Yongguk POV
Kepalaku kujatuhkan ke pantai. Aku menguis pasir pantai itu menggunakan reranting kayu yang dibawa ombak. Angin malam tidak leka menampar wajahku.
"Yongguk-sshi," tiba-tiba aku terdengar suara sayup-sayup memanggilku. Perlakuanku terbantut. Aku segera memalingkan mukaku ke belakang cuba mencari sang pemanggil.
"Haaa?" aku terkedu. Aku menggosok mataku berkali-kali. Betul ke apa yang aku nampak sekarang ni? ah tolonglah! jangan biarkan apa yang aku nampak ini jadi kenyataan. Tsk.
Aku bangun. Aku tak sanggup lagi nak pandang belakang. Aku segera berlalu setelah bangun daripada situ.
"Yongguk-sshi!" panggilan itu semakin kuat. Langkahku terbantut. Ah, tolonglah cakap yang ianya mimpi! aku tak sanggup nak pandang belakang lagi.
"Awak langsung tak ingat saya ke?" soalan itu menerjah masuk ke dalam telingaku. Jieun, kenapa baru sekarang kau muncul? kenapa sekarang?!
"Aku tak ingat kau siapa. Tolong biarkan aku sendirian," luahku lalu menyambung langkahku.
"Yongguk-sshi!" panggilnya lagi. Sekali lagi, langkahku terbantut.
"Tolonglah dengar penjelasan saya dulu," ujarnya. Akhirnya, aku mengalah. Aku memalingkan badanku ke belakang menghadapnya.
"Kau nak apa lagi? semuanya dah berakhir. Kau dan aku dah tak ada apa-apa. Semuanya dah tak ada," nada suaraku sedikit ditinggikan.
"Tapi saya perlu berikan awak penjelasan. Bukan saya yang tinggalkan awak dulu," luah Jieun cuba memberitahu kepadaku perkara yang sebenarnya.
"Sekarang kau nak tipu aku pulak? eh, kau dengar ni. Kau memang sengaja nak buat keluarga aku malu sebagai balas dendam kan? tak payahlah kau nak bohong aku lagi. Cukuplah," desisku. Mataku kualih jauh agar tidak memandang wajahnya.
"Tak, saya tak macamtu. Yongguk, saya tak akan buat macamtu. Awak tak ingat ke janji saya? saya tetap akan cintakan awak sampai ke hujung nyawa saya," luah Jieun lagi. Mutiara jernihnya mula jatuh membasahi pipinya.
"Kau cintakan aku? tsk. Kalau kau cintakan aku, kita akan bahagia sekarang. Kejadian setahun lalu tak akan terjadi," balasku langsung tak pandang wajahnya.
"Awak dah tak percayakan saya. Awak tak cintakan saya lagi ke? Yongguk, awak sihat sahaja kan?" Jieun cuba mendekatiku namun aku mengundur.
"Cintakan kau? hahahahahaahha," aku tergelak.
"Aku tak langsung cintakan kau dah. Tahu tak sebab apa? sebab diri kau tu sendiri kau tahu tak! kau dah buat keluarga aku malu, tsk. Kau perempuan murahan ke?"
"Saya minta maaf. Ya, saya memang perempuan murahan. Saya murahan sebab saya cintakan awak sedangkan awak langsung tak cintakan saya dah. Tak apa, mungkin dah tak ada sebab untuk saya jelaskan semua," butir-butir ayat Jieun membuatkan aku tersentap. Mukanya kelihatan pucat.
"Sedar pun kau. Dahlah, semuanya tak ada guna dah sekarang. Kau yang buat semua ini jadi hancur,"
"Saya.... tak berniat pun. Saya tak minta pun semua ni,"
"Kau tak minta tapi kenapa kau buat? kenapa kau tinggalkan aku sewaktu majlis perkahwinan itu dulu?"
"Awak akan tahu bila awak tahu hal yang sebenarnya,"
"Hah tak payah buat drama dekat sini. Aku dah tak nak apa-apa daripada kau. Buatlah hal kau sendiri," ujarku lalu memalingkan kembali tubuhku untuk menyambung langkahku.
"Yongguk-sshi!" panggil Jieun lalu memelukku daripada belakang. Jantung berdegup kencang. Aku nak leraikan pelukannya itu namun hatiku tak benarkannya.
"Saya cuma nak awak tahu, saya akan sentiasa cintakan awak. Ya, sehingga nafas terakhir saya. Terima kasih sebab muncul dalam hidup saya biarpun hanya sementara. Saya minta maaf dengan apa yang berlaku dan tiba-tiba sahaja saya muncul di hadapan awak seperti ini. Mungkin jodoh itu bukan milik kita. Bang Yongguk, biarpun jodoh kita bukan didunia, saya tetap akan tunggukan awak di pintu syurga. Selamat tinggal," luah Jieun. Pelukan itu dilerainya. Hatiku sebak mendengar barisan ayatnya itu. Tapi, keegoanku tinggi. Kebencianku padanya pun masih berbuah dihati.
"Saya akan tunggu awak di pintu syurga," ujar Jieun lagi. Aku segera menyambung langkahku tanpa memandang kebelakang sedikit pun. Ah.
+++++
Only oneshot only oneshot only oneshot
Only oneshot only oneshot only oneshot
Bunyi telefon bimbitku itu membuatkan aku terjaga. Aku memandang skrin telefonku. Himchan? apa yang dia nak pagi-pagi buta macamni?
"Yongguk!"
"Apa?" balasku dalam keadaan mamai.
"Kau tak bangun lagi? dah pukul 9 ni weh!" nada suaranya ditinggikan.
"Kenapa ni? aku tidur lambat malam tadi,"
"Jieun...."
"Ah, aku tak mahu tahu pasal dia lagi,"
"Penting weh! tolong dengar apa yang aku nak cakap,"
"Apa masalahnya?"
"Dia masuk hospital!"
"Biarlah dia, apa aku kesah,"
"Dia.... naz... naz.. nazak!"
"Biar betul kau?!!"
Jeju International Airport
Aku berlari ke kaunter pembelian tiket.
"Incheon?" tanyaku dalam keadaan kelam kabut.
"Kapal terbang Incheon baru sahaja berlepas, encik,"
"Tak ada lagi ke penerbangan ke Incheon hari ini?"
Petugas di kaunter itu menyemak komputernya setelah memintaku masa untuknya memeriksa.
"Ada, tapi pukul 4 nanti," jelas petugas itu. Pukul 4? gila ke apa?
"Ah, tak kisah," balasku lalu menghulurkan passportku kepada petugas itu untuk diperiksa.
--
Aku duduk di ruangan menunggu. Jam ditangan kujeling. Baru pukul 10? ah, cepatlah masa berlalu. Telefon bimbitku tidak lekang dari tanganku.
Bukannya semalam dia baru jumpa aku? ah, apa yang dah jadi ni? tapi bila tengok balik, semalam muka dia kelihatan pucat? ah, Jieun-ah. Ya tuhan, kau sembuhkanlah dia kalau betul-betul dia sakit.
Only oneshot only oneshot only oneshot
Only oneshot only oneshot only oneshot
Panggilan itu kuangkat. Woohyun?
"Nae? kau nak apa?"
"Aku nak minta maaf dekat kau,"
"Kenapa pula?"
"Yang pasal perkahwinan kau tahun lepas tu sebenarnya..."
"Sebenarnya apa?"
"Aku yang rancang. Aku yang culik Jieun sewaktu majlis perkahwinan kau dulu,"
"Apa yang kau cakap ni?"
"Ye, aku yang rancang. Semua ini bukan salah Jieun. Semuanya salah aku. Aku tak mahu dia kahwin dengan kau sebab aku nak jaga dia sendiri, bukan orang lain,"
"Jadi....... semuanya kau........ yang rancang? bukan Jieun yang lari?"
"Bukan. Aku jujur, semuanya aku yang buat,"
FLASHBACK
Author POV
Jieun kelihatan cantik dengan baju pengantin itu. Dia duduk di kerusi menunggu dengan hati yang tak keruan. Segala perasaan tertanam di hatinya.
"Jieun, saya pergi tandas dulu eh?" minta Sungrin. Jieun hanya mengangguk.
Jadi, tinggallah Jieun seorang diri di bilik menunggu itu. Dia memain tangannya untuk menghilangkan perasaan gementar yang berbaur di hatinya. Namun, semuanya sia-sia kerana ini pengalaman pertamanya. Nervous itu perkara biasa.
"Jieun sabar Jieun, jangan gementar. Beberapa minit lagi kau akan jadi milik Bang Yongguk. Sabar Jieun sabar," Jieun cuba menenangkan dirinya yang hampir tak betul dek gementar di hati.
"Jieun!" panggil Woohyun lalu masuk ke dalam bilik itu. Mulutnya terlopong.
"Eh, Woohyun? kenapa awak dekat sini?"
"Sengaja. Saya nak tengok awak sebelum awak jadi isteri orang," luah Woohyun.
Jieun hanya mengangguk sambil menyulamkan senyumannya.
"Hah, saya keluar dulu eh. Jumpa awak dekat luar nanti," Woohyun keluar daripada bilik itu. Jieun bangun lalu mengucapkan selamat tinggal kepada Woohyun.
Selang beberapa saat kemudian, dua orang lelaki bertuksedo hitam masuk ke dalam bilik itu.
"Yah, kau siapa?!" tanya Jieun namun pertanyaannya itu diendahkan sahaja. Dua orang lelaki misteri itu menarik Jieun lalu membawa Jieun keluar daripada dewan perkahwinan.
---
"Tolong lepaskan aku!" Jieun cuba meminta pertolongan. Matanya ditutup, tangannya diikat, kakinya juga diikat. Baju pengantin itu masih lagi terpakai di badannya.
"Tolong lepaskan aku!!!" minta Jieun lagi. Airmatanya bukanlah penyelesaian bagi masalah ini. Sia-sia sahaja dia bazirkan airmatanya hanya kerana hal sebegini.
"Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!" jerit Jieun sekuat hati.
"Baik kau diam," suara itu kedengaran di telinganya. Tiba-tiba sahaja mulutnya dililit dengan kain.
Jeritannya, tangisannya, rayuannya semua sudah tak boleh digunakan lagi. Jieun lemah. Dia menyandarkan badannya ke dinding. Dia kalah.
"Bang Yongguk, mianhae. Saya tak boleh lawan," bisik hati Jieun sendiri.
"Jieun.." tanpa dia sedari suara yang agak familiar dengannya dapat ditangkap oleh telinga. Jieun cuba mengingati suara itu. Lilitan di mulut Jieun dibuka.
"Woohyun?"
"Nae, saya,"
"Woohyun, tolong saya. Saya tahu bukan awak yang buat. Saya percayakan awak," rayu Jieun lagi.
"Jieun-ah, mianhae. Saya tak nak orang lain yang jaga awak," luah Woohyun lagi. Jieun tersentap. Masa bagaikan terhenti baginya. Orang yang paling dia percayai berubah dengan mendadak hanya kerana...... cinta?
"Woohyun-ah," panggil Jieun dengan nada suaranya yang tak bermaya.
"Maafkan saya Jieun. Saya cuma perlukan awak. Sekarang, awak dah sah jadi isteri saya," kata-kata Woohyun membuatkan Jieun tersentap.
"Isteri?!"
"Nae. Maafkan saya. Saya dah ambil cap jari awak. Awak perlu percaya sekarang. Ya, saya janji saya akan jaga awak," luah Woohyun lagi.
"Sampainya hati awak," ujar Jieun lemah.
"Saya janji saya akan jaga awak. Percayalah. Jieun-ah, saya cintakan awak," Woohyun mendekati Jieun. Dia memegang erat tangan Jieun namun Jieun segera menyentapnya.
"Saya tak percayakan awak dah. Awak cakap yang awak tak kisah saya hidup dengan siapa tapi kenapa awak macamni?" soal Jieun cuba menegakkan haknya.
"Ya, saya dah cuba tapi saya tak boleh. Jieun, tolong dengar cakap saya. I'm your husband now," ulas Woohyun lalu membuka kain yang dililitkan di mata Jieun.
Jieun mengelip matanya berkali-kali. Pandangannya kabur.
"Saya tak akan percayakan awak lagi," balas Jieun sambil mengelipkan matanya. Lilitan ketat yang diikat pada matanya membuatkan penglihatannya berkurang.
---
Semenjak daripada itu, hari-hari yang dilalui oleh Jieun merupakan hari yang paling pahit dalam hidupnya. Membina sebuah kehidupan bersama Nam Woohyun bukanlah apa yang diingininya. Biarpun lelaki itulah yang pernah bertakhta dihatinya dulu, keadaan sekarang tak seperti dulu.
Setiap hari Jieun merindukan lelaki yang sepatutnya berkahwin dan menjadi miliknya. Tetapi disebabkan kekejaman cinta, kenyataan itu berubah menjadi mimpi ngeri yang tak akan melenyapkan sebuah episod. Jieun redha. Jieun cuba menghadapi semua kerana dia tahu, jodohnya pasti ada biarpun jodoh itu hanya untuk sekelip mata.
FLASHBACK END
Yongguk POV
Aku berlari masuk ke dalam hospital appa. Bagasiku sudah kutinggalkan di hotel. Tak sanggup aku ingin membawanya.
"Selamat malam, doktor," sapa jururawat yang bertugas di kaunter itu.
"Ada pesakit bernama Song Jieun?" tanyaku kepada jururawat itu.
"Oh, Cik Jieun. Setahu saya dia di wad ICU tingkap 4," mendengar apa yang diperkatakan oleh jururawat itu, aku tersentap. ICU? setahu aku, bila keadaan sudah kritikal sahaja akan ditempatkan di situ.
"Dia nazak!"
Ayat yang disampaikan oleh Himchan pagi tadi menyedarkan aku. Ah, aku ingat. Aku segera berlari naik ke tingkat empat setelah sadar daripada lamunanku.
"Appa!" aku memanggil appa dan omma yang sedang duduk di luar bilik ICU. Aku pelik. Apa yang mereka berdua buat dekat sini? aku mendekati mereka berdua.
Tiba-tiba Woohyun keluar daripada satu bilik dengan airmata yang membasahi pipi. Appa dan omma juga kelihatan sebak.
"Woohyun! wae!" tanyaku. Aku memegang bahu Woohyun lalu menggoncangkannya.
"Jieun....... dia.... dah...... tak ada,"
TO BE CONTINUE....
Aku rasa benda ni habis dalam beberapa part je lagi. lebih kurang dalam hmm dalam dua atau tiga part lagi? xDD and sekarang ni Yongguk POV je banyak ;p
No comments:
Post a Comment