Welcome here
STORY MAIN BLOG FLAVORS

Forever Yours [PART 18]


Yongguk POV

   "Woohyun! wae!" tanyaku. Aku memegang bahu Woohyun lalu menggoncangkannya.

   "Jieun....... dia.... dah...... tak ada,"

   Aku terjatuh. Badanku bagaikan dihempap beban yang besar. Macam mana dia boleh............. sedangkan.... dia baru jumpa aku semalam? kenapa semua berlaku secara tiba-tiba sahaja? Mulutku terkedu.

   Bebola mataku terpaku. Airmata mula bertakung di tubir mataku. 

   "Bang Yongguk, biarpun jodoh kita bukan didunia, saya tetap akan tunggukan awak di pintu syurga. Selamat tinggal,"

   Ayat yang diluahkannya malam tadi. Betul ke itu salah satu daripada ucapan terakhirnya kepadaku? dia dah tahu ke yang dia akan pergi tak lama lagi? dan pelukan itu........ itu ke pelukan terakhirnya untuk aku? yah pabo, Bang Yongguk! kenapa kau pabo sangat! ah!

   "Kau perempuan murahan ke?"

   Luahan yang aku berikan kepadanya malam tadi berlegar-legar di kepalaku. Ah! macam mana aku boleh cakap benda macamtu sewaktu dia sedang menderita. Yah Bang Yongguk! kenapa baru sekarang kau sedar. Tsk.

   Aku menolak badan Woohyun yang menghalang laluanku. Pintu bilik kubuka sekuat hati lalu berlarilah aku masuk ke dalam bilik itu.

   Sentap. Sekujur tubuh yang tidak bernyawa itu di hadapanku. Kain yang menutup seluruh badannya itu kubuka dengan hati yang sebak. Tak bermaya.

   "Jieun-ah....." panggilku. Aku mengucup dahinya dengan lembut. Setitis airmataku jatuh membasahi dahinya. Tubuhnya terasa sejuk. 

   Aku menarik kerusi di sebelah katilnya lalu melabuhkan punggungku di situ. Aku memegang erat tangannya.

   "Jieun-ah, saya nak minta maaf mengenai hal semalam. Kenapa perlu sekarang awak tinggalkan saya? bukan ke kita dah janji yang kita akan mati bersama-sama? ya, saya faham yang awak cintakan saya cuma saya sahaja tak perasan. Jieun, saya minta maaf sebab saya lupakan awak malah saya mula membenci awak sedangkan awak menanti saya. Saya dah salah faham. Saya dah mungkirkan janji saya untuk setia mencintai awak selamanya. Saya tak kuat, Jieun. Saya tak kuat nak hadapi semua ni. Kenapa sekarang? kenapa?!"

   "........... dan sekarang baru saya betul-betul faham awak. Saya tak sepatutnya maki awak malam tadi. Jieun-ah, kalau saya ada kuasa, mesti segalanya akan baik sahaja. Saya tak kuat. Kenapa awak pergi tanpa izin saya, Jieun? wae? saya masih perlukan awak di saat saya memerlukan, saya masih perlukan awak di saat saya sedih dan saya masih mencintai awak. Saya cuba ingatkan diri saya untuk membenci awak hanya semata-mata salah faham tak berasas saya tu. Song Jieun-ah, kenapa semua ini terjadi?''

   "............... Jieun, kenapa awak langsung tak nak tunjukkan kepada saya semua derita yang awak alami? kenapa? kenapa awak langsung berlagak yang awak tu kuat? Jieun, saya tahu awak derita tapi malangnya saya langsung tak nak risaukan awak. Sepatutnya saya dengar apa yang awak nak jelaskan. Saya tak sepatutnya hiraukan apa yang awak cuba cakap. Jieun, saya salah! semuanya salah saya! salah saya sebab langsung tak nak jaga hati awak. Ego saya tinggi. Jieun, ego saya tinggi,"

   Aku menjatuhkan mukaku. Tanganku masih tererat di tangan Jieun. Airmataku mula membasahi pipi. Paboya, Bang Yongguk. Itulah aku. Entah kenapa baru sekarang aku sedar segalanya.

   "Yongguk, segalanya dah terlambat," appa masuk ke dalam bilik. Dia memegang bahuku.

   "Appa, Yongguk tak kuat lagi dah," 

   "Yongguk perlu sabar. Semua yang terjadi ada hikmah. Yongguk perlu teruskan hidup juga. Yongguk tak boleh sebegini," kata-kata appa itu makin membuatkan hatiku luluh.

   "Tapi, kenapa sekarang?"

   "Sebenarnya, ada sebab appa hantar Yongguk ke Pulau Jeju," ujar appa tanpa menjawab persoalanku itu tadi. Aku tersentap. Ada sebab?

FLASHBACK
Author POV

   Woohyun masuk ke dalam bilik Encik Bang. Setelah menunduk hormat, dia duduk di hadapan Encik Bang. Persekitaran menjadi tegang.

   "Ada apa ni, Woohyun?" tanya Encik Bang. Keningnya diangkat.

   "Saya nak minta pertolongan daripada Encik sedikit, boleh?"

   "Pertolongan apa? selagi saya boleh, saya akan bantu,"

   "Hmm Jieun,"

   "Kenapa dengan dia?"

   "Sebenarnya dia.........................................................." jelas Woohyun kepada Encik Bang dengan jujur. Encik Bang kelihatan terkejut dengan apa yang disampaikan oleh Woohyun.

   "Betul ke? macam mana boleh sampai......" kata-kata Encik Bang termati di situ. Dia tak dapat menyambung bicaranya. Hatinya sebak.

   "Jadi, encik boleh tolong saya kan?"

   "Tolong apa? ya, saya akan cuba,"

   "Hantar Yongguk ke Pulau Jeju esok?"

   "Ya ya saya akan suruh dia ke sana nanti,"

FLASHBACK END

Yongguk POV

   Jadi, semuanya dah dirancang oleh appa dan Woohyun? hatiku semakin luluh berderai. Kenapa aku langsung tak tahu yang dia menderita?

   "Jieun, kenapa awak langsung tak nak cakap yang awak sakit?" tanyaku kepadanya. Walaupun aku tahu soalan itu tak akan terjawab, aku tetap mahu menanya.

   Tangannya kukucup lembut. Sekarang semuanya dah berakhir. Ya, macam yang aku cakap malam tadi.

   "Semuanya dah berakhir. Kau dan aku dah tak ada apa-apa. Semuanya dah tak ada,"

Dewan Kematian

   Aku duduk di ruangan tetamu. Memandangkan hari sudah pun malam, jasad Jieun diletakkan di dalam keranda sementara menunggu hari siang. Appa mencadangkan untuk bakar sahaja jasadnya tapi aku tak sampai hati. Biar sahajalah dia dikebumikan dengan aman. Aku tak nak menyakiti dirinya lagi.

   Soju di hadapanku kutuang ke dalam gelas. Aku meminum soju itu dengan keadaan tak bermaya. Kepalaku kuletakkan di atas meja.

   "Kau kena sabar menghadapi semua ini," tiba-tiba kedengaran suara Woohyun mendekatiku. Dia duduk di sebelahku setelah mengambil gelas kepunyaanku.

   "Kenapa kau langsung tak sedih? kau tak terasa kehilangan dia ke?" tanyaku kepada Woohyun yang sedang meneguk soju.

   "Hati aku dah hancur, boleh kau cakap aku tak sedih? tsk. Jieun pernah cakap dengan aku, kalau dia dah tak ada dan tak akan balik lagi tolong jangan bazirkan setitik pun airmata untuk dia. Dia macam tahu je yang dia akan pergi," luah Woohyun. Suaranya tersangkut-sangkut.

   "Apa sakit dia?"

   "Doktor kata dia ada masalah dekat mata dia. Dia dah menderita penyakit ni dari tahun lepas lagi. Penglihatan dia makin lama makin berkurang. Sebenarnya dia dah ada masalah penglihatan dari dulu lagi tapi masatu masih biasa-biasa sahaja. Disebabkan tekanan yang dia hadapi, ada benda yang tumbuh dekat mata dia dan benda tu merebak sampai ke otak dia," jelas Woohyun panjang lebar. Hatiku tersentap. Aku mengangkat kepalaku yang diletakkan di meja tadi.

   "Malam tu......? macam mana dia boleh jumpa aku?"

   "Sebenarnya, sewaktu dia jumpa kau malam tu aku ada bersama dia sebab penglihatan dia dah gelap sepenuhnya. Ya, dia dah buta. Kau tak perasan ke yang dia langsung tak bergerak? dia hanya pandang depan sahaja. Tapi disebabkan aura cinta korang berdua yang kuat, dia dapat berjalan ke arah kau dan kejar kau semata-mata nak peluk kau buat kali yang terakhir. Aku dengar apa yang kau cakap dekat dia. Aku yang dengar pun terguris, apatah lagi dia kan? lepas kau tinggalkan dia tu, aku cepat-cepat datang ke arahnya untuk mengiringi dia berjalan. Aku ada tanya dia apa perasaan dia bila kau cakap dia perempuan murahan, tapi dia senyum je. Kau tahu tak apa yang dia cakap? dia cakap dia terima apa yang kau cakap tu dengan seadanya dan dia langsung tak terasa hati. Kau cakap kau cintakan dia tapi kenapa kau langsung tak nak jaga hati dia? Ya, semua salah aku sebab aku yang buat kau salah faham. Setahun weh, selama setahun aku jaga dia memang dia tak pernah langsung lupakan kau. Tapi aku faham dia, aku beri dia ruang untuk dia mencintai kau asalkan aku dapat peluang untuk jaga dia. Tapi di saat dia perlukan kau, apa yang kau buat? kau langsung tak nak dengar apa yang dia nak jelaskan. Setiap malam dia rindukan kau. Setiap malam dia duduk dekat balkoni bilik dan melihat bintang di langit. Aku tak tahu kenapa dia buat macamtu tapi aku tahu dia buat macamtu sebab dia rindukan kau. Aku boleh lihat dia dari jauh sahaja. Waktu itu, kitaorang memang suami isteri. Tapi, hanya di atas kertas sahaja. Aku tahu dekat hati dia hanya ada kau sorang. Nama aku langsung tak terpahat di hati dia. Tsk. Comel betul Jieun tu. Tapi sekarang segalanya dah terlambat kan? dia pun dah jumpa tempat dia. Aku tahu dia rindukan omma dan appa dia," terang Woohyun lagi panjang lebar. Aku hanya boleh mendengar dengan hati yang terbuka. 

   "Aku menyesal. Aku dah tak sempat nak minta maaf dekat dia. Aku dah tak boleh nak hidup dengan dia lagi. Kenapa semua ni perlu berlaku?" nada suaraku ditinggikan. Aku membaling bantal di sebelahku. 

   "Dia dah maafkan kau," luah Woohyun sambil memain gelas kecil itu.

   "Apa maksud kau?" aku memandang tepat wajah Woohyun.

   "Ya, dia dah maafkan kau. Dia sentiasa maafkan kau walaupun kau tak buat salah dekat dia. Hati dia suci, dia tak pernah nak buat jahat dekat orang. Kalau dia buat pun, jahat-jahat manja namanya. Hahaha comel," Woohyun tergelak kecil. Matanya mula banjir dengan airmata.

   "Tapi kenapa semua terjadi secara tiba-tiba?" tanyaku lagi.

   "Malam tu, aku hantar dia masuk ke dalam bilik hotel dia. Tiba-tiba dia cakap mata dia sakit, kepala dia pun sakit. Dia ajak aku balik. Pada mulanya memang aku tak nak tapi dia cakap dia tak nak mati dekat situ. Aku sentap ah dengan ayat dia tu. Tapi aku redha, aku ikut sahaja apa yang dia nak,"

   "Kitaorang sampai sini pukul 4 pagi. Sampai sahaja ke sini, dia pengsan. Dia cakap dekat aku yang dia dah tak larat. Aku cepat-cepat bawa dia pergi hospital appa kau. Sampai sahaja dekat hospital, dia terus dimasukkan ke dalam wad ICU. Aku nak call kau tapi tak dapat so aku suruh appa kau telefon kawan rapat kau. Beberapa minit sebelum kau sampai tu, Jieun ada terbangun. Dia suruh aku sampaikan dekat kau yang dia cintakan kau. Selepas dia dah luahkan perasaan dia tu dia terus hembuskan nafas terakhir dia," cerita Woohyun lagi. Aku cuba menahan airmata aku.

   "Woohyun-ah, terima kasih sebab jaga dia,"

   "No, sepatutnya aku terima kasih dekat kau sebab kau yang beri peluang kepada aku untuk jaga dia,"

   "Yongguk sabar eh, semua yang terjadi mesti ada kebaikannya. Biarlah Jieun pergi dengan aman ye," kata omma sambil memelukku. Aku mengangguk lemah.

   "Omma dengan appa balik dulu ye,"

   "Ah, anyeong,"

   "Yongguk, aku pun balik dulu,"

   Aku mengangguk.

   Setelah semua tetamu dan keluarga balik, hanya tinggal aku seorang sahaja di situ. Merintih, merayu semuanya dah tak ada guna. Dia dah tak ada dan tak akan kembali lagi.

   Aku menuju ke arah kerandanya. Bingkai gambar yang diletakkan di atas keranda itu kutatap sedalam-dalamnya. Mengapa wajah manis itu yang perlu diletakkan di dalam bingkai itu? ya, wajah manis itu akan hilang dari penglihatanku kelak. Gelak tawanya, tangisannya, senyuman manjanya semuanya hilang.

   Aku menunduk memberi penghormatan. Kepalaku kujatuhkan ke lantai. Beban itu masih menghempap badanku. Aku dah tak berdaya nak tahan beban ni. Masa berlalu begitu sahaja. Kenangan yang kita cipta pun sudah tiada makna.

   "Jieun-ah, saya tahu awak sakit tapi awak langsung tak nak beritahu saya. Saya tahu awak derita tapi awak langsung tak nak kongsi dengan saya. Hati awak bersih, Jieun. Saya nak awak tahu, saya cintakan awak. Saya tahu awak nampak cinta saya walaupun saya cakap saya benci awak kan? Jieun-ah, takkan ada cinta kalau tak ada benci. Saya akan cintakan awak selama-lamanya. Seperti yang awak cakap, saya akan datang jumpa awak dekat pintu syurga nanti. Amanlah~"

   Hatiku luluh. Airmataku tak berhenti berjurai. Aku meletakkan bunga ros putih dan merah kesukaannya ke atas keranda itu dengan hati yang hancur. Jieun, amanlah di sana.

+++++

   Jieun telah selamat dikebumikan. Aku cuba menarik nafasku sedalam-dalamnya dan cuba hadapi semuanya dengan hati yang sabar. Ya, semuanya akan baik-baik sahaja.

   "Yongguk, nah," Woohyun menghulurkan kepadaku seutus surat bersama dengan sebuah buku yang dibalut dengan kertas berwarna hitam.

   "Apa ni?" tanyaku. Surat dan buku tadi bertukar tangan.

   "Bila kau ada masa, kau baca,"

   Aku mengangguk perlahan.

   Buku dan surat tadi tidak lekang daripada tanganku. Aku melutut di hadapan kubur Jieun. Aku memberikan penghormatan terakhir di hadapan kuburnya.

   "Saya akan sentiasa mencintai awak. Ya, sentiasa. Song Jieun, biarpun kita tak jadi berkahwin, awak tetap akan menjadi isteri di hati saya buat selama-lamanya," luahku. Aku mengukirkan senyuman tawar untuknya.

   "Yongguk, jom?" panggil omma yang sedang tercegat di hadapan kereta bersama appa. Aku mengangguk lalu menuju ke arah mereka.

   "Nae," balasku.

---

   Setelah sampai ke rumah, aku terus masuk ke dalam bilik Jieun. Tuksedo hitamku masih belum disalin. Buku dan surat yang diberikan oleh Woohyun tadi masih di dalam genggamanku. 

   Pintu biliknya kukuak perlahan. Biliknya tersusun rapi. Bajunya juga masih disini. Semua barangnya masih disini. Semenjak dia hilang tahun lepas, bilik ini tak berpenghuni. Itu pun hanya Makcik Son sahaja yang rajin mengemas.

   Tiba-tiba mataku terpandang pada satu bingkai gambar kecil di sebelah katilnya. Bingkai itu diletakkan di atas meja kecil. Aku mencapai bingkai itu.


   Sentap. Bukankah itu gambar yang ada di kad perkahwinan kami berdua? gambar yang telah fotografer Kim photoshop. Hah, bila ingat balik lawak pula. Sanggup aku suruh fotografer Kim edit gambar tu sehingga betul-betul nampak seperti real.

   Aku membaca nota yang ada di belakang gambar itu.

   'Tak akan ada cinta kalau perasaan benci tak wujud langsung. Bangsong hwaiting!'

   Aku tersenyum kecil membaca nota itu. Aku nampak semangatnya pada nota itu. Ehe. Comelnya awak, Jieun. Tapi saya langsung tak nampak. Tsk.

   Punggungku dilabuhkan di atas katilnya. Dengan langkah yang perlahan, aku membuka surat itu. Aku tahu surat itu memang pemberian daripadanya.

TO BE CONTINUE....

okay, esok birthday Yongguk. Let's spazzingg together zzzzzzz xD
#aku dah tership bangsong pula hahahhaha xDD






TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. EHE /THROWNAMSHEART/

No comments: