WILL YOU BE ALRIGHT? EVEN IF I'M NOT BY YOUR SIDE?
Do you know that you can't turn things back easily?
Sohyun... kenapa kau tak pernah terlepas daripada lakonan? kau tak tahu apa yang kau buat, kau tak sedar apa yang kau cakap dan kau tak tahu yang masa tak boleh diputar semula. Kadang-kadang kau berlagak yang kau tahu semua.... tapi hakikatnya tidak. Kau memang tak boleh lari daripada drama hidup kau. Jangan yakin dengan apa yang kau katakanlah!
I hate you look sorry and sad.
Waktu aku jumpa kau, muka kau masam mencuka. Aku tanya sepatah, kau jawab sepatah macam aku ni tak wujud sahaja. Kau tak boleh nak senyum. Yang kau tahu hanya...
"weh maafkan aku,"
"weh, aku tak boleh,"
"weh, kenapa semua ni berlaku?"
Apa yang aku taknak dengar daripada kau, itulah yang kau cakap. Kau tak tahu, sebenarnya aku yang benci tengok kau berpelakuan sebegitu. Kau tak faham apa yang aku rasa? kau tak pernah terfikir yang aku akan terambil hati dengan ayat kau? wei, tak bermakna kita akan berjumpa selama-lamanya. Aku akan pergi juga tinggalkan kau nanti. Aku tak mahu kau begini lagi, jadi senyumlah kerana aku tahu senyuman kau boleh merelakan aku pergi nanti.
You without me makes me more worried.
Kau nak tahu satu benda? aku tak tahu kenapa aku rasa risau yang teramat sangat bila aku tak ada disamping kau. Aku lebih rela aku tanpa kau daripada kau tanpa aku. Kau nak tahu kenapa? sebab kau tu tak pandai buat apa-apa! kau tak pandai nak kawal perasaan kau. Yang lebih parah, kau tak tahu macam mana nak lap airmata kau dikala kau menangis. Kau tak pandai apa-apa, sohyun. Kau perlukan seseorang untuk buat itu semua untuk kau.
Will you be alright? Even if i'm not by your side?
Sohyun... cuma satu benda yang aku tertanya-tanya. Kalau aku dah jauh daripada kau..... kau akan rasa baik ke? aku kenal kau. Ya, memang aku tak nafikan yang kau senang rasa sunyi. Aku tak mahu tinggalkan kau. Tapi, takdir tak semestinya akan menyebelahi kita. Aku risau. Aku sakit.
Without a person to joke around and laugh with.
dan aku tertanya-tanya... kalau aku dah tiada kat sisi kau, ada lagi ke orang yang akan buat lawak dekat kau? ketawa bersama-sama? walaupun lawak aku tak adalah lawak mana, kau tetap ketawa. Selepas aku tiada nanti... ada lagi ke orang yang akan berbuat sebegitu? Sohyun.... ada ke? benda tu baik ke untuk kau?
How can i let you go? you are going to fall apart.
Kadang-kadang perkara ini membuatkan aku terfikir. Bukan fikir kosong, tapi fikir dengan panjang. Kalau kau tinggalkan aku pula, kau pasti ke yang kau boleh hidup sendiri? boleh ke? aku rasa kau tak boleh. Sebab kau memang tak boleh buat apa-apa tanpa aku disisi. Bagi aku, kau budak-budak. Langsung tak tahu nak buat apa. Tak tahu nak uruskan diri kau bagaimana. Dah tak ada tempat kau boleh pergi. Kau nak pergi mana? memang dah tak ada tempat. Bila kau dah buntu, tiada tempat untuk kau tuju, kau mula menangis. Aku tak tahu apa yang kau fikirkan. Apa aku perlu buat sekarang? aku kekosongan idea. Bagaimana aku nak lepaskan kau pergi bila aku tahu kau tak boleh hidup tanpa aku? bila aku tahu kau akan kecundang dengan hidup kau nanti?
It's okay for you to be a bit selfish.
Bila aku cakap, kau tak pernah nak dengar. Sebab inilah aku cakap kau seperti budak-budak. Degil. Aku tak kisah kalau kau sedikit pentingkan diri sendiri. Walau kau dah tinggalkan aku pun, aku tak kisah. Tapi tolonglah fikir mengenai hidup kau yang tak terurus itu. Teruskan dengan sikap pentingkan diri sendiri kau itu sehingga kau rasa benda tu berhenti menjadi sukar. Aku cuma nak aku disisi kau. Kalau kau rasa okay, kau boleh duduk berdekatan dengan aku jadi aku boleh berada disisi kau. Buang sikap degil kau.
Stay with me baby. Don't go, don't leave me baby.
Aku cuba pergi dari hidup kau tapi aku tak boleh. Aku sedar yang kau masih perlukan aku. Cuma satu yang aku nak. Tolonglah berada disisi aku juga. Jangan tinggalkan aku. Aku tak mahu sikap kebudak-budakkan kau akan menghancurkan diri kau kelak. Aku mahu berada disisi kau. Walau kau degil, cubalah lawan semuanya. Fikirkan diri kau itu. Boleh ke kau hidup tanpa aku? kau akan baik ke? kau memang tak faham apa yang aku rasa. Aku mahu jaga kau. Aku mahu berada disisi kau.
"Biarkan aku sendiri,"
Bukan itu yang aku nak dengar. Aku nak kau suruh aku berada disisi kau. Sohyun... kau tak nampak segalanya. Kau memang tak pandai apa-apa. Kau kekok dalam segalanya! sebab itulah aku tanya kau.... WILL YOU BE ALRIGHT?
______________________________________________________________________________
HAI. AKU TAK TAHU KENAPA AKU TAK ADA KERJA BUAT BENDA NI BHAHAHA. ACTUALLY, SEMUA BENDA NI AKU IKUT LIRIK BEAST-WILL YOU BE ALRIGHT. AKU RASA LAGU TU BEST GILA NAK MATI DAN TETIBA AKU TERINGAT MEMORI DAUN PISANG AKU DENGAN DONGWOON DULU *NI IGNORE* TAPI TAK SEMUA SAMA SEBAB ADA YANG AKU TAK FAHAM APA MAKSUD LIRIK DIA, AKU MAIN TARAM JE XD TERIMA KASIH JUGA KERANA MENTIADAKAN KERJA ANDA LALU MEMBACA BENDA NI. PEMBACAAN ANDA AMAT DIHARGAI /AYAT POYO/ OH BTW, AKU BUAT SOHYUN SEBAB AKU TAKDE IDEA -.- AND YANG MEMBEBEL, TOUCHING BENOR TU MAYBE DONGWOON? TP LANTAKLAH XD OKAI BYE. SO B2ST ! XD
No comments:
Post a Comment