Welcome here
STORY MAIN BLOG FLAVORS

Forever Yours [PART 7]


Jieun POV

   "Jieun, jom balik!" tak ada angin, tak ada ribut Yongguk datang. Eh, dari mana datang budak ni?

   Woohyun terbangun.

   "Apa ni bro?"

   "Jieun, cepat bangun!" Yongguk menarik tanganku.

   "Woohyun, saya minta maaf. Nanti saya ceritakan dekat awak eh," Yongguk membawa aku keluar. Aku mengeluh.

   "Apa yang kau buat ni!" jeritku. Rasa marah dalam diri memang sudah menggeledak. Tinggal meletup sahaja.

   "Kau tu bakal isteri aku, buat apa kau menggedik dengan lelaki lain? kan aku dah ingatkan kau. Tapi, apa kau buat? langsung tak dengar cakap aku," ngomel Yongguk panjang lebar. Ah, bingit!

   "Kenapa kau tak pernah nak faham perasaan aku? kenapa?! kenapa kau asyik nak kongkong hidup aku? ya, aku sedar yang aku bakal isteri kau secara terpaksa, tapi tolonglah hormat perasaan aku. Perasaan aku, cinta aku bukannya untuk dipermainkan. Aku pun ada perasaan. Aku pun ada hati untuk dijaga. Aku dah tak tahan untuk menahan semua yang kau buat. Aku dah tak kuat. Kau cuba pijak kepala aku. Ya, aku sedar kat mana level aku. Diri aku ni hanya seorang pembantu rumah yang hina! aku tak tahan. Aku tak boleh diam. Tolonglah, hormatlah perasaan aku. Tolonglah, janganlah terlalu kongkong aku. Aku tak bermakna apa-apa pada kau pun kan?!" luahku. Tiba-tiba sahaja, airmata jernih mengalir ke pipiku. Tubir mataku bertakung. Aku tak dapat menahan segalanya. Aku terpaksa luahkan.

   Yongguk terpaku. Aku menatap matanya sedalamnya.

   "Maaflah, aku dah tak tahan," aku menyeka airmataku lalu pergi jauh dari pandangan Yongguk.

---

   Hujan renyai-renyai. Langkahku dilajukan. Takut sahaja hujan mula turun dengan lebat nanti. Mana aku nak berteduh kalau hujan? takkan aku nak tahan je sesiapa yang lalu? buat malu je.

   Aku cuba melajukan langkahku namun aku tak boleh. Aku tak tahu macam mana aku boleh luahkan segalanya kepada dia macam tu. Entahlah, mungkin aku betul-betul dah tak tahan. Aku tak tahu kalau aku boleh teruskan segalanya. Hmm maksud aku, perkahwinan tu.

   Aku terdengar bunyi hentakan kaki seseorang di belakang. Aku membiarkan sahaja hal itu. Entah kenapa aku berasa seperti tak mampu untuk berpaling ke belakang. Aku penat.

   "Jieun!" terasa seperti badanku dipeluk daripada belakang. Jantungku berdegup kencang sekaligus airmataku mengalir membasahi pipi. Suara itu.......Yongguk-shhi....

   Aku tak berdaya untuk bergerak. Aku lena dipelukannya. Aku terasa aman bila bersamanya. Aku rasa seperti tak mahu kehilangan dirinya. 

   "Jieun.... jangan bergerak. Aku nak minta maaf atas segala benda yang aku buat. Aku buat kau macam haiwan, aku tak jaga perasaan kau dan aku langsung tak ambil berat pasal kau. Malah, aku buat kau macam kau tak wujud je. Aku nak minta maaf juga sebab aku paksa kau untuk berkahwin dengan aku. Tak apalah, kalau kau nak batalkan, kau cakap sahaja dengan aku. Ya, aku akan cuba batalkan niat aku. Sepatutnya aku tanya dulu perasaan kau sebelum aku memandai membuat anggapan sendiri. Baru aku sedar yang kau tak suka dengan keputusan terburu-buru aku. Aku sanggup gadaikan maruah seorang wanita hanya disebabkan keinginan aku sendiri. Jieun, jangan pandang belakang. Maafkan aku," bisik Yongguk ke telingaku. Memang cukup jelas didengar. Airmataku tak berhenti membasahi pipi. Ya tuhan. Aku tak boleh bergerak. Aku kaku.

   Aku terasa seperti pelukan terlerai. Aku tak mahu! aku tak rasa selamat! aku berpaling ke belakang.

   "Yongguk-ah!" panggilku namun Yongguk langsung tak mahu berpaling.

   "Yongguk-ah!" panggilku lagi. Nada suaraku sedikit tersedu.

   "Yong....guk-ah!" panggilku. Aku sudah tak berdaya. Aku cuba memanggilnya, aku cuba menahan tangannya namun aku tak mampu. Aku cuma nak beritahu padanya yang aku cintakan dia.

   "Yong......." aku cuba memanggilnya lagi namun aku rebah dalam tangisanku sendiri.

---

   Aku tersedar. Aku mengeliarkan pandanganku kesekeliling. Aku kat mana ni?

   "Jieun-ah! awak dah sedar?" luah Woohyun. Aku cuba membuka mataku seluas-luasnya namun aku tak boleh. Ah.

   "Saya dekat mana?" tanyaku dengan nada yang lemah. Ya, aku lemah.

   "Awak dekat hospital. Jangan risau, awak akan okay," kata-kata Woohyun menyejukkan hati aku. Tapi kejap! hospital? aku cuba mengingati kejadian malam tadi. Ah, aku tak boleh! aku mengurut kepalaku yang sakit. Aku cuba untuk bangun.

   "Jangan bangun. Please. Awak baring je," suruh Woohyun. Aku akur. Mungkin ini untuk kebaikan aku juga.

   "Macam mana saya boleh ada dekat sini?" tanyaku hairan. Takkanlah Woohyun yang bawa aku ke sini? mustahil! takkanlah dia tahu di mana aku berada.

   "Hmmmmm,"

FLASHBACK
Author POV

   Jieun rebah ke tanah. Yongguk berpaling ke belakang. Jieun-ah! satu panggilan kecil dikeluarkan dari mulut Yongguk. Dia segera berlari mendapatkan Jieun. Yongguk mengangkat kepala Jieun lalu meletakkannya ke atas ribanya.

   "Jieun! bangun Jieun! saya minta maaf Jieun!" Yongguk merintih. Dia cuba untuk menyedarkan Jieun namun airmatanya tidak boleh menjadi penawar bagi Jieun untuk sedar.

   Yongguk mencapai telefon di dalam beg Jieun.

   'Nam Woohyun' call!

   "Hello, Woohyun kan? tolong datang sini! sekarang juga! aku tak mahu kau tangguh-tangguh! sekarang juga!" pinta Yongguk sedikit meninggikan suaranya. Dia menjadi tergopoh-gapah. Tangannya menggigil.

   "Jieun-ah, tolong bangun! jangan buat aku macamni!" Yongguk menggoncangkan badan Jieun namun tiada repons yang diberikan. Yongguk memeluk badan Jieun yang lemah itu. Badan Jieun bagaikan tiada tulang yang menyokong. Jieun-ah, maafkan aku.

   Beberapa minit kemudian, Woohyun pun sampai.

   "Eh kenapa dengan Jieun ni?" tanya Woohyun. Yongguk memperdulikan apa yang diperkatakan oleh Woohyun lalu memasukkan Jieun ke dalam kereta. Dia duduk di belakang bersama Jieun.

   "Cepat weh!" jerit Yongguk.

Hospital,

   Yongguk berlari sambil mendukung Jieun masuk ke dalam wad kecemasan. Woohyun hanya menbuntuti langkahnya. Peluh mula keluar dari liang roma Yongguk. Betapa penatnya dia.

   Jieun dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Yongguk hanya duduk di luar. Woohyun yang masuk ke dalam untuk memeriksa keadaan Jieun. Yongguk bukan tak mahu, cuma dia tak mampu melihat Jieun sebegitu. Semuanya salah dia!

   Woohyun keluar dari wad kecemasan lalu duduk di sebelah Yongguk.

   "Dia okay, kau jangan risau," maklum Woohyun lalu tersenyum menampakkan lesum pipitnya yang macho.

   "Terima kasih," ucap Yongguk ringkas sambil melihat kebawah.

   "Kau perlu sabar," Woohyun menepuk belakang Yongguk.

   "Aku nak minta kau satu benda," Yongguk cuba untuk menatap wajah Woohyun sedalam-dalamnya.

   "Apa dia?" Woohyun menjadi hairan. Lidahnya menjadi kelu.

   "Tolong jaga Jieun,"

TO BE CONTINUE....

sorry, part ni memang aku bercadang nak buat pendek gila ya amat.
sebab memang aku bercadanng pun lol hahaha tak lawak -o- xD





TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. EHE /THROWNAMSHEART/

1 comment:

eLya Chan ♥ said...

//LAP AIR MATA + HINGUS// DAEBAKK !! SEDIYH GILAA ! KAU BERJAYA MENARIK EMOSI AKU ! WAAA T^T .YONGGUK ~~~ BAIKNYAAAAA ! CEPAT SAMBUNG !! PART 8 !!!