Yongguk POV
Kereta meluncur laju masuk ke dalam perkarangan rumah. Jieun sudah pun tertidur di sebelah. Tsk. Penat sangat dia. Bukannya banyak berjalan sangat pun hari ini. Beli kasut je kot. Pfft.
Aku meletakkan keretaku di garaj lalu keluar dari kereta. Kelihatan Jieun tidur dengan lena. Aku tak sanggup nak kejutkan dia. Hmm mungkin dia penat sangat.
Pintu bahagian penumpang kukuak perlahan. Aku membawa Jieun keluar dengan perlahan. Aku meletakkannya di belakangku ala-ala scene piggyback dalam drama selalu. Mujur sahaja dia tak terbangun. Pfft. Tidur mati agaknya.
Aku membawa Jieun masuk ke rumah. Aku membukakan kasutnya lalu meletakkan kasut tersebut ke dalam rak kasut. Ah, beratnya. Nasib baik aku selalu pergi ke gym untuk bersenam. Pfft.
"Eh Yongguk dah balik?" sapa appa yang sedang duduk di ruang tamu. Kelibat omma tak kelihatan. Tapi kenapa budak tu.......... ada dekat sini? tsk.
Aku menghampiri appa.
"Yongguk letak Jieun dekat bilik dia kejap eh," pintaku. Appa hanya mengangguk. Aku sempat memandang pada raut wajah Woohyun. Terselah mimik kecemburuan di mukanya. Hahaha puas hati aku.
Setelah meletakkan Jieun di biliknya, aku keluar dan menuju ke ruang tamu.
"Ada apa ni pa?" tanyaku lalu duduk di sebelah appa.
"Perkenalkan, ni anak kawan appa, Encik Nam. Appa dia baru buka sebuah hospital di Seoul. Keluarga dia pun ada satu cawangan hospital di New York sana," aku tercengang sebentar mendengar penjelasan appa. Tak sangka budak ni kaya rupanya.
"Anyeonghasayo, panggil Yongguk je," sapaku berpura-pura tak mengenali.
"Anyeong, Woohyun," sapa Woohyun pulak. Tsk, lagi kejam!
"Appa nak Yongguk bekerjasama dengan Woohyun. Dia dah ada banyak pengalaman sewaktu di New York. Sekarang dia yang ambil alih hospital appa dia yang akan siap nanti. Jadi, appa nak Yongguk contohi dia," ujar appa panjang lebar. Aku yang naik muak nak dengar.
"Contohi dia? tsk. Yongguk dah banyak belajar dekat universiti tu," sindirku. Aku mengeluh perlahan. Macam mana appa boleh puji dia macamtu sekali?
"Appa nak kamu berdua jadi rapat," sambung appa lagi. Woohyun menganggukkan kepalanya. Ah, gedik!
"Woohyun, pakcik naik dulu. Yongguk, cuba belajar dari Woohyun," appa naik ke atas setelah meninggalkan ayatnya itu. Huh. Perlu ke aku belajar dari dia? Pfft.
"Kau dengar apa yang appa kau cakap? belajar dari aku!" Woohyun mengajuk kembali apa yang telah appa sampaikan kepadaku. Aku cuba bersabar. Ya, aku cuba bersabar.
"Tsk. Tak ada masa aku nak belajar apa-apa dari kau," aku mendengus perlahan.
"So, kau nak teruskan perkahwinan tu?" tanya Woohyun. Keningnya diangkat sedikit.
"Ya!" balasku tanpa ada nada gentar.
"Dia cintakan kau ke?" pertanyaan yang ditujukan kepadaku itu membuatkan api kemarahanku semakin marak. Tak apa, aku cuba menahannya demi Jieun.
"Habis kau ingat Jieun masih cintakan kau macam dulu?" aku tersenyum nakal.
"At least, dia dah kenal aku lama. Kalau aku melamar dia pun, dia tak teragak-agak nak terima sebab dia tahu perangai aku macam mana," seloroh Woohyun tak mahu mengalah. Tsk.
"Poyo. Kau ni overconfident weh,"
"Aku tak overconfident, aku cuma nak bagitahu kau fakta yang sebenarnya,"
"Aku tak kira. Perkahwinan itu akan berlangsung juga tak kira macam mana pun caranya," luahku jujur. Aku tak nak kalah dalam hal ni. Aku cintakan Jieun dan aku nak miliki dia.
"Aku tak akan benarkan perkara itu berlaku kalau Jieun langsung tak cintakan kau," balas Woohyun. Aku tersentap dengan ayatnya. Tanganku kugenggam sekuat hati. Anak mataku tertancap pada tubuh Woohyun. Ah, aku perlu sabar.
"Baiklah, kita tengok siapa yang dapat dia,"
+++++
Jieun POV
Hari ini aku bangun awal lebih cepat daripada yang biasa. Aku dah serik nak naik Yongguk! serius, aku serik sangat. Kalau boleh hari ini aku nak pergi kelas menaiki bas. Aku taknak naik Yongguk dah. Serik.
Tanggungjawabku masih perlu aku lakukan. Aku keluar dari bilik lalu menuju ke dapur untuk membuat sarapan pagi. Rumah masih gelap. Mungkin mereka belum bangun lagi. Aku menghela nafas lega. Huh, dapatlah aku pergi kelas dengan selamat hari ini. Hihi.
Setelah siap semuanya, aku meninggalkan satu nota di atas meja. Aku meminta maaf kepada mereka kerana keluar terlalu awal. Maafkan saya! saya taknak naik Yongguk! Tsk.
Yongguk POV
Aku bersiap untuk ke kelas. Hmmm sekejap, perlu ke aku bawak Jieun lari macam semalam? ohyeah, lagipun aku malas gila nak datang kelas Prof Jo tu. Kalau dah membebel, satu dekad pun tak puas bagi dia. Asyik buang air liur dia je.
Langkah perlahan kuatur. Aku menuju ke ruang makan. Dari jauh sahaja sudah nampak kelibat appa dan omma yang sedang melahap semua makanan yang disediakan.
"Omma, appa selamat pagi," sapaku lalu duduk di sebelah omma.
"Selamat pagi anak omma," balas omma sambil mengukirkan senyuman manis.
Mataku tercari-cari akan bayang tubuh kecil itu. Eh, mana dia? kalau tak, dialah yang menyibuk dekat meja makan ni. Tsk.
"Jieun mana?" tanyaku sambil mengeliarkan pandanganku ke setiap pelusuk ruang makan namun batang hidungnya langsung tak ada!
"Tak baca ke nota tu?" appa menundingkan jarinya ke arah satu nota yang diletakkan di atas meja. Aku segera mencapai nota itu. Mungkin dari Jieun, fikirku.
Selamat pagi Encik Bang! Puan Bang!
Maafkan Jieun sebab Jieun tak tunggu Encik dan Puan bangun baru keluar. Jieun cuma ada masalah sikit sahaja. Hehe maafkan Jieun ye? Jieun dah sediakan semuanya, jadi tinggal dimakan sahaja. Haa! Jieun nak minta tolong Puan Bang sikit ㅠㅠㅠㅠ Nanti Puan tolong letakkan pinggan kotor ke dalam sinki. Bila Jieun dah balik, Jieun basuhkan. Mianhae! Jieun punya kelas habis cepat hari ini. Hehehe.
#Mianhae, Jieun tak nak naik dengan Yongguk ㅠㅠㅠㅠㅠㅠ
Yang sebenar-benarnya,
Jieuuuuuuuun :p
Aku menjadi geram setelah membaca nota yang diberikan itu. Habis hancur melebur semua plan yang cuba aku rancang. Tsk. Rajin betul dia nak belajar.
Setelah membaca nota tak berasas itu, aku meletakkannya kembali ke tempat asalnya lalu kembali makan.
"Yongguk, buat sementara ni appa nak Yongguk tumpukan perhatian pada majlis tu. Mengenai hospital jangan risau sangat. Buat sementara ini, ada yang ganti tempat Yongguk. Bukan apa, semalam appa dengan Yongguk tak datang hospital? tak apa, mungkin Yongguk busy dengan persiapan," ujar appa panjang lebar. Aku hanya mengangguk dengan mulut yang dipenuhi makanan.
"Haaa, omma pun dah hantar semua kad perkahwinan. Tunggu hari sahaja," sampuk omma pula. Sekali lagi aku mengangguk lembut. Ah, malas aku nak cakap panjang.
"Apa yang Yongguk buat dekat Jieun sampai dia tak nak naik dengan kamu?" tanya appa. Aku yang sedang menelan makanan hampir tercekik dengan pertanyaan appa itu.
"Air air," mintaku. Omma mencapai gelas yang berisi air lalu menghulurkan gelas itu kepadaku dengan riak wajah yang pelik. Tsk.
"Yongguk tak bawa dia pergi kelas semalam. Bukan apa, Yongguk cuma nak bawa dia pergi beli kasut je," balasku dengan jujur. Pfft.
"Patutlah. Yongguk pun satu, hormatlah perasaan dan keinginan dia. Comel pula menantu appa sorang tu," kata appa sambil tergelak kecil. Comel? memang comel pun.
Jieun POV
Aku masuk ke dewan kuliah. Huh, akhirnya! aku terselamat daripada kongkongan si kingkong tu. Tapi, kenapa macam tak ada orang je dalam ni? *krik krik*
Aku menjeling jam di tangan. Jam panjang sudah pun bergerak ke angka 8. Lebih kurang beberapa minit lagi kelas akan bermula.
Langkahku diteruskan. Aku menghela nafas lega. Ada juga rupanya. Lebih kurang enam atau tujuh orang? masing-masing belum sampai. Tidur mati agaknya.
Aku duduk di kerusi yang telah disediakan. Telefonku digodeh. Bosannya. Ah! terasa menyesal pun ada sebab datang cepat. You know ._________. bosan gila.
Tit tit tit
Telefonku berbunyi menandakan masuknya pesanan ringkas. Aku segera membuka pesanan ringkas yang baru sahaja aku terima. Pelbagai tanda tanya yang menyelubungi fikiranku.
'Awak masih tak mahu jawab pertanyaan saya kan? -Woohyun'
Aku menunduk perlahan. Nak balas ke tak nak? dia maksudkan pertanyaan tempoh hari ke? Tiba-tiba sahaja aku teringat akan pertanyaannya tempoh hari.
"Persoalannya, awak cintakan dia?"
Lamunanku terhenti apabila aku menerima pesanan ringkas lagi,
'Jieun-ah? -Woohyun'
Dengan pantas aku menaip.
'Persoalan? persoalan apa? mianhae, saya dekat dewan kuliah ni -Jieun'
'Awak cintakan Yongguk? -Woohyun'
'Kenapa awak tanya soalan yang macamtu? -Jieun'
'Sebab saya nak awak bahagia dengan orang yang awak cintai. -Woohyun'
'Awak tak perlu risaukan saya, saya tahu jaga diri ;) -Jieun'
'Susah ke nak jawab? -Woohyun'
'Sorry kelas saya dah nak mula. -Jieun'
'Jieun, jawab dulu -Woohyun'
Aku memasukkan telefon bimbitku ke dalam beg. Malas nak layan. Bukannya aku tak mahu jawab, cuma aku tak selesa dengan perangai dia. Tsk. Sebijik macam Yongguk tu!
"Hoi, kau naik apa tadi?" bahuku dipukul perlahan. Aku memalingkan kepalaku kebelakang.
Aku mengerutkan dahiku. "Bas lah," kepalaku ditumpukan ke hadapan kembali.
"Kenapa tak tunggu aku?" tanya Yongguk lalu duduk disebelahku. Aku cuba menolaknya untuk duduk jauh dariku namun ditepis.
"Yahhh!" jeritku.
"Kau takut aku bawa kau lari lagi?" tanya Yongguk lagi. Kali ini, muka dia betul-betul serius. Aku takut dia marah sahaja padaku. Yelah, dengar suara dia sahaja aku sudah takut.
Aku mengangguk bagai orang yang bodoh. Ah. Mukaku kujatuhkan ke lantai. Entah kenapa aku rasa bersalah sangat sebab tak dengar cakap dia. Yelah, dia kan......................bakal suami aku [?] hmmmm.
"Kau tahu tak aku risau gila kalau terjadi apa-apa dekat kau? kau ingat naik bas tu selamat ke? apa-apa boleh jadi kau tahu tak! lepastu dekat perhentian bas, kau yakin yang kau tak akan kena kacau? kau tak takut kena culik ke? pagi-pagi buta jalan sorang-sorang? tak takut?" ngomel Yongguk sendirian. Kejap, dia risaukan aku ke? orang kata kalau seseorang risaukan seseorang maknanya..................cinta! ah tak mungkin dia jatuh hati dekat aku ni? tsk.
"Kau risaukan aku?" tanyaku pula. Aku masih tak mengangkat kepalaku.
"Mestilah. Kau tu bakal isteri aku," luah Yongguk. Bakal isteri dia? hmmmm.
"Mianhae," ucapku ringkas. Mataku berkaca. Aku tak berniat pun nak risaukan hati dia. Mesti hati dia luluh gila bila dapat tahu yang aku tak ada kat rumah pagi tadi. Tsk.
"Kau tak berhak nak minta maaf dekat aku," Yongguk memegang daguku. Dia menolak daguku agar kepalaku diangkat. Yongguk-yah... Mutiara jernih mula membasahi pipiku. Satu persatu darinya keluar daripada tubir mataku.
Yongguk mengusap lembut pipiku. Dia menyeka semua mutiara jernih yang hinggap di pipiku.
"Jieun......" panggil Yongguk. "Nae?"
Tiba-tiba sahaja Yongguk ketawa terbahak-bahak. Ah, kenapa dengan dia? -.-
"Yang kau nangis kenapa? hahahhahaha kau kena troll dengan aku hahahahahahhahaha poyo ah kau Jieun hahahhaha tu pun nak nangis hahhahahhahaha lawak hahahaha akhirnya aku berjaya ohyeah!" luah Yongguk. Aku segera menyeka airmataku yang membasahi pipi.
"Amik ni!" aku memukul bahu Yongguk. Ah, sampainya hati dia mainkan perasaan aku macamni. Aku ingat dia jujur risaukan aku. Tapi semuanya salah! Aaaaaaaaaaaaaaa.
"Kau duduk sana! aku tak mahu tengok muka kau," arahku. Aku menendang-nendang kerusi Yongguk. Nasib baik aku tak pakai kasut tumit hari ini. Pfft.
"Alah jangan merajuk. Aku nak gurau-gurau sayang pun tak boleh?"
"No!"
"Kau nak aku pujuk kau macam mana?"
"Tak mahu!"
"Alaaa tuan puteri sayang bucuk-bucuk intan payung mahkota istana wahai Cik Jieun yang comel lagi cantik ewahhh," pujuk Yongguk. Dia menjelirkan lidahnya tanda meluat. Ah, aku tahu.
Aku memeluk tubuhku.
"Rilek ah, aku gurau sikit pun dah touching,"
"Suka hati ah,"
"Dah lah, mengada-ngada pula,"
Diam.
Aku hanya mendiamkan diri. Malas nak layan. Aku tak boleh biarkan orang mainkan perasaan aku macamtu je! walaupun orang yang buat tu orang yang aku cintai sendiri.
"Jieun tengok ni!" pangil Yongguk. Aku memalingkan padanganku ke arahnya.
"Bbuing bbuing~!" Yongguk membuat comel. Ah, failed! aku langsung tak tertarik. Aku mengembalikan pandanganku ke hadapan dengan rasa hampa.
Selang beberapa minit kemudian, Prof Jo masuk ke dalam dewan kuliah. Tak kisah ah dia nak balik ke, nak mengada-ngada kat sini ke, atau nak troll aku lagi ke, I'LL NOT CARE ANYMORE! aku nak tumpukan pada pelajaran sahaja. Tsk.
---
Aku keluar daripada dewan kuliah memandangkan kelas Prof Jo telah pun habis. Nasib baik Yongguk dipanggil oleh Prof Jo tadi, bolehlah aku ambil alasan untuk pergi jauh daripada dia.
"Jieun!" tiba-tiba sahaja namaku dipanggil. Aduh, siapa pula yang panggil ni? aku cuba mencari tuan empunya suara itu.
Aku berpaling kebelakang.
*gulp* Mataku membutang. Ah, handsomenya! dia memang nak cairkan aku ke? dengan senyuman dia yang asdfghjkl innocent gila. Ya tuhan, aku dah tak boleh. Aku dah cair gila ni asdfghjklzxcvbnm apa aku nak buat ni ggggrrr.
"Err kaaau.... kau n..nak ap.. apa?!" balasku dengan nada suara yang bergetar. Aku cuba menahan getaran di suara namun aku tak boleh. Ah.
"Kau dah kenapa?" Yongguk mengangkat keningnya.
Aku menggelengkan kepalaku cuba menahan kegetaran di jiwa. Huh.
"Kau nak balik naik apa?"
"Bas!"
"Ahni, kau perlu naik dengan aku,"
"Tak mahu,"
"Wae?"
"Kau.... kau.. kau jahat!"
"Ngada,"
"Biarlah,"
"Jom balik," Yongguk menarik tanganku. Suka hati dia sahaja. Aku mengeluh.
"Yongguk! lepaskan aku boleh?" pintaku. Pegangannya amat kuat. Ah, sakitnya.
Yongguk menggeleng.
"Kalau tak, aku gigit tangan kau," ugutku namun langsung tak berhasil. Yah, sakit.
"Masuk," Yongguk menyuruh aku untuk masuk ke dalam keretanya. Sama ada aku nak ataupun aku tak nak, aku terpaksa juga turut. Tsk.
Kereta dipandu keluar dari universiti.
Aku hanya duduk diam di dalam kereta. Aku memeluk tubuh sambil memandang ke luar tingkap. Aku tak berani nak pandang mukanya. Ah, serius aku tergugat gila tadi.
"Jieun," panggil Yongguk. Aku hanya diam.
"Jieun...." panggil Yongguk lagi. Namun aku tetap diam.
"Jieun!" panggil Yongguk. Kali ini, nada suaranya ditinggikan sedikit.
"Cakap sahajalah," balasku ringkas.
"Kau tak cintakan aku ke?"
TO BE CONTINUE....
Mianhae, part ni tak best sangat kot. Aku nak cepat. Ngantuk sangat.And double triple plus, Yongggggguk handsome sangat. Ah ! /faint/
2 comments:
OMG OMG !!!!! SWEEEEEEETTTTT GILAAAAAA !!! JELES AKUUUU !!!! YONGGUK HENSEM X____X
WEYH !BOLEYH TA NAMU TU JGN MENYIBUK =_= SAKIT HATI PULAK BILA AD PART DIA :3
BTW !CEPAT SAMBUNG ,!!!!!! XD
OMO OMO WAKAKAKAKA. KAN? MALAM TADI AKU TAK BOLEH TIDUR SEBAB DIALAH WEH XD TAKBOLEH, NAMU HERO DALAM NI WKWKWKW
Post a Comment