Yongguk POV
Aku berpaling untuk menuju ke bilik menunggu pengantin perempuan. Tetapi, langkahku terbantut apabila Sungrin berlari ke arahku sambil memegang telefon bimbit Jieun.
"Rinnie, waeyo?" tanya Daehyun lalu mendekati Sungrin.
"Jieun........" Sungrin menarik nafasnya. Dia kelihatan tercungap-cungap.
"Kenapa dengan Jieun?" tanyaku risau. Nada suaraku sedikit ditinggikan. Sahabatku yang lain juga menjadi kelam-kabut. Hatiku rasa tak sedap.
"Jieun dah hilang!"
Aku tersentap. Mulutku terkedu. Jantungku bagaikan tercabut dari tangkainya. Mataku mula berkaca. Nak berkelip pun payah. Yah, Jieun-ah........
"Macam mana dia boleh hilang weh? mana dia?" Youngjae mencelah.
"Aku tak tahu. Tadi aku pergi tandas sekejap. Bila aku balik, dia dah tak ada," jelas Sungrin panjang lebar. Aku tahu dia rasa bersalah. Matanya hampir ditakungi dengan airmata.
"Yongguk macam mana ni?!!" Himchan menggoncangkan badanku. Tapi, aku masih terpaku di situ. Langkahku hilang, bicaraku mati.
"Yongguk! jangan macam ni!" sambung Himchan lagi. Omma yang mendengar jeritan Himchan itu menuju ke arah kami bersama appa.
"Kenapa ni?" tanya omma risau.
"Jieun..........." panggilku. Mutiara-mutiara jernih mula membasahi pipiku. Bebola mataku tak bisa bergerak. Hatiku hancur.
"Kenapa dengan Jieun? mana Jieun?" tanya appa pula.
"Dia tak ada," luahku kepada appa dan omma. Mereka berdua kelihatan terkejut. Aku memandang mereka denga pandangan mata yang tajam. Tangisan itu...... kenapa aku tak boleh tahan?
---
"Harap maaf, majlis ini terpaksa ditunda. Pihak kami memohon beribu-ribu keampunan kepada semua tetamu yang hadir. Kami cuma mengalami sedikit masalah," suara hos majlis kami berkumandang ke sekitar dewan. Aku masih tak dapat terima kenyataan ini.
Dewan menjadi kecoh dengan suara tetamu yang merungut. Aku melihat wajah appa dan omma. Mesti mereka malu gila kan? huh, semuanya disebabkan oleh aku sebab aku yang paksa Jieun kahwin dengan aku.
Tapi............ luahan malam tadi tu...........
"Saya pun akan mencintai awak sehingga hujung nafas terakhir saya,"
Takkanlah semua itu dusta? pembohongan daripada dia? aku mencabut bunga yang telah kuletakkan di tuksedo ku tadi. Bunga itu kubaling.
"Yaaaaaaaaaaaaaaaaaah," luahku separuh terjerit. Mataku masih lagi berkaca. Aku tak dapat terima hakikat, aku tak dapat terima pembohongan ini.
"Yongguk, kau sabar eh? ada makna disebalik semua ni. Takkan dia hilang macamtu je? cuba kau fikir," Zelo cuba memujukku. Tapi pujukan tu langsung tak boleh menyembuhkan hati aku yang hancur ni.
Aku cuba bersabar. Badanku kusandarkan ke kerusi di dalam dewan itu.
"Yongguk sabar ye? omma tahu Jieun tak akan tinggalkan Yongguk macamni je," kata omma sambil menuju ke arahku. Appa pula sibuk meminta maaf kepada tetamu yang hadir. Aku jadi bersalah.
"Tapi omma, kenapa sekarang?" suaraku sedikit ditinggikan. Omma duduk di sebelahku.
"Kalau dia jodoh Yongguk, mesti dia akan jadi milik Yongguk juga akhirnya nanti. Hidup ada dugaan, cinta pun ada dugaan. Yongguk ingat tu ye?" omma memberi kata perangsang kepadaku. Tapi kenapa omma langsung tak marah pasal hal ni?
"Betul cakap omma tu. Yongguk mesti tunggu Jieun kalau Yongguk rasa Jieun tu jodoh Yongguk. Appa pun tak rasa Jieun akan hilang macamtu je. Appa percaya pada Jieun dan appa percaya pada Yongguk juga," appa mencelah. Aku pelik. Kenapa mereka langsung tak nak marah? kenapa semuanya sebaliknya?
"Kau untung ada ibubapa yang faham masalah kau," bisik Youngjae kepadaku. Aku mendengus perlahan.
Api kemarahanku semakin marak. Dia nak balas dendam dengan apa yang berlaku ke? kalau dia cintakan aku, macam mana pula dia boleh hilang? aku tak percaya apa yang omma dan appa cakap dekat aku. Dia dah buat keluarga aku malu sebab dia hilang. Hahahhahaha aku tak akan maafkan dia. Song Jieun, aku tak akan maafkan kau!
Setahun Kemudian
Aku membuka suis televisyen lalu merebahkan badanku di sofa. Tanganku asyik menukar siaran-siaran yang menyiarkan drama. Huh, semuanya tak langsung menarik perhatian aku.
"Tuan muda! aku cintakan kau!"
Barisan ayat yang telah diluahkan oleh pelakon wanita dalam drama itu mengingatkan aku kepada seseorang. Aku tersentap. Peristiwa setahun yang lalu.............
"Ah! aku tak perlu ingat! semuanya dah berakhir," rungut hatiku sendirian. Buat apa aku nak ingat balik? haa aku tak pernah langsung kenal seorang perempuan bernama Song Jieun itu. Entah dari mana dia datang tiba-tiba sibuk muncul di mindaku.
"Tuan muda, tuan nak apa-apa? kalau tak nak apa-apa, saya harus balik sekarang," soal Makcik Son kepadaku yang sedang baring di atas sofa.
"Hot chocolate," jawabku. Mataku masih ditancapkan pada kaca televisyen.
"Baiklah," ucap Makcik Son lalu menuju ke dapur.
"Kalau kau tak mahu dengar apa yang aku cakap, aku akan buat sesuatu yang melampaui batas,"
Pelakon lelaki itu tersenyum sinis. Huh kenapa lelaki tu gatal sangat? pelakon perempuan tu tak mahu pun dia nak paksa-paksa. Berani dia buat perempuan macamtu? tsk.
"Atau kau nak aku melebihi batasan baru kau nak terima? ehe,"
Tiba-tiba aku teringat akan ayatku dahulu. Aku lupa yang......... apa yang terjadi memang sama gila dengan apa yang aku nampak di dalam kaca televisyen ini. Ah! aku tak boleh ingat. Aku dah janji pada diriku yang aku tak akan ingat langsung apa yang telah terjadi. Ya! aku tak akan ingat lagi.
"Tuan muda, nah," aku memandang tuan empunya suara itu.
"Jieun?" hatiku terjerit kecil. Aku menggosok mataku.
Tsk.
"Makcik Son letak sahaja atas meja tu nanti saya minum," arahku Makcik Son hanya menurut apa yang aku perintahkan.
"Maafkan makcik, makcik balik dulu ye?" pinta Makcik Son lagi. Aku mengangguk kepalaku tanda okay. Makcik Son keluar setelah mengucapkan selamat tinggal. Sekarang, tinggal aku seorang sahaja.
Ah, bosan.
Suis televisyen segera kututup lalu mengatur langkah naik ke atas dengan lemah. Entah kenapa bosan gila. Tak ada apa yang nak dibuat. Omma dan appa pula sibuk keluar jumpa dengan kenalan lama. Aku pula macam orang gila dekat rumah.
Pintu bilik kukuak perlahan. Aku masuk ke dalam bilik lalu menuju ke studio miniku.
Aku duduk di kerusiku. Tiba-tiba mataku terpandang pada kotak hitam yang berisi semua kertas-kertas lirik yang telah kubuat. Aku mencapai lalu membuka penutupnya.
Surat itu.... kenapa aku masih simpan?
Hai Tuan Yongguk.
Hahaha tak sangka kau romantik orangnya. Bakal isteri? hahaha lawak lah kau ni. Ada ke orang yang nak kahwin dengan kau? oh lupa, jodoh tu mesti datang. Aku memang tabik gila dengan ayat kau! aku dah baca buku nota tu, sorrylah aku terbaca. Yang lain aku tak baca lagi. Kira nasib baik tau! and lagi satu, jangan risau tau sebab aku tak akan bagitahu sesiapa yang kau tu jambu. Hahaha terima kasih Tuan Yongguk sayangku kerana bagi peluang aku tengok studio kau ni. By the way, pandai kau hias. okaybye!
Pembantu rumah yang comel,
Jieun ^^ *wink*
Surat itu kukoyakkan. Aku tak mahu nak simpan apa-apa memori langsung mengenai perempuan bernama SONG JIEUN. Aku langsung tak mahu ingat. Tak sedetik pun aku terniat nak ingat dia.
Aku keluar dari bilik itu. Pintunya kuhentak dengan sekuat hati. Kenapa mindaku langsung tak boleh nak lupa perempuan tu? aku menghentakkan kepalaku ke dinding. Ah! aku masih tak boleh lupakan dia....
Kepalaku berdarah. Aku segera mengeluarkan kit kecemasan yang diletakkan di dalam almari baju lalu merawat kepalaku yang berdarah itu. Aku tak tahu kenapa aku perlu sakit disebabkan dia. Ah! tolonglah keluar daripada fikiran aku. Aku tak nak ingat kau lagi!
+++++
"Selamat pagi, Doktor," sapa seorang jururawat di kaunter. Aku mengangguk perlahan.
Langkahku diatur. Aku menuju ke bilikku.
Aku duduk di kerusiku lalu membuka suis komputer. Aku cuba menyemak jadual pembedahanku. Hari ini langsung tak ada pembedahan? biar betul.
Aku segera menelefon pembantuku, "Sunhwa, masuk,"
Selang beberapa minit kemudian, jururawat Sunhwa masuk ke dalam bilikku bersama dengan fail di tangannya. Dia membongkok 60 darjah lalu bertanya kepadaku, "Ada apa doktor?"
"Saya langsung tak ada pembedahan hari ini? mesyuarat pun tak ada?" tanyaku kepada jururawat Sunhwa. Mataku memandang wajah jururawat Sunhwa dengan tajam.
"Doktor Bang minta saya untuk kosongkan jadual doktor," jelas jururawat Sunhwa. Kosongkan jadual? kalau dia kosongkan semuanya, aku nak buat apa?
"Appa saya ada dekat dalam bilik dia tak?"
Jururawat Sunhwa mengangguk.
Bilik Encik Bang
"Appa!" panggilku. Aku terus menerjah masuk ke dalam bilik appa tanpa apa-apa ketukan ataupun panggilan.
"Nae?" appa yang sedang menyemak komputernya terkejut dengan panggilanku tadi.
"Kenapa appa kosongkan jadual Yongguk?" tanyaku sambil duduk di hadapan appa.
"Appa rasa Yongguk perlu bercuti untuk tenangkan fikirkan Yongguk. Yongguk belum tenang, appa tahu," jelas appa. Bercuti? apa yang appa merepek? pfft.
"Appa maksudkan tentang peristiwa setahun yang lalu?"
Appa mengangguk.
"Appa! semuanya dah berlalu. Yongguk dah lupakan segalanya. Lagipun, Yongguk dah bercuti panjang beberapa bulan yang lalu kan?" ujarku cuba bertegas. Appa terlalu manjakanku. Tsk. Aku dah besar.
"Yongguk.... appa tahu Yongguk masih ingatkan dia kan? pergilah bercuti. Kalau Yongguk buat pembedahan dengan minda yang tak keruan lagi susah. Yongguk pergi bercuti dan tenangkan segalanya. Kosongkan minda Yongguk dan biarkan memori yang terindah sahaja yang tinggal," ulas Appa.
"Appa......" tak sempat aku meneruskan ayatku, appa memberiku sesuatu.
"Ambil ni. Flight pukul 3 petang nanti. Jangan terlambat," appa meletakkan tiket penerbangan di atas meja. Aku tersentap. Kenapa appa buat semua ini?
"Janganlah appa, Yongguk okay!"
"Jangan bantah apa yang appa cakap,"
Incheon Airport
Setelah meletakkan bagasi di tempatnya, aku duduk di ruangan menunggu sementara menunggu masa untuk penerbangan. Aku masih tertanya-tanya dengan apa yang appa cuba lakukan ini. Tak akanlah semuanya secara tiba-tiba? tsk.
"Perhatian kepada penumpang ke Jeju Island..........................."
Suara pengumuman itu berkumandang di sekitar ruang menunggu. Aku segera memasukkan telefon bimbitku ke dalam jaket lalu menuju ke lapangan kapal terbang.
The Seaes Hotel & Resort, Jeju Island
Aku masuk ke dalam bilik hotel yang telah ditempah oleh appa. Entah bila dia tempah. Tahu-tahu sahaja dia telah menempah. Tsk. Appa appa.
Langsir bilik kubuka. Aku mendepakan tanganku. Angin laut bagaikan menampar-nampar wajahku. Ahhh segarnya.
Aku mengemas baju yang telah kubawa lalu meletakkannya ke dalam almari yang disediakan. Aku tak tahu kenapa appa baik hati sangat sehinggakan memberi aku cuti seminggu. Jangka waktu tu bukannya sikit. Tsk.
Sebaik sahaja baju sudah cun di dalam almari, aku merebahkan tubuhku ke atas katil hotel yang empuk itu. 3 jam di dalam kapal terbang membuatkan badanku terasa sakit. Ah.
Mataku ditutup perlahan. Lelap.
---
Aku terbangun lalu aku segera mengeliatkan badanku. Mataku digosok perlahan. Aku menjeling jam di dinding. Jam panjang sudah pun berada di angka 10. Lama betul aku tidur.
Tanganku segera mencapai telefon bimbit yang diletakkan di atas meja kecil.
Huh. Langsung tak ada mesej ataupun panggilan yang masuk. Mereka memang langsung tak nak tanya khabar aku ke? tsk. Aku segera menelefon Himchan.
"Chan, kau dekat mana?"
"Hello? hmmm," suara Himchan kedengaran sangkut-sangkut.
"Chan, kau dekat mana?" tanyaku lagi.
"Kau nak apa Yongguk?" suara Himchan kedengaran mamai. Mesti dia dah tidur. Tsk.
"Kau datang sini boleh?"
"Kau dekat mana?"
"Aku dekat Pulau Jeju,"
"Gila kau?! mana sempat aku nak tempah flight lagi," suara Himchan ditinggikan.
"Tak apalah. Sinilah weh, seminggu aku dekat sini. Bosan,"
"Kau buat apa dekat sana?"
"Appa aku hantar. Dia suruh tenangkan fikiran,"
"Baguslah, lagipun fikiran kau dah macam orang sakit mental,"
"Mana ada, aku dah lupakan semuanya!" aku meninggikan nada suaraku.
"Kau tak nampak diri kau. Orang lain yang nampak kau pun simpati tau,"
"Tak kisahlah. Weh, temanlah aku. Apa gunanya kawan kan?"
"Tak boleh. Esok aku ada mesyuarat dengan klien aku,"
"Hmm yelah,"
"Kau pergilah keluar ke pantai. Malam-malam macamni angin sedap woo,"
"Yeke?"
"Hmm nae. Aku ngantuklah. Bye,"
Panggilan dimatikan. Cis, sampai betul hati dia! kalau dia sendiri pun sibuk mengalahkan perdana menteri, apa lagi kawan-kawanku yang lain. Semuanya hilang bila aku perlukan pertolongan. Tsk.
Jaketku yang diletakkan di atas sofa kucapai. Aku keluar dari bilik itu untuk menuju ke pantai. Lagipun mata aku segar gila. Fuh, menyesal aku tidur tadi.
-
Langkahku diteruskan. Aku berjalan di persisiran pantai itu. Kasutku dibuka bagi membiarkan air membasahi kakiku. Ah, sejuknya.
Setelah puas bermain air, aku duduk di tepi pantai itu. Deruan ombak yang menghempas pantai membuatkan aku teringat akan hidup ini. Hmm tak selalu hidup kita akan senang kan? ada masa kita akan jatuh juga. Ya, roda hidup.
Aku mendongakkan kepalaku. Pandanganku kutumpukan pada bintang-bintang yang bertaburan di langit. Bintang-bintang yang berkelipan itu bagaikan melambai megah kearahku.
"No, mereka berdua ada dekat sini bersama kita. Tu atas tu,"
Ayat itu tiba-tiba sahaja berkeliaran di mindaku. Ah, perlu ke aku ingat balik? tsk. Aku dah tak cintakan dia. Ya! aku tak cintakan dia dah. Aku benci dia! dialah punca keluarga aku malu.
Kepalaku kujatuhkan ke pantai. Aku menguis pasir pantai itu menggunakan reranting kayu yang dibawa ombak. Angin malam tidak leka menampar wajahku.
"Yongguk-sshi," tiba-tiba aku terdengar suara sayup-sayup memanggilku. Perlakuanku terbantut. Aku segera memalingkan mukaku ke belakang cuba mencari sang pemanggil.
TO BE CONTINUE....
hmm yang setahun kemudian tu konon-kononnya dah setahun berlalulah.Insya'allah cerita ini akan habis sebelum birthday Yongguk nanti. hahah xD
No comments:
Post a Comment