Welcome here
STORY MAIN BLOG FLAVORS

It's Just A Memory [OneShot]


Title : It's Just A Memory / Memory
Genre : Tragic
Main Character : Junhyung [B2ST] , Hara [KARA]
Language : Malay


Junhyung POV

Hara, dulu.......
saya selalu curi-curi pandang awak. Selalu cuba untuk mendekati awak. Cuma awak sahaja tidak nampak. Awak nak tahu sebab apa saya buat macam tu? sebab saya cintakan awak. Awaklah cinta pertama saya.
   Setiap malam saya akan berfikir. Berfikir adakah saya harus meluahkan perasaan saya pada awak. Tetapi, bila esoknya...... keyakinan yang saya kumpul malam tu bertukar menjadi ketakutan. Ya! ketakutan yang menghantui diri saya. Ketakutkan yang awak tidak akan menerima diri saya ini. 
   Saya selalu buntu. Tidak tahu sama ada perasaan keyakinan atau ketakutan yang menguasai diri. Hati saya amat cemburu bila melihat awak bersama lelaki lain walaupun saya tahu saya tak berhak sekalipun. Tapi saya tidak tahu mengapa perasaan itu yang harus muncul di lubuk hati saya ini. Walaupun bukan di mata, tapi di hati berbisa.
   Suatu hari, saya rasa amat yakin sekali untuk meluahkan rasa cinta saya pada awak. Dengan berbekalkan jambangan bunga serta sekeping nota ditangan, saya menuju ke kelas awak.


Tetapi, harapan saya musnah apabila terlihat awak bersama seorang lelaki yang mengusap belai rambut awak. Alangkah indahnya jika orang itu adalah saya. Apa saya boleh buat bila melihat awak bergembira sebegitu? Saya hanya boleh mengundur diri dan menumpang gembira awak. 
   Yang selalu saya harapkan hanyalah senyuman awak. Itulah yang membuatkan saya jatuh cinta terhadap awak.


Siang malam saya teringatkan awak. Saya bagaikan menanti buah durian yang gugur kerana menunggu cinta dari awak yang entah tidak pasti. Senyuman awak, cinta awak.........

   Cinta saya pada awak tak pernah hilang sehingga kita berada di kolej.. Awak menjadi pelajar terbaik waktu itu. Gembira saya bukan kepalang. Walaupun anugerah itu bukan untuk saya, tapi saya turut menumpang gembira. Tetapi sayang, keyakinan yang selama ini saya cari masih belum saya temui. Saya belum dapat meluahkan segalanya kepada awak, cinta pertama saya. 
   Sering saya dengar, setiap orang pasti ada cerita cinta pertama mereka sendiri dan, ciuman pertama. Saya pasti cemburu jika melihat babak bercium dalam drama televisyen. Mengapa saya tidak berpeluang mendapatnya? Tapi, bagi saya, senyuman awak sudah dapat memuaskan serta menggembirakan hati saya.
   
   Semenjak habis kolej, saya bekerja sebagai seorang doktor. Khabar awak langsung saya tidak tahu. Malah saya tidak tahu awak berada di mana.
   Sampai suatu hari......................

FLASHBACK

Author POV

"Doktor Yong! kecemasan!" masuk seorang jururawat ke bilik Junhyung.
   "Araso," balas Junhyung. Dia menyimpan fail pesakit yang disemaknya tadi lalu lantas dia berlari ke bilik kecemasan.
   Setibanya di bilik kecemasan, Junhyung terlihat seorang perempuan yang sedang terlantar berlumuran darah. Perempuan itu! perempuan itu adalah.................
   "Hara!" jerit hati Junhyung. Walaupun muka perempuan itu sudah berlumuran darah, dia masih mengecam wajah kesayangan itu. Dia bagaikan terkena kejutan elektrik. Itulah perempuan yang dia cintai. Yang selama ini dia tunggu-tunggukan dan mencari-cari. 
   "Doktor, apa kita perlu buat? Kritikal sangat ni!" tanya seorang jururawat dengan wajah yang kerisauan.
   Tiba-tiba degupan jantung Hara terhenti. Junhyung semakin kalut. 
   "Cepat cabut bantuan pernafasan. Bagi saya alat bantuan kembalikan degupan jantung! cepat! sekarang!" arah Junhyung dengan tegas. 
   "Caj!" jerit Junhyung lalu menekan butang alat itu.
    Dada Hara bagaikan ternaik namun tiada sebarang respon langsung.
   "Lagi!" jerit Junhyung tidak putus harapan. Dia menyuruh jururawat menaikkan kadar caj. 
   "Tolonglah hidup...... Tolonglahh....." bisik hati Junhyung penuh harapan. 
    Junhyung mencuba sekali lagi. Caj! namun masih tiada respon yang diberikan.
   "Lagi sekali!" Junhyung membuat cubaan lagi sekali dengan harapan Hara boleh hidup lagi.
   "Hara-shhii, pleaseeeeee....." bisik hati Junyung lagi.
   Namun, cubaannya hanya sia-sia sahaja. Hara tidak boleh diselamatkan lagi. Junhyung jatuh terduduk mengetahui hal itu. Dia kehilangan orang yang dia cintakan. Akhirnya, jururawat yang lain berputus asa kerana tiada harapan lagi.

FLASHBACK END

Junhyung POV

   Sampai sekarang saya masih mencintai awak, Goo Hara. Saya cuba tabahkan hati untuk menerima pemergian awak. Walaupun tak boleh, saya akan cuba. Sukar saya mahu melupakan awak. Walaupun awak sudah pergi untuk selama-lamanya, masih ada cebisan cinta saya pada awak yang sukar dhilangkan seperti kotoran degil. Tapi, kotoran degil boleh hilang dengan Dynamo. Hati saya? langsung tak boleh menghilangkan rasa cinta pada awak walaupun dengan Softlan, Daia, Downy mahupun Dynamo.
   Saya rasa bodoh kerana tidak dapat meluahkan segalanya. Babo! Saya rasa bodoh kerana tidak dapat meluahkan rasa cinta saya pada awak yang selama ini saya pendam. Maafkan saya kerana tidak dapat menyelamatkan awak. Saya doktor yang tidak berguna! Sepatutnya saya cuba lagi, tapi saya sudah tidak berdaya. Mianhae, Hara-sshi...
   Di hadapan kubur awak ini, saya mahu membuat pengakuan yang saya cintakan awak. Ya, saya tahu ini semua sudah terlambat. Tapi, awak dengar kan? Sekali lagi maafkan saya sebab tak dapat nak luahkan perasaan cinta yang terbuku di hati. Senyuman awak sentiasa terpaut di ingatan saya. Semoga awak lebih bahagia di sana. Tunggulah saya seperti saya tunggu awak. Hara-sshi, Nado Saranghaeeee  


   Yay! siap juga oneshot pertama! sorry lah kalau kurang best sebab ni percubaan pertama.
kan? kan? haha. maaflah, budak baru belajar :p pendek kan? percubaan pertama mestilah
pendek. takleh buat pepanjang! haha. comment ahh sikit. yuuuuu :p k lahh. ppyong~~!!




TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA. EHE /THROWNAMSHEART/

3 comments:

Nobody; said...

Oh My ... ! Nice fanfic :'< Kesimpulannya, berdoa supaya kita dan orang yg kita cintai itu panjang umur supaya kita dapat luahkan cinta kita suatu hari nanti. Kahkahkah x)

eLya Chan ♥ said...

daebakk ! dha 2 kly bce . dan .. 2 kly tu lha nk nanges . :'(

Atika Shahira said...

kak wahidah : haha. yeah~! ceh, SeungJun :p
Elya : feeling :p