Yongguk POV
Setelah menghantar Jieun ke rumah tadi, aku terus keluar lagi setelah mengambil kereta di garaj. Aku dah janji dengan Himchan yang kami akan berjumpa.
Hana Cafe
Aku masuk ke dalam kafe lalu mencari kelibat Himchan.
"Aku dekat sini!" Himchan melambai-lambaikan tangannya kearahku. Aku segera mengatur langkah menuju ke arahnya.
"Haa aku ingat kau tak sampai lagi," perliku. Memang dia selalu lambat kalau kitaorang aturkan pertemuan. Tak pernah langsung nak datang cepat sikit.
"Aku dah berubahlah," balas Himchan sambil tertawa kecil.
"Banyaklah kau berubah,"
"Betullah. So, macam mana dengan persiapan?" tanya Himchan. Dia mencapai kentang goreng yang telah dipesannya tadi lalu memasukkan kentang tersebut ke dalam mulutnya.
"Semuanya okay! tinggal tunggu hari sahaja," jawabku sambil membuat isyarat 'ok' dengan teruja.
"Kiranya sekarang kau dah sahut cabaran tu lah?" tanya Himchan lagi.
"Hell yeah, aku akan buktikan yang aku bukan pengecut macam orang lain. Sorry eh, ini Yongguklah!"
"Hoi guys!" sapa Daehyun tiba-tiba lalu duduk di sebelahku. Entah dari mana dia datang. Pfft.
Aku mengeluarkan kad perkahwinan kami dari jaketku lalu meletakkannya ke atas meja di hadapan mereka.
"Ni ke kad perkahwinan kau? gila awesome," Daehyun mencapai satu kad perkahwinan itu lalu melihatnya dengan teliti. Aku hanya mengangguk, "Nae,"
"Bila masa pulak korang ambil gambar pakai hanbok sama-sama ni weh?" tanya Himchan sambil membelek-belek kad perkahwinanku itu.
"Dunia dah maju, teknologi pun berleluasa. Tu photoshop sahaja. Nanti kau tolong aku bagikan kad perkahwinan yang lain dekat Zelo, Jongup dan Youngjae. Busy gila diorang," pintaku lalu meneguk jus oren.
"Diorang kata nanti diorang balik Korea pada hari perkahwinan kau tu. So, kau jangan risaulah," jelas Himchan. Balik Korea? huh macam mana nak balik kalau busy sangat belajar dekat sana? Tsk.
"Cantik gila dia dengan hanbok tu," puji Daehyun. Kad perkahwinanku itu tidak lekang dari tangannya. Pfft. Dia tak sabar nak kahwin juga agaknya.
"Biasalah, bakal isteri siapa?" aku cuba berbangga. Pfft. Aku tak tahu kenapa.
"Kejap, kau dah mula cintakan dia ke?" tanya Himchan tiba-tiba. Aku terkedu sebentar.
"Ek eleh, kau dah mula cintakan dia kan!" Daehyun meninggikan nada suaranya.
"Entahlah, sekejap aku rasa ya, sekejap aku rasa tidak," balasku.
"Tu maksudnya kau was-was dengan perasaan kau," Himchan membuat kesimpulan. Mukanya kelihatan serius. Hmm Himchan kalau bab sebegini memang dia pandai.
"Aku rasa kau cintakan dia lah," kata Daehyun. Dia menongkat dagunya di atas meja.
"Aku rasa aku dah cintakan dia," luahku kepada mereka berdua.
"Aku dah agak!" Daehyun menumbuk meja perlahan. Pfft.
"Baguslah kau cintakan dia. Tak payah kau berpura-pura dengan perasaan kau lagi," telah Himchan. Aku mengangguk perlahan. Mungkin apa yang dia cakap tu betul.
+++++
Jieun POV
Aku bangun dari tidurku. Aku mengeliat kecil. Mataku digosok-gosokkan dengan kedua belah tangan. Aku menjeling kalendar di dinding.
"Hari ini hari lahir................aku?" bisikku sendiran. Macam mana aku boleh lupa yang hari ini hari lahirku? pabo gila! aaaaaaaaa tsk.
Aku menuju ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi.
"Selamat pagi Jieun," tiba-tiba sahaja suara itu menerjah masuk ke dalam gegendang telingaku. Aku yang sedang menyiapkan sarapan pagi, terbantut seketika.
Aku memalingkan kepalaku.
"Yongguk?" panggilku. Pelik juga sebab dia bangun awal pagi sebegini. Dia nak ucapkan 'selamat hari lahir' dekat aku ke? tsk.
"Nak aku tolong?" tanya Yongguk lalu mencapai apron yang disangkutkan di kabinet dapur. Tsk. Ingatkan dia nak ucapkan selamat hari lahir.
"Nah, letak hidangan yang aku dah siapkan dekat atas meja," suruhku lalu menghulurkan mangkuk yang berisi sup kepadanya. Mangkuk itu bertukar tangan.
"Okay dah, lagi?" tanya Yongguk lagi.
"Tak ada. Kau duduk je situ sampai aku siap. Lagi sikit je ni. Penkek goreng ni belum masak," jawabku sambil menterbalikkan penkek itu.
Tiba-tiba aku terasa pinggangku dipeluk. Bulu romaku menaik tegak.
"Hah, aku tak sabar nak tunggu babak macamni bila kita dah kahwin nanti," bisik Yongguk ke telingaku. Aku segera menolak tangannya yang diletakkan di pinggangku.
"Eeeee geli lah weh,"
"Kau tak pernah tengok drama ke? babak macamtulah yang paling seronok tahu tak? romantik gila," luah Yongguk lalu duduk di ruang makan. Ah, lantaklah.
"Bukan romantik tapi geli!" kataku lalu meletakkan penkek goreng tadi ke atas meja makan.
"Encik dan Puan Bang tak bangun lagi ke?" sambungku.
"Entah, tak tahu," balas Yongguk ringkas lalu cuba mencapai penkek yang telah kuletakkan ke atas meja makan tadi.
"Jangan! tunggu mereka dulu," aku memukul tangan Yongguk. Dia mengaduh perlahan.
Selang beberapa minit, kedengaran suara tapak kaki meniti anak tangga.
"Haai selamat pagi pa, ma," sapa Yongguk. Aku menuruti langkahnya.
"Selamat pagi," balas Encik dan Puan Bang serentak. Aku duduk bertentangan dengan Yongguk.
"Hari ini appa dengan omma nak keluar. Nak jumpa saudara-mara," terang Encik Bang. Yongguk mengangguk faham.
"Yongguk jaga Jieun hari ini. Jangan tinggalkan dia sorang-sorang tau," Puan Bang memberi ingatan. Aku mengangkat keningku berkali-kali sambil memandang wajah Yongguk.
"Nae," nada suaranya kedengaran dileretkan.
---
Aku keluar dari bilikku. Ah, bosannya. Yongguk langsung tak tahu harini hari lahir aku? tak kanlah! jahatnya dia. At least, dia tak nak bawak aku jalan-jalan ke? aku bosan gila.
Aku memulas tombol pintuku. Namun, tak sempat aku membuka pintu..
Talk that talk that talk that
Talk that talk that talk that
Telefonku berdering. Aku berpatah balik lalu mengangkat panggilan itu.
"Nae?"
"Saengil chukhae hamnida, saengil chukhae hamnida, saranghanda Jieun-ah, saengil chukhae hamnida!" nyanyi Woohyun dengan suaranya yang merdu itu. Aku tersentuh.
"Yah, gomawo. Awak masih ingat?"
"Eh mestilah ingat. Mana boleh lupa,"
"Sekali lagi, gomawo," ucapku.
"Sama-sama. Jom celebrate?"
"Saya tak boleh. Esook.........." tak sempat aku meneruskan kata-kataku, Woohyun menyampuk.
"Oh lupa. Esok awak akan jadi isteri orang kan?"
"Nae," balasku lemah.
"Tak boleh ke kita luangkan masa? untuk kali terakhir?" tanya Woohyun. Aku cuba berfikir panjang.
"Mianhae. Saya rasa saya tak boleh," jawabku. Aku tak boleh keluar dengan lelaki lain sebelum majlis itu. Apa pula orang lain kata nanti? tsk.
"Gwanchaena, saya faham,"
"Lain kali eh?"
"Tu pun kalau 'bakal suami' awak yang penyayang tu bagi,"
"No, saya akan cuba minta izin daripada dia,"
"Hmmm saengil chukhae hamnida,"
"Nae nae, gomawo,"
"Jieun-ah, saya masih cintakan awak. Awak perlu ingat tu ye?"
"Hah Woohyun, saya perlu letak. Bye,"
Panggilan tadi kumatikan dengan sengaja. Ah, cukuplah.
Langkahku diatur perlahan. Aku menuju ke ruang tamu. Kelihatan Yongguk sedang lena tidur dibuai mimpi di atas sofa sambil memegang remote televisyen. Tsk. Aku ingatkan dia tengok tadi.
Aku naik ke atas. Aku nak selongkar lagi biliknya. Lantaklah, mungkin ini sebagai pengajaran untuknya sebab langsung tak ingat hari lahir aku.
Daun pintu kukuak perlahan. Aku masuk ke dalam studio mini miliknya.
"Wah," aku terpegun dengan kebersihan bilik itu. Bila aku tengok balik, studio mini itu lebih kemas dan teratur daripada bilik tidurnya sendiri. Tsk. Sayang betul dia dengan studio mini dia ni.
Aku berdiri di hadapan mikrofon lalu memakai fon telinga yang disangkutkan di situ. Tanganku asyik memilih lagu di skrin karaoke. Pfft. Best juga benda ni. Kenapa dia tak pernah ajak aku join?
Yongguk POV
Aku terjaga dari tidurku. Ah, sakitnya belakang aku. Macam mana aku boleh tertidur dekat sini? Tsk. Dahlah aku tak biasa. Ah, tulang belakang aku..
Aku naik ke bilikku. Daun pintuku kukuak perlahan dengan keadaan mamai. Mataku pun belum boleh bukak seluas-luasnya lagi. Ah, ngantuknya.
Saranghanda apungeon, Nunmuri yagin gonde, Geudaen amu jalmot omneunde, Jakku mianhadaeyo
Nal wihae ulji mayo, Gwanchaenayo da ihaehaeyo, Ulbojyo geudaeran saram, Geureoke yeoryeo ottokhe bonaeyo
Mataku terus terbeliak setelah mendengar suara itu. Aku pelik. Siapa yang nyanyi siang-siang ni? kuat pula tu bunyi dia. Takkanlah........Jieun?
Aku melekatkan telingaku ke pintu studio miniku. Ya betul! suara itu datang dari studio miniku itu. Tapi, macam mana dia boleh masuk? ah, suka hati dia sahaja!
Suara itu...... ah! mataku tak berhenti berkelip. Betul ke tu suara dia? merdunya suara dia. Aku langsung tak percaya yang dia ada suara sebegitu. Hatiku berdegup kencang apabila terdengar akan suaranya itu. Ah, kenapa aku rasa berdebar ni?
Aku membuka pintu studio miniku.
"Jieun-ah!" panggilku. Jieun yang sedang nyanyi tadi segera mencabut fon telinganya.
"Nae?" balas Jieun.
"Kau ke yang nyanyi?" tanyaku hairan.
"Kenapa?"
"Merdunya suara kau. Aku macam tak percaya," luahku lalu duduk di kerusiku.
"Kau yang tak pernah nak dengar suara menyanyi aku. Ya, inilah yang dinamakan bakat terpendam," kata Jieun cuba berbangga. Pfft.
"Bolehlah kau duet dengan aku kan?"
"Duet apa?"
"Nyanyi sama-sama?"
Jieun mendengus. "Suara aku tak adelah sebagus mana,"
"Eh baguslah. Kalau aku jual kau dekat mana-mana syarikat, mesti laku," gurauku. Jieun yang mendengar ayatku itu segera memukul bahuku.
"Aku gurau sahajalah!" sambungku lagi sambil tertawa kecil.
"Poyo gila," tempelak Jieun dengan nada suara yang direndahkan.
"Aku dengar," desisku. Huh. Ingat aku ni pekak ke apa?
"Jieun," panggilku lagi sambil mencari sesuatu di dalam almariku.
"Nae?"
"Sini, nah ambil ni," aku menghulurkan sehelai kertas kepadanya.
"Apa ni?" tanya Jieun sambil menerima kertas yang kuhulurkan tadi.
"Lirik lagu,"
"Kau nak aku buat apa?"
"Nyanyi esok, boleh?"
"Macam mana aku nak nyanyi? mana sempat weh! kau ni tak nak bagi awal-awal. Huh," ngomel Jieun. Dia mengeluh perlahan.
"Mana aku tahu suara kau sedap. Baru harini aku nampak bakat yang terpendam kau tu," balasku.
"Cuba kau fikir, mana boleh aku hafal semua lagu tu dalam masa separuh hari. Huaaaaaa," Jieun mencebikkan mukanya.
"Lagu tu sebenarnya memang aku sengaja buat. Tapi aku rasa lagu tu sesuai dengan kau. Aku yakin kau boleh dapatkan macam mana melodi dia dalam masa yang singkat. Alah tak hafal pun tak apa. Dunia dah maju, boleh letak lirik dekat skrin," jelasku panjang lebar. Jieun hanya mengangguk.
"Kalau aku dapat buat semua ni, kau nak kasi aku apa?"
"Aku belanja kau makan malam,"
Jieun menyulamkan senyuman kegembiraan. Dia membuat simbol 'ok' tanda setuju dengan cadanganku.
Setelah itu, bermulalah bibit-bibit memori kami bersama. Aku mengajarnya untuk menyanyikan lagu yang telah aku hasilkan itu. Dari A sampai Z, tak sangka Jieun memang cepat belajar orangnya. Patutlah dia rajin datang ke kelas sebab orang kata orang yang cepat belajar memang rajin. Tsk. Apa yang aku merepek ni?
---
"Okay settle. Aku nak kau nyanyi lagu tu semasa majlis esok. Kau okay kan dengan idea aku?" tanyaku kepadanya. Aku memandang tepat ke wajahnya.
"Boleh," balas Jieun ringkas.
"Tak sangka kau cepat belajar orangnya," aku tergelak kecil.
"Memanglah, aku bukannya macam kau hehe," Jieun tersenyum nakal. Dari senyumannya itu sahaja, hatiku mula cair sedikit demi sedikit. Sikap dinginku padanya pun mula melentur.
"Kau cakap nak belanja aku makan? jangan cakap kau lupa!" sambung Jieun lagi.
"Haaa kau pergilah siap dulu," suruhku. Jieun keluar dari studio miniku setelah meninggalkan kata-katanya.
Aku duduk di bangku yang diletakkan di halaman rumah sementara menunggu Jieun untuk keluar. Angin malam yang kuat itu membuatkan aku hampir beku di situ. Entah kenapa harini aku berlembut hati nak tunggu dia dekat luar.
"Yongguk? kenapa kau duduk dekat luar ni?" tanya Jieun lalu berjalan ke arahku.
"Aku tunggu kaulah," balasku ringkas sambil memeluk tubuh.
"Tapi kau boleh tunggu aku dekat dalam kan?" tanya Jieun.
Aku meletakkan jari telunjukku di bibirnya.
"Diam je. Nah pakai ni," aku menghulurkan satu kain hitam kepadanya.
"Kau nak aku pakai? buat apa?"
"Aku nak bawa kau pergi tempat yang suprise punya. Sini aku pakaikan," aku merampas kembali kain hitam di tangan Jieun lalu membalut kain itu ke sekeliling matanya.
"Aku tak nampaklah weh," rungut Jieun.
"Pimpin tangan aku kalau kau tak nak sesat," ujarku kepadanya. Dengan pantas dia memegang erat tanganku. Aku tersenyum sinis tanpa pengetahuannya.
"Okay masuk dalam," suruhku. Aku membawanya masuk ke dalam kereta.
Kereta,
"Kau nak bawa aku kemana? aku rimaslah," rungut Jieun lagi. Matanya masih dililit dengan kain hitam yang telah aku pakaikan tadi.
"Tunggu dan lihat. Alah dah nak sampai," kataku sambil fokus memandu keretaku.
"Cakaplah. Aku rimas ni,"
"Tunggulah. Tak supriselah nanti,"
"Aku bukak eh? tak selesalah!"
"Eh jangan!" nada suaraku sedikit ditinggikan. Aku memegang erat tangannya agar dia tidak sekali-sekali menyentuh kain hitam itu.
"Kalau kau main tipu, siap kau," aku memberi peringatan kepadanya.
---
Enjin kereta dimatikan.
"Kau tunggu kejap," kataku lalu keluar daripada kereta. Aku membuka pintu bahagian penumpang lalu memimpin tangan Jieun untuk keluar dari kereta.
"Okay, dah boleh buka?" tanya Jieun. Tangannya cuba membuka kain yang terlilit di matanya itu.
"Kejap, nanti aku buka kalau dah sampai," ujarku. Aku memimpin tangannya pergi ke destinasi yang ingin aku tujui.
Jieun POV
Pelbagai persoalan yang muncul di mindaku. Apa yang dia nak buat? dia nak tipu aku macam dekat universiti haritu ke? sekarang, aku langsung tak boleh percayakan dia. Langsung!
"Dah boleh buka?" tanyaku lagi. Soalan itu tidak lekang daripada bibirku. Ah, aku cuma rasa tak selesa dengan ikatan kain ni. Nampak macam kuno je main tutup mata.
"Belum," balas Yongguk. Hanya itu sahaja jawapannya. Soalan yang sama dan jawapan yang sama memang menjengkelkan!
Tiba-tiba kepalaku terasa seperti pening sekali. Mengeram tak tentu pasal. Badanku juga terasa seperti naik turun sahaja.
"Apa ni?" soalku.
"Liftlah sayang," balas Yongguk. Sayang? ah, jawapan yang ringkas tapi penuh makna ><
Selang beberapa minit kemudian, Yongguk membawaku keluar daripada lift tersebut. Langkahku termati. Dah sampai ke? aku dah tak tahan nak tanggung keseksaan benda ni.
"Boleh buka tak?" tanyaku lagi. Err mungkin untuk kali yang terakhir? aku tak sanggup dah.
"Okay," Yongguk membuka ikatan lilitan itu dengan perlahan. Setelah lilitan kain itu dibuka, aku menggosok-gosokkan mataku.
Aku mengeluh perlahan. Kepalaku kujatuhkan ke lantai.
"Yongguk, mata aku sakit kau tahu tak! berpinar je ni," luahku. Aku tidak berhenti menggosok mataku. Ah, siap dia kalau aku dapat masalah penglihatan.
Setelah penglihatan aku kembali seperti sediakala, aku mengangkat mukaku.
"Yongguk............" mulutku terkedu. Aku tak boleh nak luahkan apa-apa. Mataku membutang. Langkahku kaku. Tubuhku juga tak boleh nak bergerak. Apa semua ini?
TO BE CONTINUE....
ekceli aku takde apa-apa idea pasal part ni, so aku mainhentam je plot dia hahaha asalkan aku okay kaya macam datuk K :p
1 comment:
Kyaaaaaa ~~!!! Cepat sambung weyh !! Best gilaaa !! D-0 PPali !! KESIAN JEE KAT DAEHYUN TU XD
Post a Comment