Welcome here
STORY MAIN BLOG FLAVORS

8 Days {2}


   Aku terbangun. Aku melihat sekelilingku. Dimanakah? Rasa macam lain macam sahaja. Mataku terpandang akan meja kecil disebelahku. Ada beberapa pinggan. Mataku dikelip-kelipkan. Ah! aku masih mamai. Tiba-tiba sahaja seseorang masuk kedalam bilik.

   "Tuan puteri dah bangun? Pergi mandi lepastu makan," suara yang biasa didengari itu terpantul kedalam cuping telingaku. 

   Aku menggosok mata dalam keadaan yang masih separuh sedar.

   "Omma. Macam mana....." aku sangap.

   "Macam mana Jiyeon....." sekali lagi aku sangap.

   "Dahlah pergi mandi sana. Nanti omma ceritakan," kata omma dengan tegas.

   Aku bingkas bangkit dari katil lalu segera menuju ke bilik air.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

   Aku turun kebawah bersama meja kecil dan hidangan yang telah kuhabiskan tadi. Perlahan demi perlahan aku meniti tangga yang sudah lama tidak ku pijak. Aku meletakkan hidangan tadi ke dalam sinki. Bayang omma tidak kulihat langsung.

   Tiba-tiba sahaja, suara televisyen kedengaran. Mungkin omma sedang melayan drama kesukaanya itu. Pfft. 

   "Omma," aku mendekati omma yang sedang memegang tisu ditangannya. Aku mengalihkan bantal ditepi omma lalu duduk disebelahnya.

   "Macam mana Jiyeon boleh sampai dekat sini?" tanyaku.

   "Semalam Seungho yang hantar Jiyeon balik. Terkejut omma. Omma ingat dia bawa siapa semalam, rupanya Jiyeon. Kamu memang tak rasa. Bila tidur langsung tak ingat dunia," jelas omma panjang lebar. Aku terkejut.

   "Omma, are you serious?" ayat itu secara tidak sengaja terpantul dari bibirku. Alah, bajet speaking.

   "Takde kerjalah omma nak tipu Jiyeon," balas omma tapi matanya masih tertumpu pada drama kesukaanya itu.

   "Tadi telefon kamu berbunyi,"

   "Haa? iyake?" aku segera berlari ke atas.

   From : 010-73948-***
   Text : This me Seungho. Saya ambil awak pukul 1 nanti tau. Dont Forget ! ILOVEYOU.

   Tiba-tiba aku terdengar bunyi hon kereta dibawah. Aku pandang jam yang diletakkan di atas meja solek. Haa ! Tak sangka sudah pukul 1. Aku menyelak langsir di balkoniku. Sah ! memang dia. Aku cepat-cepat bersiap. 

   Semasa tengah bersiap aku terdengar suara omma memanggilku.

   "Kejap !"

   Dengan keadaan yang kelam-kabut aku segera menukar pakaianku. Apehallah aku langsung tak perasan yang ada mesej. Eh, tanpa aku sedari aku terasa seperti bersemangat. Entah kenapa.

   Aku turun kebawah dengan keadaan kelam kabut. Seungho sudah pun dibawah bersama dengan omma.

   "Haa ni dia tuan puteri kesayangan," perli omma. 

   "Kajja," ucapku. Secara tidak diduga aku tertarik tangan Seungho keluar.

   "Ah ! Mianhae," ucapku. Seungho hanya tersenyum sipu. 

   Aku masuk kedalam keretanya. Seungho segera memandu ketempat yang ingin ditujunya.

D-1

   "Kau nak bawa aku kemana?" soalku. Entah kenapa aku masih tidak boleh membahasakan diriku ini lebih sopan seperti "awak-saya" ah !

   "Shut up and just follow me," balas Seungho. Alahai nak bajet speaking pula budak ni.

   Kesimpulannya, aku hanya diam sepanjang perjalanan. Entah apa yang disediakannya pun aku tidak tahu. Jadi lebih baik aku senyap.

♥ ♥ ♥ ♥ ♥

   Akhirnya kami sampai juga ke suatu tempat. Eh wait wait. Bukankah ini taman tema? Buat apa dia pergi ke sini? Aduh.

   "Nak buat apa ni?" soalku lagi. Entah kenapa kerja aku asyik menyoal sahaja.

   Seungho tidak menjawab pertanyaanku. Dia keluar dari kereta lalu membuka pintu untukku. Tanpa sebarang banyak persoalan, aku keluar dari keretanya. Tiba-tiba, tanpa angin tanpa ribut Seungho memegang erat tanganku. Aku cuba melepaskan pegangan itu tapi tidak boleh.

   "Ikut je," balas Seungho pendek. Sememangnya jawapannya tidak seperti yang aku harapkan. Huh, hambar.

   Setelah membeli tiket, Seungho mengajak aku ke suatu tempat didalam taman tema itu. Aku ingatkan aku boleh main permainan disitu secara bebas tapi semuanya hanya impian bodoh kerana Seungho tidak langsung melepaskan pegangan tangannya. Huh.

   "Awak duduk dekat sini," kata Seungho lalu menyuruh aku duduk dibangku berhadapan dengan Bungee Jump. Kejap. Bungee Jump? OMG.

   "Kau nak naik benda tu ke?" tanyaku lalu menundingkan jari ke arah Bungee Jump.

   "Yes. Just wait and see," balasnya lalu kearah Bungee Jump itu.

   Aku mengeluh kecil. Tiba-tiba mindaku teringat peristiwa ketika di sekolah menengah dulu. Kami pergi berkelah bersama-sama dengan guru. Budak-budak kelas mencabarnya untuk menaiki kereta kabel disitu tetapi dia tidak mahu gayat katanya. Puas dia merayu supaya tidak memilihnya. Memang jatuh reputasinya ketika itu.

   Mataku mengeliar kekiri dan kekanan. Aku harap dia membenarkan aku untuk main permainan disitu. Ah sudah lama aku tidak ketaman tema seperti ini. Aku cuba menahan keinginanku yang setinggi gunung ini. Aku mengambil kopi disebelahku lalu meminumnya.

   Seungho sudahpun bersiap sedia untuk terjun kebawah tapi aku masih ragu-ragu adakah dia berani? Bukankah dia takut pada ketinggian? Huh. Aku hanya menanti.

   Tanpa aku percayai, Seungho terjun kebawah. Aku terkejut. Aku ternampak satu banner yang terpampang.

   I LOVE YOU PARK JIYEON. PLEASE ACCEPT MY LOVE.

   Sekali lagi aku terkejut. Tiba-tiba ada seseorang yang datang kepadaku dengan sejambak bunga. Aku mencapai bunga itu. Bunga itu ialah bunga ros merah kesukaanku ! Aku mengambil kad yang diletakkan padanya.

Dear Jiyeon,
Saya dah buktikan yang saya cintakan awak.
I hope 8 days will end fast !
LOVE YOU.

Love, Seungho

   Mataku berkaca tanda terharu. Mulut dah tidak boleh berkata apa-apa. Bulu roma semakin menegak. Ah! aku tak sangka ada seseorang yang akan melakukan perkara sebegini kepadaku. Tapi aku masih tak boleh mencintai dia. Perasaan yang aku ada sekarang hanyalah kesian dan bukannya cinta.

   Seungho datang kearahku. Dia semakin mendekati dan mendekati.

   "Awak dah faham kan?" Seungho menyeka airmata yang membasahi pipiku. Aku menempias tangannya.

   "Aku nak balik," kataku.

   "Okay saya hantar awak balik," balas Seungho masih lagi tersenyum.

  ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

   Aku menangis sendirian di bilikku. Entah mengapa hatiku terasa terharu dan sebak. Tiba-tiba telefonku berbunyi.

  From: 010-73948-***
  Text: Terima kasih untuk hari ini. Saya gembira. ILOVEYOU.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. EHE /THROWNAMSHEART/

No comments: