Jiyeon POV
Tit.. Tit.. Tit..
Telefon bimbitku berbunyi menandakan masuknya pesanan ringkas. Aku bingkas dari tempat duduk lalu mencapai telefon bimbitku yang berada di atas katil.
Huh. Aku mengeluh panjang membaca pesanan ringkas itu. Entah kenapa omma tak habis-habis mahu menjodohkan aku. Ini dah masuk kali ke-7 kali omma merancang temu janji untukku. Melihat umurku, sudah tiba masa untuk berkahwin katanya. Tapi aku baru 25 tahun! Bukan 35, 45 atau 55! Masih banyak yang belum aku temui lagi. Aku juga percaya pada cinta sejati, tapi omma dengan senangnya mahu menghancurkan segalanya. Waaaaaa, drama apakah ini?
"Hoi!" Hyomin menolak pintu bilikku yang separuh terbuka. Dengan selambanya dia masuk kebilikku.
"Hyommmmiiinnn..." aku memberi respon dengan keadaan lemah longlai. Mulutku sengaja kucebikkan.
"Kau kenapa? Macam nak mati aje aku tengok," sindir Hyomin kejam.
"Nae. I will die bebeh!" balasku. Secara automatik, badanku terlabuh keatas katil.
Hyomin turut mengikut langkahku. Dia baring disebelahku.
"Mesti omma kau aturkan temu janji lagi kan?" teka Hyomin.
"Eh, macam mana kau tahu? Nae...."
"Tengok muka kau yang penyek tu aku dah dapat agak," balas Hyomin sedikit menyindir.
Aku mengeluh kecil.
"Rilexlah. Kalau kau tak suka lelaki pilihan omma kau, kau gagalkanlah temu janjitu. Macam tak ada pengalaman pulak," Cadang Hyomin. Gayanya seperti sudah profesional sahaja. Pfft.
"Jinjja? Yeah!"
"Nae. Lagipun kau cerewet sangat. Dulu mak kau aturkan kau dengan Jaebeom tu pun kau tak mahu. Bagi aku, muka dia tak ada kurangnya. Walaupun kau ni bestfriend aku, sesungguhnya aku tak tahu apa yang ada di minda kau tu. Periasa apa yang kau nak wei?" bebel Hyomin panjang lebar.
"Perisa apa? Err, apa kau merepek? Aku cuma tak mahu temu janji yang dirancang, aku nak jatuh cinta dengan sendiri. Cinta pandang pertama beb!" jelasku.
"Lepas couple boleh jatuh cinta, tak semua temu janji tak berjaya. Atau kau tak suka lelaki?" tanya Hyomin. Dia meletakkan tangannya dimulutnya menunjukkan riaksi terkejut.
"Yahh! Ahni!" bentakku. Aku mendengus.
"Aku tak fahamlah taste kau ni. Taste kau haiwan-haiwan dihutan ke?" gurau Hyomin.
"Aku lebih rela kahwin dengan haiwan daripada terseksa dengan temu janji ni," jelasku sedikit berkeras.
"Ek eleh. So, bila?"
"Esok,"
"Hwaiting!"
Hyomin keluar dari bilik setelah meninggalkan kata-katanya itu. Huh. Aku tak perlukan kata-kata itu pun. Menyakitkan hati aku lagi adalah. Kalau sekali dua perkara ini berlaku, aku tak kisah. Tapi, dah berkali-kali. Aku juga yang menjadi mangsa keadaan. Omma~ Bila Jiyeon boleh buat keputusan sendiri. Jiyeon dah besar~
Aku bangkit dari pembaringanku. Aku mengemas kertas kerjaku yang telah kusiapkan tadi. Tanpa memikirkan hal omma lagi, aku kembali baring di atas katil dan memejamkan mata dengan harapan dapat terlelap.
♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Aku bersiap untuk menghadiri temu janji itu. Memang tak patut bila omma memaksa aku untuk datang juga. Penting sangatkah? Omma langsung tak faham perasaanku. Aku sanggup menghabiskan kerja di pejabat tadi seperti orang gila semata-mata untuk menurut perintah omma. Huh.
Ni pumi geuriwojyeoneomu sarang haetna bwa
Ibami jina gamyeonnunmul dwe eo tok! tok! tok!
Aku segera mencapai telefon bimbitku yang berbunyi.
"Yeobesayo?"
"Omma,"
"Nae?"
"Jangan sekali-kali gagalkannya!"
"Yes ma'am,"
Aku mematikan talian. Aku tahu apa taktik omma. Huh. Aku tidak boleh membantah. Apakan daya, turut sahajalah segalanya walaupun hati bagaikan dikoyak-koyak. Pfft, macam ayat novel je.
Rose Cafe
Aku memasuki restoran itu lalu menuju ke kaunternya.
"Ada tempahan dibawah nama Kim Hae Na?" tanyaku kepada pelayan itu. Aku tahu omma sudah membuat tempahan. Inilah taktiknya. Huh.
Pelayan itu membelek komputer dihadapannya.
"Ada. Sila ikut saya," Pelayan itu menyuruh aku mengikutnya. Tanpa banyak bicara, aku hanya menurut sahaja.
Pintu ditolak lembut. Aku terlihat satu kelibat yang sedang duduk. Kelibat itu bangun lalu memandang ke belakang.
"Seungho?!!" Panggilku dalam keadaan separuh terkejut. Takkanlah dia................?
"Duduklah dulu," Pelawa Seungho. Aku hanya menurut dalam keadaan yang masih dalam ketegangan.
"Apa kau buat dekat sini?" Tanyaku mendapatkan kepastian.
"Temu janji dengan awak," Tanpa berfikir panjang, Seungho membalasnya dengan selamba. Dia mengukir senyuman manis. Huh, hambar.
Aku mengeluh kecil. Dia rupanya. Siapalah yang tidak kenal dia ni? Budak HOT sekolah KONON. Jangan harap aku nak jatuh cinta dengan dia.
"Kenapa awak mengeluh?" Tanya Seungho. Err.
"Hahaha. Lawaknya," Aku tertawa. Entah kenapa aku rasa kelakar.
"Apa yang lawak?"
"Tak ada apa-apa," desisku.
"Sebenarnya...... saya suka awak! Err sejak sekolah lagi," jelasnya.
Aku ketawa. Kali ini semakin berbaur-baur gelakku.
"Betul. I'm serious!" tambahnya.
"Takkanlah budak HOT macam kau nak suka dekat budak biasa macam aku. Kalau dulu, standard aku anak nelayan je," Aku bersuara. Memang benar kataku. Bagi budak-budak HOT disekolah dulu, aku ini hanya anak nelayan yang kotor dan tidak berwang.
"Saya tak tahu mengapa hati saya berdegup kencang setiap kali saya ternampak awak. Mak awak dan mak saya berkawan jadi saya amik kesempatan itu untuk berkenalan dengan awak. So........."
"So?" Aku mencelah.
"Will you be my girlfriend?" Aku tersentak dengan ayatnya. Bagaikan mahu termuntah. Kami baru sahaja berjumpa dan.... dia sudah meminta untuk aku menjadi pasangannya?
"Aku takkan jadi teman wanita untuk seorang playboy macam engkau ni. Sudahlah," Aku mencapai kotku lalu bangun untuk berlalu pergi.
"Awak mengubah hidup saya. Semenjak saya nampak awak, saya tahu erti cinta pandang pertama. Percayalah, saya bukan saya yang dulu," jelas Seungho. Langkahku termati.
"Jiyeon, beri saya peluang?" Ucap Seungho. Aku dapat merasai kejujuran dari hatinya. Bait-bait ayatnya membasuh fikiranku mengenainya. Tapi, aku tetap tak suka dia!
Aku menoleh kebelakang.
"Aku kasi kau 8 hari untuk buktikan cinta kau," Kataku membuat kata putus. Aku membuat keputusan di saat-saat sebegitu. Entah kenapa aku terfikirkan untuk berbuat sedemikian. Huh.
"Tapi............." Seungho teragak-agak.
"Tapi apa?" Aku mendesaknya untuk menghabiskan ayatnya itu.
"Takkan awak nak tamatkan temu janji ni macamni aje?" Tanya Seungho.
"Aku nak balik," Balasku.
"Biar saya hantar awak," Seungho tersenyum. Nak ambil hatilah tu. Pfft.
"Tak kisah," Balasku menyampah. Aku sengaja memonyokkan mukaku. Seungho keluar dari bilik makan kami. Aku hanya mengikut langkahnya.
Sampai sahaja di keretanya, Seungho membuka pintu keretanya untukku. Aku hanya menurut. Orang lelaki memang suka mengambil hati perempuan, tapi bila dah tak suka, buang macamtu sahaja. Pfft.
"Awak kerja apa sekarang?" Seungho memulakan perbicaraan untuk mengelakkan suasana yang tegang.
"PA dekat satu syarikat lanskap," Balasku ringkas.
"PA? ohhh," Keadaan akhirnya menjadi tegang. Masing-masing diam seribu bahasa. Mataku mengeliar ke sekeliling keretanya. Huh, bersihlah juga. Mungkin dia seorang yang pembersih.
Tanpa aku sedari. Mataku terasa seperti berat sekali. Mahu membukanya pun tidak terdaya. Akhirnya, aku terlelap.
No comments:
Post a Comment