Welcome here
STORY MAIN BLOG FLAVORS

Forever Yours [PART 10]



Woohyun POV

   "Boleh tak kalau aku nak tarik balik apa yang aku cakap tempoh hari?" aku tersentap dengan ayat Yongguk. Aku tak tahu mengapa perasaan itu yang perlu tumbuh.

   "Kau nak tarik balik? tarik balik yang mana?" aku mengangkat keningku tanda hairan.

   "Hmm aku nak jaga Jieun," jelas Yongguk. Ayatnya itu membuatkan aku rasa lemah. Di saat aku cuba nak mencuri hati Jieun balik, dia pula yang sibuk. Pfft.

   "No, aku tak boleh. Jujur, aku suka dia," luahku tanpa ragu-ragu. Aku tak nak kalah dalam hal ni.

   "Kau suka dia? tapi aku cintakan dia lebih daripada aku cintakan diri aku," butir-butir ayat Yongguk buatkan aku mahu termuntah. Aku cuba kuatkan semangatku juga.

   "Kita lawan cara sihat," cadangku.

   "Maksud kau?"

   "Siapa cepat, dia dapat. Segalanya di tangan Jieun,"

   "Kalau aku dapat dia?"

   "Aku tak akan biarkan itu berlaku," aku tersenyum sinis. Amarahku semakin meriap dan merisak. Tak apa, buat kali ini aku akan cuba untuk bersabar. Tsk.

---

Yongguk POV

   Aku duduk di kerusiku. Woohyun sudah pun berlalu pergi. Kata-kata yang telah diperkatakan oleh Daehyun dan Himchan tempoh hari menaikkan semangatku untuk memikat Jieun kembali. Namun bila bersemuka dengan Woohyun, aku jadi tak bersemangat dah. Aku cuma tak mahu hati aku yang nipis ni mencair dan menangis. Aku tak boleh.

   Tapi bila aku fikirkan balik, Woohyun terlalu ambil berat akan Jieun. Lebih daripada yang aku lakukan. Aku tahu ada kebimbangan yang berakar di perdu hati Woohyun setiap kali bila Jieun tidak bersamanya. Hati aku keras macam batu, macam mana aku nak ada perasaan yang macamtu. Tsk.

   Perlu ke aku biarkan sahaja Woohyun yang menang? aku sayangkan Jieun, cintakan dia tapi aku tak tahu kenapa aku rasa macam tak boleh nak bahagiakan dia. Ya, aku hanya lihat pada matanya. Aku langsung tak lihat pada hatinya yang bercampur-baur dengan pelbagai perasaan. Jieun tuh! tsk. Dia memang langsung tak tahu cara untuk meluahkan perasaan.

---

Jieun POV

   Di ketika malam yang penuh ketenangan itu, aku duduk sendirian di balkoni bilik. Angin sepoi-sepoi menerobos kasar menampar wajahku. Bintang-bintang yang berkilauan tersegam indah nun jauh di atas sana. Hmmm, mungkin salah satunya adalah bintang appa dan omma.

FLASHBACK

   Appa dan omma mengajakku untuk berkhemah diluar. Aku hanya menurut memandangkan kami sudah lama tak meluangkan masa ikutan jadual appa yang sangat ketat. Biasalah, banyak kes yang dia perlu selesaikan.

   Kami bertiga baring menghadap bintang dan bulan yang megah di langit.

   "Kalau Jieun rindukan appa dan omma suatu hari nanti, Jieun lihatlah bintang sebab mungkin salah satu daripada bintang tersebut ialah bintang appa dan omma," tiba-tiba ayat itu yang disampaikan ke telinga. Aku tersentap. Aku baru sahaja 14 tahun! aku langsung tak tahu apa-apa.

   "Kenapa omma cakap macamtu?" tanyaku hairan.

   "Tak mustahil kalau suatu hari nanti kami akan tinggalkan Jieun," sampuk appa pula. Aku yang baring di antara mereka berdua bagai mendapat balingan batu dari arah kiri dan kanan. 

FLASHBACK END

   Waktu itu, appa dan omma macam tahu sahaja yang dia akan pergi meninggalkan aku. Selama enam tahun aku duduk di rumah anak yatim itu tanpa pengetahuan sesiapa pun. Hmm hanya appa dan omma saja tempat aku bergantung. Tapi, setelah mereka pergi..? aku jadi keseorangan bagaikan tunggul batu yang tak ada penghujung.

   Aku melihat kembali bintang yang kian berterabur di langit. Aku cuba mencantumkannya menjadi satu perkataan. Bang ♥ Song. Hahhaha ternyata. Jadi! hmm tapi aku tak boleh berharap sangat. Belum tentu dia cintakan aku. Tsk.

   "Jieun!" panggilan itu membuatkan awan lamunanku lenyap. Aku terkejut dengan panggilan yang mengejut itu. Mahu tak putus urat saraf aku! pfft.

   Aku berlari anak mencari dari mana datangnya suara misteri itu. Tsk. Misterilah sangat.

   Aku turun ke bawah.

   "Jieun, sini!" panggil Puan Bang. Aku menghampiri lalu duduk di sebelahnya.

   "Nae?" aku mengangkat keningku.

   "Tengok nak mana, pilihlah," Puan Bang menghulurkan satu brochure mengenai set permulaan bagi menghadapi kelahiran seorang bayi. Aku tersentap bagaikan ada petir yang memanah hulu hatiku. Bayi? hmm.

   "Apa ni puan?" aku berpura-pura bodoh. Serius, aku tak tahu apa yang dimaksudkan oleh Puan Bang. Adakah dia ingat yang kami sudah pun bertut tut? :/

   "Persediaan? kita perlu sediakan payung sebelum hujan," balas Puan Bang sambil tersenyum sehingga ke telinganya. 

   Aku terdiam sebentar. Lidahku kelu bagaikan ada batu yang menindih. Ah, aku tak boleh bertahan kalau aku digesa sebegini. Aku cuba membuka kata yang tak akan mengguriskan hati Puan Bang.

   "Tapi kan, segalanya masih panjang?" aku cuba mengawal segala tutur kataku.

   "Jieun dengan Yongguk akan sah menjadi pasangan suami isteri dalam beberapa hari sahaja lagi. Lima hari kan? takkanlah Jieun tak terasa nak anak nanti?" aku mengerutkan keningku. Tak ke rasa yang benda ni tergesa-gesa? tsk.

   "Tapi Jieun tak nak berharap awal sangat. Macam mana kalau Jieun tak boleh melahirkan generasi Bang kelak? Jieun tak boleh nak pastikan," balasku tenang. Aku pun nak anak tapi berpada-padalah. Bukan sekarang T^T

   "Saya buat pun untuk kebaikkan kamu berdua juga. Saya cuma mahukan persediaan awal untuk kamu. Lagipun, appa Yongguk tak sabar-sabar nak timang cucu," seloroh Puan Bang. Ya, aku tahu apa yang dia buat tu betul tapi dia tak rasa melampau ke?

   "Jieun rasa........" tak sempat aku menyambungkan kata-kataku, pintu rumah dikuak perlahan.

   "Yongguk dah balik?" pertanyaan itu membuatkan aku bergetar. Bukan bergetar kerana sesuatu yang menakutkan, tetapi bergetar untuk menghadapi seseorang yang bakal menjadi suami aku kelak. Kot.

   "Nae?" Yongguk berjalan menuju kepada ommanya lalu duduk bertentangan denganku. Aku cuba menahan pandangan mataku. Bagai terkena panahan sang arjuna, aku terpaku dengan kesempurnaan raut wajahnya. Ah!

   Yongguk merampas brochure yang ada di tanganku tadi. Kurang ajar! langsung tak mahu hormat aku. Lagipun aku tak baca habis lagi. Aku mendengus perlahan.

   "Apa ni ma?" tanya Yongguk sambil menyelak brosur tersebut.

   "Persediaan awal untuk kamu berdua," balas Puan Bang. Aku hanya diam membisu. Lidah kelu.

   "Persediaan awal? omma tak rasa yang perkara ni tergopoh-gapah ke?" luah Yongguk. Haa, aku sokong dengan ayatnya! mahu sahaja aku bangun sambil melompat-lompat tanda sokong. Tapi aku tak boleh. Tsk.

   "Pilih sahaja mana yang kamu berdua suka. Jangan bantah," Puan Bang memberi amaran. Hmm siapa yang tak tahu? suruhannya janganlah ditolak. Kalau tak, memang perang dunia jawabnya.

   "Nanti tick dekat set yang kamu suka," gesa Puan Bang lagi lalu naik ke atas begitu sahaja. Tsk.

   Yongguk masih sibuk menyelak brosur tersebut. Aku? hanya diam membatu.

   "Aku rasa benda ni melampau. Kau tak rasa ke?" luahku juga. Aku tak tahan dengan kebisuan yang aku cuba lakukan selama ini. Aku pun ada hak nak buat keputusan.

   "Eh okay apa. Lebih cepat lebih bagus," balas Yongguk sambil tersenyum sinis.

   "Apa maksud kau?"

   "Lebih cepat dapat anak, lebih baguslah. Kau ni, lembab eh?"

   Mendengar ayatnya itu, aku rasa geli sangat. Aku cuba mencapai bahunya untuk dipukul namun aku tak sampai. Tanganku tidak dapat mencapai had yang sepatutnya aku capai. Tsk.

   "Hahahaha tak kena pun," ajuk Yongguk sambil tertawa kecil. Ah, budak ni. Kadang-kadang menjengkelkan juga. Aku tak suka tapi aku sayang. Ehehe.

   "Kau ni, tak payah buat lawak bodoh dekat sini. Tak lawak pun," aku mengeluh kecil. Mataku cuba melemparkan jelingan kepadanya.

   "Mata kau menawan," puji Yongguk. Aku cuba berbangga.

   "Biasalah. Eh, semalam kau mabuk? kau tahu tak kau menyusahkan aku! dahlah bau badan kau busuk nak mampus! kalah manusia yang terbiar tu!" ngomelku sendirian. Tiba-tiba sahaja aku teringat akan hal semalam. Straight to the point sahajalah.

Yongguk POV

   Kata-kata yang dilemparkan oleh Jieun membuatkan aku tersentap sebentar.

   "Aku mabuk ke? eh mana ada. Aku okay je semalam. Aku keluar tiba-tiba aku ada kat rumah. Magic kan?" balasku cuba menutup segala hakikat yang sebenarnya. Brochure ditanganku masih kuselak. Benda yang sama sahaja aku baca! semata-mata nak lihat riak wajahnya.

   "Yeke? kau tak sedar langsung? kau tahu tak kau tu berat gila! kau tak tahu ke yang kau lebih berat daripada aku. Macam nak mati aku bawak kau naik atas. Nafas aku separuh-separuh je kau tahu tak! nasib baik aku tak habis nyawa sahaja dekat situ. Kalau aku mati, memang kempunan kau nak kahwin dengan aku," ngomel Jieun lagi. Aku cuba menahan telingaku namun aku tak boleh. Tsk. Jieun -.-

   "Kau ada apa-apakan aku ke? haaa? baik kau cakap?" aku melemparkan senyuman nakalku. Sengaja aku menduganya.

   "Yaaaaaaah!" Jieun bangun lalu memukul bahuku. Ah, bahu sahaja yang menjadi mangsanya. Aku mengaduh sakit.

   "Kau jangan main-main dengan aku. Serius, aku tak berminat langsung nak sentuh kau," balas Jieun kasar. Terselah diwajahnya mimik muka menyampah. Jieun-ah, kau tak sedar ke yang aku hanya berpura-pura jahat depan kau? hmmm.

   "Betul ke? kau tak nampak abs aku kan?" tanyaku lagi. 

   "Abs? apakah itu?"

   "Kau nak tengok ke?"

   "Apa benda tu?"

   Dengan perlahan aku membuka butang bajuku.

   "Woi! kau nak buat apa!" jerit Jieun sambil menutup matanya. Sebenarnya, aku hanya acah-acah buka sahaja. Hakikatnya, aku hanya menguil-nguil butang bajuku.

   "Kalau kau nak tengok, tunggulah kita kahwin baru boleh,"

   "Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!" 

   "Cepatlah pilih. Nanti omma marahlah. Arahan dia perlu kau patuhi kalau nak jadi menantu yang baik," suruhku. Aku mencampakkan brosur tadi ke arahnya.

   "Aku tak mahu," Jieun memeluk tubuhnya. Protes lagi.

   "Kau nak gambar Shinchan ni?" tanyaku. Jieun menggeleng.

   "Doraemon?" Jieun menggeleng lagi.

   "Hmm Pororo?" kepalanya digeleng.

   "Ni? Spongebob? nampak comel je dengan hidung panjang dia!" aku cuba menarik hatinya lagi namun reaksi yang sama aku terima.

   "Okay last, Hello kitty? hmm aku tak nak! terlalu feminin!" 

   "Kenapa kalau terlalu feminin?"  

   "Macam mana kalau anak kita lelaki?"

   "Biarlah dia jadi pondan,"

   "Eh jangan! aku tak rela! kalau dia lelaki, biar dia ada sifat maskulin gitu and kalau dia perempuan, biarlah dia ada sifat feminin," cadangku kepada Jieun.

   "Hmm taknak!" Jieun masih protes. Dia mencebikkan bibirnya. Tangannya masih memeluk tubuhnya.

   "Alah Jieun pilihlah. Please, kali ni je. Nanti omma marah aku lah," pujukku lagi. Huh, kepala keras! pfft.

   "Kalau aku pilih, kau nak bagi aku apa?" tanya Jieun sambil mengangkat keningnya. Entahlah budak ni. Memang nak terasa penangan aku yang sebenarnya agaknya.

   "Nanti aku bagi kau apa-apa sahajalah yang kau nak," balasku setelah berfikir panjang.

   "Okay, aku nak kau berhentikan tanya aku pasal benda ni. Aku tak sedia lagilah,"

   "Susah sangat ke nak pilih? kau tunjuk sahajalah mana yang kau suka,"

   "Okay fine! aku nak yang Hello Kitty tu!"

   "Hell no! serius, feminin sangatlah!"

   "Sama juga macam yang lain. Terlalu maskulin,"

   "Mana ada. Kira okaylah! ambil yang lain je lah,"

   Jieun mengeluh perlahan. "Ambil yang plain tu je senang! ambil warna biru jadi lelaki atau perempuan sesuai pakai,"

   "Haa okay beres," aku menandakan pada set yang telah Jieun pilih tadi. Comel tengok dia marah. Kyaaa.

+++++

Jieun POV

   Aku bersiap ke universiti seperti biasa. MC yang aku dapat daripada doktor telah pun tamat. Pfft. Bagi aku cuti 3 hari sahaja manalah cukup bagi aku. 

   Setelah siap, aku keluar daripada bilikku. Terasa seperti sudah bertahun-tahun lamanya aku tak pergi kelas. Biasalah, mesti dah banyak yang aku tertinggal. Yongguk pun entah datang ke tidak kelas Prof Jo. Dia tu bukannya rajin sangat macam orang lain.

   Tanpa aku sedari, tanganku ditarik dengan kuat. Aku dibawa keluar dari rumah. Mulutku terkedu. Aku tak boleh berbicara. Mahu mengaduh sakit pun payah.

TO BE CONTINUE....

Cerita ni 100% aku dah tukar plot. Kyaa, serius aku tak tahu kenapa ;~;
lantaklah, janji cerita ni tak tergantung macam yang lain sudah xD


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. EHE /THROWNAMSHEART/

No comments: