-gambar ulzzang hanya hiasan smata-mata-
Title : A While / For a second
Main Character : Yoo Jia, Park Jiyeon [T-ARA]
Author : Atika Shahira
Genre : Tragic, Love
Language : Malay, some basic korea
CHARACTER + SYNOPSIS + FOREWORDS
"Awak hanya ada beberapa minggu sahaja untuk hidup,"
Ayat itu berdengung di telinganya. Bagaikan mendapat satu tamparan panas, dia terkejut di dalam suasana yang tegang itu. Airmata yang membasahi pipinya cuba disekakan. Tidak ada seorang pun manusia akan dapat menerima kenyataan apabila mendapat tahu mereka hanya mempunyai masa yang singkat untuk hidup. Begitu juga dengan gadis kecil molek, Yoo Jia. Disebabkan penyakit buah pinggang, dia hanya mempunyai masa yang singkat untuk hidup.
"Tak ada cara untuk selamatkan saya?"
"Ada. Awak boleh cari penderma. Tetapi semuanya mengambil masa. Paling kurang pun 5 bulan,"
Jia cuba menyedarkan dirinya. Dia tidak mahu tenggelam dalam kesedihannya sendiri. Perkara inilah mimpi buruk yang paling teruk baginya. Jia menepuk-nepuk mukanya. "Ah ! ini bukan mimpi" bisik hatinya. Jia tidak dapat menerima kenyataan itu lagi. Tapi dia harus menerimanya. Jia jatuh terduduk. Dia menangis selagi yang boleh. Kalau boleh, di situ juga dia mahu menjerit. Dia tidak mahu meninggalkan semua dengan begitu awal. Dia tidak mahu.. Apakan daya, dia hanya mampu merancang.
Seaview High School
Jia melangkah longlai masuk ke kelasnya. Riuh di kelas masih tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya. Bukan mudah mahu menerima hakikat ini. Bagi Jia, dugaan ini amat berat baginya. Jia duduk di tempatnya. Dia meletakkan kepalanya di meja lalu memandang jauh ke luar.
"Aku taktahu kalau aku boleh hadapi," desis Jia sendiri.
Jia cuba menahan airmatanya. Dia tahu, dia tidak kuat untuk menghadapi semua ini tetapi dia harus menguatkan semangatnya. Untuk kebaikkannya juga.
"Jia?" sergah Jiyeon disebelahnya.
"Ne, ne" balas Jia ringkas. Dia mengangkat kepalanya walaupun berat. Jia mengalihkan pandangannya ke muka Jiyeon. Tepat !
"Myungsoo?" bisik hati Jia sendiri. Matanya berkaca. Myungsoo memegang erat tangan Jiyeon. Dia tahu.. dia tahu... Myungsoo milik Jiyeon tapi..... dia sudah pendamkan perasaan ini selama 6 tahun.
"Awak okey tak?" pertanyaan Jiyeon itu menyedarkan Jia dari lamunanya.
Jia mengangguk.
"Saya duduk dulu tau," bisik Myungsoo kepada Jiyeon. Jia memandang mereka berdua dengan tajam. Tanpa disedari, perasaan cemburu mula terbit di hati Jia. Kenapa semua perlu aku lalui? Apa salah aku sampai dihukum begini? Sekali lagi Jia cuba menahan airmatanya dari jatuh membasahi pipi. Jia mengurut dadanya, cuba bersabar.
Jiyeon duduk di sebelah Jia. "Jia... awak okey tak?" tanya Jiyeon sekali lagi.
"Hmmmm, naneun gwanchaena," balas Jia ringkas. Dia melembutkan suaranya.
"Jangan tipu, mata awak cerita segalanya. Awak kongsilah dengan saya kalau awak mengaku yang saya kawan awak. Tak guna ada kawan kalau awak begini. Janganlah begini, saya susah hati," mendengar luahan Jiyeon itu airmata Jia jatuh juga akhirnya. Ya, dia tidak kuat.
Jiyeon lantas mengambil sapu tangan di dalam mejanya lalu menyeka airmata yang berjujuran di kelopak mata Jia. Jiyeon faham akan perasaan kawannya itu. Naluri Jiyeon mengatakan yang Jia mempunyai sesuatu yang ingin dikongsi namun tidak terdaya.
"Jiyeon........." panggil Jia.
"Yoo Jia-yah ! kuatkan diri awak. Saya tahu awak kuat. Jangan jadi pengecut. Awak ceritalah segalanya. Saya boleh bantu selagi terdaya. Janganlah begini. Awak kuat !" Jiyeon memberi kata-kata semangat untuk Jia. Namun airmata Jia makin berjujuran. Dia terharu kerana mempunyai kawan seperti Jiyeon. Tapi itu membuatkan dia tidak sampai hati untuk merampas Myungsoo daripada Jiyeon. Dia tidak kuat. Itulah takdirnya.
"Saya tahu awak perlukan masa. Tak apa, bila awak sudah bersedia, awak beritahu saya. Saya akan mendengar segalanya. Ingat itu !" Jiyeon tersenyum. Jia membalas senyumannya itu.
Rehat.
Jia berlari meluru ke tandas. Di dalam tandas, dia memicit-micit pinggangnya yang sakit. Muka Jia menjadi pucat. Di dalam kelas tadi dia cuba menahannya tapi sekarang dia sudah tidak tahan. Jia mengetap bibirnya menahan sakit. Tangannya menggigil. Makin ditahan, makin terasa. Mahu saja dia menjerit sekuat hati disitu namun dia tidak boleh. Jia terduduk ke lantai. Airmatanya jatuh berjujuran membasahi pipinya. Dia mengeluarkan pil tahan sakit di koceknya lalu memakannya. Jia memakan pil tersebut dalam keadaan terpaksa. Airmatanya tidak berhenti berjujuran.
Jia menarik nafas lega. Pinggangnya sudah tidak sakit lagi. Mujur saja dia membawa pil itu. Jia keluar dari tandas. Dia menuju ke kantin.
"Jia !" panggil Jiyeon. Jia menoleh kebelakang.
"Nae?" pandangan Jia dialihkan ke Myungsoo yang berada di sebelah Jiyeon. Hatinya sakit. Kenapa Myungsoo mesti selalu ada bersama Jiyeon? Kenapa?!!
"Awak pergi mana tadi?" tanya Jiyeon.
"Tandas," balas Jia ringkas.
"Jom pergi kantin?"
"Okay,"
Jia menurut perlahan. Dia membiarkan Jiyeon dan Myungsoo jalan mendahuluinya. Mereka sangat romantik dan pasangan yang sesuai. Tapi dia mahu bersama dengan Myungsoo walaupun hanya untuk sehari sekalipun. Dia tidak mahu perasaan yang dipendam itu menjadi sia-sia dan bertukar menjadi cebisan-cebisan kertas yang berterbangan begitu sahaja.
Kemesraan Myungsoo dan Jiyeon itu membuatkan hati Jia makin terasa. Bagaikan dirobek-robek tanpa direlainya. Mahu saja dia memisahkan dua sejoli itu namun dia tidak bisa. Jiyeon terlalu baik padanya.
"Jia, awak sakit ke?" tanya Myungsoo tiba-tiba. Jia mengangkat bahunya. Dia makin bersemangat.
"Ahni," balas Jia lalu tersenyum.
"Kenapa muka awak pucat semacam?" soal Myungsoo lagi. Jiyeon disebelahnya menyokong kata-kata Myungsoo itu.
"Mungkin sebab saya terlalu letih," jawab Jia lalu menghabiskan sisa-baki makanannya.
Namsan Park
"Jia sakit ke?" tanya Myungsoo kepada Jiyeon. Mereka berdua duduk dibangku yang disediakan bersama aiskrim ditangan. Petang-petang begini mereka selalu menghabiskan waktu bersama.
"Molla, dia tidak beritahu apa-apa kepada saya. Saya pun ragu-ragu terhadap dia. Tadi dia menangis dihadapan saya. Saya kesian dengan dia," balas Jiyeon lalu mengelap mulutnya yang comot.
"Ibu bapa dia mana? Dia sendirian ke?" Myungsoo mengangkat keningnya. Entah kenapa dia terasa sesuatu terhadap Jia.
"Dia duduk sendirian. Ibu bapanya di America. Mereka berdua tinggalkan dia sendirian dekat sini tetapi ibu bapanya akan menghantar duit setiap bulan," terang Jiyeon dengan jelas sekali.
"Kita semua dah bersama selama 6 tahun tapi kenapa sekarang dia berubah? Dulu dia periang tapi sekarang sedikit murung,"
Jiyeon menggelengkan kepalanya.
...........................
Jia menuju ke dapur. Perutnya berkeroncong minta diisi. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Jia lantas menuju ke biliknya untuk mengangkat panggilan itu.
"Yeobesayo?"
"Omma"
-- End Call --
Jia mematikan telefon bimbitnya itu. Entah kenapa dia terasa marah terhadap ommanya. Baru-baru ini Jia mendapat panggilan telefon dari appanya mengatakan yang omma dan appanya telah berpisah. Kata-kata appanya itu bagaikan panahan yang dipanah kehatinya. Jia meneruskan niatnya lalu menuju ke dapur. Jia membuka peti ais namun tiada apa yang ada. Sudah lama dia tidak ke kedai membeli barang. Jia membuka almari lalu mengambil Ramen yang tersimpan didalamnya.
Jia memasak ramen tersebut. Tanpa disedari, sakit pinggang Jia kembali. Jia mematikan gas. Dia menekan-nekan pinggangnya yang rasa seperti dicucuk itu. Sakitnya tidak terdaya. Akhirnya Jia rebah juga ke lantai.
Lonceng pintu rumah Jia berbunyi.
Berulang kali Jiyeon membunyikan lonceng namun tiada reaksi. Baru Jiyeon teringat, baru-baru ini Jia ada memberinya kata laluan rumahnya. Jiyeon cuba mengingat kembali kata laluan itu lalu mencubanya. "Yes !" jerit hati Jiyeon.
Jiyeon masuk ke dalam rumah Jia. Dia cuba memanggil nama Jia namun tiada tindak balas juga. Jiyeon menuju ke dapur. Alangkah terkejutnya apabila terlihat badan Jia terkujur di lantai. Jiyeon lantas mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menelefon ambulans.
Passive Hospital
"Apa?!!" Jiyeon terkejut mendengar kata-kata doktor itu.
"Ya, dia hanya ada beberapa hari sahaja untuk hidup. Buat sementara ini, dia ditahan. Kami sudah mengarahkan dia untuk tinggal sahaja di hospital namun dia enggan," kata doktor yang merawat Jia lagi.
"Tak ada penawarnya?" tanya Jiyeon.
"Ada tapi masa dah terlalu suntuk. Bukan senang untuk mencari penderma," balas doktor itu.
Jiyeon keluar dari bilik doktor dengan lemah longlai. Segala pertanyaannya terhadap Jia kini sudah terlerai. Dia menyesal kerana tidak menjadi kawan yang baik.
Telefon Jiyeon berbunyi.
"Yeobesayo?"
"Awak dekat mana ni?"
"Saya di hospital"
"Buat apa?"
"Jia sakit sebenarnya" Jiyeon teresak-esak.
"Awak sabar ye. Kalau ada apa-apa beritahu saya"
"okay"
Jiyeon mematikan talian. Dia jatuh terduduk. Dia sayangkan Jia dan dia tak mahu kehilangan satu-satunya kawannya itu. Tapi apakan daya, dia hanya mampu merancang dan hanya di atas yang menentukan segalanya. Jiyeon cuba untuk redha.
Dengan langkah yang longlai Jiyeon menuju ke wad Jia. Jiyeon cuba untuk menyembunyikan tangisannya. Jia sedang terlantar di katil. Jiyeon duduk di sebelah Jia. Dia memegang erat tangan Jia.
"Yoo Jia...... wae?!!"
Jia terbangun. Dia mengalihkan padangannya ke aras Jiyeon yang berada di sebelahnya. Airmatanya menitis jatuh membasahi bantal.
"Mianhae," ucap Jia.
"Yah ! Jangan minta maaf dengan saya. Kenapa awak tak mahu beritahu saya dari awal? Yoo Jia-ah ! kenapa ! saya ni patung ke? Saya kawan awaklah. Cuba awak sedar. Yoo Jia, ini saya, Park Jiyeon... Awak dah lupa janji kita?" airmata Jiyeon juga menitis membasahi pipi.
"Mianhae," hanya itu yang boleh dikeluarkan Jia. Dia tidak boleh berkata apa-apa.
"Yoo Ji........." tak sempat Jiyeon meneruskan ayatnya, Jia menyampuk..
"Saya tak mahu awak risau. Bukan saya tak menganggap awak seperti kawan saya, tapi saya cuma tak mahu membebankan awak. Ya, awak bukan kawan saya tapi awak keluarga saya. Tak pernah saya cuba untuk sembunyikan semua ini dari awak tapi saya terpaksa. Saya tak mahu awak rasa terbeban dengan saya yang pabo ini. Saya dah tenat awak.... Park Jiyeon-ah, pergilah tinggalkan saya. Jangan pedulikan saya lagi. Saya sudah tak berguna. Saya akan tinggalkan awak juga nanti," jelas Jia. Airmatanya tidak berhenti mengalir. Titisan deras itu tidak boleh diberhentikan.
"Yoo Jia, tutup mulut awak tu ! Janganlah cakap macamtu. Ayat-ayat awak tu membuatkan saya semakin risau awak tahu tak? Lebih baik awak jaga kesihatan awak. Saya tahu awak boleh hadapi semua ini, Yoo Jia, berjuanglah, saya masih perlukan awak," Jiyeon sengaja meninggikan suaranya. Suasana di dalam bilik itu menjadi tegang. Masing-masing mengalirkan airmata sebak.
"Saya nak tidur. Awak boleh balik," Jia mengalihkan pandangannya. Jiyeon menyeka airmatanya. Jiyeon tahu Jia perlukan masa. Tak apa.
Jiyeon meletakkan jambangan bunga yang dibelinya ke atas meja kecil di sebelah katil Jia. Tiba-tiba satu buku diary terjatuh semasa Jiyeon meletakkan bunga tersebut. Jiyeon mencapai buku itu lalu meletakkannya ke dalam beg tangan. Jiyeon berlalu dari situ setelah meninggalkan memo.
Saya balik. Jaga diri awak. Jangan sakit.Saya akan sentiasa berada di sisi awak tau.
Rumah Jiyeon.
Jiyeon membuka buku diary yang telah dijumpainya di bilik Jia tadi. Dia membuka helaian pertama diary itu.
Wishlist ;
- Makan makanan kegemaran saya.
- Membeli-belah bersama sahabat saya, Jiyeon.
- Menjadi teman wanita Myungsoo biarpun hanya untuk satu hari.
Jiyeon tersentap. Teman wanita Myungsoo? sekali lagi Jiyeon tersentap. Apa maksud dia? Jiyeon pelik. Dalam masa yang sama, dia juga hairan. Dia membuka helaian seterusnya.
2 April
Kim Myungsoo.. saya suka awak tapi kenapa selama 6 tahun ni tak pernah sekali pun saya berani untuk luahkan? hmm mungkin saya ini hanya tahu berharap sahaja. Saya cemburu melihat awak bersama Jiyeon, kamu berdua rapat sangat! Semestinya mengalahkan couple of the year. Kadang-kadang saya terfikir, ada tak ruang untuk saya rapat dengan awak? hmm saya tertanya-tanya. 6 tahun saya pendamkan benda ini. Saya tak percaya yang segalanya sudah 6 tahun. Saya harap awak bahagia dengan Jiyeon tapi dalam masa yang sama saya mahu memiliki awak. Saya tahu ! Awak tak perlu cakap kepada saya. Saya tak seperti Jiyeon, saya hanya gadis yang tidak sempurna. Hmmm sekarang semuanya dah tak berguna kerana saya akan meninggalkan awak semua selepas ini. Memang berat untuk saya tapi saya tahu ini untuk kebaikan kita semua juga. Myungsoo, harap kita berjumpa di kehidupan yang akan datang. Walaupun sebagai rakan saya, i wish :) Jiyeon, saya minta maaf sebab semua ini. Saya tak boleh beritahu awak.. kamu berdua sudah bersama selama 6 tahun, saya tak mahu hancurkannya tapi saya tak tahu kalau-kalau saya boleh pendamkan ini lagi. Saya minta maaf.
Airmata Jiyeon membasahi pipinya. Entah kenapa tangisan itu tak dapat dielakkan. Dia ragu-ragu dan tertanya-tanya. Mengapa mereka berdua perlu menyukai orang yang sama? Jiyeon mengetap bibir. Cuba menenangkan dirinya yang gelisah. Jiyeon segera menelefon Myungsoo dan mengajaknya untuk keluar.
Rose Cafe
"Ada apa?" tanya Myungsoo.
Jiyeon lantas mengeluarkan sesuatu dari begnya lalu memberikannya kepada Myungsoo.
"Apa ni?" Myungsoo mengerutkan dahinya.
"Diary Jia. Baca dan fahami," balas Jiyeon.
Myungsoo membaca isi-isi diary itu dengan penuh teliti. Jiyeon pula menunggunya habis membaca dengan setia.
"Bo?!!" Myungsoo terkejut. Buku diary ditangannya itu terus ditutupnya.
"Apa kita nak buat?" soal Jiyeon ragu-ragu.
"Dia hanya ada beberapa hari sahaja untuk hidup," sambung Jiyeon lagi.
"Saya tak tahu," balas Myungsoo dalam keadaan yang masih tegang.
"Hmm boleh tak............." tak sempat Jiyeon meneruskan kata-katanya, Myungsoo mencelah.
"No ! Saya tak mahu sakitkan hati awak," desis Myungsoo. Dia mengeluh kecil.
"Kita terpaksa. Hanya untuk sehari. Please?" pinta Jiyeon.
"Okay tapi awak janji jangan terambil hati ye?" Myungsoo membuat kata putus. Jiyeon hanya mengangguk. Dia tersenyum lebar mendengar kata-kata Myungsoo itu.
Rose Cafe
"Ada apa?" tanya Myungsoo.
Jiyeon lantas mengeluarkan sesuatu dari begnya lalu memberikannya kepada Myungsoo.
"Apa ni?" Myungsoo mengerutkan dahinya.
"Diary Jia. Baca dan fahami," balas Jiyeon.
Myungsoo membaca isi-isi diary itu dengan penuh teliti. Jiyeon pula menunggunya habis membaca dengan setia.
"Bo?!!" Myungsoo terkejut. Buku diary ditangannya itu terus ditutupnya.
"Apa kita nak buat?" soal Jiyeon ragu-ragu.
"Dia hanya ada beberapa hari sahaja untuk hidup," sambung Jiyeon lagi.
"Saya tak tahu," balas Myungsoo dalam keadaan yang masih tegang.
"Hmm boleh tak............." tak sempat Jiyeon meneruskan kata-katanya, Myungsoo mencelah.
"No ! Saya tak mahu sakitkan hati awak," desis Myungsoo. Dia mengeluh kecil.
"Kita terpaksa. Hanya untuk sehari. Please?" pinta Jiyeon.
"Okay tapi awak janji jangan terambil hati ye?" Myungsoo membuat kata putus. Jiyeon hanya mengangguk. Dia tersenyum lebar mendengar kata-kata Myungsoo itu.
...........................
Passive Hospital
Myungsoo melangkah masuk ke bilik wad Jia. Dia membawa sejambak bunga di tangannya.
"Myungsooo....." panggil Jia.
"Awak sihat?" tanya Myungsoo lalu meletakkan bunga tersebut di sebelah Jia.
Jia tersenyum.
"Saya ada satu permintaan," ucap Myungsoo. Suaranya sedikit bergetar.
"Apa dia?"
"Boleh tak awak luangkan masa bersama saya?" ayat itu secara tiba-tiba keluar dari mulut Myungsoo. Jia terkejut tapi hatinya gembira.
"Boleh. Bila? Nanti saya minta keizinan doktor untuk keluar sebentar," balas Jia tanpa berfikir.
"Esok?"
Jia mengangguk. Dia mengukirkan senyuman untuk Myungsoo. Hatinya gembir tidak terkata.
Namsan Park
Myungsoo membawa Jia ke Namsan Park. Ya, tempat di mana pasangan kekasih selalu bersama. Jia hanya tersenyum sepanjang hari tanpa memikirkan perasaan Jiyeon. Setelah sampai di Namsan Park, Myungsoo membawa Jia ke N Seoul Tower. Tempat di mana love padlocks disangkut oleh pasangan kekasih. Myungsoo menyangkut satu padlock yang tertulis 'Yoo Jia,Sembuh cepat agar kita boleh bersama lagi' Jia hanya tersenyum.
Jia mengalihkan pandangannya. Tepat pada mata Myungsoo. "Terima kasih," ucapnya. Myungsoo hanya tersenyum sinis.
"Awak rasa kalau saya sudah tiada nanti, benda ni masih kekal di sini ke? Ya, mesti kerana hanya saya yang pergi dan bukan benda ini. Saya harap benda ni kekal selama-lamanya di sini," kata-kata Jia itu membuatkan Myungsoo terasa. Airmata Jia dengan perlahan membasahi pipinya.
"Ambil ni," Myungsoo menghulurkan sapu tangannya kepada Jia.
"Terima kasih," Jia mencapai sapu tangan itu lalu mengelap airmatanya.
...........................
Myungsoo dan Jia duduk di bangku yang disediakan. Jia merenung jauh.
"Awak fikirkan apa?" tanya Myungsoo.
"Kehidupan saya,"
"Maksud awak?"
"Saya tak tahu apa akan jadi kepada semua orang bila saya sudah tiada nanti. Saya sudah tidak kuat. Mungkin awak lihat saya ini tabah orangnya namun sebaliknya. Saya cuba untuk menjadi tabah seperti yang saya fikirkan tapi itu hanya angan-angan palsu. Saya tak mahu tinggalkan semua orang," luah Jia. Airmatanya sekali lagi membasahi pipi. Kelopak matanya sudah bengkak akibat menangis sahaja.
"Jangan cakap begitu. Awak boleh lawan semua ni," Myungsoo memberikan semangat kepada Jia.
"Tapi saya tak boleh. Itulah hakikatnya. Awak kene tahu. Kim Myungsoo..... awak nak tahu satu perkara? Hmm saya cuba pendamkan perasaan ini tapi saya tak tahu kalau saya boleh simpan lagi. Saya tahu awak bersama Jiyeon tapi saya nak beritahu awak yang saya suka awak sejak 6 tahun yang lalu lagi," Jia memandang tepat ke arah mata Myungsoo.
"Saya tak mahu pergi tanpa memberitahu awak perasaan saya ini. Saya cintakan awak," sambung Jia lagi.
"Maafkan saya sebab buat awak jatuh cinta kepada saya tapi............."
"Tak apa. Saya faham. Tak perlu minta maaf kepada saya," sampuk Jia. Airmatanya yang berjujuran di pipi disekanya. Dia bangun dari bangku itu lalu pergi dari situ.
"Jia ! Awak nak pergi mana?" panggil Myungsoo. Dia meninggikan suaranya.
Jia mengendahkan panggilan Myungsoo itu. Tanpa disedari, tiba-tiba Jia terrebah ke lantai.
"Jia !!!!!!!!!!!!!"
...........................
Jiyeon berlari menuju ke wad kecemasan. Dia ternampak Myungsoo di situ.
"Awak, apa terjadi?" tanya Jiyeon dengan nafasnya yang tercungap-cungap.
"Jia pengsan tadi, dia sedang dibedah," balas Myungsoo. Jiyeon jatuh terduduk. Airmatanya berkumpul membanjiri kelopak matanya.
Myungsoo cepat-cepat mendakap erat Jiyeon. Dia cuba memberikan Jiyeon semangat. Dia tahu, Jiyeon tak mahu kehilangan kawan yang disayanginya.
Selang beberapa minit kemudian doktor keluar dari bilik pembedahan.
"Apa dah terjadi doktor?" Jiyeon memegang erat bahu doktor itu. Lihat pada raut wajah doktor itu sahaja, Jiyeon sudah tahu jawapannya.
"Jiaaaaaa !!!" jerit Jiyeon. Dia terduduk. Memang sukar untuk dia menerima kenyataan ini.
"Awak perlu bersabar. Saya minta maaf," kata doktor lalu pergi dari situ.
...........................
Jiyeon mengemas barang Jia yang tinggal di bilik wad Jia. Jia sudah selamat dikebumikan. Dia mahu Jia dikebumikan, jadi Jia akan mendapat satu tempat yang lebih selesa. Tanpa disedari, tiba-tiba Jiyeon ternampak satu sampul surat di bawah bantal Jia yang tertulis 'untuk awak, jiyeon' di atasnya. Dengan pantas Jiyeon mengambil surat itu lalu membacanya.
Park Jiyeon, sahabatku..
Saya minta maaf sebab tinggalkan awak begitu cepat. Awak tahu, berat hati saya nak tinggalkan awak. Pertama sekali, saya nak minta maaf sebab saya ada terguriskan hati awak. Mungkin itu semua hanya biasa-biasa bagi awak tapi saya tahu hati awak terguris. Saya tahu awak yang merancang semua ini kan? Saya nampak awak mengambil diary saya. Cuma awak tak sedar. Tapi saya bersyukur sebab ada kawan seperti awak. Terima kasih lakukan ini semua untuk saya. Saya cintakan awak lebih dari diri saya sendiri. Saya bersyukur sebab ada kawan seperti awak. Terima kasih lakukan ini hanya untuk saya. Saya gembira.. Akhir sekali, saya harap awak merelakan saya untuk pergi. Saya harap kita akan berjumpa di kehidupan akan datang. Saya sayang awak.
Sincerely,
Yoo Jia.
Airmata Jiyeon membasahi pipi. Jia.... kenapa kau pergi begitu cepat? Semangat Jiyeon bersama Jia dulu kini semuanya hancur melayang bagaikan cebisan kertas. Jiyeon cuba redha.
"Jiyeon.. dah siap?" tanya Myungsoo lalu masuk ke dalam bilik wad Jia.
Jiyeon mengangguk lalu keluar dari bilik itu.
"Saya tak akan lupakan awak, walaupun apa-apa menghalang. Awaklah sahabat yang terbaik bagi saya. Awak memori terindah saya dan awak kekasih hati saya. Ya, kita akan berjumpa lagi di kemudian hari. Saya pasti,"
GOMAWO SEBAB SUDI LUANGKAN MASA MEMBACA.SAYA TERHUTANG BUDI KEPADA AWAK.HARAP MAAF DI ATAS KESALAHAN TATABAHASA YG TELAHSAYA LAKUKAN KAHKAH XD