Jieun POV
Tanpa aku sedari, tanganku ditarik dengan kuat. Aku dibawa keluar dari rumah. Mulutku terkedu. Aku tak boleh berbicara. Mahu mengaduh sakit pun payah.
Aku cuba menyentap tanganku agar pegangan itu dapat dileraikan.
"Apa awak buat ni! lepaskan! sakitlah!" aku mengaduh kesakitan.
"Sakit? oh sorry," balas Woohyun. Aku mengerutkan dahiku. Apa masalah dia?
"Awak buat apa dekat sini?" tanyaku hairan. Macam mana pula dia boleh masuk? Tsk. Mesti Makcik Son bagi je dia masuk tanpa pengetahuan apa-apa. Huh.
"Awak betul-betul nak kahwin dengan Yongguk ke?" pertanyaan Woohyun itu bagai memberhentikan semua sistem saraf aku daripada berfungsi. Aku menariknya untuk duduk di bangku yang diletakkan di taman mini.
Aku menolak bahunya agar dia duduk.
"Apa yang awak maksudkan?" aku mengangkat kening sebelahku.
"Yelah, awak betul-betul nak kahwin dengan dia ke? ni apa dia?" Woohyun menghulurkan undangan perkahwinan kami kepadaku. Pfft. Macam mana boleh ada pada dia?
"Mana awak dapat ni?" kad udangan tadi bertukar tangan. Namun, Woohyun kembali merampasnya apabila kad undangan itu berada di tanganku. Tsk.
"Itu tak penting. Awak betul-betul nak kahwin dengan dia?" tanya Woohyun lagi. Aku terdiam sejenak. Angin pada pagi itu hanya meniup sekali tanpa arah. *krik krik*
"Jieun?" Woohyun melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajahku. Lamunanku terhenti.
"Ah hmmm saya hmm saya akan kahwin dengan dia," luahku. Aku mengetap bibir. Ah.
Mata Woohyun tak berhenti berkelip apabila mendengar kata-kata aku tadi. Hmm.
"Persoalannya, awak cintakan dia?" mimik wajah Woohyun bertukar serius. Aku tak mahu jawab! biarlah api keegoan menjerit kepanasan asalkan aku tak mengguris hati dia.
"Saya ada kelas sekarang. Mianhae," aku cuba untuk bangun namun tanganku ditarik oleh Woohyun. Tubuhku terduduk. Perlakuan yang dia lakukan ini hampir mengoyak kesabaranku. Tsk. Woohyun ni -.-
"Woohyun-ah, tolonglah. Saya tak mahu lambat lagi ke kelas. Awak tak tahu, pensyarah saya tu pantang nampak orang lambat," aku merayu padanya. Aku tak mahu tenggelam dalam keegoan diriku sendiri. Aku cuba untuk menahan kesabaran di hati.
"Jawab dulu pertanyaan saya," gesa Woohyun. Aku tak nak jawab, macam mana aku nak jawab? Tsk.
"Jieun-ah!" panggilan Yongguk memecah angkasa. Perbualan aku dan Woohyun sebentar tadi terbantut.
"Nae? nae?" aku menghampiri Yongguk yang sedang tercegat di hadapan rumah. Bukan niat aku nak lari daripada pertanyaan Woohyun, aku cuma tak bersedia nak jawab persoalan itu.
"Jom pergi kelas. Nanti lambat, menyesal kau nanti," ajak Yongguk. Aku mengangguk perlahan.
"Yongguk!" panggil Woohyun lalu menghampiri kami berdua. Ah, janganlah! aku cuma tak mahu pergaduhan wujud di antara mereka berdua semata-mata pasal aku. Tsk. Bajet gila budak ni!
"Kau nak apa? apa yang kau buat dekat rumah aku ni?" Yongguk menguatkan nada suaranya. Dahlah suara kasar nak mampus, boleh pulak dia jerit sebelah telinga aku. Nak tak nak terpaksalah tahan.
"Macam mana aku nak biarkan kau jaga Jieun kalau kau macamni? tolonglah bersopan dengan dia," ngomel Woohyun. Aku nampak aura kebimbangan di wajahnya. Ah.
"Suka hati akulah. Dia bakal isteri aku. Kau tak ada hak nak ganggu dia ataupun ceramah dekat aku," balas Yongguk lalu menarik tanganku.
Woohyun meleraikan pegangan tangan Yongguk padaku.
"Aku tak habis cakap lagi,"
"Kau nak apa lagi?"
"Kalau kau nak aku relakan korang berdua kahwin, tolonglah layan Jieun dengan sopan. Jangan layan dia macam dia pesuruh kau sahaja. Memanglah dia pembantu rumah separuh masa kau, tapi kau perlulah jaga hati dan perasaan dia," sambung Woohyun lagi. Aku terharu dengan ayat dia.. kenapalah aku tak sedar langsung pasal tu.
"Kau tak payah sibuk hal kami berdua!" Yongguk kembali menarik tanganku lalu membawaku masuk ke dalam perut keretanya. Sedap dia je, dia ingat aku ni tali ke. Tsk.
Kereta Yongguk meluncur laju keluar daripada perkarangan rumah meninggalkan Woohyun sendirian di situ. Aku rasa bersalah pula. Yelah, aku tak sepatutnya buat dia sebegitu cara. Hmm.
Kereta,
"Kenapa kau buat Woohyun macamtu? jahat ah kau ni," marahku. Aku cuba menahan api kemarahan yang kian membakar diri. Pfft.
"Suka hati aku. Kau bakal isteri aku, kau kena ikut apa yang aku cakap. Arasseo?"
"Tapi perangai kau tu dah melampau!"
"Kenapa kau pertahankan dia? kau cintakan dia?"
"Kalau aku cintakan dia pun?" aku cuba berpura-pura. Aku cuma mahu lihat reaksi dia. Adakah dia mencintai aku atau bukan. Aku tak mahu dia permainkan cinta aku padanya.
Yongguk terdiam. Dia langsung tak jawab apa yang aku perkatakan tadi. Pfft.
Yongguk POV (\^o^/)
Aku tersentap dengan ayat Jieun tadi.
"Kalau aku cintakan dia pun?"
Ayat itu tak lekang berlegar-legar di kepalaku. Entahlah, aku tak tahu kenapa. Dia betul-betul cintakan budak Woohyun tu ke? ah, lantaklah! aku perlu ingat, cinta boleh dipupuk. Ya!
"Kau diam je?" pertanyaan Jieun memecahkan angin lamunanku.
"Suka hati akulah," nada suaraku sedikit ditinggikan. Aku tak mahu dia syak yang aku cintakan dia. Mahunya dia cakap aku syok sendiri. Jatuhlah maruah aku!
"Kau diam je. Aku ni pemandu berhemah. Kalau memandu, fokus!" sambungku lagi.
"Hah, kau nak bawak aku ke mana lagi ni? salah jalanlah! kan kita ada kelas hari ini!" teriak Jieun. Nada suaranya bagai mahu memecahkan gegendang telingaku. Ah.
"Kan aku dah kata, kau diam je," balasku sedikit berkeras. Memang keras kepala betul! -.-
Shopping Mall
Aku keluar daripada kereta setelah meletakkan keretaku di tempat meletak kereta.
"Jom keluar," ajakku namun Jieun langsung tak mahu dengar. Dia memeluk tubuhnya sambil memonyokkan mukanya. Alahai comelnya.
"Jomlah!" ajakku lagi namun reaksi dia tetap sama.
Disebabkan kesabaran aku yang hampir ke hadnya, aku menghampiri Jieun. Aku mengetuk cermin tingkap di bahagian Jieun duduk. Aku menunjukkan isyarat supaya dia keluar.
Geleng.
Aku mengeluh perlahan. Pintu kereta kukuak perlahan.
"Cepat keluar," suruhku. Aku cuba menahan kesakitan hati dengan kedegilan Jieun ini.
"Kalau kau tak nak keluar, aku akan dokong kau sampai kedai yang aku nak pergi," kataku cuba membuat kata putus. Akhirnya, Jieun keluar juga. Hah, nak tunggu orang ugut baru nak dengar. Tsk.
Jieun POV
Aku keluar daripada kereta. Aku nak pergi kelas! ah, suka sangat ugut orang.
"Okay, jom," ajak Yongguk setelah mengunci keretanya. Dia memegang erat tanganku. Aku cuba untuk meleraikan pegangan tangan itu namun tangan dia keras sangat. Tsk.
"Diam-diam dan ikut aku," dia mengingatkan aku. Huh. Semuanya nak kena ikut kepala dia je. Tak pernah langsung nak dengar cakap aku.
---
Kami masuk ke dalam satu kedai kasut. Aku terfikir sejenak. Apa yang dia buat dekat sini? sepatutnya kami di universiti! bukannya tersangkut dekat sini. Ah!
"Kau nak buat apa?" tanyaku hairan. Pegangan tangan kami masih bertaut.
"Beli kasut," balas Yongguk ringkas. Dia sibuk mengeliarkan pandangannya ke rak kasut yang dipenuhi dengan high heels berwarna putih. Mataku menjadi rambang melihat semua koleksi itu. Cantiknya!
"Ye, encik? boleh saya tolong?" seorang pekerja memakai uniform kerja lengkap dengan tocang kuda di kepalanya menghampiri kami berdua.
"Ada tak kasut perkahwinan yang sesuai untuk bakal isteri saya?" tanya Yongguk. Matanya tidak lekang daripada melihat kasut-kasut yang tersusun rapi di rak.
"Ada. Sila ikut saya ya," ajak pekerja itu lagi. Yongguk membuntuti langkah pekerja itu.
"Apa yang kau buat ni?" tanyaku separuh berbisik.
"Kau perlukan kasut tumit. Kau tu dah lah pendek. Nanti kau nampak macam adik aku je bila upacara perkahwinan tu nanti," bisik Yongguk kepadaku. Ayatnya itu mengguris hatiku. Serius. Tahulah dia tinggi! Tsk.
"Yang ni. Saya rasa ini sesuai sangat dengan bakal isteri encik. Limited Edition. Kasut ini diimport daripada Amerika. Kami hanya ada dua unit sahaja untuk kasut ini. Hanya satu unit yang tinggal," jelas pekerja itu. Serius, mataku membuntang apabila terlihat akan kasut yang ditunjukkan itu. Wahhh.
"Kau nak ke?" tanya Yongguk sambil memandang wajahku. Aku mengangkat daguku sedikit memandangkan tingginya yang melebihi hadku.
Mahu sahaja aku bilang 'nak'. Tapi apabila melihat harga yang ditawarkan, aku terus membatalkan niatku. Mana taknya, harganya 3 kali ganda daripada gaji aku sebulan.
"Tak rasa membazir ke?" balasku dengan pertanyaan. Aku mengangkat keningku.
"Cakap sahajalah nak atau tak,"
"Tak kisah,"
"Alah, kau nak kan?"
Aku mengangguk lembut. "Boleh juga,"
"Okay, saya ambil yang ni. Tolong bungkuskan ye," minta Yongguk dengan lembut. Pekerja itu mengangguk faham. Ah, hatiku bagaikan terjerit kecil. Tak sangka benda tu jadi milik aku sekarang.
"Sekarang, aku punya pulak!" Yongguk membawaku ke bahagian kasut lelaki. Aku hanya menurut memandangkan aku sudah dapat apa yang aku nak yay!
"Yang tu okay tak?" Yongguk menundingkan jarinya ke arah kasut yang diletakkan di dalam hiasan kaca. Mataku membutang. Ah, cantik gila!
"Okay sangat!" aku memberi komen. Yongguk mengangguk perlahan lalu memanggil pekerja untuk membungkuskan kasut itu.
Talk that talk that talk that
Talk that talk that talk that
Telefonku berdering. Aku cuba mengambil telefonku yang diletakkan di dalam beg namun pegangan tangan Yongguk amat kuat terpaut.
"Lepas jap," desakku. Yongguk menurut. Lantas aku mencapai telefonku di dalam beg lalu menekan butang hijau. Kelihatan nama 'Nam Woohyun' terpampang di skrin telefon.
"Nae?"
"Awak dah habis kelas ke?'
"Saya tak pergi kelas pun,"
"Waeyo?"
"Yongguk ni, ish," aku mengeluh perlahan.
"Kenapa? dia bawa awak pergi tempat lain lagi?"
"Nae,"
"Jinjja? chh. Dia tu memang,"
Tanpa aku sedari, tiba-tiba sahaja Yongguk merampas telefon yang melekat di telingaku. Aku menjerit kecil namun dia mengabaikan sahaja.
"Tolong jangan ganggu bakal isteri aku lagi,"
Panggilan dimatikan.
"Kau ni kenapa? apa masalah kau?" marahku.
Yongguk memegang kembali tanganku. Aku mendengus perlahan.
"I'm your future husband so please hear what i'm trying to say. PLEASE PLEASE PLEASE PLEASE IKUT APA YANG AKU CAKAP," bentak Yongguk. Ayatnya membuatkan aku terdiam. Bicaraku mati disitu.
Setelah itu, kami bergerak menuju ke kaunter pembayaran memandangkan segalanya sudah siap dibungkus. Yongguk membayar kasut yang telah dibeli itu begitu sahaja tanpa sebarang bicara. Pfft.
"Kau lapar?" tanya Yongguk sambil keluar daripada kedai kasut tadi. Aku hanya membuntuti langkahnya.
"Haaa? hmmm bolehlah. Kau belanja eh?" aku menyulam secebis senyuman semata-mata mahu mengambil hatinya. Tsk. Kalau dia tak nampak juga, memang butalah.
"Aku dah belanja kau kasut, kau pula yang belanja makan! hahaha," Yongguk tertawa kecil. Huh, aku mengeluh perlahan. Okay.
"Kau nak makan apa?" tanyaku.
"Stik?"
"Mahallah! aku tak ada duit banyak!"
"Alah, kedekut,"
"Bukan kedekut, kau faham sahajalah,"
"Tak apa, biar aku yang belanja,"
"Yay! gomawo!" aku terjerit kecil. Jimat duit belanja aku.
"Tapi, satu syarat!" Yongguk tersenyum nakal. Tsk. Dia nak ugut aku lagi ke? Ah.
"What?" aku mengangkat keningku. Daguku sedikit didongakkan.
"Cium aku dulu,"
"Eeee malulah! kau tak tahu malu ke?"
"Biarlah, kita dah nak kahwin pun,"
"No! aku tak mahu!" aku berkeras. Dia gila ke apa?! orang ramai gila dekat pusat beli belah ni. Huhh.
"Kalau tak mahu, kau kena belanja aku stik juga! aku tak kisah duit kau melayang ke apa ke, tak kisah," Yongguk membuat mimik muka merajuk.
Aku menjengketkan kakiku lalu meletakkan tanganku di pipi Yongguk. Aku mencium tanganku yang menjadi pelapik antara pipi dia.
"Okay dah,"
"No, aku tak mahu macamtu," rungut Yongguk. Tsk. Mengada!
"Aku pun tak nak," balasku ringkas.
"Kau belanja,"
"Okay, aku sanggup belanja kau daripada cium pipi kau tu. Jinjja.." aku mendengus perlahan. Mahu sahaja aku pukul dia sampai lebam.
"Alah, yelah! biar aku belanja," luah Yongguk. Aku tersenyum sehingga menampakkan barisan gigi hadapanku.
"Alright!" aku mengenyitkan sebelah mataku.
TS Western Food Restaurant,
Kami berdua mengeliarkan pandangan ke sekeliling restoran itu untuk mencari ruang yang kosong. Huh, ramai juga yang makan dekat sini. Hampir di semua pelusuk sudah diduduki orang.
"Sini sahajalah," cadang Yongguk lalu duduk di meja kecil yang memang disediakan untuk dua orang.
"Selamat datang. Boleh saya ambil pesanan?" tanya pelayan restoran itu dengan lembut.
"Stik dua, jus oren dua ye,"
"Oh okay. Terima kasih encik dan puan,"
"Puan?" tidak semena-mena perkataan itu keluar dari bibirku. Ah, aku muda lagi.
"Ye? encik dan puan bukan pasangan suami isteri ke? hihi maafkan saya," pelayan itu tertunduk malu.
"Hah, tak apa. Kami berdua dah nak kahwin pun. Kan kan?" Yongguk memandangku. Mata kami bertentang. Tanpa angin atau ribut, Yongguk mengenyitkan matanya. Ah, sudah.
"Oh! semoga berkekalan ye," ujar pelayan itu lalu berlalu pergi.
"Muka aku nampak tua ke?" tanyaku pada Yongguk. Aku mengeluh perlahan.
Yongguk menganguk.
"Yaaah!" aku memukul bahu Yongguk dengan amarah yang menguasai diri.
"Sakit laaah," nada suara Yongguk bertukar menjadi manja.
"Eeeee ngadalah kau ni! macam budak-budak lah!"
"Alah tak apalah, aku nak bermanja pun tak boleh ke?"
"No!"
"Kenapa?"
"Sebab.... sebab... sebab.... " tak sempat aku menghabiskan ayatku, Yongguk menyampuk.
"Sebab kau cintakan aku?" Yongguk tersenyum nakal.
"Sorry eh! tak ada kena mengena pun!"
Yongguk menjelirkan lidahnya :p Tsk.
"Makan malam sudah sampai," pelayan yang telah mengambil pesanan tadi datang kembali untuk menyampaikan makanan yang telah dipesan.
"Terima kasih," ucap Yongguk sebelum pelayan itu pergi. Pelayan itu sempat mengukirkan senyuman manis untuk kami berdua.
Disebabkan banyak tenaga yang kami gunakan hari ini, kami menikmati makanan yang telah dipesan dengan diam. Masing-masing kelaparan macam mangsa kemarau. Tsk.
TO BE CONTINUE....
aku rasa minggu ni cerita ni akan habis. lebih kurang beberapa part lagi. oh lupa nakbgtau. D-4 yang dekat part sebelum ni tu mcm day [4] before bangsong wedding !! xD
1 comment:
KYAAAAAAHHH ~~~ COMEYY JE BANGSONG !
D-4 ? WOAH ~~~ CEPAT SAMBUNG .TA SABAR NAK TUNGGU BANGSONG KAWINN ~~~ XD
Post a Comment