Welcome here
STORY MAIN BLOG FLAVORS

Forever Yours [PART 19]


Yongguk POV

   Punggungku dilabuhkan di atas katilnya. Dengan langkah yang perlahan, aku membuka surat itu. Aku tahu surat itu memang pemberian daripadanya.

Bang Yongguk-yah,
Pertama sekali saya nak minta maaf sebab saya tinggalkan awak semasa hari perkahwinan kita ㅠㅠ Mungkin bukan jodoh kita berdua. Ya, saya tak salahkan sesiapa dalam hal ini. Memang jodoh tu bukan milik kita berdua. Bila awak baca surat ni, mungkin saya dah tak ada di samping awak lagi, dah tak ada untuk bersama awak lagi dan dah tak ada untuk menggembirakan hati awak lagi. Walaupun saya sudah hilang dari pandangan awak, saya nak awak tahu yang hati awak sentiasa terpaut di hati saya ^^

Kehadiran awak dalam hidup saya memang sedikit sebanyak membuatkan saya rasa hidup saya dihargai. Walaupun awak bajet-bajet dingin dengan saya dulu, saya tetap akan ingatkan hal itu sebagai kenangan terindah yang telah kita berdua ukirkan. Bang Yongguk-ah, saya akan rindukan awak lagi. Tapi kali ni rindu saya tak akan langsung terubat. Hmm jodoh kita memang bukan di dunia.

Setahun saya tunggu awak dalam keadaan yang menderita. Hidup saya menjadi gelap semenjak dari itu. Saya hilang kawalan. Masa hadapan saya gelap. Tambah-tambah lagi bila penglihatan saya semakin lama semakin pudar. Saya rasa tak aman. Saya harapkan awak yang berada di samping saya dan pimpin tangan saya untuk saya berjalan. Ah, mungkin tu semua hanya angan-angan saya sahaja.

Mungkin tak ada sebab dah untuk saya ceritakan itu semua. Yongguk-ah, saya tahu awak cintakan saya dan masih cintakan saya kan? saya tahu awak masih tunggukan saya kan? saya minta maaf sebab saya tak memenuhi janji saya untuk hidup bersama awak sehingga nafas terakhir kita. Cinta itu memang milik kita tapi perkahwinan itu belum menyebelahi kita lagi. 

Saya akan selalu berada bersama awak. Walaupun awak tak nampak saya, mungkin saya berada dekat sebelah awak sekarang? Bang Yongguk-yahh~~~ hahah! xD saya dah cakap, saya cintakan awak. Saya tak nak awak meragui perasaan saya lagi. Hati saya hanya untuk awak. Kedinginan awak dan keegoan awak membuatkan saya rasa comel. Hihi! Bang Yongguk jambu! ㅋㅋㅋㅋㅋㅋ

Akhir sekali, saya cuma nak ingatkan awak lagi dan mungkin ini akan jadi yang terakhir? saya cintakan awak dan saya cintakan awak dan saya cintakan awak dan saya cintakan awak. Jodoh kita bukan di dunia, tapi jodoh kita pasti di atas sana. Saya akan tunggu awak ~~~   

Pembantu rumah yang comel,
Jieun ^^ *wink*


   Butir-butir ayat yang ditulis di dalam surat itu membuatkan aku tersentap. Aku menjatuhkan pandanganku. Kertas itu masih lagi terpegang di tanganku.

   Perasaan bersalah masih berbaur di dalam hatiku. Beban itu juga masih ada di atas bahuku. Aku cuba untuk menahan segalanya. Rasa hiba menyelubungi diri. Ya, mungkin bukan sekarang.

+++++

 Bangly Hospital

   Aku masuk ke dalam bilikku dengan langkah lemah longlai. Aku memakai kemeja putihku lalu aku melabuhkan punggungku di kerusiku. Suis komputer kubuka.

   Tok tok tok

   Pintu diketuk perlahan. "Masuk,"

   Jururawat Sunhwa masuk ke dalam bilikku sambil memegang satu fail ditangannya. Dia menunduk hormat. Aku mengangguk kepalaku dengan perlahan sambil membuka fail di dalam komputerku.

   "Ada orang nak jumpa doktor," ujar Jururawat Sunhwa. Dia menghabiskan ayatnya dengan senyuman di bibir.

   Aku mengangkat keningku. Riak mukaku berubah.

   "Siapa?"

   "Dia kata dia seseorang yang doktor kenali. Entahlah," 

   Aku cuba mengingat. Seseorang yang aku kenali siapa pula? Huh.

   "Baiklah. Suruh dia masuk," arahku. Pandanganku masih kutumpukan pada skrin komputer. Jururawat Sunhwa keluar setelah mendengar arahan aku itu.

   "Hai Yongguk," suara yang menerjah masuk ke dalam gegendang telingaku membuatkan aku tertanya-tanya sang empunya suara itu. Kenapa aku macam pernah dengar suara itu?

   Aku memalingkan wajahku. Cuba mencari empunya suara itu.

   "Hai Yongguk," suara itu diulang. Aku memandang hadapan. Alangkah terkejutnya aku tatkala melihat sang empunya suara tu.

   "Eh awak!"

-TAMAT-

okay, ending dia pelik sikit. Aku rasa nanti kalau aku ada masa aku akan buat FY2. 
Tapi bukan sekaranglah, maybe bulan lima nanti :D hahaha pelik gilos.

   

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. EHE /THROWNAMSHEART/

No comments: