Jieun POV
"Teman apa?" tanyaku.
"Ah, tak payahlah. Kau boleh keluar. Jangan risau pasal aku," balas Yongguk lalu meleraikan pegangan tangannya. Dia memejamkan matanya tanpa memandang kearahku sedikit pun.
Tsk. Aku mengeluh perlahan. Aku tak tahu apa masalah dia. Bila dalam masalah, langsung tak nak beritahu aku apa-apa. Macam dia tu kuat sangat je.
Aku berlalu dari situ.
+++++
Himchan POV
"Kau dah gila ke?" nada suaraku sedikit ditinggikan. Mana boleh dia tarik segala apa yang dia kata macam tu je. Aku bantah!
"Biarlah, semuanya dekat tangan dia sekarang. Aku tak boleh buat keputusan macam tu je. Biarlah dia je yang buat keputusan. Aku dah tak kisah. Aku tak nak pentingkan diri sendiri lagi," luah Yongguk tak amik kisah. Haa kenapa dia berubah ni?
"Kau kata kau cintakan dia. Tapi sekarang? kau macam tak amik kisah sahaja. Kau dah lupa janji kau yang kau akan kahwini dia?" aku mengeluh perlahan. Walaupun kami sudah berkawan lebih daripada 20 tahun, aku langsung tak faham dia sampai sekarang.
"Ek ehem," Daehyun berdehem lalu masuk ke dalam bilikku.
"Dari mana kau datang?" tanyaku sedikit rungsing. Setahu aku, aku kunci pintu tadi. Pfft.
"Suprise~~~!!" Daehyun melagukan nada suaranya. Ish budak ni. Orang serius dia main-main pula. Yongguk pandang badi padanya.
"Yah, duduk sini diam-diam," suruh Yongguk. Daehyun hanya mengakur suruhan Yongguk itu dengan mukanya yang 'blur'. Pfft, lambat tangkap!
"Aku cintakan dia tapi aku kena hormat perasaan dia juga," Yongguk menggaru kepalanya. Mukanya kelihatan pucat sedikit.
"Kau betul-betul nak batalkan perkahwinan tu ke? kau kena fikir betul-betul," Daehyun menyampuk. Dia menepuk belakang Yongguk dengan lembut.
Aku hanya mengangguk mendengar ayat Daehyun itu.
"Habis kalau aku teruskan, macam mana dengan dia? belum pasti dia cintakan aku juga. Aku tak kisah, asalkan dia boleh bahagia,"
"Belum tanya belum tahu. Tengok dari riak mukanya, aku tahu dia cintakan kau juga. Takkanlah kau tak perasan langsung? aku percaya yang dia cintakan kau," aku cuba menyedapkan hati Yongguk. Ah, entahlah. Dia dah berubah dengan mendadak ni!
"Tu lah masalah aku. Aku tak ada keyakinan untuk bercakap dengan dia sekarang. Kalau aku cakap pun, mungkin aku terpaksa. Aku dah kekok gila dengan dia sekarang. Kau tengok dia luaran memang dia suka tapi dalam hati dia? tak tahu kan. Kau tak kenal Jieun. Dia suka pendam," luah Yongguk sepenuh hatinya.
"Cuba kau tanya dia?" cadang Daehyun. Dia mengangkat keningnya.
"Aku tak boleh. Dia dah ada Woohyun. Aku dah suruh Woohyun jaga dia. So, biarlah Woohyun yang jaga dia. Aku tak layak," tutur Yongguk. Ayatnya membuatkan dia nampak seperti orang yang gagal! tsk.
"Let me tell you something that you already know. Kau tu kena percaya dengan diri kau sendiri. Kau tak boleh rendahkan diri kau sendiri. Kau kena pentingkan diri sendiri juga sekali-sekala," aku menucuk dadanya.
"Yeah, you na mean? cinta tu boleh dipupuk beb!" Daehyun menepuk bahu Yongguk cuba untuk menaikkan semangat Yongguk sambil tersenyum menampakkan barisan gigi hadapannya.
Yongguk cuba untuk tersenyum.
"Hah, macam inilah!" kataku dengan penuh semangat.
Jieun POV
Aku berjalan mengelilingi Sungai Han. Entahlah, semenjak keluar dari hospital aku asyik bergurindam jiwa sahaja. Aku tak tahu kenapa aku feeling sangat sekarang. Majlis perkahwinan kami pun hampir dekat. Hmm semua kad perkahwinan dah aku serahkan kepada Puang Bang. Hanya tinggal tunggu masa sahaja.
Keindahan Sungai Han menenangkan hatiku. Ikan-ikan yang berenang bebas di dalam Sungai Han itu juga mengajar aku erti kebebasan yang sebenar. Ikut kata hati sendiri sehingga dapat apa erti matlamat hidup yang sebenar. Ya.
Aku melabuhkan punggungku di bangku yang disediakan berhampiran dengan Sungai Han. Rambutku ditarik kebelakang. Aku cuba menghayati keindahan alam yang dah lama aku tak rasa.
Mataku ditutup. Aku tak boleh melihat. Bibirku menguntumkan senyuman.
"Yongguk?" tekaku. Hatiku mula berdegup kencang.
"Yongguk? bukanlah!" mataku dibuka perlahan. Woohyun melangkah duduk di sebelahku. Aku terkejut. Macam mana dia tahu aku dekat sini?
"Macam mana awak tahu saya kat sini?" aku mengangkat keningku.
"Saya ada GPS yang menghubungkan hati saya ke hati awak hehe," Woohyun tersenyum nakal. Pfft.
"Apalah awak ni," aku menepuk bahunya. Woohyun mengaduh perlahan. Hahaha comel.
"Cuba awak tengok sana tu," Woohyun menundingkan jarinya ke arah pasangan yang sedang bersama di atas jambatan. Ah, sweetnya!
"Itu? romantiknya diorang!" luahku. Mataku terkebil-kebil melihat kelakuan pasangan itu. Mereka nampak bahagia. Hmm indahnya dunia kalau begitu. Memang heaven gila.
"Yup. Kan? romantik sangat. Saya pun teringin,"
Aku tersentap mendengar ayat Woohyun itu.
"Awak ter... teringin? pergilah cari awek," aku tertawa kecil.
"Tapi saya nak awak," balas Woohyun lalu memandang mukaku. Aku terpaku. Ayat itu...... bukan dia cakap dengan aku yang dia nak aku bahagia walaupun bukan bersama dia? tapi kenapa dia buat aku bersalah dengan keputusan yang akan aku buat! tsk. Mimik mukaku berubah.
"Hahaha awak janganlah buat muka macamtu. Terselah kecomelan awak," Woohyun mencubit daguku. Aku tersipu malu. Pfft.
"Kalau awak diberi pilihan, awak akan pilih orang yang mencintai awak atau orang yang awak cintai?" tiba-tiba sahaja ayat itu keluar dari bibir Woohyun. Ah, soalan cepumas!
"Hmm, mungkin saya akan pilih dua-dua. Orang yang mencintai saya dan orang yang saya cintai," balasku dengan jujur. Aku mengalihkan pandanganku ke arah Woohyun. "Ya, orang yang mencintai saya dan orang yang saya cintai," aku mengukirkan senyuman di bibir.
"Macam Yongguk?" tanya Woohyun lagi. Kenapa dia suka beri aku soalan yang bagaikan mencabut jantungku? macam mana aku nak jawab kalau soalan dia pun dah menyukarkan aku?
Aku terdiam. Mataku difokuskan kehadapan. Aku tak mahu menjawab soalannya itu.
"Awak................... macam Yongguk ke? jawablah," gesa Woohyun. Dia asyik memandang wajahku. Aku jadi tak selesa. Tsk.
"Saya tak selesa awak tanya saya soalan macamni," jujurku. Aku bangun lalu cuba untuk berlalu dari situ.
Woohyun menahan tanganku. Dia memegang erat tanganku.
"Saya minta maaf. Bukan apa, saya cemburu dengan dia," Woohyun memeluk aku dari belakang. Huh, angin cemburu buta sahaja yang menyelubungi dirinya.
Aku meleraikan pelukannya itu lalu berpaling menghadap kepadanya.
"Woohyun-ah, saya minta maaf sebab saya tak tepati janji itu," tuturku dengan nada yang meleret.
"Tak apa. Gwanchaena," balas Woohyun ringkas. Aku tahu, hatinya sakit sebab benda itu.
Woohyun POV
"Woohyun-ah, saya minta maaf sebab saya tak tepati janji itu," aku tersentap. Ayat yang diperkatakan oleh Jieun itu membuatkan aku sedar akan sesuatu. Ya, dia sudah tak mencintai aku. Lihat ke dalam matanya sahaja sudah memberikan aku klu bahawa bukan aku dihatinya tapi orang lain.
"Tak apa. Gwanchaena," balasku ringkas. Aku cuba menahan perasaan cemburu di hati. Apa yang aku dengar dari mulut Jieun tadi bagaikan satu cercian buat seorang pengemis yang kebulur. Aku kebulur akan cintanya. Ya, cinta.
Namja da saranghaide~~
Namja da saranghaide~~
Aku mengangkat telefonku yang diselitkan di kocek seluar.
"Yeobosayo?"
"Yongguk. Kau dengan dia kan? diam sahaja. Jangan beritahu dia yang aku telefon kau. Jumpa aku dekat hospital appa aku sekarang. Ingat, kau seorang sahaja,"
"Hah okay,"
Panggilan telefon dimatikan.
"Siapa tu?" soal Jieun hairan. Mungkin dia tertanya-tanya. Hmm.
"Kawan. Awak balik sendiri lagi tak apa kan? saya ada hal yang nak diselesaikan. Nah, ambil duit ni. Nanti awak bayar duit teksi ye. Jangan naik bas tau," aku mengeluarkan beg dompetku lalu menghulur kepadanya beberapa won. Setelah memberi, aku berlalu begitu sahaja setelah mengucapkan selamat tinggal.
Bangly Hospital
Aku mengatur langkahku masuk ke dalam hospital appa Yongguk. Hmm, besar juga. Ah, bilalah hospital appa akan dibuka? aku dah kepenatan menganggur sahaja.
Langkahku diteruskan. Aku menuju ke kaunter pertanyaan. Kejap, kenapa dia nak jumpa aku dekat hospital appa dia ni? pfft. Dia ada masalah ke?
"Saya ada appointment dengan..........." hmm aku nak panggil apa? Yongguk je ke? atau Doktor Yongguk? eh sejak bila pula dia graduate. Tsk.
"Encik Yongguk?" tanya jururawat yang menjaga kaunter itu. Haa, bagus. Tak payah sebut dah tahu. Macam ahli nujum sudah. Pfft.
Aku mengangguk perlahan.
"Hmm encik masuk ke jalan ini selepas itu naik ke tingkat 3 nanti ada blablablabla agogo," jelas jururawat itu. Aku mengangguk faham.
Aku menuju ke tempat seperti yang telah ditujukan oleh jururawat tadi.
Pintu bilik itu kukuak perlahan. 'Doktor Bang Yong Guk [Bahagian pembedahan]' aku terpaku sebentar melihat tanda itu. Eh kejap, kenapa aku tak pernah tahu yang dia sudah jadi doktor? tak aci!
"Hah masuklah," ajak Yongguk. Aku masuk ke dalam lalu duduk di bahagian tetamu.
"Kau dah jadi doktor? macam mana kau boleh jadi even kau belum graduate?" tanyaku hairan. Sudahlah, mana adil. Aku terpaksa berperah otak selama 5 tahun semata-mata mahu menjadi doktor walaupun appaku sudah ada hospital sendiri. Tsk.
"Aku baru sahaja kerja. Appa aku suruh aku kerja sebab ada hal yang perlu aku uruskan. Lagipun aku sambung PHD sebenarnya. So, aku dah ada sijil. Appa aku memang sengaja suruh aku sambung belajar," jelas Yongguk panjang lebar. Semenjak kejadian Jieun rebah haritu, kami kelihatan semakin rapat. Eh.
"Kau nak apa panggil aku datang sini?" tanyaku lagi. Aku mengeliarkan pandanganku kesekeliling. Tiba-tiba mataku terpaku pada satu bingkai gambar yang diletakkan di atas mejanya. Eh, itu bukan Jieun? perasaan cemburu mula terbit dihatiku. Dia dah mula cintakan Jieun ke? tak boleh jadi!
"Boleh tak kalau aku nak tarik balik apa yang aku cakap tempoh hari?"
TO BE CONTINUE....
Aku rasa cerita ni dah meleweh. Serius, dah banyak kali aku tukar plot.Lantaklah. btw, akhirnya ada part Woohyun xD wah lagu Man In Love weh :p
No comments:
Post a Comment