Welcome here
STORY MAIN BLOG FLAVORS

Forever Yours [PART 15]


Jieun POV

    Setelah penglihatan aku kembali seperti sediakala, aku mengangkat mukaku.

   "Yongguk............" mulutku terkedu. Aku tak boleh nak luahkan apa-apa. Mataku membutang. Langkahku kaku. Tubuhku juga tak boleh nak bergerak. Apa semua ini?

c: Man In Love Gyu's ver. Thankyou Jungyeop-nnim, lap you :*

   "Apa semua ini?" tanyaku lagi. Mataku tak boleh berhenti berkelip. 

   Yongguk menarik tanganku.

   "Rooftop Dinner?" Yongguk mengangkat sebelah keningnya lalu menyuruhku untuk duduk di hadapan sebuah meja kecil. Di atasnya terdapat dua lilin dan juga dua pinggan berisi makanan.

   "Tapi kita dekat mana sekarang?"

   "Hospital appa hehehe," Yongguk tersenyum nakal.

   "Apa tujuan kau buat semua ini?" soalku hairan. Entah kenapa semua persoalan yang terbit di mindaku terus aku semburkan keluar.

   Yongguk mengambil satu kotak yang diletakkannya berdekatan dengan meja kecil itu. Yongguk membuka kotak itu lalu mengeluarkan satu benda.

   "Saengil chukhae hamnida, saengil chukhae hamnida, saranghanda Jieun-ah, saengil chukhae hamnida," tiba-tiba sahaja Yongguk menyanyikan lagu tersebut dengan suaranya yang kasar. Haaa? aku masih tak faham, apa yang berlaku?

   "Apa semua ini?" 

   Yongguk mengendahkan persoalanku. Dia mengeluarkan satu lilin dari bekasnya lalu menghidupkan lilin di kek.

   "Make your wish!" suruh Yongguk sambil menghulurkan kek itu dihadapanku. Aku terpaku. Aku tak boleh nak kata apa-apa. Bicaraku mati.

   "Cepatlah sebelum apinya mati!" gesa Yongguk. Dalam kelu, aku meniup lilin di kek itu dengan mata yang berkaca.

   "Kau ingat?"

   Yongguk mengangguk perlahan.

   "Gila ke tak ingat? mana boleh tak ingat," balas Yongguk. Aku nampak kejujuran di wajahnya.

   "Tapi kenapa kau tak wish dari pagi tadi?" luahku. Aku cuba menyeka airmataku yang kian membasahi pipiku. Ah, aku tersentuh. Hati aku....... gembira.

   "Tak supriselah kalau buat macamtu. Aku cuma nak buat kejutan untuk kau," jelas Yongguk lalu meletakkan kek tadi ke atas meja.

   "Yongguk-ah, gomawo," ucapku. Aku mengukirkan senyuman manis untuknya. Aku cuba menahan airmataku daripada membasahi pipiku. 

   "Nae," Yongguk mengangguk.

   Suasana menjadi diam seketika. Hanya angin malam sahaja yang menyanyi riang. Kami berdua diam membisu. Lidah kelu tak tahu nak cakap apa.

   "Kau tak nak potong kek ke?" Yongguk membuka topik.

   "Haaa? potong? kau tak kasi aku pisau macam mana aku nak potong," gurauku. Aku tertawa kecil.

   "Eh sorry. Hahaah. Nah ambil ni," Yongguk menghulurkan pisau kepadaku. Aku mencapainya lalu  memotong kek tersebut.

   "Nah," aku meletakkan cebisan kek yang telah kupotong tadi ke atas pinggan di hadapannya.

   Aku mengeliarkan pandanganku ke sekeliling atas bumbung itu. Permandangan malam amat indah dilihat. Bangunan-bangunan pencakar langit juga berdiri megah bersama kesan lampu yang memberi penegasan.

   Aku bangun lalu berdiri di penjuru rooftop itu. Aku menghirup udara malam yang segar itu. Ah, indahnya. Biarpun angin malam itu sangat sejuk, kedamaiannya menutup segala perasaan tersebut.

   "Nanti kau sejuk. Nah, pakai ni," Yongguk memakaikanku jaketnya. Tanganku dibiarkan keluar begitu sahaja.

   "Dah tahu sejuk, kau pakai blaus kenapa?" sambung Yongguk sambil tertawa kecil. Dia tak tahu ke yang aku pakai gaun ni semata-mata untuk dia? tsk.

   "Duduk sana. Kau tak rasa gayat ke?" Yongguk memegang bahuku lalu membawaku untuk duduk kembali di tempat tadi.

   Aku menggelengkan kepalaku lalu memeluk tubuh.

   "Kau tak sejuk ke?" tanyaku kepada Yongguk.

   "Gwanchaena," balas Yongguk ringkas. Rambutnya sedikit melambai-lambai akibat angin yang bertiup.

   "Jieun...." panggil Yongguk. "Nae?"

   "Tutup mata kau kejap boleh?" pinta Yongguk. Ah, harini main cak cak sahajalah aku. Pfft.

   "Okay," aku menutup erat mataku. Tanganku juga ku genggam dengan erat. Entah kenapa hati rasa berdebar. Dup dap dup dap tak berhenti!

   "Jangan main tipu eh," kata Yongguk. Aku mengangguk perlahan.

   Tiba-tiba telingaku dapat menangkap bunyi derapan kasut. Apa yang dia nak buat sekarang? bunyi derapan kasut itu semakin mendekati diriku. Bunyinya juga makin kuat. Ah, aku langsung tak boleh nak fikir apa-apa sekarang.

   "Boleh buka sekarang," benar Yongguk. Dalam keadaan berdebar, aku cuba membuka mataku sedikit demi sedikit.

   Apabila mataku sudah terbuka sepenuhnya, aku ternampak empat orang kanak-kanak lelaki dan empat orang kanak-kanak perempuan lengkap berpakaian tuksedo dan gaun sedang berbaris secara melintang di hadapanku. Jantungku makin berdegup kencang. Kanak-kanak tersebut memegang satu lollipop berbentuk bulat.

   Tiba-tiba sahaja Yongguk keluar daripada belakangku lalu duduk di antara lapan kanak-kanak tersebut. Aku langsung tak tahu yang dia ada dekat belakang aku. Patutlah aku terasa berdebar.

   Yongguk melutut. Tanpa aku sedari, kanak-kanak itu memalingkan lollipop yang dipegangnya. Satu persatu huruf keluar.

B - A - N - G - [yongguk] - S - O - N - G

    Mulutku terkedu. Aku hanya bisa melihat sahaja apa yang berlaku di hadapanku. Setelah semua kanak-kanak itu selesai memalingkan lollipop mereka, Yongguk mengeluarkan sesuatu daripada poketnya.

   "Aku... eh bukan, saya tak pernah nak melamar awak kan? huh. Saya permainkan perasaan awak sampai saya langsung tak fikirkan perasaan awak dulu. And now, saya nak kembali kepada perkara yang sepatutnya saya lakukan. Song Jieun, will you marry me and be my wife until our last breath?" Yongguk membuka kotak kecil yang dipegangnya.


   Mataku membutang. Aku  masih tak percaya. Betul ke apa yang terjadi di hadapan mata aku ni? atau aku hanya mimpi? kalau aku mimpi, tolonglah jangan sedarkan aku.

   "Jieun, will you be my wife? saya tunggu jawapan awak ni. Penat budak ni berdiri. Cair nanti lollipop diorang," luah Yongguk lagi sambil tertawa kecil.

   "Kau........... cintakan aku?" soalku. Aku cuba membuka mulutku walaupun aku tak boleh.

   "Jieun-ah, semenjak saya kenal awak saya faham dan saya tahu apa erti cinta. Ya, cinta boleh dipupuk. Walaupun cinta itu datang dalam keadaan benci, suka, meluat sekalipun, kalau namanya sudah jodoh, ianya tetap jodoh. Saya faham juga satu perkara, cinta tak boleh dipaksa tapi kita boleh berjuang demi cinta. Jieun-ah, sekarang saya ikhlas mencintai awak dengan sepenuh hati saya. Awak dah ajar saya apa itu cinta dan awak dah ajar saya macam mana cinta. Sekali lagi saya ucap, will you be my wife until our last breath? eh no, until heaven?" luah Yongguk sepenuh hati.

   "Lagi satu, boleh tak awak berhenti panggil 'kau aku' ? tak romantik langsung!" gurau Yongguk. Dia masih melutut di hadapanku sambil memegang kotak kecil itu.

   "Hmm awak betul-betul nak kahwin dengan saya?"

   Yongguk mengangguk laju.

   "Betul-betul cintakan saya kan?"

   Sekali lagi, Yongguk mengangguk laju. Sengaja aku mahu menguji dirinya.

   "Kena minta izin omma dan appa saya dulu hehehe," aku tersenyum nakal.

   "Tapi....... mereka berdua......" tak sempat dia meneruskan ayatnya, aku menyampuk,

   "No, mereka berdua ada dekat sini bersama kita. Tu atas tu," aku mendongak ke langit lalu menundingkan jariku ke arah bintang yang berkelipan di langit.

   Yongguk bangun dari melutut lalu mendongakkan kepalanya ke atas. Tanpa aku sedari, Yongguk membongkok seperti orang yang baru kahwin lalu bangun semula.

   "Ommannim, appannim, saya cintakan Jieun sangat-sangat. Saya tak mahu kehilangan dia. Boleh tak saya miliki dia? saya janji. Saya akan jaga dia sehingga nafas terakhir saya. Boleh kan? ommannim dan appannim boleh percaya pada saya. Ya, saya boleh jaga dia," kata Yongguk sambil mendongakkan kepalanya ke langit.

   Yongguk memandangku. "Omma dan appa awak restui kan?" tanya Yongguk.

   Aku mengangguk perlahan sambil menyulamkan senyuman manis di bibir.

   Yongguk segera berlari ke arahku. Sekali lagi, dia melutut dihadapanku.

   "Buat kali yang keempat, WILL YOU BE MY WIFE UNTIL HEAVEN?" luah Yongguk. Aku mengangguk perlahan. Yongguk segera mengeluarkan cincin di dalam kotak kecil itu lalu menyarungkannya ke jari manisku. Haa muat! pandai dia pilih saiz. Pfft.

   Tiba-tiba sahaja Yongguk mengangkatku. Yongguk membuat pusingan 360 darjah disitu. Kanak-kanak yang menjadi mangsa keadaanya itu menepuk-nepuk tangannya sambil membalingkan kelopak bunga ros merah dan putih. Tsk. Macam tahu-tahu sahaja aku suka bunga ros.

   "Ah! Yongguk saya takutlah!" luahku namun Yongguk langsung tak memperdulikannya.

   "Yongguk turunkan saya sebelum saya......" Yongguk menciumku dahiku. Aku terpaku. Ah, malunya aku! Yongguk menurunkan aku setelah memberi ciuman itu.

   "Apa awak buat ni? malulah dengan budak kecil tu," kataku. Aku memperbetulkan gaunku. Kanak-kanak itu tergelak kecil sesama sendiri.

   "Biarlah, diorang comel kan? nanti kita akan cuba dapatkan anak yang comel macam mereka okay?" butir-butir ayat Yongguk membuatkan aku tersentap. Ish, tak sabar betul! aku hanya tersenyum melihat telatahnya itu.

   "Hyung! sekarang?" bisik seorang kanak-kanak lelaki ke telinga Yongguk. Aku dengar kerana suara adik itu kedengaran jelas sekali.

   Yongguk mengangguk. Apa yang mereka rancangkan lagi?

   "Satu........ dua........ tiga....... serang!!" Yongguk mencelet krim yang berada di kek tadi lalu menceletkan kembali krim yang melekat di jarinya ke pipiku. Kanak-kanak yang lain juga mengikut langkahnya. Aku berlari untuk menyelamatkan diri. Ah, Yongguk!

   "Dahlah Yongguk! buruk nanti muka saya!" jeritku sambil berlari. Kanak-kanak tadi juga mengejarku. Hahaahhahhaha comelnya mereka.

   "Adik dah, buruk muka noona nanti," luahku kepada kanak-kanak lelaki yang mengejarku itu. Mereka tidak mendengar malah masih mengejarku.

   "Yongguk! siap awak!" dengan langkah yang laju, aku mengambil kek di atas meja tadi lalu melekatkan kek itu ke muka Yongguk. Adegan kejar-mengejar kami terbantut. Kanak-kanak tadi tergelak sakan.

   "Jieun-ah! awak main kotor!" kata Yongguk sambil tertawa. Dia membersihkan mukanya yang penuh dengan krim.

   "Kan saya dah suruh awak berhenti kan?" aku menjelirkan lidahku lalu mendekatinya. Aku mengeluarkan tisu di dalam begku lalu membersihkan muka Yongguk yang dipenuhi dengan krim kek.

   Pap! mata kami bertentangan. Langkahku terbantut. Secara automatik, tanganku tak boleh bergerak. Anggota tubuhku yang lain juga.

   "Hah!" sergah seorang kanak-kanak lelaki. Kami tersedar.

   Yongguk mengusap belakang lehernya sambil tersenyum menampakkan barisan gigi hadapannya.

   "Hah, awak lap sendirilah," suruhku lalu menghulurkan kepadanya satu plastik berisi tisu. Yongguk mencapainya lalu membersihkan mukanya.

   "Adik, sini kejap," panggilku. Aku mengumpulkan mereka berlapan dalam satu kelompok.

   "Nanti adik cakap dekat hyung/oppa itu yang noona/unnie pun cintakan dia tau," bisikku kepada mereka. Setelah mendengar apa yang telah kuperintahkan, mereka berlapan bergerak ke arah Yongguk.

   Selang beberapa minit, kanak-kanak itu kembali kepadaku.

   "Oppa kata dia tak cintakan unnie dah sebab unnie baling kek dekat muka dia," beritahu seorang kanak-kanak perempuan. Aku memalingkan mukaku ke arah Yongguk. Jelingan tajam kuberikan. Yongguk tersenyum nakal sambil mengenyitkan matanya.

   Aku menuju ke arah Yongguk.

   "Betul ke?" tanyaku.

   "Alah janganlah terpedaya. Saya tipu je. Hanya awak seorang sahaja yang saya cintai dan hanya awak seorang sahaja yang akan saya cintai selama-lamanya," luah Yongguk jujur.

   "Betul ni?" aku mengangkat keningku.

   Yongguk mengangguk.

   "Saya pun akan mencintai awak sehingga hujung nafas terakhir saya," luahku juga. Yongguk tersenyum.

   "Dunia! saya nak beritahu! Song Jieun kepunyaan Bang Yongguk! tolong jangan sentuh dia kalau tak mahu Bang Yongguk oneshot awak semua! Bang Yongguk cintakan Song Jieun!" jerit Yongguk. Suaranya yang kasar membuatkan apa yang diperkatakannya itu berkumandang di angkasa.

   "Dahlah, awak tak malu ke?" bisikku ke telinganya.

   "Buat apa saya nak malu? saya tak akan malu meluahkan yang Song Jieun tu kepunyaan saya. Lagipun bangunan ni appa punya kan?" Yongguk menjelir lidahnya. Aku hanya tersenyum.

   Yongguk meletakkan lengannya ke bahuku lalu mengeliarkan pandangannya ke sekeliling. Aku yang berada di sebelahnya melentokkan kepalaku ke bahunya.

   "Bang Yongguk, saya cintakan awak," bisik hatiku sendirian.

+++++
   Aku tersedar. Aku menjeling jam yang disangkutkan di dinding. Baru pukul 5.00 pagi? haih. Aku langsung tak boleh tidur walau sepicing pun. Aku tak tahu perasaan apa yang sedang membuak di hatiku sekarang. Sama ada teruja, takut, berdebar atau sewaktu dengannya.

   Aku bangun lalu menyandarkan tubuhku ke dinding. Tiba-tiba sahaja telefon bimbitku berbunyi. Aku melihat nama penghantar mesej itu di skrin telefon. Bang Yongguk?

   'Jagiya, awak boleh tidur tak? saya tak boleh tidurlah. Yah, kalau belum tidur datanglah sini. saya bosan. -Yongguk'

   Ayatnya itu....... err.. jagiya? hahahaha Yongguk memang tak sabar langsung.

   'Awak panggil saya jagiya, so should I call you yeobo now? hahahaha. -Jieun'

   'Eh mestilah, awak wajib panggil saya Yeobo barulah sweet macam gula-gula. -Yongguk'

   'Tapi, kita belum kahwin lagi kan? saya harap awak bersabar eh hehehe. -Jieun'

   'Alah bukannya salah pun kalau kita panggil nama manja sebegitu. Jagiyaaa~~~~ -Yongguk'

   'Yeobooooooo~~~ -Jieun'

   'Ingat tau, esok awak harus nyanyi juga lagu tu. Saya buat istimewa untuk awak. -Yongguk'

   Mataku tak boleh nak bertahan dah. Aku hanya membiarkan mesej itu tak berbalas. Aku merebahkan tubuhku ke katil lalu melelapkan mata untuk tidur kembali. Aku tak mahu jadi pengantin bermata sembab nanti. Tsk.

BANG  SONG WEDDING 

   Aku bersiap-siap untuk ke dewan perkahwinan. Ah, macam mana aku boleh bangun lambat ni. Mesti sebab pagi tadi aku tak boleh tidur. 

   Pintu diketuk perlahan semasa aku sedang menyikat rambutku.

   "Jieun, cepat!" Yongguk meninggikan nada suaranya.

   "Haa kejap," balasku.

   Aku segera memasukkan telefon bimbitku ke dalam begku lalu keluar.

   "Mianhae, saya lambat," ucapku. Yongguk segera menarik tanganku lalu membawaku masuk ke dalam kereta.

   "Encik dan Puan Bang?" tanyaku.

   "Nanti mereka datang tapi lambat sikit," balas Yongguk. Kami berdua menjadi tergopoh-gapah. Ah, ni semua disebabkan olehku!

Pritual Hotel And Resorts

   Kami segera menuju ke bilik persediaan pengantin. Mukaku kelihatan sembab tanpa alat solek. Ah.

   "Muka saya sembab sangat ke?" bisikku ke telinga Yongguk.

   "Taklah. Kecantikan aslilah," balas Yongguk lalu membuka daun pintu bilik persediaan pengantin itu.

   "Haaa dah sampai pun," ujar Sungrin yang sedang duduk di sebelah Daehyun.

   "Hah mianhae kami lambat," ucap Yongguk dengan nafasnya yang tercungap-cungap. Ah, penat weh berlari macam orang gila.

   "Okay, Daehyun tunjuk Yongguk tuksedo dia. Jieun mari ikut saya," pinta Sungrin. Aku hanya membuntuti langkahnya. Aku dibawa ke bilik yang berasingan dengan Yongguk.

   "Kami akan menyolek dan mendandan rambut awak sekarang. Nah, pakai baju ni," Sungrin menghulurkan satu baju untuk dipakai olehku. Aku mencapainya lalu menyarung baju itu.

   Mereka memulakan segalanya dengan menyolek mukaku. Aku mencapai majalah yang diletakkan di atas meja solek lalu membacanya. Semuanya mengenai perkahwinan, memang majalah ini untuk perkahwinan ke? 

   Tit tit tit

   Telefonku berbunyi. Aku segera mencapai begku lalu mengeluarkan telefon bimbitku.

   'Jagiya, tengah buat apa? hantarlah gambar awak yang comel tu. -Yongguk,"

   Aku tertawa kecil membaca mesej Yongguk itu. Setahu aku, pengantin lelaki tak boleh melihat wajah pengantin perempuan sebelum segalanya siap. Hahaha Yongguk Yongguk.

   'Tak bolehlah. Awak tunggu sahajalah. -Jieun'

   Aku meletakkan kembali telefon bimbitku ke dalam beg lalu melelapkan mata sebentar. Aku terasa ngantuk. Memandangkan mereka sedang mendandan rambutku, biarlah aku terlelap sebentar.

   "Jieun-ah, Jieun-ah," kejut Sungrin. Aku terbangun.

   "Nae?" aku mengangkat keningku.

   "Dah siap, jom tukar baju cepat," ajak Sungrin. Aku memandang wajahku di cermin. Tak sangka imej yang dipantulkan di cermin itu aku. Betul ke? wah, cantiknya aku. Tsk. Puji diri sendiri.

  
   Setelah siap memakai gaun pengantin, Sungrin memakaikan tiara di kepalaku. 

   "Okay, pengantin kita dah siap," luah Sungrin. Semua pembantu-pembantunya datang ke arahku.

   "Cantiknya kau, Jieun!"

   "Wah, untunglah Yongguk,"

   "Jieun! cantiknya!"

   Pelbagai komen positif yang aku terima. Aku hanya tersenyum tanda terima kasih. Memang aku tak nafikan yang Sungrin memang perunding perkahwinan yang profesional.

   "Sini tengok," panggil Sungrin. Aku berjalan menuju ke arahnya.

   Satu imej Song Jieun yang berpakaian gaun pengantin dipantulkan di dalam satu cermin yang besar. Aku seakan-akan tidak percaya bahawa wanita yang ada di dalam cermin itu ialah aku sendiri. Yah, Song Jieun-ah. Aku menampar pipiku. Bukan mimpi T__________T

   "Dah sedia? jom kita ke bilik menunggu," ajak Sungrin lagi. Dia menghulurkan kepadaku sejambak bunga berwarna putih dan sarung tangan untuk kupakai.

Bilik menunggu pengantin perempuan,

   Aku duduk di kerusi panjang dengan penuh setia. Perasaanku bercampur baur. Semuanya bergabung menjadi satu. Tanganku menggigil akibat gementar.

   Aku memandang Sungrin yang sedang membelek telefon di sebelahku.

   "Segalanya akan okay kan?" tanyaku kepada Sungrin. Sungrin yang mendengar pertanyaanku itu mengangguk perlahan.

   "Ada mesej," Sungrin menghulurkan telefon bimbitku kearahku. Aku segera membuka pesanan ringkas yang telah dihantar itu.

   'Jangan gementar. Saya ada. Song Jieun-ah, saya akan sah jadi suami awak beberapa minit sahaja lagi ;) -Yongguk'

   Aku tersengih sehingga ke telinga sendirian membaca mesej yang diberikan Yongguk itu. Hahaaha comelnya suami aku.

   "Sungrin-ah, jom ambil gambar," mintaku Sungrin mengangguk perlahan.

Yongguk POV

   "Woooo abang handsome," panggil Zelo selamba. Aku hanya tersenyum kecil.

   "Tahniah ye Yongguk! tak sangka kau kahwin juga akhirnya," sampuk Youngjae sambil menepuk bahuku. Hah, Youngjae Youngjae.

   "Terima kasih kepada korang juga sebab datang. Jauh-jauh pun sanggup," ucapku kepada mereka. Mereka hanya tersengih-sengih.

   "Macam tak percaya pula kau dah kahwin wahai Yongguk!" ujar Daehyun sambil memegang gelas berisi air.

   "Hah, dah jodoh tak kemana kan?" sampuk Himchan pula. Kami semua tertawa mendengar gurauan Himchan itu. Pfft. Ya, jodoh tak kemana.

   "Eh, lama lagi ke nak mula?" tanya Jongup. 

   Aku menjeling jam di tangan. Aah, kenapa tak mula lagi ni? kenapa langsung tak nak suruh aku masuk ke bilik menunggu pengantin perempuan? aku dah tak sabar nak tengok wajah kesayangan aku tu.

   "Kau tunggu dekat luar je lah weh, tadi aku nampak appa dengan omma kau?" cadang Jongup. Betul juga apa yang diperkatakannya itu.

   "Hah, korang masuk dalam dewan dulu eh," suruhku lalu keluar dari bilik persiapan itu.

   Aku mencari omma dan appa. Orang pun sudah ramai yang sampai. Bila nak mula? takkan belum mula lagi? Tsk. Dahlah aku tak sabar.

   "Omma!" panggilku. Omma dan appa yang sibuk menyapa tetamu yang hadir langsung tak dengar panggilanku. Nampak sangat macam aku ni tunggul. Pfft.

   "Tak mula lagi ke?" Himchan menepuk bahuku. Aku berpaling. Mereka berlima masih belum masuk ke dalam. Tsk. Inagatkan dah masuk.

   "Kejap aku tanya omma aku," aku menuju ke arah omma.

   "Omma, tak mula lagi ke? Yongguk dah tak sabar ni," bisikku ke telinga omma.

   "Hah, dah nak mula dah ni. Yongguk pergilah jenguk Jieun dulu. Ramai tetamu yang omma nak sapa ni," bunyi riuh-rendah tetamu membuatkan omma berbisik kepadaku juga. Aku mengangguk faham.

   "Weh, omma aku suruh tengok Jieun. Ah, aku nervous," luahku kepada mereka semua. Jantungku berdegup kencang. Banyak kali aku cuba menarik nafas sedalam-dalamnya namun getaranku masih tak hilang.

   "Alah biasalahtu, pengantin baru kan?" gurau Youngjae.

   Aku menarik nafas sedalam-dalamnya.

   "Aku pergi eh," luahku. Mereka berlima mengangguk sambil tersenyum gembira.

   Aku berpaling untuk menuju ke bilik menunggu pengantin perempuan. Tetapi, langkahku terbantut apabila Sungrin berlari ke arahku sambil memegang telefon bimbit Jieun.

   "Rinnie, waeyo?" tanya Daehyun lalu mendekati Sungrin.

   "Jieun........" Sungrin menarik nafasnya. Dia kelihatan tercungap-cungap.

   "Kenapa dengan Jieun?" tanyaku risau. Nada suaraku sedikit ditinggikan. Sahabatku yang lain juga menjadi kelam-kabut. Hatiku rasa tak sedap.

   "Jieun dah hilang!"

TO BE CONTINUE....

okay, aku ingat nak end-kan je kat sini tapi macam tak best je?
sooo stay tune untuk part seterusnya xD kekeke.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. EHE /THROWNAMSHEART/

2 comments:

lisayangcomel said...
This comment has been removed by the author.
lisayangcomel said...

Yahhhh~~ Hilang pulak bila nak happy ending, Mesti keje si Namstar XD Daebakk daebakk. Cepat sambung weyhh, aku dah curious gilaa ni XDD