Title : Revenge
Genre : Romantic, Horror
Main Character : Nam Woohyun [Infinite] , Ryu Hwayoung [ex-Tara] , Ryu Hyoyoung
Language : Malay
...........................................................................................................................
Author POV
Di hadapan sekolah, Hwayoung menunggu Woohyun. Dia menyeka peluh yang keluar dari liang roma. Panas terik matahari membuatkan dia pening kepala dan rasa mahu pitam sahaja.
Hwayoung mengurut-ngurut kepalanya. Matanya seperti sudah kabur. Tiba-tiba badannya rasa seperti berat sahaja. Tidak semena-mena dia terjatuh ke tanah.
Tetapi, Woohyun sempat menahan badannya. Woohyun memapah Hwayoung lalu membawanya ke perhentian bas. Woohyun merebahkan kepala Hwayoung ke bahunya.
"Hwayoung-sshi, waeyo?" tanya Woohyun kerisauan.
"Ahni, saya rasa kurang sihat," balas Hwayoung cuba mengalihkan kepalanya dari bahu Woohyun namun disangkal.
"Yaaaa~! duduk sahaja diam-diam. Bukan ke saya dah kata, jangan tunggu dekat situ. Hah?" ulas Woohyun.
"Tak apa. Saya Okay. Kajja," ajak Hwayoung lalu cuba untuk bangun. Namun, dia tidak terdaya.
"Mari saya dukung," Woohyun menyuruh Hwayoung naik belakangnya. Hwayoung hanya akur memandangkan keadaannya yang tidak berdaya.
Woohyun membawa Hwayoung balik ke rumah Hwayoung. Sememangnya, cinta yang disemai oleh mereka sudah menginjak ke satu tahun. Cinta yang kukuh, kekal abadi.
"Woohyun-ah, gomawo," ucap Hwayoung ke telinga Woohyun dengan nada tidak terdaya. Woohyun yang mendengarnya hanya tersenyum tipis.
Sampai sahaja di rumah Hwayoung, Woohyun merebahkan Hwayoung ke atas katil di biliknya. Lalu, Woohyun menarik selimut dan menyelimutkan tubuh Hwayoung.
Tiba-tiba ibu Hwayoung, Puan Ryu masuk dengan membawa dulang berisi segelas air.
"Woohyun-sshi, ambil ni. Terima kasih tolong Hwayoung," ucap Puan Ryu lalu menghulurkan segelas air yang dibawa tadi kepada Woohyun. Woohyun mencapainya lalu meminum air itu seteguk.
"Gomawo. Eh, ahjumma tak payah berterima kasih. Saya ikhlas," jelas Woohyun lalu tersenyum.
Tanpa disedari, tiba-tiba sahaja Hwayoung meronta-ronta bagaikan terkena rasuk. Puan Ryu dan Woohyun menjadi kalut.
"Hwayoung!" panggil Woohyun cuba menyedarkan Hwayoung.
Hwayoung terbangun. Dia terus memeluk Woohyun yang berada di sebelahnya. Dia menangis bagaikan kematian seseorang. Woohyun cuba menenangkannya.
"Saya takut," ucap Hwayoung.
Sebenarnya Hwayoung termimpikan seorang roh gadis yang berlumuran darah. Di perutnya terdapat satu kesan tikaman. Muka gadis itu seakan-akannya. Roh gadis itu menangis meminta pertolongan darinya. Dia tidak tahu apa kaitannya dengan gadis itu.
Tiba-tiba Hwayoung melepaskan pelukannya. Matanya merah dan terbeliak. Airmatanya jatuh sebutir membasahi pipi dan tidak semena-mena dia mencekik Woohyun.
"Hwayoung!" jerit Woohyun menahan sakit. Muka Hwayoung menunjukkan riak marah.
Puan Ryu yang terlihat kejadian itu cuba melepaskan tangan Hwayoung di leher Woohyun.
"Ryu Hwayoung! Apa awak buat ni!" jerit Puan Ryu pula. Tanpa diduga, Hwayoung jatuh pengsan.
Woohyun memegang lehernya. Dia terbatuk-batuk dek terkena cekik oleh Hwayoung tadi. Puan Ryu membetulkan kedudukan Hwayoung lalu menyelimutkannya.
"Mianhae," ucap Puan Ryu.
"Tak apa. Saya faham. Ahjumma tolong jaga dia baik-baik. Kalau dia masih berpelakuan seperti tadi, telefonlah saya. Saya harus pulang. Anyeong," kata Woohyun lalu menunduk hormat untuk pulang.
Semasa mahu keluar dari rumah Hwayoung, Woohyun terpandang seorang gadis sedang bermain piano di ruang tamu. Namun, dia endahkan sahaja.
"Mari saya dukung," Woohyun menyuruh Hwayoung naik belakangnya. Hwayoung hanya akur memandangkan keadaannya yang tidak berdaya.
Woohyun membawa Hwayoung balik ke rumah Hwayoung. Sememangnya, cinta yang disemai oleh mereka sudah menginjak ke satu tahun. Cinta yang kukuh, kekal abadi.
"Woohyun-ah, gomawo," ucap Hwayoung ke telinga Woohyun dengan nada tidak terdaya. Woohyun yang mendengarnya hanya tersenyum tipis.
Sampai sahaja di rumah Hwayoung, Woohyun merebahkan Hwayoung ke atas katil di biliknya. Lalu, Woohyun menarik selimut dan menyelimutkan tubuh Hwayoung.
Tiba-tiba ibu Hwayoung, Puan Ryu masuk dengan membawa dulang berisi segelas air.
"Woohyun-sshi, ambil ni. Terima kasih tolong Hwayoung," ucap Puan Ryu lalu menghulurkan segelas air yang dibawa tadi kepada Woohyun. Woohyun mencapainya lalu meminum air itu seteguk.
"Gomawo. Eh, ahjumma tak payah berterima kasih. Saya ikhlas," jelas Woohyun lalu tersenyum.
Tanpa disedari, tiba-tiba sahaja Hwayoung meronta-ronta bagaikan terkena rasuk. Puan Ryu dan Woohyun menjadi kalut.
"Hwayoung!" panggil Woohyun cuba menyedarkan Hwayoung.
Hwayoung terbangun. Dia terus memeluk Woohyun yang berada di sebelahnya. Dia menangis bagaikan kematian seseorang. Woohyun cuba menenangkannya.
"Saya takut," ucap Hwayoung.
Sebenarnya Hwayoung termimpikan seorang roh gadis yang berlumuran darah. Di perutnya terdapat satu kesan tikaman. Muka gadis itu seakan-akannya. Roh gadis itu menangis meminta pertolongan darinya. Dia tidak tahu apa kaitannya dengan gadis itu.
Tiba-tiba Hwayoung melepaskan pelukannya. Matanya merah dan terbeliak. Airmatanya jatuh sebutir membasahi pipi dan tidak semena-mena dia mencekik Woohyun.
"Hwayoung!" jerit Woohyun menahan sakit. Muka Hwayoung menunjukkan riak marah.
Puan Ryu yang terlihat kejadian itu cuba melepaskan tangan Hwayoung di leher Woohyun.
"Ryu Hwayoung! Apa awak buat ni!" jerit Puan Ryu pula. Tanpa diduga, Hwayoung jatuh pengsan.
Woohyun memegang lehernya. Dia terbatuk-batuk dek terkena cekik oleh Hwayoung tadi. Puan Ryu membetulkan kedudukan Hwayoung lalu menyelimutkannya.
"Mianhae," ucap Puan Ryu.
"Tak apa. Saya faham. Ahjumma tolong jaga dia baik-baik. Kalau dia masih berpelakuan seperti tadi, telefonlah saya. Saya harus pulang. Anyeong," kata Woohyun lalu menunduk hormat untuk pulang.
Semasa mahu keluar dari rumah Hwayoung, Woohyun terpandang seorang gadis sedang bermain piano di ruang tamu. Namun, dia endahkan sahaja.
...............................................................
Hwayoung terjaga dari tidurnya. Dia mengilas matanya ke arah jam. Ah! pukul 12 malam. Dia melihat keadaan sekitarnya. Hwayoung bangun dari katilnya lalu duduk di hadapan cermin. Entah apa yang membuatkan dia mahu pergi ke situ. Dia mengeluarkan buku diarynya dari laci lalu meletakkannya ke atas meja solek.
Tiba-tiba angin meniup kencang. Hal itu membuatkan bukunya terselak satu per satu. Tanpa dia sedari, satu per satu perkataan tertulis dibuku diarynya itu dengan sendirinya. Bukan kesan pen, tapi darah!
NAMA SAYA HYOYOUNG,
TOLONG SAYA !!
Membaca ayat yang ditulis itu, bulu roma Hwayoung menegak. Dia teringatkan mimpinya tadi. Dia cuba memberanikan diri.
"Awak siapa? tolong apa?" tanya Hwayoung.
Tiba-tiba kelibat roh gadis yang di dalam mimpinya tadi muncul. Serupa! Hwayoung menatap muka roh gadis itu melalui cermin. Dia cuba memberanikan diri walaupun hakikatnya dia seperti mahu pengsan.
"Nama saya Hyoyoung. Tolonglah saya," rayu roh gadis yang menggelarkan dirinya Hyoyoung itu.
"Awak mahu saya tolong apa?" tanya Hwayoung lagi.
Tiba-tiba satu per satu kesan gincu merah tertulis di cermin.
BUNUH
Hwayoung menjadi semakin takut.
"Mianhae, saya tak mahu membunuh dan saya tak akan," terang Hwayoung. Mana ada orang yang mahu membunuh? caru maut namanya tu.
Selepas mendengar ayat Hwayoung, roh Hyoyoung menangis. Bukan airmata biasa, tetapi airmata darah. Tangannya memegang-megang perutnya yang terdapat kesan tikaman itu. Mulutnya asyik mengucap "tolonglah,"
"Tapi kenapa saya? Apa kaitan awak dengan saya?" soal Hwayoung.
Tiba-tiba sekeping gambar bertebangan ke atas mejanya. Ditatapnya gambar itu sedalam-dalamnya. Gambar sepasang bayi perempuan? siapakah mereka?
"Baiklah. Sya tolong awak. Tapi, siapa?" desah Hwayoung. Dia faham. Mesti roh Hyoyoung mahu membalas dendam.
Tibe-tiba, satu paku terpacak pada gambar Woohyun. Woohyun? kenapa Woohyun? Dia itu teman lelakinya. Takkan dia mahu membunuh teman lelakinya sendiri?
"Dia teman lelaki saya, saya tak....................." belum sempat Hwayoung meneruskan ayatnya, sekali lagi roh Hyoyoung menangis.
"Araso. Saya akan fikirkan," balas Hwayoung acuh tak acuh.
Selepas itu, lantas roh Hyoyoung menghulurkan sebuah diary sambil tersenyum. Mulutnya menyebut sesuatu tetapi dia tidak dengar dengan jelas. Mungkin dia memanggil dongsaeng. Dongsaeng??!
Hwayoung menoleh ke belakang untuk mencapai buku diary itu. Tetapi bila dia menoleh, buku diary itu berada di lantai. Roh Hyoyoung sudah pergi. Atau...... itu hanya bayangan dia?
Tiba-tiba sahaja Puan dan Encik Ryu masuk ke bilik Hwayoung semasa dia mahu mengambil buku diary itu.
"Hwayoung-ah! Awak okay?" tanya Encik Ryu lalu membawa Hwayoung ke katil.
"Gambar tu!" jerit Hwayoung lalu menundingkan jarinya ke arah sekeping gambar yang diberi oleh roh Hyoyoung tadi.
Puan Ryu mengambil gambar itu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat gambar itu. Puan Ryu jatuh terduduk. Tiba-tiba sahaja dia menangis.
"Omma, wae?" tanya Hwayoung.
Encik Ryu juga terkejut. Puan Ryu bangun lalu menuju ke katil.
"Ini kakak awak," ucap Puan Ryu. Kakak??!!
"Haaaaa???!!!"
FLASHBACK
Puan Ryu POV
Aku sangat gembira sebaik sahaja mengetahui yang aku berjaya melahirkan sepasang kembar. Ya! dengan tenagaku sendiri. Tapi sayang, aku terpaksa menyerahkan salah seorang dari mereka kepada ibu angkat. Kami tiada wang lagi untuk hidup. Jadi, kami terpaksa menyerahkannya juga. Kami sudah berjanji.
Pada hari pemberian, aku menyerahkan juga anak kami kepada ibu angkatnya. Berat hati kami untuk melakukan perkara sebegitu. Namun, kami sudah tiada pilihan lagi. Syarat yang ku tetapkan hanya dua. Iaitu menamakannya Hyoyoung dan menjaganya dengan baik.
FLASHBACK END
Author POV
Mendengar cerita ibunya itu, Hwayoung menangis. Tiba-tiba dia ternampak roh Hyoyoung berdiri di ruang balkoni. Dia menangis. Tetapi dia juga tersenyum. "Dia kakakku!" bisik hati Hwayoung.
Puan dan Encik Ryu memeluk Hwayoung dengan eratnya.
"Maafkan kami kerana pisahkan kamu berdua," ucap Puan Ryu.
"Dia sudah tiada lagi di dunia ini," kata Hwayoung sambil termenung. Airmatanya jatuh membasahi pipi.
Puan dan Encik Ryu sungguh terkejut. Mereka tidak menyangka yang...... yang..... Hyoyoung sudah tiada. Mereka berdua mengeluh kesal.
"Unnie, saya akan tolong unnie walaupun terpaksa korbankan cinta saya," getus hati Hwayoung sendiri. Baru dia faham mengapa dia yang Hyoyoung cari dan mengapa dia yang Hyoyoung panggil adik.
Roh Hyoyoung di balkoni tersenyum manis. Kesan tikaman dan darah yang berlumuran di badannya hilang begitu sahaja.
"Gomawo," ucap Hyoyoung.
..............................................................
Hwayoung berjalan menuju ke sekolah. Dia pelik. Mengapa kakaknya mahu dia membunuh Woohyun? apa salah Woohyun? Tapi, dia sudah berjanji dengan Hyoyoung. Dia tidak mahu menkhianati cinta yang diberikan oleh Woohyun selama setahun itu. Dia buntu. Sama ada dia mahu melakukannya atau tidak. Dia tidak mahu dilabel sebagai 'pembunuh'. Tapi......... ya! dia sudah berjanji dan janji wajib ditepati.
Hwayoung mengatur langkah ke kelasnya. Tiba-tiba sahaja Woohyun datang dari belakang.
"Hwayoung-ah!" panggil Woohyun.
"Ne?!" Hwayoung menoleh kebelakang. Woohyun! Dia mahu mendapatkan Woohyun tetapi tiba-tiba matanya ternampak Woohyun mencium kakaknya, Hyoyoung. Hwayoung menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Hwayoung?" panggil Woohyun.
Mendengar panggilan itu baru Hwayoungntersedar. Dia bagaikan baru terlihat satu bayangan. Adakah apa bayangan yang dilihatnya benar? atau hanya imaginasinya semata-mata sahaja?
"Hwayoung-sshi, wae?" panggil Woohyun lagi.
"Ahni," balas Hwayoung ringkas.
Woohyun mengajak Hwayoung masuk ke kelas. Dia hanya akur.
Sepanjang pembelajaran berlangsung Hwayoung hanya menata wajah Woohyun disebelahnya. Dia masih tertanya-tanya. Kenapa Woohyun? Wae??!!
Tiba-tiba matanya terpandang leher Woohyun, ada kesan calar!
"Woohyun-ah! kenapa ni?" tanya Hwayoung. Dia segera mengeluarkan plaster dari begnya lalu menampal pada kesan calar di leher Woohyun.
"Ahni. Mungkin serangga gigit," balas Woohyun cuba menyembunyikan hal sebenar. Dia tidak mahu Hwayoung tahu kerana dia pasti Hwayoung akan risau kelak.
"Mana pula datang serangga?" kata Hwayoung lalu tertawa. Woohyun turut tertawa. Senyuman itu...... Hwayoung tatap sedalam-dalamnya. Mengapa lelaki ini yang perlu kubunuh? dan bukannya orang lain sedangkan aku tidak tahu apa salahnya. Tiba-tiba sebutir airmata jernih jatuh dari benak matanya. Tetapi, cepat-cepat dia seka. Takut nanti orang ingat meminta simpati.
"Unnie, kenapa Woohyun? wae?! dia cinta saya. Tolonglah beritahu hal yang sebenarnya," getus hati Hwayoung.
..............................................................
Malam itu, Woohyun memandu keretanya pulang ke rumah. Dia keluar untuk bertemu kawan lamanya.
Sedang dia memandu, tiba-tiba dia ternampak seorang gadis sedang berjalan. Dia hanya mengendahkannya. Tapi, itu gadis yang dilihatnya di rumah Hwayoung tempoh hari. Disebabkan terlepas, dia menoleh ke belakang namun tiada orang pun. Woohyun hanya buat dek mengetahui hal itu. Mungkin dia salah orang.
Woohyun membuka radio. Walaupun dia sudah buka ke tahap 40, namun suara radio itu masih slow. Itu membuatkan dia membuka lantang sehingga ke tahap 100.
Dia melalui satu bandar. Orang lalu lalang disitu semuanya melihat keretanya.
"Apehal orang-orang ni?" bisik hati Woohyun hairan.
Sampai sahaja di traffic light, seseorang mengetuk tingkapnya. Dia menurunkan tingkapnya.
"Awak punya radio ada problem ke?" tanya orang yang tidak dikenali itu. Woohyun menggeleng-gelengkan kepalanya. Tiba-tiba baru dia tersedar yang suara radio itu boleh menggegarkan keretanya. Dia menekan button off lalu meneruskan perjalanan sebaik sahaja lampu hijau.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi.
Negen nomu sojunghande~
Nae gyote naye chinggudo~
Wae hapil niga jonbu gajin goni~
Kkumkkwo~on modeun goseul da~
Woohyun segera mencapai telefonnya yang diletakkan di tempat duduk penumpang di sebelahnya.
"Yeobesayo?" tanya Woohyun.
"Woohyun-sshi...." panggil pemanggil itu. Dia menangis teresak-esak.
"Ne?" balas Woohyun.
"Waeyo?!! wae?!! waeeeeeeeeeee?!!" soal pemanggil itu. Dari gaya suaranya seperti....... Hyoyoung! Woohyun cepat-cepat mematikan talian. Badannya menggigil dan muka dibasahi dengan peluh.
Di rumah, Hwayoung meyikat kemas rambutnya lalu memakai losyen malam. Di kepalanya teringatkan Hyoyoung, kakaknya itu. Dia mahu mengetahui punca kematian kakaknya. Dia mahu berhubung dengan ibu bapa angkat Hyoyoung tapi dia tidak tahu mereka di mana.
Hwayoung merebahkan dirinya ke katil. Sebaik sahaja dia memejam mata, dia terlihat bayangan itu lagi.
FLASHBACK
Hyoyoung POV
Aku sering ke sebuah bar ini. Semata-mata hanya untuk melihat Woohyun, cinta pertamaku. Ada aku dengar yang dia merupakan pelajar terkenal di sekolah. Entahlah. Aku tidak boleh lama di sini kerana aku akan pulang semula ke California tidak lama lagi.
Setiap malam aku akan datang. Samapai satu malam, aku memberanikan diri untuk meluahkan perasaan.
"Woohyun, nado saranghae," aku mengucapnya dengan penuh jujur. Woohyun yang mendengar luahanku itu terus menarik lenganku menuju ke keretanya.
"Awak nak bawa saya kemana?" tanyaku.
"Kau kena balik. Kau tak boleh bergaul dengan orang di sini," balas Woohyun. Bapa kami merupakan rakan bisnes yang sangat akrab. Dari situlah aku mengenali Woohyun.
Aku sangat gembira tidak terkata. Aku hanya tersenyum sepanjang berada di dalam keretanya.
Namun, apa yang terjadi tidak seperti yang aku sangkakan. Woohyun membawa aku ke sebuah hutan.
"Awak nak buat apa ni?" tanyaku hairan.
Woohyun keluar dari keretanya lalu menarik lengaku.
Woohyun menolakku. Aku rebah ke tanah. Aku takut.
Tanpa kusedari, Woohyun mengeluarkan pisau dari koceknya.
"Kau tak tahu siapa aku!" kata Woohyun lalu menikamku. Aku memanggilnya. Cuba untuk meminta pertolongan namun dia hanya pergi begitu sahaja.
FLASHBACK END
Author POV
Hwayoung terbangun. Hatinya tersentap. Dia dapat melihat segalanya. Airmatanya meleleh-leleh keluar. Baru dia tahu mengapa Woohyun orangnya. Hatinya membara dengan api kemarahan. Tetapi, dia tidak mahu mensia-siakan percintaan ini. Yang telah dijaga selama setahun lamanya.
Tiba-tiba dia sterlihat seseorang sedang duduk di balkoni. Angin malam membuatkan dia rasa kesejukkan.
Hwayoung cuba mendekati kelibat itu. Dia terlihat yang rupa-rupanya kelibat itu ialah Hyoyoung!
"Unnie," panggil Hwayoung cuba memberanikan diri. Dia semakin mendekati roh Hyoyoung.
Roh Hyoyoung senyap sahaja. Dia hanya menangis, menangis dan menangis. Ditangannya memegang gambar Woohyun. Lalu, dia memeluk gambar Woohyun itu.
Hwayoung tersentap.
"Dongsaeng, awak boleh lakukannya untuk unnie kan? Unnie masih sayangkan dia," ucap Hyoyoung lalu menoleh ke belakang. Tepat pada wajah Hwayoung. Airmatanya mengalir.
Hwayoung menemui jalan buntu. Dia sayangkan Woohyun. Macam mana dia mahu membunuh Woohyun? Mengapa Woohyun orangnya? mengapa Woohyun orang yang mereka suka? mereka berdua cintai?
"Saya akan cuba," balas Hwayoung.
..............................................................
Woohyun merebahkan tubuhnya ke atas katil. Terasa segar sekarang selepas mandi tadi. Di kota fikirannya ligat memikirkan hal Hwayoung. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini pelbagai perkara pelik berlaku. Huh.
Tiba-tiba dia terdengar suara air menitik. Seingatnya, dia sudah tutup rapat paip di dalam bilik air. Tanpa mempedulikan apa-apa dia terus menuju ke bilik air.
"Laaaaa, memang tak tertutup rapat pun," getus hati Woohyun. Dia memulas paip itu namun air yang keluar semakin banyak. Dia memulas paip itu dengan arah yang betul!
Tanpa diduga, air paip itu bertukar menjadi air darah. Woohyun pelik. Bulu romanya menegak. Tiba-tiba sahaja muncul suatu suara.
"Woohyun-sshi.......... wae?!!" kata suara misteri itu.
"Siapa kau?" tanya Woohyun cuba memberanikan diri.
"Tolong saya..... Tolong...... Tolong....." ayat itu menghantui fikiran Woohyun. Tiba-tiba dia teringat. Itu ayat Hyoyoung sewaktu dia membunuhnya dulu. Hyoyoung meminta pertolongan namun dia hanya buat tidak tahu. Dia buat itu semua bersebab.
"Tolong saya..... Tolong...... Tolong....." ayat itu kian menghantui fikiran Woohyun. Dia berlari ke luar bilik air. Tiba-tiba dia terlihat seseorang gadis bertenggek di tembok balkoni biliknya.
Woohyun terus menuju ke katilnya lalu menyelubungkan diri. Badannya habis dibasahi peluh.
..............................................................
Hari ini tidak bersekolah, jadi Hwayoung terfikir untuk mengajak Woohyun keluar. Mungkin untuk kali yang terakhir? Dia harus menurut permintaan kakaknya. Dia tidak mahu roh Hyoyoung tidak aman seperti itu.
Hwayoung menyiapkan dirinya. Dia memakai gaun. Sungguh cantik sekali. Setelah siap berhias, dia keluar dari biliknya untuk bertemu Woohyun.
"Wah. Cantiknya," puji Woohyun tersengih-sengih. Hwayoung tersipu malu.
"Awak ni! kajja," ajak Hwayoung.
Mereka berdua menuju ke Times Square untuk menonton wayang. Sudah lama agaknya mereka tidak ke panggung wayang.
Di dalam panggung wayang, Hwayoung tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap cerita yang ditayangkan. Dia cuma terfikir, apa dia perlu buat. Dia tidak mahu mengkhianati cinta Woohyun, tapi dia harus menepati janjinya.
"Awak okay?" tanya Woohyun. Dia memandang tepat ke mata Hwayoung.
Tiba-tiba airmata Hwayoung mengalir sebutir demi sebutir. Cepat-cepat Woohyun sekakan.
"Hwayoung-sshi, saya tahu awak risau. Simpanlah kerisauan awak dalam genggaman tangan kita," ulas Woohyun lalu mengenggam erat tangan Hwayoung.
Tidak semena-mena Woohyun ternampak Hyoyoung di belakang Hwayoung. Tiba-tiba sahaja. Dia memejamkan mata lalu mengalihkan pandangan. Cuba menumpukan perhatian terhadap cerita yang ditayangkan.
N Seoul Tower, Namsam Park
Hwayoung dan Woohyun bersiar-siar di Namsam Park dalam keadaan berpegangan tangan. Sememangnya itu detik yang tidak dapat dilupakan Hwayoung. Dia tidak tahu mengapa lelaki yang memegang erat tangannya itu membunuh adiknya walaupun dia sendiri tidak tahu apa sebabnya. Tapi dia tahu, Woohyun buat mesti bersebab. Dia mempercayai Woohyun lebih dari dirinya sendiri.
Selepas menghirup udara segar di Namsam Park, mereka berdua naik ke N Seoul Tower. Ya! tempat dimana Love padlocks disangkutkan oleh pasangan-pasangan kekasih.
"Kita patut ada satu!" ujar Woohyun lalu mengeluarkan padlock dari poketnya. Bila entah dia beli.
Woohyun menghulurkan padlock itu kepada Hwayoung lalu menyuruh Hwayoung untuk menulis ucapan di atasnya.
"Araso," ucap Hwayoung lalu menulis ucapan pada padlock itu.
Semoga cinta kita tiada penghujungnya,
NW ♥ RH
Tanpa disedari, airmata jernih jatuh membasahi pipi.
"Hwayoung-sshi?" panggil Woohyun. Dia menarik lengan Hwayoung lalu bersama-sama meyangkut padlocks itu. Yang menjadi saksi cinta mereka berdua.
"Tiada yang boleh menganggu kisah peercintaan kita," ujar Woohyun lalu menyentap tangan Hwayoung. Hwayoung jatuh dalam pelukan Woohyun. Airmata Hwayoung sekali lagi membasahi pipinya.
"Woohyun-ah, maafkan saya kalau ada apa-apa terjadi selepas ini," getus hati Hwayoung.
Tiba-tiba sahaja Hwayoung berlari. Dia berlari meninggalkan Woohyun. Woohyun tercengang dan pelik. Dia mengejar Hwayoung dalam keadaan hairan.
"Hwayoung-ah!" panggil Woohyun namun diendahkan. Hwayoung langsung tidak menoleh ke belakang.
Hwayoung berlari sehingga ke rooftop sebuah apartment. Tiba-tiba tidak sampai seminit di rooftop, Hwayoung jatuh pengsan. Woohyun segera mendapatkan Hwayoung. Hari sudah senja, dia buntu. Mahu buat apa dengan Hwayoung.
Woohyun cuba menyedarkan Hwayoung.
"Hwayoung-ah! awak kenapa?" Woohyun menggoncang-goncangkan badan Hwayoung namun tiada respob. Woohyun mengangkat kepala Hwayoung lalu direbahkan ke ribanya. "Hwayoung-ah," panggilnya lagi.
Hwayoung terbangun. Matanya terbeliak dan merah. Woohyun rasakan yang perkara tempoh hari akan berlaku lagi.
"Hwayoung-ah!" panggil Woohyun cuba menyedarkan Hwayoung.
Tiba-tiba sahaja Hwayoung menangis. Dia menekup mukanya. Woohyun menjadi semakin kalut. Dia tidak tahu mahu buat apa. "Hwayoung?" Woohyun cuba memegang Hwayoung namun disangkal.
Hwayoung mengangkat mukanya. Dia menyeluk poket gaunnya. Dia mengeluarkan sebilah pisau.
"Hwayoung! jangan buat macam ini!" gertak Woohyun bila terlihat Hwayoung mengais-ngaiskan hujung pisau itu dengan jarinya sambil tertawa.
"Woohyun-sshi, wae?" tanya Hwayoung. Airmatanya jatuh bergelinangan.
"Hyoyoung~" panggil Woohyun. Dia terlihat wajah Hyoyoung pada wajah Hwayoung.
Tiba-tiba sahaja Hwayoung bagaikan tersentap. Hwayoung bangun lalu cuba mendekati Woohyun. Woohyun yang pelik itu juga terbangun. Dia cuba melepaskan pegangan pisau pada tangan Hwayoung. Ya! Dia berjaya.
"Woohyun-sshi, wae???!!!!!!!" jerit Hwayoung. Woohyun semakin berundur.
Hwayoung cuba mendekati Woohyun dengan matanya yang terbeliak. Dia terus mencekik Woohyun tanpa berfikir apa-apa.
Woohyun menjerit-jerit kesakitan. Hwayoung bagaikan menggeleng-gelengkan kepalanya. Matanya sebab dek menangis. Tiba-tiba sahaja, Hwayoung jatuh terduduk.
"Maafkan saya," ucap Hwayoung. Dia menangis teresak-esak.
Woohyun memegang lehernya. Dia tidak membalas kata Hwayoung tadi.
"Woohyun..... wae....... " tanya Hwayoung lemah-lembut.
"A.. a... apa yang awak maksudkan?" tanya Woohyun.
Hwayoung mengeluarkan satu gambar kecil dari poketnya lalu menghulurkannya ke Woohyun.
"Dia orang yang awak bunuh kan?" soal Hwayoung.
"Hyo.. Hyoyoung~" ucap Woohyun.
"Ya, dia kakak saya," jelas Hwayoung.
"Apa?!" Woohyun terkejut. Patutlah nama dan muka mereka seakan-akan sahaja.
"Sebab dendam, dia buat semua ini. Dia rasuk saya, sebab dendam. Dia tak aman tahu tak! tak aman! saya tak tahu kenapa awak buat dia macam ini! saya kesal!" luah Hwayoung lalu bangun untuk pergi.
"Hwayoung-ah!" panggil Woohyun. Hwayoung cuba menghentikan langkahnya.
"Saya ada sebab," kata Woohyun.
Hwayoung memalingkan mukanya ke belakang. "Apa?"
FLASHBACK
Woohyun POV
Aku tidak tahu kenapa Hyoyoung asyik mengekori aku. Yang aku tahu, semenjak dia pulang ke sini dengan omma dan appanya, hidup aku berubah. Aku kehilangan appa kesayangan aku. Dan aku syak appanya yang membunuh appaku.
Menurut CCTV, appa ditikan di perutnya. Tapi tidak dapat dikenalpasti siapa orangnya. Tetapi aku tahu, appa Hyoyounglah yang merancang semua ini. Walaupun mereka rakan bisnes yang akrab, melihat mata appa Hyoyoung aku sudah tahu yang dia hanya berlakon sahaja dan ingin membolot harta appa. Buktinya, dia dapat sebahagian saham dari syarikat appa.
Entahlah, kenapa aku benci sangat pada keluarga mereka. Aku dengar, Hyoyoung itu hanya anak angkat mereka sahaja. Tapi, entahlah. Penah sekali aku bertekad untuk membunuh mereka semua tetapi aku tak boleh. Aku tak nak dendam mengotori tangan aku.
Sampai suatu hari, dia datang dan katakan yang dia sukakan aku. Pada mulanya aku mahu menghantarnya pulang kerana aku tidak mahu dia bergaul dengan orang-orang di bar. Tetapi, dendam menguasai diri dan aku seperti dirasuk. Aku tak sedar yang aku sudah membunuhnya! Sejak dari itu, aku sudah tidak mahu berdendam dengan sesiapa lagi kerana aku tahu yang satu dendam takkan mengakhiri satu episod.
FLASHBACK END
Author POV
Woohyun menceritakan segalanya dengan penuh jujur. Dia tidak mahu Woohyun salah faham.
"Tapi kenapa awak sanggup buat macam itu! Dia terlalu berharga bagi saya. 18 tahun! 18 tahun saya hidup tanpa dia dan tertunggukan dia. Tapi bila sudah tahu, tiada guna lagi kerana dia sudah tiada di dunia ini lagi. Kakak dibunuh oleh teman lelaki sendiri. Awak kejam!" luah Hwayoung. Airmatanya jatuh membasahi pipi.
"Saya tak akan buat tanpa sebab yang kukuh. Mianhae," ucap Woohyun penuh kekesalan.
Tanpa disedari, pisau yang terjatuh tadi ada berdekatan dengan Hwayoung. Dia melihat tajam pisau itu lalu cuba mengambilnya.
"Hwayoung! tolong sedar!" jerit Woohyun.
Hwayoung semakin mendekati Woohyun dengan pisau ditangan. Dia sudah tidak ingat apa-apa. Woohyun pula semakin kebelakang. Mengundur dan mengundur.
Tanpa disedari, tiba-tiba kaki Woohyun tersadung pada batu dan akhirnya Woohyun jatuh ke bawah.
SETAHUN KEMUDIAN
Hwayoung POV
Aku menuju ke kuburnya. Pejam celik, pejam celik sudah setahun berlalu. Bila terfikirkan kembali episod yang lalu, ianya sangat menyakitkan aku.
Aku meletakkan bunga di kubur peringatannya. Aku.............. sangat merinduinya. Kalau aku boleh mengundur masa, sudah semestinya aku ingin berada disampingnya selalu. Untuk menjadi penguatnya.
Kutatap namanya sedalam-dalamnya. Mengapa kau begitu cepat meninggalkan aku? kalaulah kau masih ada, mesti kau sudah menjadi penguat bagi aku dan selalu berada di samping aku.
Aku menuju pula ke tempat peringatannya. Aku meletakkan gambar kami berdua ke dalam tempatnya itu. Sungguh manis kami berdua. Tapi, ianya hanya untuk sementara sahaja.
"Hwayoung-sshi," panggil seseorang.
Aku memalingkan mukaku ke belakang. Woohyun! aku segera mendapatkannya lalu memeluknya.
"Jangan risau, saya ada untuk berada di samping awak. Peristiwa lama jangan awak ingat lagi," desah Woohyun lalu kami bersama-sama menatap foto yang telah kuletak. Ya! gambarku bersama............ Hyoyoung.
"Unnieya! gomawo," getusku.
BACKGROUND SOUND
Betul kau kata, dendam takkan mengakhiri satu episod. Tapi, dendam boleh menghancurkan satu episod percintaan.
Woohyun masih diberi peluang untuk hidup. Dan, aku bersyukur kerana masih juga diberi peluang untuk bersama dengannya. Semasa dia terjatuh tahun lepas, katanya dia terlihat satu cahaya yang menolongnya. Dan dia pasti itu Hyoyoung! ya! Hyoyoung menyelamatkannya. Woohyun hanya koma seminggu disebabkan kejadian itu, dan dia sudah dapat melupakan peristiwa dan dendam yang lalu.
Aku pula tiada apa-apa berbeza. Masih mengharapkan suatu kekuatan dan seseorang disisi. Kami akan bertunang tidak lama lagi. Walaupun terlalu cepat, tapi aku pasti aku sudah bersedia.
Hyoyoung unnie sudah aman disana. Aku tahu, dia sudah dapat menerima segalanya. Dan aku tahu, yang dia juga tahu yang kami saling menyayangi antara satu sama lain.
Unnie! Gomawo. Tunggu saya yaaa. Saya akan jaga Woohyun sebaiknya. Gomawo........ sebab maafkan dia dan tolong dia. Walaupun kita tidak dapat bersama di dunia, saya pasti kita akan di tempatkan di atas sana nanti. Amanlah disana. Saranghae.
-TAMAT-
Alhamdulillah siap juga oneshot ni. Sorry kalau merepek. Setelah sekian lama HIATUS, akhirnya saya kembali membawa oneshot ini. cehh, ayat beria je ann. Kalau dikaji balik, memang banyak lahh kesalahan tatabahasa kan? haha. tak apa. asalkan dia boleh bagi maksud. Okay, memang cerita ni merepek meraban tah pape. Aku harap korang enjoy ahh baca. Gomawo baca. Ppyong~
2 comments:
daebakk . letak lha OST ke . bru syok sikit . apepun ,mmg terbaikk ! (y)
Pergh ! Gila feel baca xD Btw, sangat terbaik ok. saya jeles x) Hahaha. SY jangan marah. YS... er? Teruskan usaha ! Huhuhu. Feel so bad ~
Post a Comment