Welcome here
STORY MAIN BLOG FLAVORS

Forever Yours [PART 13]


Jieun POV

   "Kau tak cintakan aku ke?" tanya Yongguk. Aku tersentap dengan pertanyaannya itu. Kenapa mereka berdua perlu tanya aku soalan yang sama? kalau soalan tu aku boleh jawab tak apa juga. Ah.

   "Kenapa kau tanya?" soalannya kubalas dengan pertanyaan juga. Aku masih memeluk tubuhku. Pandanganku kutumpukan ke luar tingkap.

   "Tak ada apa-apa. Ignore," balas Yongguk. Tsk. Aku langsung tak faham apa masalah dia. Angin dia kadang-kadang baik, kadang-kadang teruk nak mampus. Adakah soalan dia tu membawa maksud seperti.......... dia cintakan aku? pfft. Tak akan punya.

Rumah,

   Aku masuk ke dalam rumah diikuti dengan Yongguk. Masuk sahaja ke dalam rumah, aku terus ke dapur untuk membasuh semua pinggan kotor. Yongguk pula terus naik ke atas.

   Namun apabila aku sampai sahaja ke dapur, sinki licin. Langsung tak ada pinggan kotor. Makcik Son dah basuhkan ke? tapi kenapa aku tak nampak bayang dia langsung? hmm mungkin dia pergi pasar sekejap.

   Langkahku diteruskan. Aku masuk ke dalam bilik untuk menukar bajuku.

   Talk that talk that talk that
   Talk that talk that talk that

   Aku segera mencapai telefonku yang diletakkan di atas meja solek. Niatku tadi terbantut sebentar.

   "Awak sihat?" persoalan itu menerjah masuk ke dalam gegendang telingaku. Suara Woohyun kedengaran sedikit dileretkan.
   "Nae. Waeyo?"
   "Terima kasih sebab muncul dalam hidup saya walaupun semuanya untuk sementara sahaja," suara Woohyun kedengaran mamai. Nada suaranya tak jelas. Serak.
   "Awak okay tak?"
   "Gwanchaena,"
   "Woohyun-ah!" nada suaraku sedikit ditinggikan.
   "Nae?"
   "Do you drunk?"
   "Haaaaa?"
   "Awak minum?"
   Diam.
   "Awak minum ke?"
   Diam.
   "Yah! awak dekat mana?!" panggilku lagi namun talian terputus. Aduh.

Wimy Bar,

   Aku berlari masuk ke dalam bar itu. Aku dapat rasakan yang dia dekat bar tersebut sebab dia pernah mengajakku ke situ dulu. Entahlah, aku cuma meneka. Tsk. 

   Aku mengeliarkan pandangan ke sekeliling bar. Aku cuma mencari kelibat Woohyun tu. Tsk. Mana dia? 

   "Woohyun!" panggilku. Aku berlari ke arahnya.

   "Jieun-ah......." balas Woohyun. Kepalanya diletakkan dia atas meja bar.

   "Awak gila ke? kenapa awak minum waktu macamni? kan siang lagi. Tak elok bagi awak," ngomelku. Aku duduk di sebelahnya. Hakikatnya aku risau sangat kalau semua ini disebabkan olehku.

   "Jieun-ah......" panggil Woohyun dengan nada suaranya yang lemah.

   "Nae?"

   "Saya dah cuba untuk hidup tanpa awak. Tapi kenapa saya langsung tak boleh?" luah Woohyun. Dia cuba menuangkan alkohol ke dalam gelas namun berjaya aku tepis.

   "Woohyun! janganlah macam ini!" tengkingku cuba menyedarkan dirinya.

   "Saya dah cuba hidup tanpa awak selama 10 tahun ini tapi saya tetap tak boleh. Saya tunggu awak dengan derita di hati sewaktu di Jepun dulu," luah Woohyun lagi. Dia dah parah ni. Langsung tak bermaya.

   "Woohyun, awak..........." tak sempat aku menghabiskan ayatku, Woohyun menyampuk. Tsk.

   "Bila awak dah ada dekat depan mata saya, duduk di sebelah saya sekarang, saya rasa macam saya nak memiliki awak balik. Saya nak ubati kembali hati saya yang derita dulu bersama awak. Saya nak hidup dengan awak macam janji kita dulu,"

   ".........tetapi saya langsung tak sedar satu perkara. Ya, keadaan sekarang langsung tak sama dengan keadaan kita dulu. Sekarang awak dah nak jadi isteri orang. Kalau dulu saya tak tinggalkan awak, mungkin nama saya yang ada dekat kad perkahwinan tu dan bukan nama Yongguk kan?" bicara Woohyun mati di situ. Butir-butir ayatnya membuatkan aku rasa bersalah. 

   "Woohyun-shhi..........." mataku berkaca. Woohyun menutup matanya lalu tertidur. Jadi, semua ini salah akulah? Ya tuhan, apa aku perlu buat sekarang?

   "Woohyun-sshi, jom saya hantar awak balik," sambungku lagi. Aku memapahnya keluar daripada bar tersebut. Woohyun, mianhae sebab saya tak turuti semua janji tu. Sobs.

Rumah Woohyun,

   Aku meletakkan Woohyun ke atas katilnya ditolong oleh pembantu rumah.

   "Makcik rasa kasihan dengan tuan muda," desis pembantu rumah itu. Dia mengeluh perlahan.

   "Kenapa makcik?"

   "Dia langsung tak mahu menjamah makanan yang makcik masak dua tiga hari ini. Tengok tu, badan dia pun dah hampir susut. Diri pun dah tak terurus. Apa makcik nak cakap dengan tuan besar kalau dia tanya nanti? hmm anak ni kawan dia ke?" luah pembantu rumah itu panjang lebar.

   Aku mengangguk laju.

   "Oh, makcik turun dulu ye. Makcik nak siapkan makan malam untuk tuan muda," pinta pembantu rumah itu lalu keluar dari bilik Woohyun.

   "Woohyun, saya perlu balik. Saya tak nak Encik dan Puan Bang risau," kataku separuh berbisik. Aku mencapai beg tanganku yang diletakkan di atas meja kecil Woohyun.

   "Jieun-ah," panggil Woohyun. Langkahku terbantut.

   "Nae?"

   "Tolong jangan pergi dulu boleh? tunggu sampai makan malam?" ujar Woohyun. Aku mengangguk perlahan lalu duduk di sebelahnya. Beg tanganku kuletakkan kembali ke atas meja.

Yongguk POV

   Aku mencari Jieun di merata-rata tempat namun batang hidung dia langsung aku tak nampak. tsk. Mana dia pergi ni? langsung tak nak beritahu aku?

   Aku segera menelefonnya.

   "Hello?" panggilan diangkat. Tapi kenapa suara lain macam je ni? pfft.
   "Siapa ni?"
   "Aku Woohyun. Kau nak apa?"
   "Isteri aku mana?"
   "Eh sorry, bukan isteri kau lagi,"
   "Okay, bakal isteri aku mana?"
   "Bakal isteri? hahahahahhaa," Woohyun tergelak kecil.
   "Kau dah kenapa?"
   "Aku tak akan benarkan dia jadi isteri kau even dia cakap dengan aku yang dia cintakan kau,"
   "Oi badut. Apa kau merepek?"
   "Fikir sendiri. Kau perlu ingat. Kau yang rampas Jieun daripada aku dan bukan aku yang rampas Jieun daripada kau. Hmm Jieun ada dekat rumah aku,"
   Aku terdiam sejenak. Apa yang Jieun buat dekat rumah dia? huh.
   "Okay bye," talian dimatikan.
   "Oi Woohyun!" panggilku namun sia-sia sahaja kerana talian sudah pun ditamatkan. Kurang ajar punya badut!

---

   Aku duduk di dalam studio miniku sendirian. Mataku asyik menjeling jam di dinding sahaja. Nak teruskan hobi aku pun aku dah tak ada mood. Langsung tak ada!
  
   '8.00 MALAM?!!' mataku terbeliak. Dia masih tak balik rumah? aduh, dia buat apa dekat rumah Woohyun tu lama-lama?? waktu makan malam pun dah lepas. Tsk.

   Pintu bilikku diketuk perlahan.

   Aku berlari menuju ke pintu. Mungkin itu ialah Jieun? tsk. Memang aku nak marah dia habis-habisan! waktu macamni baru dia nak balik? huh.

   Daun pintu kukuak perlahan.

   Tekaanku meleset.

   "Ye ma?"

   "Omma nak bawa kamu berdua beli cincin kahwin esok. Tolong beritahu kepada Jieun bila dia balik nanti. Tadi dia tak ada waktu makan malam," ujar omma. Aku hanya mengangguk faham.

   Pintu bilik ditutup perlahan. Aku melangkah lemah ke balkoni bilik. Dia betul-betul tak cintakan aku ke? kenapa dia masih bersama dengan Woohyun? gggrr.

   "Bye Woohyun," tiba-tiba sahaja aku terdengar suara itu. Aku menjengukkan kepalaku ke bawah. Huh, inilah yang aku tak mahu nampak.

   "Jieun!" panggilku. Jieun mendongakkan kepalanya ke atas.

   "Wae?"

   "Sini datang bilik aku," mintaku. Jieun mengangguk perlahan.


   Pintu bilik diketuk lagi. Aku segera membuka pintu bilikku.

   "Masuklah," ajakku. 

   "Kau nak apa?" tanya Jieun lalu duduk di balkoni bilikku.

   "Kau pergi mana tadi?"

   "Kau sibuk buat apa?"

   "Aku risau,"

   "Eleh, kau nak tipu lagi kan?"

   "Tak, aku serius,"

   "Kau ingat aku percaya ke? huh,"

   "Aku risaukan kau sebab kau tak balik. Kenapa kau langsung tak nak beritahu aku dulu? at least tak adalah aku risau atau tercari-cari kau," luahku panjang lebar.

   "Benda tu emergency kan? alah,"

   "Kecemasan apanya?"

   "Dia perlukan aku. Tak payah risau. Aku dah besar,"

   "Esok omma ajak keluar pergi beli cincin kahwin,"

   Jieun mengangguk perlahan. Hmm kenapa respons dia tak seperti yang aku harapkan?

+++++

   "Dah siap?" tanya omma. Aku menganggukkan kepalaku. Tapi mana Jieun? takkan tak siap lagi kot? pfft.

   "Haaa mianhae Jieun lambat," Jieun berlari anak menuju ke omma. 

   "Okay, semua dah siap. Jom," ajak omma. Kami berdua hanya membuntuti langkahnya.

Shopping Mall

   Omma membawa kami ke kedai barang kemas. Hmm mungkin kedai kawan dia? sebab dia pernah kata yang dia ada kawan yang jual barang kemas tu semuanya. Aku hanya membuntuti sahaja.

   "Jung Nam!! [bukan nama sebenar]" panggil seorang makcik. Omma melajukan langkahnya.

   "Mi Sook!" omma berpelukan dengan makcik itu. Lol perlu ke aku panggil makcik?

   Kami berdua membuntuti omma lalu duduk di kerusi yang di sediakan.

   "Kawan Puan Bang ke?" bisik Jieun ke telingaku. Aku mengangguk.

   "Lamanya tak jumpa," ujar 'Makcik' Mi Sook.

   "Dua tahun kan? haaa perkenalkan ni anak aku," omma menarikku agar mendekatinya. Ah.

   "Ni pula bakal menantu aku," omma menundingkan jarinya ke arah Jieun. Jieun bangun lalu membongkok 60 darjah dengan senyumannya yang diukirkan di bibir.

   "Oh, kira kau nak cari cincin perkahwinan diorang lah?" tanya 'Makcik' Mi Sook itu lagi. Dia kelihatan anggun dengan sanggul di kepala.

   Omma mengangguk.

   "Sini, aku bagi yang limited edition punya," ajak 'Makcik' Mi Sook. Kami bertiga hanya membuntuti makcik itu. Hari ini aku jadi kuli sahaja sebab asyik ikut langkah orang.

   "Haaa ni. Memang sesuai untuk perkahwinan. Rekaan ini memang khas direka untuk pasangan yang akan berkahwin. Untuk kau, aku boleh beri diskaun," jelas 'Makcik' Mi Sook lagi.

   "Cantiklah rekaan dia. Jieun, minat tak?" omma memandang tajam ke arah Jieun.

   "Kau tak rasa mahal ke?" bisik Jieun kepadaku.

   "Alah cakap je nak tak nak," balasku ringkas.

   "Jieun tak kisah. Lagipun bentuk dia cantik," luah Jieun. 

   "Okay, boleh ambil yang ni?"

   'Makcik' Mi Sook mengangguk.

---

Sungai Han

   Kami bersiar-siar di sekeliling Sungai Han. Entahlah, tadi tiba-tiba sahaja omma turunkan kami di sini. Pergi bertemu janji katanya. Nak temu janji apanya kalau majlis pun dah nak dekat? tsk.

   Jieun duduk di bangku berdekatan dengan Sungai Han. Aku hanya mengikuti langkahnya lalu duduk di sebelahnya. Kedamaian sungai itu membuatkan hatiku tenang. Ya, tenang sangat.

   "Jieun," panggilku. Mataku masih tertancap pada keindahan Sungai Han.

   "Nae?" Jieun memberi respons.

   "Kau tak mahu ceritakan dekat aku pasal keluarga kau? aku nak tahu juga," soalku. Aku cuba menjaga tutur kataku agar tidak menghiriskan hatinya.

   "Aku anak sulung dalam keluarga. Aku tak ada abang, tak ada adik, tak ada kakak. Macam kau juga. Omma dan appa aku meninggal sewaktu aku berumur 14 tahun lagi. Selepas itu aku duduk dekat rumah anak yatim. Sedara mara aku semua entah aku tak tahu. Appa aku seorang detektif. Omma aku pula seorang pensyarah," jelas Jieun dengan tenang. Aku tahu dia seorang yang tabah.

   "Kalau kau tak keberatan, boleh aku tahu omma dan appa kau meninggal sebab apa?"

   "Kemalangan," balas Jieun ringkas. Tiba-tiba sahaja matanya berkaca. Aku jadi bersalah sebab aku mengingatkannya kepada kedua omma dan appanya.

   Tanpa aku sedari, mutiara jernih keluar daripada tubir matanya. Perasaan bersalahku makin membuak. Ah, macam mana aku boleh tanya dia soalan bodoh yang macamtu!

   "Jieun-ah, aku minta maaf ah sebab aku tanya kau soalan yang macamtu," ucapku. Aku memandang tepat pada wajanya.

   Airmatanya diseka.

   "Tak apa, aku dah biasa. Hahahaha aku tak sepatutnya nangis pun. Mereka dah tak ada. Buat apa aku nak nangis untuk orang yang dah tak ada kan? airmata aku bukannya boleh buatkan diorang hidup balik," butir-butir bicara Jieun membuatkan aku tersentap.

   Diam.

   "Kau maafkan aku kan?"

   Jieun mengangguk.

   "Kau nak aiskrim tak?" tanyaku tiba-tiba. Aku terlihat akan van yang menjual aiskrim di sebelah sana.

   "Boleh juga. Kau belanja eh?" 

   "Tsk. Itu sahaja ayat kau. Okay, aku belanja. Kau tunggu sini kejap eh," balasku lalu menuju ke van yang menjual aiskrim itu.

   "Saya nak chocolate satu, perisa lemon satu," mintaku. Selang beberapa minit kemudian, pakcik penjual aiskrim itu menghulurkan aiskrim yang telah disiapkan.

   Aku menuju ke bangku tadi dengan tangan yang dipenuhi dengan aiskrim.

   "Nah," aku menghulurkan aiskrim berperisa coklat kepada Jieun lalu duduk di sebelahnya.

   "Panas macamni sedap makan aiskrim," luah Jieun. Aku mengangguk setuju.

   Tanpa aku sedari Jieun mengelap lembut bibirku dengan ibu jarinya.

   "Kau makan macam budak kecil," tempelak Jieun sambil tergelak kecil. 

   "Hah, yeke? mana mana?" aku mengelap bibirku.

   "Dah, aku dah lapkan tadi," balas Jieun. Dia leka menghabiskan aiskrim ditangannya.

   Only oneshot only oneshot only oneshot
   Only oneshot only oneshot only oneshot

   Aku segera mengangkat telefonku yang diletakkan di dalam poket jaket. Tertera di skrin telefonku 'Channie'

   "Nae?"
   "Yow bro! busy betul kau sekarang? ceh, mentang-mentang nak kahwin,"
   "Hahaha rilek ah. Aku sibuk dengan persiapanlah,"
   "Ye ke? persiapan yang macam mana tu?"
   "Himchan LOL. Apa kau ni? fikir bukan-bukan," aku tergelak kecil.
   "hehe so, bila nak jumpa?"
   "Kau nak jumpa sekarang ke? boleh je,"
   "Bini kau tak ada?"
   "Ada ni. Aku kat luar,"
   "Teruskan your date. Malam kita jumpa eh. Tempat biasa,"

   Aku mematikan panggilan. Telefonku diletakkan kembali ke dalam jaket.

   "Himchan yang mana?" tanya Jieun. Dia mengangkat keningnya.

   "Himchan? dia yang paling rapat dengan aku. Ni dia. Yang belah kiri," aku mengeluarkan telefonku lalu menunjukkan gambar aku bersama Himchan.


   "Ohhhhh," Jieun mengangguk perlahan.

   "Kacaknya diaaa," sambung Jieun lagi. Himchan handsome? pfft.

   "Habis aku pula macam mana?"

   "Kau tak pun," Jieun menjelirkan lidahnya kepadaku.

   "Serius?"

   Kepala Jieun diangguk laju.

   "Kejam ah kau,"

   "Hahahaha aku gurau sahajalah. Touching pula. Kau pun handsome juga," puji Jieun. Dia menghabiskan cebisan terakhir kon aiskrimnya.

   "Dah habis. Nak balik ke?" tanyaku. Sebenarnya aku pun tak puas lagi. Jam pun baru pukul 6.

   "Namsan Park? nak tengok matahari terbenam!" cadang Jieun. Mukanya kelihatan teruja.

   Aku mengangguk perlahan.

Namsan Park

   Sementara menunggu matahari terbenam, kami naik ke N Seoul Tower untuk melihat permandangan sekeliling. Hurm, udaranya sangat segar. Angin yang bertiup juga menghiris kalbuku.

   Setelah itu, kami berdua turun ke Namsan Park. Kami mengatur langkah mengelilingi taman itu. Permandangannya sangat indah.

   "Segar kan udaranya? ahhhh," luah Jieun. Aku mengangguk sokong.

Jieun POV

   Tiba-tiba sahaja tanganku terasa hangat. Aku melihat ke sebelahku. Yongguk pimpin tangan aku? ah, kenapa aku rasa tenang bila dia pegang tangan aku? kehangatan tangannya membuatkan aku selesa.

   Aku menatap raut wajahnya. Senyuman kegembiraan kuukirkan untuknya. Yongguk juga membalas senyumanku dengan senyuman indah yang tersulam di bibirnya.

   "Yongguk-shhi, cuba kau tengok tu!" aku menundingkan jariku ke arah pokok-pokok yang disangkutkan love padlocks. Entah kenapa benda tu menarik pandanganku.


   "Kau nak sangkut juga ke?" tanya Yongguk lagi.

   "Nak!" jawabku dengan penuh teruja.

   "Okay,"

   Kami berjalan menuju ke kedai yang menjual love padlocks. Setelah membeli satu padlocks, kami menuju ke pokok tersebut untuk menyangkutkan love padlocks itu.

우리의 가정은 우리의 마지막 숨이 붙어있는 순간까지 드릴 것입니다. 방 전투의 !
Our Household Will Be Happy Untill Our Last Breath. Bang Song Fighting!

   Love padlocks itu sama-sama kami sangkutkan. Ya, semoga rumahtangga kami akan berkekalan sehingga akhir hayat kami :')

   "Dah puas kan?" tanya Yongguk. Dia tersenyum nakal.

   Aku mengangguk perlahan.

   "Okay, jom balik," ajak Yongguk. Aku terlupa satu perkara. Ya!

   "Matahari terbenam?" soalku. Aku mengangkat keningku.

   "Kat sini ada ke? tak nampak pun?"

   "Mana boleh nampak dekat sini. Kita kena panjat bukit sana tu," aku menundingkan jariku ke arah bukit yang berdekatan dengan tempat kami berdiri.

   "Cepat jom. Nanti dia hilang," aku menarik tangan Yongguk untuk membawanya naik ke atas bukit sana. Nasib baik dia tak banyak songel. Tsk.


   "Haaaaaa nampak tak tu?" setelah sampai ke puncak bukit tersebut, baru matahari terbenam kelihatan. Ah, cantiknya. Mataku membutang apabila melihat akan keindahan matahari terbenam itu.

   "Duduk sini," aku mengajak Yongguk untuk duduk di cerun bukit itu. Kakiku kulunjurkan kebawah.

   "Kau tak rasa penat ke?" tanya Yongguk dengan nafasnya masih tercungap-cungap.

   Aku menggeleng.

   "Matahari terbenam tu cantik," ujarku. 

   "Ya, macam muka kau,"

   "Tipu,"

   "Eh betullah. Buat apa aku nak tipu," puji Yongguk. Aku mengukirkan senyuman manis untuknya.

   "Yongguk, kau rasa perkahwinan ni akan berjaya ke?" tiba-tiba sahaja pertanyaan itu terkeluar dari mulutku. Entah kenapa.

   "Aku akan cuba jayakannya,"

   "Tapi kau tak cintakan aku kan?" tanyaku. Yongguk terdiam. Aku tahu dia tersentap dengan pertanyaanku itu.

   "Ya, mari kita jayakan perkahwinan ini biarpun kita tak mencintai antara satu sama lain," luahku cuba menukar topik. Kepalaku kulentokkan ke bahu Yongguk. 

-gambar siapa tah aku rembat je xD bayangkan je lah Jieun buat mcm perempuan tu buat xD-


TO BE CONTINUE....

Okay siap. Aku rasa FF ini akan habis around 4 / 5 part lagi. Hahaha
 stay tune for D-0 ! Yay aku sendiri pun tak sabar wkwkww xD


  

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. EHE /THROWNAMSHEART/

No comments: