!!" aku terkejut.
"Ye, tadi aku pergi Namsan Park, then secara tak sengaja aku ternampak diorang berdua. Aku tak tahu apa masalah diorang,"
"Tapi bukannya semalam baru........" tak sempat aku menghabiskan ayat itu, Jaejin mencelah.
"Ye, aku taktahu. Itulah yang aku heran,"
"Baik kau pergi, mungkin dia masih ada sebab aku terus call kau ni," sambung Jaejin lagi.
Aku terus mematikan talian lalu bergegas ke bilik air untuk mandi.
Namsan Park.
Aku berlari mencari Hyejeong di Namsan Park. Harapan aku setinggi gunung, berharap agar Hyejeong belum pulang lagi.
Tiba-tiba aku terjumpa satu kelibat yang sedang bersendirian di bangku. Dari belakang, gadis itu menawan sekali. Mungkin itu Hyejeong, fikirku.
Aku mendekatinya. Dia sedang nangis teresak-esak mungkin kerana kejadian yang berlaku tadi.
"Hyejeong?" panggilku dengan lembut.
Hyejeong mengangkat kepalanya.
"Seunghyun?" Hyejeong pelik.
"Boleh saya duduk?" tanyaku. Hyejeong mengangguk. Melihat reaksi itu, tanpa segan silu aku duduk disebelahnya.
Hyejeong hanya diam. Apa yang dia tahu, hanya menangis.
"Awak kenapa?" tanya Seunghyun.
Hyejeong diam.
"Awak janganlah malu nak cerita segalanya. Saya tahu awak bersedih. Dah terang takkan nak suluh lagi kan?" kataku cuba membuat lawak kering. Namun, tak berjaya.
Hyejeong mengeluh.
"Ada masalah ke? saya minta maaf menyibuk tapi saya boleh jadi pendengar awak," luahku cuba menambat hatinya.
"Saya tak tahu nak cerita macam mana," akhirnya Hyejeong bersuara.
"Awak cerita sahaja dari A ke Z. Tak sampai Z pun tak apa, sampai Y pun kira okay," desisku.
Hyejeong tertawa kecil. Aku gembira, taktikku berjaya juga.
"Saya baru putus cinta," Hyejeong mengelap air matanya.
"Kenapa? kamu berdua kan pasangan romantik," aku cuba memuji tapi dalam hati meluat.
"Sebenarnya Yonghwa curang pada saya. Semalam saya ingat dia ikhlas buat saya begitu dihadapan orang ramai tapi sebenarnya dia ada perempuan lain," cerita Hyejeong dengan teresak-esak.
"Awak sabar ye. Mungkin ni dugaan untuk awak. Tak semua dugaan yang tuhan beri tak ada kebaikan. Dugaan tu semua tanda tuhan sayang kita. Walaupun pada mata kasar perkara ni membuatkan kita jatuh, sebenarnya ada makna disebalik dugaan tu iaitu kematangan. Kalau awak boleh hadapi dugaan ni, saya yakin awak akan jadi seorang yang matang. Semua yang tuhan beri ada kebaikannya cuma manusia tak mahu menghargai dan menganggap perkara tu sebagai remeh-temeh. Saya tahu awak kuat," aku memberikan semangat kepadanya. Tapi Hyejeong makin menangis, bukan tersenyum.
"Janganlah nangis, perkara ni tak selesai kalau awak menangis sahaja. Awak harus kuat. Jangan buat diri awak kelihatan seperti pencundang," sambungku lagi lalu menghulurkan sapu tanganku kepadanya.
"Terima kasih," balas Hyejeong.
"Awak nak dengar satu cerita tak?" tanyaku.
Hyejeong mengangguk.
"Macamni. Ada seorang lelaki ni, dia mahu pulang kerumah dia. Masa dia nak balik, ada satu anjing tengah duduk dekat tepi jalan. Dia pun endahkan je. Sekali masa dia lalu tu, anjing tu kejar dia. Dia pun lari macam apa sampai ternaik atas kereta. Tergedek-gedek dia lari keliling sebab nak selamatkan diri," ceritaku berbaki gelakkan. Hyejeong tergelak besar.
"Awak kelakarlah," puji Hyejeong. Aku tersipu malu.
Tiba-tiba telefonku berbunyi, aku mengeluarkan telefonku dari poket.
Hyejeong tersentap.
"Apa ni?" tanya Hyejeong.
Rupa-rupanya gambar Hyejeong terjatuh dari poketku. Niatku untuk menjawab telefon tadi tergendala.
Aku mengeluh kecil.
"Biar saya jujur, sebenarnya saya suka awak. Maaflah sebab mencintai awak. Saya dah cuba lupakan awak tapi saya tak boleh. Bila melihat awak bersama Yonghwa setiap masa, hati saya terasa seperti ditikam," aku teringat kata-kata omma 'Seunghyun luahkan sahaja perasaan Seunghyun itu.' dan berniat untuk jujur sahaja.
"Seunghyun....." Hyejeong melihatku dengan matanya yang berkaca.
"Janganlah menangis lagi. Saya tak mahu melihat awak menangis lagi, tolong jangan rosakkan mata awak yang cantik tu," kataku kepadanya. Akhirnya air matanya jatuh membasahi pipinya juga.
Air mata itu kusekakan "Jangan menangis" luahku.
"Saya tak tahu yang awak suka pada saya. Terima kasih sebab jujur pada saya. Terima kasih sebab ada dengan saya sewaktu saya memerlukan seseorang. Terima kasih sebab gembirakan hati saya dan terima kasih buat saya jatuh cinta dengan ketulusan hati awak," luah Hyejeong pula. Aku tersentap dengan ayatnya.
"Awak pun?" tanyaku hairan.
"Awak dah buat saya jatuh cinta dengan kebaikan awak dan secara tidak langsung saya juga terjatuh hati kepada awak. Saya tak tahu kenapa semuanya berlaku dengan mudah," balas Hyejeong tersenyum.
"Hyejeong-ahh....." mulutku terkubil-kubil memanggil namanya.
"Awak tak mahu melamar saya jadi teman wanita awak ke?" dengan selamba Hyejeong menyuarakan ayat itu.
Aku tergelak kecil.
Aku melutut dihadapannya.
"Haaa tak ada bendalah," aku melihat sekeliling. Aku terlihat satu akar kayu lembut lalu mengambilnya.
Akar kayu lembut itu aku gumpal sehingga menjadi cincin.
"Saya tak tahu kalau ini dapat membuktikan cinta saya tapi tahulah satu perkara, saya cintakan awak. Shin Hye Jeong, sudikah awak menjadi kekasih hati saya? buat selama-lamanya," aku mengucap ayat itu tanpa rasa gentar.
"Awak tahu jawapannya," balas Hyejeong lalu tersenyum.
Aku menyarungkan cincin yang diperbuat dari akar kayu lembut itu tadi ke jari manis Hyejeong. Cantik sekali bila dipakainya.
Secara tidak kuduga, Hyejeong memelukku.
"Saya tahu awak takkan lukakan hati saya seperti yang sudah berlaku. Cinta sejati awak menyatukan kita, terima kasih," bisik Hyejeong.
Aku memberikannya dakapan hangat. Benar kata mereka, kalau kita bersabar, cinta itu pasti akan datang.
Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Walaupun begitu, pelukan kami masih lagi tidak terlerai. Ya, hujan menjadi saksi percintaan kami. Titisan hujan mencurah laju bagaikan cinta yang aku curahkan untuknya.
Love is like quicksand. The deeper you fall in it, the harder is is to get out.
Jangan kecewa kerana cinta kerana cinta itu pasti datang jika sudah ditakdirkan. Kalau sudah jodoh, memang tidak kemana. Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita. Bersabarlah dan hadapi semuanya dengan mudah.
"Saranghae yeongwonhi, Hyejeong,"
_________________________________________________________________________________
SIAP JUGA AKHIRNYA. TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI MEMBACA /LAP AIRMATA/ SAYA HARGAI SEMUANYA. TAKTAHU KENAPA RAJIN GILA NAK BUAT ONESHOT SEDANGKAN FF TERGENDALA HAHA TAKPELAH NANTI AKU INGAT FF TU NAK DI BUAT ONESHOT ==" AKU TAK SUKA FF SEBAB DIA ASYIK BERSAMBUNG HAHA. BTW AKU TAHU BANYAK KESALAHAN TATABAHASA/ EJAAN PEH FAHAM-FAHAM JE HAHA. THANKGYU :3
CREDIT : ELYA